Jumaat, 1 Februari 2013

Side Mirror

Bila pikir masa lampau, renung, yang pahit tu ada yang manis, yang manis tu ada yang pahit. Yela. Ada manis, sedap tapi dosa. Pikir punya pikir, satu benda pun tak jalan. Menangis, menyesal dengan banyak benda. Orang cakap jalan tengok depan. Tengok belakang nanti terhantuk, jatuh lubang bagai.

Tapi tula. Side mirror kan ada. Pengalaman tu cikgu. Kena juga tengok kot kot ada yang datang dari belakang nak sondol. Kita hidup dari jalan cerita lepas. Kening kau terbelah sebab kau jatuh motor 5 tahun lepas. Semua benda yang kita lalu kita bawak sampai sekarang. Ye, macam bayang-bayang. Yang kadang-kadang jelas kadang langsung tak nampak.

Ok yang sudah sudah. Bukak buku baru, doa mintak hapus dosa. Dan jangan lupa tengok side mirror sekali sekala.

Afiqah Tarmizi Si Cinta Hati.

 Sebenarnya dah lama aku tak menulis tentang jalan hidup sendiri. Pernah nak cerita. Taip panjang-panjang lepas tu delete. Tapi selepas sms yang aku terima tadi, rasa syukur sangat Tuhan hadiahkan aku seorang isteri yang sebegini. Nur Afiqah binti Ahmad Tarmizi. 4 tahun lebih kenal hati budi. 4 tahun lebih lalu jalan lurus bersegi. 


Sayang... Cinta ini kau takluki..