Khamis, 30 Mei 2013

Bawa Awak Pulang

Masalah merupakan satu-satunya kawan dia
dan kali ini ia datang lagi.
Menyebabkan rupanya lebih tua dari sepatutnya.

Dia rasa inilah masanya untuk dia pergi jauh.
Tak ada sesiapa yang boleh bersuara lagi di bandar ini.
Masalahnya, ia akan membuatkan dia terus jatuh.

"Awak kuat tapi dengan lembut awak pergi.
Saya melihat awak bernafas buat kali terakhir.
Kedengaran melodi dari jantung awak, tapi bila ia senyap,
saya tahu apa maksudnya dan akan bawa awak pulang.
Saya akan bawa awak pulang."

Kalau dia ada sayap dia akan terbang pergi.
Dan mungkin Tuhan akan berikan sepasang nanti.
Masalahnya, ia akan membuatkan dia terus jatuh.

Dan mereka semua dilahirkan cantik di Kuala Lumpur malam ini.
Dan seorang wanita kecil ditarik keluar dari dunianya malam ini.
Dibawah bintang, bulan dan jalur.

"Awak kuat tapi dengan lembut awak pergi.
Saya melihat awak bernafas buat kali terakhir.
Kedengaran melodi dari jantung awak, tapi bila ia senyap,
saya tahu apa maksudnya dan akan bawa awak pulang.
Saya akan bawa awak pulang."


Jumaat, 24 Mei 2013

Syair Gagak Hitam

merpati putih terbang melayang,
gagak hitam pandang di sarang,
hati sedih siapa nak pandang,
teriak malam memanggil siang.

dicabar merpati terbang seiring,
diendah merpati ego dijinjing,
lalu dicapai batang seruling,
mendayu lagu lalu terbaring.

apakah dosa warnaku keling,
dibilas dihadas gelap keliling,
dilihat merpati jinak berpusing,
kepangkuan helang hinggap menonggeng.

Selasa, 21 Mei 2013

cinta

aku taburkan baja cinta,
aku cabut lalang duka,
aku siram air gembira,
aku petik daun sengsara.
suburlah dan mewangi.
dan.
kalau esok tak datang,
hari ini kau ingat,
yang aku cintakan kau.
dan.
teruslah mewangi.

Jumaat, 17 Mei 2013

Bebas


Subuh yang indah - terangkan pantai untuk saya.
Tak ada apa-apa lagi yang lebih indah,
melainkan bangun dan menatap awak.
Subuh yang indah - Saya masih mengejar masa.
Terfikir saya akan mati sendiri, pada waktu malam tidak berkesudahan.
Tetapi sekarang saya bebas; berlari liar diantara semua bintang-bintang di langit.
Kadang-kadang sukar untuk mempercayai awak masih ingatkan saya...

Subuh yang indah - berasimilasi dengan bintang lagi.
Adakah awak masih ingat bila perjalanan saya bermula?
Anda awak tahu kesudahannya (masa)?
Subuh yang indah - Awak masih celarukan fikiran saya.
Terfikir saya telah dilahirkan di penghujung malam, sehingga awak bersinar.
Bebas; berlari liar diantara semua bintang-bintang di langit.
Kadang-kadang sukar untuk mempercayai awak masih ingatkan saya...

Bolehkah awak tongkatkan saya bila saya sudah kelabu dan tua?
Berjanjilah mulakan esok dengan saya,
Semakin bebas; berlari liar diantara semua bintang-bintang di langit.
Kadang-kadang sukar untuk mempercayai awak masih ingatkan saya...

Dan Tuhan, jika ini cinta, izinkan saya menyimpannya...

Sabtu, 11 Mei 2013

Lagu Untuk Awak

Apabila awak bangun,
awak pasanglah radio.
Dan awak akan mendengar lagu ini.

Lagu ini saya buat.
Ya saya buat untuk awak.

Apabila anda memandu,
awak kuatkan sedikit volume radio.
Sebab saya tak boleh menyanyi terlalu kuat hari ini.


Awak taknak sebut nama saya? 
Tolonglah... Sebut nama saya sekali...


Jika saya ada banyak masa,
kalau boleh saya nak habiskan semua untuk awak.

