Khamis, 18 Disember 2014

Cinta itu rumit

Bagitahu seseorang kenapa kita cinta dia, ibarat nak terangkan apa rasa air kosong.

Rumit.

Khamis, 2 Oktober 2014

Minyak naik

Kadir seorang pekerja profesional yang memiliki status miskin disebabkan Kuala Lumpur. Kerap menghitung sisa poket yang tinggal bila masuk 2 hari bulan. Gaji 27 hari bulan. 

Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Kadir bergegas ke stesyen minyak berhampiran rumahnya. Berita mengejut tentang kenaikkan harga minyak berkuat kuasa jam 12 malam amat menakutkan. Kadir hanya mendapat tahu tentang kenaikkan tersebut daripada brader beger semasa membeli beger untuk mengisi perut malam itu. Dia tak ada fesbuk.

Ya...apalah sangat 20 sen seliter. Lagi pun Kadir bukannya pandai kira-kira. Dari 5 tahun lepas sampai sekarang pada Kadir RM50 sudah mampu memenuhi tangki minyak keretanya. Namun atas nasihat brader beger disamping pengaruh pengguna kenderaan yang lain, Kadir turut serta berpusu ke stesyen minyak.

"Gila babi banyaknye kereta!" Jerit Kadir. Bertambah geram bila tengok owner kereta depan sempat shopping beli barang, pilih keropok , isi borang cabutan bertuah dekat kedai stesyen minyak. Terkadang bunyi hon kereta yang tak sabar. Bingit. Makin banyak kereta sampai. Beratur macam semut. Kadir give up. Dia bagi signal keretanya untuk keluar dari stesyen minyak tanpa mengisi minyak. Itu pun ada si bodoh tak nak bagi ruang untuk Kadir lalu.

Sebaik berjaya melepasi puluhan kereta di stesyen minyak, kelihatan kereta BMW bos Kadir turut beratur nak isi minyak. 

"Kesian bos minyak naik." Bisik Kadir dalam hati sambil terbayang beger dirumah yang belum sempat dijamah.




Selasa, 19 Ogos 2014

Cinta Lelaki Tua

Pada sesuatu pagi, seorang lelaki tua datang ke hospital tergesa-gesa. Dan dia mencari jururawat untuk melayannya. Tetapi semua jururawat sedang sibuk. Tiada siapa yang berada di sana yang boleh membantu. Jadi dia berjalan mundar mandir berkumat sesuatu bercakap seorang sendiri. Dan kemudian dia duduk di sebuah bangku. Sekali lagi melihat jam tangannya dan mengeluh. Seorang jururawat muda memerhatikannya. Selesai kerja, jururawat itu terus mendapatkan lelaki tua.
  
"Selamat pagi pakcik. Boleh saya bantu?"
  
"Oh... ya... saya mahu mencuci luka di kaki saya. Bolehkah awak melakukannya untuk saya?"
  
"Sudah tentu... tunggu sekejap ... sebentar lagi saya datang."
  
"Jangan lambat ya... saya ada temujanji."
  
"Yeah... sebentar."
  
Jururawat muda datang dalam satu minit dan memeriksa luka lelaki tua. Jururawat muda memulakan perbualan.
  
"Pakcik... temujanji pakcik di mana?"
  
"Dekat rumah dengan isteri saya."
  
"Pakcik... maaf bertanya... temujanji apa begitu penting dengan isteri sendiri?"
  
"Oh... ya... saya ingin bersarapan dengan dia, seperti setiap pagi. Itulah jadual harian saya semenjak saya berkahwin dengan dia."
  
"Oh... saya faham ... jika pakcik tak balik, nanti isteri pakcik risau ye... Ok... dah siap. Pakcik dah boleh balik."
  
"Bukan begitu... dia tidak pernah risau... dia menghidapi penyakit Alzheimer. Dia tak kenal sesiapa walaupun diri sendiri. Sudah tiga tahun dia tidak mengenali saya.

Jururawat muda terkejut dan bertanya...

"Jadi, buat apa pakcik nak kelam kabut? Isteri pakcik bukan kenal pakcik pun?"
  

"Oh... Dia tidak mengenali saya... tetapi saya kenal dan tahu siapa dia."

