Khamis, 27 Oktober 2011

Nota dari Han Rae

“Kenapa saya sanggup buat itu ini?
Kenapa saya sanggup susahkan diri?
Kenapa saya tak pernah cakap tak boleh?
Kenapa saya kelihatan bersedih?
Sebab saya masih cintakan awak walau tak boleh.
Ya, saya masih.”
– Han Rae -

Selasa, 25 Oktober 2011

ruang

Saya mahu berkongsi apa sahaja yang saya milik dengan awak. Termasuk nyawa saya. Percayalah. Saya sayang awak sangat-sangat. Saya mahu sehidup semati dengan awak.

Tapi... saya juga perlukan ruang... dimana tempat saya menghilangkan depresi... tempat saya mencaci... tempat saya mencuci daki... tempat saya buang tahi... yang awak tak perlu tahu...

Awak... saya cintakan awak...



Saya terasa sangat-sangat...

remember me?

Jumaat, 21 Oktober 2011

Burung

 "Kesian kau sakit. Aku jaga kau ye? Sampai kau betul-betul sembuh. Kau jangan takut. Aku bukan orang jahat. Aku hanya mahu kau selamat."
 "Terima kasih."

...............
..........
......
...
..
.

 "Okay. Masa untuk kau pergi. Kau dah sembuh sepenuhnya."
 "Tapi..."
 "Tapi apa? Pergi la."
 "Aku...aku cintakan kau..."
 "Ha?"
 "..."
 "Kau burung, aku ni ayam."
 "Kita kan unggas?"
 "Tetap tak sama. Tak boleh."
 "..."
 "Hehe...Jangan risau, aku ada je kat bawah ni bila-bila masa kau perlukan aku. Jaga diri okay?"
 "Okay!."
 "Yeah!"
 "Hehe."
 "Hehe."


...............
..........
......
...
..
.


 "Aku juga cintakan kau burung... tapi aku tak boleh terbang..."

Khamis, 20 Oktober 2011

Apa diatas?


Masa umur aku belasan tahun, aku rasa mamat2 or minah2 umur 25 tahun dan keatas tu orang tua. Tak boleh bawak lepak. Sembang dan cara melawak pun lain. Mentaliti lain. Fikir kerjaya, kahwin, anak, masa depan yang serius. Tak boleh main2. Tak boleh itu tak boleh ini. Serius, serius dan serius. Itu aku ingat masa umur aku belasan tahun. Sekarang aku 25 tahun. Ya, aku serius. Aku fikir pasal kerjaya, kahwin, masa depan apa semua. Dan aku masih boleh melepak dengan belasan tahun, sembang, melawak bertempat, main-main dan buat itu ini dengan selamba. Aku muda lagi okay. Sekarang aku set umur 29 baru declare tua. Kan skittles?

Jumaat, 14 Oktober 2011

Cinta Sang Perwira


 Ini kisah cinta Han Rae dan Ji Hyun. Kisah cinta yang tragis. Kisah cinta yang berbelah bahagi. Kisah cinta yang penuh duka. Kisah cinta yang penuh sengsara.

 Mereka bermula cinta bersaksikan pantai. Mengakhiri cinta dengan tangisan berderai. Berpunca dari Han Rae. Memulakan permainan tarik tali. Memiliki kekuatan untuk menang. Namun terpaksa melepaskan tali dan melihat kekasihnya Ji Hyun tersungkur. Dia terpaksa. Tanpa rela. Demi menjaga nama keluarga. Demi menjaga kedaulatan negara.

 Han Rae seorang pahlawan negara. Dia pemimpin barisan hadapan di medan perang. Dia perisai untuk pasukannya. Nyawanya terdedah bila-bila masa. Han Rae bimbang dengan meneruskan cintanya, makin terseksa batin Ji Hyun kala dia tumbang diperbatasan. Ya, Ji Hyun merana. Dia miliki luka sejak lahir. Masih basah dengan darah. Masih likat dengan kepedihan. Ditambah lagi hirisan dari Han Rae, memang peritnya ya amat.

 Han Rae Sedar semua itu. Dia juga terseksa. Dia juga merana. Dia cintakan Ji Hyun...dan juga negaranya. Namun itulah pengorbanan cintanya. Hanya dia tahu setiap inci perihal negaranya. Hanya dia harapan negaranya. Hanya dia sandaran negaranya. Ditinggalkan Ji Hyun sebilah pisau terukir namanya. Sebagai pengganti, pelindung, pengubat dikala dia tiada. Ji Hyun janggal dengan pemberian itu. Ditatap, direnung bila dan bagaimana cara penggunaanya. Dia daif dengan ilmu senjata. Dia hanya mahukan Han Rae sebagai perisai seperti mana negara mahukan Han Rae. Tangisan Ji Hyun mengalir terus tanpa henti. Dicapai pisau pemberian Han Rae, lalu dirobek hatinya sendiri berkali-kali. Jeritan Ji Hyun bergema dalam gelita. Membangunkan tidur kenalan serata.