Setiap hari saya akan menghidupkan kembali kisah bahagia.
Itulah apa yang hati patah dapat lakukan.
Saya bosan bercakap dengan ruang kosong.
Kesunyian memaksa saya untuk berjaga.

Apabila awak berkahwin nanti,
awak lihatlah keliling.
Saya akan berada diantara orang ramai.
Hancur, dan berharap itu bukan saya.

Apabila awak sudah tua,
kenangan akan pudar.
Tetapi saya tahu saya masih akan merasakan.
Selagi saya hidup.

Adakah awak masih tidak mahu menyebut nama saya?
Tolonglah... Lagu ini sudah habis...

Hujan dan Air Mata



Bagaimana aku ingin menyerahkan jiwa?
Mencairkan kulit yang menjadi pakaian aku.
Melihat pembohong yang terbakar disaat aku memerlukan.
Bagaimana aku berharap dapat memilih kegelapan dari kesejukan?
Bagaimana aku dapat menjerit dengan kuat?
Walhal aku tidak jumpa sebarang maksud...

Aku rasa sudah tiba masanya untuk aku berjalan jauh. 
Mencari keselesaan dalam kesakitan.
Semua keseronokan adalah sama. Mengundang aku dalam masalah.
Menyembunyikan bentuk sebenar aku, seperti Hang Jebat.
Aku dengar apa yang mereka katakan, tetapi aku datang bukan untuk masalah.
Ia lebih sekadar kata-kata. 
Hanya hujan dan air mata...

Bagaimana caranya berjalan keluar dari kotak fikiran?
Sambil memegang erat memori untuk membantu memahami semua ini.
Bagaimana mahu memilih antara syurga dan neraka?
Bagaimana aku dapat menyelamatkan jiwa?
Aku dalam ketakutan.



Khamis, 9 Mei 2013

Bintang Terang

Suatu hari kisah anda akan diceritakan.
Salah seorang yang bernasib baik, 

seorang yang telah mencipta nama.

Suatu hari mereka akan membuat anda berasa mulia.
Di bawah lampu kemasyhuran yang anda berhak miliki.
Dan ia datang sekali dalam pusingan seumur hidup, 

seperti sebelum-sebelum ini.
Semua orang suka anda. 

Sebab anda telah mengambil peluang menari diatas bulan terlalu awal.

Dan mereka akan berkata kepada anda, 

kamilah orang petama yang telah melihat anda.
Kami sentiasa tahu bahawa anda adalah salah satu bintang yang terang.

..............

Dan... suatu hari mereka akan memberitahu anda bahawa anda telah berubah.
Walaupun mereka seolah-olah telah berhenti dan merenung.

Suatu hari anda akan berharap untuk membuat kubur sebelum ajal memilih untuk menghantar anda ke sana...

Ya... Ini sedih...

Khamis, 2 Mei 2013

Aku betul. Kau pun betul.

Kita dengar kawan cerita pasal hidup. Dia ada mak bapak yang perlu diberi bangga. Dia buat itu ini, dia berhempas pulas cari duit, dia korbankan segalanya. Kiranya dialah yang paling struggle dalam circle kawan-kawan dia. Kita dengar pehh... Kagum. Harap dia diberikan kejayaan diatas usaha dia.

Lepas tu kita tengok cermin. Kita pun ada mak bapak. Kita ada tanggungjawap. Kita bayar itu ini. Kita nak jadi macam kita sekarang bukan goyang kaki. Kita pun buat pengorbanan. Kita korban benda yang kita suka buat untuk hidup. Itu pengorbanan. Kita pun struggle apa?

Ayat 'kau tak tahu kau tak pernah rasa', yea. Aku bukan kau, kau bukan aku. Jalan hidup kita tak sama. Tuhan dah atur kau pergi mana, aku pergi mana. Kau makan cekodok aku makan karipap. Kau rasalah nikmat cekodok aku rasa nikmat karipap. Jadi kau pun tak tahulah apa yang aku rasa. Kan?

Jalan berliku, gelap, berhantu ni adakala boleh ajak kawan teman. Kalau terpaksa jalan sorang-sorang, persiaplah peta, torchlight, agama.

Dua-dua cara boleh sampai dengan izin Tuhan.

Dan jangan marah sesiapa. Kau tak tahu kau tak rasa, aku tak tahu aku tak rasa.