Rabu, 30 April 2014

Itik yang hodoh

Ada seekor itik yang hodoh. Dia sangat kesunyian sebab tak ada kawan. Pada suatu hari, itik itu discover yang dia sebenarnya seekor angsa yang cantik.

Jadi dia bukanlah seekor itik yang kesunyian, tetapi seekor angsa yang kesunyian.

Tamat.

Selasa, 15 April 2014

Kata Hati

Ada masanya, 
aku tak tahu dimana aku berdiri.
Kau buat aku merasa seperti seorang budak, 
bukan seorang lelaki.
Ada kalanya kau tidak memberikan aku senyuman...
Lalu aku bohong lena tidur malam 
dan bimbang untuk seketika.

Tak mengapa...sebab aku tahu...
Kau bersinar walau tika hari hujan.
Dan aku masih boleh mencari jeritan kau.
Memandu aku kemana saja kau jatuh.

Jika kau memerlukan tangan untuk disambut,
aku akan datang berlari. Kerana...
Kau dan aku tidak akan berpisah hingga mati.
Dan kau perlu tahu.
Yang kita melihat dari mata ke mata, 
hati ke hati.

Ada kalanya aku menangis , 
disebabkan kau air mata aku susut.
Fikiran kau begitu jauh, 
namun jasad kau tetap disini.
Akan sampai masa aku akan keluar,
dan pulang tanpa kau disisi.

.........
.......
....
..
.

Aku tak mahu kau pergi...

Selasa, 11 Mac 2014

Doa

Walau apa pun yang terjadi pada dunia, kita tetap kena jalani hidup selagi masih ada nafas. Pelajari, ikhtiar, doa dan tawakal. Allah tahu apa yang terjadi dilangit dan dibumi. Sesungguhnya yang baik dan yang buruk itu datang dari Allah dengan alasan yang tak terjangkau oleh akal manusia. Beriman dan berdoalah kepada Allah SWT.

Jumaat, 7 Mac 2014

Tata External Telinga

Di opis aku ada seorang makwe. Kak Yani namanya. Masa aku baru masuk kerja dulu, aku nampak dia ni macam tegas. Macam tak boleh toleransi. Bila dah lama bekerja baru aku rasa selesa dengan dia. Dia ni satu-satunya kenalan yang aku nampak betul-betul komited dengan kerja. 

Entah macam mana, lama kelamaan aku boleh pilih dia jadi external telinga kalau aku ada masalah atau tak puas hati dalam kerja. Ramai yang boleh jadi external telinga aku. Tapi tak ramai yang boleh jadi external telinga sambil dalam diam jadi mulut sampaikan suara hati aku. Banyak kekusutan aku yang dia involve leraikan. Pernah satu ketika aku tak puas hati tahap melampau tetiba masuk satu SMS, "Amir awak ok?".

Semalam 6hb March 2014 last day dia kerja. Harini aku masuk opis tanpa jelingan tajam perli sebab aku masuk opis lambat.

Terima kasih Kak Yani diatas segala motivasi dan kebaikkan.

Selasa, 4 Mac 2014

Harus ditukar

Antara persamaan ahli politik dengan lampin, kedua-duanya harus ditukar dengan kerap diatas sebab yang sama. 

Selasa, 25 Februari 2014

Tatabahasa

Wahai manusia, 

saya tidak bermaksud nak bagi awak nampak semak, tapi awak tetap boleh gunakan saya bila-bila masa sahaja yang awak mahu. 

Yang benar,
Tatabahasa

Isnin, 24 Februari 2014

Merapu.

Aku rasa perkataan pertama yang aku nak ajar anak aku sebut ialah 'otak'. Jadi sebelum dia belajar sebut perkataan lain, aku ada zombi yang paling cute dalam dunia. 

Kahkahkah!

Isnin, 10 Februari 2014

Mimpi

"Jangan putus asa dengan mimpi-mimpi bodoh kau."

Khamis, 16 Januari 2014

Duit

Kadang-kadang aku rasa aku ni sekadar tempat untuk duit bertukar tangan.

Rabu, 8 Januari 2014

Hilang Punca

Tak
perlu
dicari
Dia
tak
hilang.
Mengenal,
percaya,
itu
yang
utama.
Dah
jauh
tersasar,
balik
ke
pangkal.
Kalau
tersesat
rujuklah
peta.