 Han Rae terus melangkah pergi. Tanpa menoleh walau seinci. Mendongak, mendada bagai singa. Dia harus kuat untuk itu. Ini demi negara dan masa depan Ji Hyun yang tercinta. Dan...air matanya juga bercucuran...membasahi setiap langkahnya ke perbatasan...cinta yang sukar dimengerti...yang mana sayang yang mana kasih...yang mana kurang yang mana lebih...

 Ditinggal persoalan dimata dunia...sama ada Ji Hyun atau Negara yang lebih dicintai...

Rabu, 12 Oktober 2011

terasa

walau pedih, seksa, merana,
berpadalah kira aku tahu kau masih ada.
lega kira kau bahagia,
berdebar kira kau terseksa.
moga semua kembali seperti sediakala.
maaf terasa, pulihlah cinta.

Selasa, 11 Oktober 2011

Jeritan Batinku

...

Isnin, 10 Oktober 2011

Hati-hati

Ini cerita tentang Manikam . 

Yang beraroma barangkali. 
Sengaja atau tidak, tidak pasti. 
Namun amat mudah berubah hati. 
Jaga, Jauhari pemerhati.
Tak apa, hanya memerhati.
Teruskan dengan kata hati.
Teruskan membakar diri.
Panas sedikit apa peduli.
Bagi habis semua hati-hati.
Baru puas hati.
Namun harus hati-hati.
Bila semua mahu dikongsi,
yang utama nanti binasa diri.
Atau yang utama hanya ilusi?
Sekadar bekas kaburkan pelangi?
Wow, siapa kau Manikam misteri?
Sejauh mana Jauhari kenali ?


Ahad, 9 Oktober 2011

Ulasan suka-suka Novel 'Nurul Asyikin' karya Aloy Paradoks.


Aku dah milik novel Nurul Asyikin karya Aloy Paradoks. Aku tertarik dengan  bab 8; Permata Pemotong Permata. Sebab? Sebab...ok aku taip sikit part-part yang aku suka.

 "Saya rasa saya dah jatuh cinta dekat awak."
 "Awak rasa?"
 "Tak! Bukan rasa, tapi betul."
 "Macam mana awak boleh jatuh cinta dekat saya?"
 "Awak..?"
 "Cakaplah, saya nak tahu."
 "Sebab awak cantik. Saya jatuh cinta dengan orang yang cantik saja."
 "Itu saja?"
 "Tapi tak bermakna saya tak serius."
 
 Kalau nak jatuh cinta tak payah ada alasan yang kuat. Untuk soalannya tadi, aku tak ada jawapan. Kalau dah jatuh cinta, cintalah namanya. Kadang-kadang kita sendiri pun tak sedar bila dia datang. Cukup kalau hanya tersilap langkah sekit. Aku tak pasti pula dibahagian mana yang aku tersilap langkah. Jadi aku buat kesimpulan bahawa aku sebenarnya telah tersandung saja. Tersangkut di benir-benir kasih sayang. Aduh, boleh tahan jugak jiwang aku ni.


Amacam? menarik? ni part lagi satu yang aku suka kat bab 8. 

 Tiba-tiba dia mesej mintak putus, ha? Hei, jangan main gila boleh tak? Ingat aku ni apa?
 "Awak nak ke kalau saya bagi cinta simpati pada awak?"
 "Cinta simpati? Kenapa awak kata dah pasti sebelum ini?"
 "Saya silap, keliru dengan perasaan sendiri."
 Perhhh! Jawapan yang mudah saja bunyinya keluar dari mulutnya. Ayat cinta simpati itu adalah ayat paling neraka sekali.
.....................................
......................
............
......
...
 Aku pernah kata padanya ;
 "Tak apalah, sekurang-kurangnya awak dah buat saya rasa bahagia walaupun sekejap. Terima kasih."
 
Aku memilih tuk berkongsi bab 8 ni sebenarnya sebab aku baru khatam sampai bab 8 je. Haha. Jap lagi aku sambung baca. Apa-apa pun. Novel ni lain dari lain. Bukan mengangkat lelaki, perempuan, lelaki macam perempuan atau perempuan macam lelaki, tapi ada mesej yang nak diangkatkan melalui gender-gender tu. Siapa-siapa pasti akan terpalit serba sedikit secara langsung, tak langsung, sedar atau tidak. Jujur tulisannya. Tulisan dari mata seorang 'lelaki' yang bernama Aloy.

Jadi belilah. 
Cuba, try, test, tengok, apa jadi. 





