Isnin, 29 April 2013

Aku straight.

Dalam aku sibuk-sibuk menyebarkan cinta, tetiba muncul seorang kawan bertanyakan tentang undi aku. Mungkin dia terlupa yang undi tu rahsia. Aku taknak kecewakan soalan kawan aku tu. Aku pun bukak satu cerita. Pada satu zaman dahulu, muncul seorang lelaki yang baik budi pekertinya. Baik tutur katanya. Paras rupanya juga baik. Amir namanya. Beliau mahu melintas satu titian usang. Di kirinya lautan api. Di kanannya curam penuh duri. Jadi beliau terus meniti tanpa terjun ke kiri atau ke kanan. Beliau selamat melintas. Begitulah ceritanya.

Khamis, 11 April 2013

Komik Hongkong.

Aku nak pakai duit. Ada siapa-siapa yang minat dengan komik Hongkong? Tengok SINI.

Jumaat, 5 April 2013

Demam, kek keju dan bateri kong.

Aku demam dan mc hari ni. Dalam demam-demam tetiba teringin nak makan kek keju. Jam dah pukul 5.30 petang. Hujan lebat. Aku lari dalam hujan menuju ke kereta.

Ada note orang tinggalkan kat wiper kereta. "Lampu terpasang". Makanya bateri kereta aku pun kong. Aku pun lari dalam hujan balik rumah. Sampai pintu rumah rupanya kunci rumah tertinggal dalam kereta. Jadi aku pun lari balik dalam hujan menuju ke kereta ambil kunci rumah. Sampai rumah balik aku dah separuh lenjun.

Kat rumah ada kucing ikut aku minta makanan. Ni bukan kucing aku. Tapi aku rasa ni kucing orang yang tinggal kat rumah aku sebelum ni sebab masa aku masuk rumah ni, ada makanan kucing dalam rumah. Jadi aku berniat menyambung kesinambungan bagi makan kat kucing ni.

Dalam keadaan separuh lenjun, aku masuk dalam rumah ambil makanan kucing dan bagi makan kat kucing. Lepas bagi makan, aku masak air nak buat air milo sementara tunggu hujan berhenti.

Hujan berhenti. Aku tekad keluar rumah berharap ada jiran yang boleh tolong tolak kereta. Nasib aku baik. Ada jiran yang tengah punggah barang dalam kereta dia.
"Bang boleh tolong? Kereta saya tak boleh start. Abang duk dalam kereta saya tolak." Kata aku.

"Boleh. Takpe. Saya ada jumper." Kata jiran.

Selesai jumper sambil sembang politik sikit-sikit dengan jiran tu, aku pun menuju ke Secret Recipe nak makan kek keju. Aku pilih meja diluar. Tiba-tiba,

PANG!

Ada lelaki cina terhantuk kat pintu kaca Secret Recipe. Kepala dia berdarah. Tapi still nak cover malu.

Suasana ketika itu macam berhenti sekejap. Lepas tu semua sambung makan kek masing-masing macam tak ada apa-apa.

Selesai makan aku pun balik rumah. Begitulah serba sedikit peristiwa yang berlaku hari ini.

Selasa, 2 April 2013

Lejen


Disebabkan jarang mendapat peluang bersendirian di dalam bilik ustaz, terlintas perkara jahat. Aku mengambil kesempatan yang ada mendapatkan nombor telefon Siti Balqis Zulaikha. Siti Balqis Zulaikha merupakan pelajar junior batch aku. Matanya begitu memukau, hidungnya comel cantik terletak, bibirnya ke-pink-pink-an, dagunya berlekuk dan jari-jemarinya halus sangat. Hanya itu sahajalah ciri-ciri paras rupa pelajar perempuan sekolah agama yang boleh dilihat dengan mata kasar. Yang lain-lain tertutup. Syukur alhamdulillah.

Lejen

Semua bergegas ke tempat kejadian. Peristiwa mistik macam ni memang kerap berlaku di asrama sekolah agama. Kadang-kadang sebulan sekali. Kadang-kadang sebulan dua kali. Kalau cerita nampak hantu tu tak payah cakaplah. Hari-hari boleh dengar. Biasalah dugaan orang yang nak belajar agama. Dengar cerita setan je yang syaitan ni malas nak kacau.

Lejen

Hari itu hari ahad. Hari dimana pelajar lelaki boleh outing. Namun disertakan dengan syarat. Satu juzuk Al-Quran mesti dipenuhi dada. Macam-macam skill menghafal dipamerkan. Ada yang berkumat-kumit kerut dahi. Ada yang sambil hentak kaki. Ada yang bersila sambil henjut-henjut badan. Dan ada yang tenang baca Mastika iaitu Iskandar Zulkarnain.

Lejen


“Muhammad Asyraan Al-Hosnainn. Sini kejap.” Tiba-tiba terdengar suara Iskandar Zulkarnain panggil aku dari dalam tandas. Nama aku memang style. Arab habis. Bin Leman je.
“Ye abang Iskandar Zulkarnain.” Jawap aku.
“Hari ni kau ganti aku jadi bilal. Aku sakit tekak.” Arah Iskandar Zulkarnain sambil buat asap bentuk bulat.