Selasa, 11 Mac 2014

Doa

Walau apa pun yang terjadi pada dunia, kita tetap kena jalani hidup selagi masih ada nafas. Pelajari, ikhtiar, doa dan tawakal. Allah tahu apa yang terjadi dilangit dan dibumi. Sesungguhnya yang baik dan yang buruk itu datang dari Allah dengan alasan yang tak terjangkau oleh akal manusia. Beriman dan berdoalah kepada Allah SWT.

Jumaat, 7 Mac 2014

Tata External Telinga

Di opis aku ada seorang makwe. Kak Yani namanya. Masa aku baru masuk kerja dulu, aku nampak dia ni macam tegas. Macam tak boleh toleransi. Bila dah lama bekerja baru aku rasa selesa dengan dia. Dia ni satu-satunya kenalan yang aku nampak betul-betul komited dengan kerja. 

Entah macam mana, lama kelamaan aku boleh pilih dia jadi external telinga kalau aku ada masalah atau tak puas hati dalam kerja. Ramai yang boleh jadi external telinga aku. Tapi tak ramai yang boleh jadi external telinga sambil dalam diam jadi mulut sampaikan suara hati aku. Banyak kekusutan aku yang dia involve leraikan. Pernah satu ketika aku tak puas hati tahap melampau tetiba masuk satu SMS, "Amir awak ok?".

Semalam 6hb March 2014 last day dia kerja. Harini aku masuk opis tanpa jelingan tajam perli sebab aku masuk opis lambat.

Terima kasih Kak Yani diatas segala motivasi dan kebaikkan.

Selasa, 4 Mac 2014

Harus ditukar

Antara persamaan ahli politik dengan lampin, kedua-duanya harus ditukar dengan kerap diatas sebab yang sama.