Sabtu, 8 Oktober 2011

langit


dibalik tirai itu
ku renung langit mendung warna kelabu
suram dan kusam
risau 
harap perasaan ini hanya milik aku
langit kelabu kusam ini tak wajar dikongsi

dan aku percaya langit milik semua
namun tonanya pasti berbeda dimana-mana
lalu ku berkemas mencari langit yang ceria
ya, kampung halaman
disana kelabunya bercahaya
dan disana aku bahagia

Jumaat, 7 Oktober 2011




Khamis, 6 Oktober 2011

Kau Terindah



 Kehidupan Ramli agak sempurna. Tak pernah tempuh rintangan berliku, onak duri atau apa-apa bahasa metafora yang sama dengan. Jadi melalui kehidupannya yang serba indah itu dia percaya yang dia mampu memberi kasih sayang. Dia mampu memberi cinta. Kerna pada anggapannya cintanya sangat telus dan jujur. Seperti mana dunia berlaku adil dengannya, dia juga mampu berlaku adil kepada semua. Sempurna.

 Pagi itu Ramli seperti biasa bersesak-sesak dengan orang ramai. Ya, waktu-waktu begini adalah waktu puncak. Dimana penghuni bandar metropolitan berasak-asak ke tempat kerja, ke pasar, pasar raya, ke...mana-mana saja lah. Ramli berhimpit didalam kereta api bawah tanah. Sudah hampir 3 tahun Ramli memilih pengangkutan awam sebagai pengangkutan rasmi ke tempat kerja. Padanya lebih mudah. Biar sesak dengan tubuh manusia daripada terpaksa memaki, mencarut, marah-marah, hon...celaka...memikirkan tentang itu pun sudah rasa mahu mencarut.

 Mp3 milik Ramli penuh dengan lagu-lagu indah dan cinta. Kali ini giliran lagu James Blunt. Disaat Ramli asyik dengan melodi dan bait-bait lirik cinta, di stesyen berikutnya tiba-tiba masa dunia seakan terhenti. Ramli kaku. Apabila muncul seorang bidadari...gadis sebenarnya...bukan...bidadari...cantik...sungguh cantik. Pandangan mata Ramli tak lekang memerhatikan setiap inci paras bidadari itu dari awal kemunculannya. Bidadari itu diekori seorang lelaki tampan yang pada anggapan Ramli, teman lelakinya. Bidadari itu seakan sedar ada sepasang mata memanah lembut dirinya. Lalu satu senyuman penuh indah dilemparkan sebagai perisai. Ramli tunduk. 5 saat, 4, 3, 2, 1. Ramli perlahan-lahan mengatur perjalanan matanya kembali. Senyuman masih terukir dibibir bidadari itu. Bersama pasangannya. Berbual dan ketawa kecil. Ramli mahukan bidadari itu. Ramli dapat rasakan cinta.

 Pintu kereta api terbuka. Orang ramai berpusu-pusu keluar. Stesyen berikut merupakan destinasinya. Dia harus mengambil segala kesempatan yang ada. Ramli menatap paras sang bidadari penuh rakus. Fikiran Ramli melayang-layang. Ramli dapat rasakan bidadari ini tak mungkin muncul  lagi dalam hidupnya. Jadi dia mahu menikmati saat ini sehingga akhir.

"Kau cantik, kau terindah. Aku hanya dapat memerhatikan kau dalam tempat yang penuh sesak ini. Tapi aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Kerna aku tahu yang aku tak mungkin dapat bersama kau."

 STESYEN BERIKUTNYA>>>>

 Ramli berjalan keluar. Dia senyum melepasi sang bidadari. Bidadari membalas senyuman. Kali ini Ramli sedar. Kehidupannya masih belum sempurna. Mampu memberi cinta tidak cukup. Dia juga harus menerima cinta. Kenangan itu berakhir. Ramli melangkah dengan misi yang baru. Mencari cinta untuk dapatkan cinta.

Rabu, 5 Oktober 2011

Otak Tepu

Isnin, 3 Oktober 2011

Sabar

jari digenggam bentuk penumbok
gigi diketap, lepas, ketap
kening dikerut ukiran m
jantung berdegup lebat

Haishhhhh...

tarik nafas dalam-dalam
jerit lepas segala
ketawa, jerit, ketawa
kasi lepas! kasi lepas!

haishhhh...

pejam mata
tenang, lupakan segala
tarik nafas lepas tarik lepas
senyum
semuanya akan baik-baik sahaja

haishhh...
tak jadi, celaka dunia!!!
kejam dunia!!! celaka!!!
kau kepit aku! kau tindas aku!
kau! kau! kau!
arghhh!!! darah dagingku pun sama!!!
kejam!!!

haishhh...

sudahlah, sudah
jangan begitu, 
kita orang baik
mereka orang jahat
kita orang jahat
mereka orang baik
sama saja kita dan mereka
cantik adunan itu
seimbang dan teratur
pasti, kerna itu kerja tuhan

ini permainan dunia
setan ada dimana-mana
jangan lupa tuhan perhati segala
sujud, doa dan minta

hmm... sabar ya...