Khamis, 2 Oktober 2014

Minyak naik

Kadir seorang pekerja profesional yang memiliki status miskin disebabkan Kuala Lumpur. Kerap menghitung sisa poket yang tinggal bila masuk 2 hari bulan. Gaji 27 hari bulan. 

Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Kadir bergegas ke stesyen minyak berhampiran rumahnya. Berita mengejut tentang kenaikkan harga minyak berkuat kuasa jam 12 malam amat menakutkan. Kadir hanya mendapat tahu tentang kenaikkan tersebut daripada brader beger semasa membeli beger untuk mengisi perut malam itu. Dia tak ada fesbuk.

Ya...apalah sangat 20 sen seliter. Lagi pun Kadir bukannya pandai kira-kira. Dari 5 tahun lepas sampai sekarang pada Kadir RM50 sudah mampu memenuhi tangki minyak keretanya. Namun atas nasihat brader beger disamping pengaruh pengguna kenderaan yang lain, Kadir turut serta berpusu ke stesyen minyak.

"Gila babi banyaknye kereta!" Jerit Kadir. Bertambah geram bila tengok owner kereta depan sempat shopping beli barang, pilih keropok , isi borang cabutan bertuah dekat kedai stesyen minyak. Terkadang bunyi hon kereta yang tak sabar. Bingit. Makin banyak kereta sampai. Beratur macam semut. Kadir give up. Dia bagi signal keretanya untuk keluar dari stesyen minyak tanpa mengisi minyak. Itu pun ada si bodoh tak nak bagi ruang untuk Kadir lalu.

Sebaik berjaya melepasi puluhan kereta di stesyen minyak, kelihatan kereta BMW bos Kadir turut beratur nak isi minyak. 

"Kesian bos minyak naik." Bisik Kadir dalam hati sambil terbayang beger dirumah yang belum sempat dijamah.