Selasa, 22 Januari 2013

Mimpi

Suatu hari, 
bila terjaga tidur lewat malam, 
cuba intai tingkap. 
(berharap)
Tengok apa yang ada. 
Bukan hantu. 
Apa-apa selain hantu. 
Andai sunyi gelap malam, 
pejam, hirup dalam nafas, lepas. 
Buka mata tengok apa yang ada lagi. 
(berharap)
Cuba berulang kali. 
(berharap...)
Andai masih sunyi, 
lupakan arahan ini. 
Ia masih tak menjadi. 
Seperti sebelum-sebelum ini. 
Kerna ia cuma mimpi. 
Mimpi yang tak dilonjak. 
Sambung tidur,
esok kerja sunguh-sungguh.
Cuba nyatakan mimpi.
Mimpi indah.

Rabu, 16 Januari 2013

Imaginasi di langit

 Ken membintangi langit dengan jari. Setiap setuhannya dilangit membentuk bintang diimaginasinya. Begitu juga dengan Jino. Sama-sama berimaginasi. Mereka saling berbaring menghadap luas langit malam. 

 "Jino, kau tak akan tinggalkan aku?" Soal Ken melenyapkan imaginasi bintang dilangit Jino.
 "Ya, kekal bersamamu sehidup semati. Kau meraguiku?" Jawap Jino bersambung soalan.
 "Ya." Jawap Ken selamba.

 Jino bingkas duduk dari baring disisi Ken. Terkejut dengan jawapan. 

 "Kenapa?" Soal Jino.

 Ken senyap. Dia menyambung lukisan imaginasinya di langit. Kali ini bukan bintang. Imaginasi hati.
 Jino menambah lukisan retak di imaginasi hati Ken dilangit. Jino mahukan penjelasan.

 "Kenapa?" Soal Jino lagi. Kali ini dengan nada lebih keras.
 "Tiada jawapan. Aku tidak mempercayai sesiapa. Aku meragui kehidupan." Jawap Ken.

 Keadaan jadi sunyi seketika. Kali ini tiada lagi sentuhan imaginasi dilangit diukir. Jino mengerti situasi Ken. Kekasih lamanya Kiki berlaku curang. Ken terlalu sayangkan Kiki. Pertaruhkan nyawa buktikan cinta sejati. Kini Ken hanya tinggal roh kesana kemari. Roh yang menagihkan kehidupan cinta yang abadi.

  Jino pula manusia sepi yang tagihkan cinta Ken yang dimilik Kiki. Dari dulu hingga Ken mati. Imaginasi Ken kini lenyap di langit bersama bintang dan hati yang retak.

Selasa, 15 Januari 2013

tarian tango

menarilah ikut alunan, menyanyilah dengan irama.
andai kata berbaur benci, andai suara berbaur caci,
maka hilanglah budi, hilanglah nilai suci.

di maya cerita sensasi, di realiti cerita hakiki.
di kaji tak diperduli, dicalat serba serbi.
yang sakit empunya diri, yang dosa diri sendiri.

ditegur katanya tak bersyukur, berdiam katanya setuju, diangguk, di-iya, di setuju kata mereka hamba abdi, pencacai, macai serba serbi.

aduh dunia ini gila babi. itu tak kena ini tak kena.

dulu ceritanya begini. dipaksa tengok satu saluran. paham satu cerita khatam hadam.
sekarang ceritanya begini. pilih 1001 saluran. kaji, bukti, baik, geli.

atas pagar tak apa. asal kenal bumi. jatuhku kekal ikut graviti.
di pentas ini aku berdiri. tarian tango sedia disaji. 

depan belakang, depan belakang...