Rabu, 27 Julai 2011

Harap

Sering terfikir apa reaksi orang disekeliling aku andai kata aku sudah tiada. Andai kata bersedih, berapa lamakah kesedihan itu. Ada maknakah aku dalam hidup kalian.. Perasankah kalian tentang kewujudan aku. Aku tak kisah.. Walaubagaimanapun, selagi aku masih ada nyawa, aku akan buat yang terbaik agar kalian senang dengan aku. Maaf sekiranya aku telah menyinggung perasaan kalian. Aku tak bermaksud. Ya, aku tak bermaksud.. Andai kata dengan kehadiran aku membuatkan kalian rasa tak senang, bagitahu... Aku akan pergi dari kalian.. Andai kata aku tak dapat bersama-sama dengan kalian lagi esok, harap dapat dikirimkan aku doa.. Dan mintak tolong tengokkan orang-orang disekeling aku.. Kerna aku sayang kalian..

Selasa, 26 Julai 2011

Writing

I will keep on writing
Even though my writing quite rubbish,
even though no one will read,
and even though someone would defecate on my writings.


Because, thats was my writing.
Writing for my self. Not for you or someone else.
Got it?
Done.


By the way, You can read it if you want. 
Or take it as your own writing as well. 
Nevermind.
Done2.


Cewah.. Terer gila aku google translete. Translete 'gua tak kisah' jadi 'i do not mind'. Hahaha. 

Isnin, 25 Julai 2011

'Broken Project' Next Project

 Tik tok tik tok
 Tik tok tik tok
 Tik tok tik tok
 “So apa plan kita lepas ni?” soal James menghentikan ketukan Tik tok mainan Ringgo.
 “...” Ringgo jebir bibir tanda tak tahu.
 Tik tok tik tok
 Tik tok tik tok
 Tik tok tik tok
 “Scherzer? Any idea?” soal James beralih pada Scherzer.
 “Hmm.. Tak tahu chor.. Busking?” jawap Scherzer.
 “Hmm..”
 Tik tok tik tok
 Tik tok tik tok
 Tik tok tik tok
 “Dah lama tak ada apa-apa event. Memang kita dalam progress untuk macam-macam. Magazine, T-shirt, buku kompilasi, novel, short filem dan lain-lain. Tapi dalam masa yang sama kita kena buat something yang bagi orang tahu kita aktif. Benda-benda ni kena bersulam dengan benda-benda berat magazine pe semua tu.” Terang james panjang lebar.
 “Meow..” Anthony sibuk melayan kucing ketika diskusi.
 Samantha dan Aiden dengar penuh kusyuk.
 Ding Dong!.
 “Masuk.” Panggil Ringgo menjawap salam loceng pintu.
 “Boleh kami join ‘Broken Project’?” soal beberapa anak muda masing-masing dengan pen, kertas, gitar, kamera, water colour, dan wajah fotogenik.
 “Wtf? Mestilah boleh!” jawap James, Ringgo, Scherzer, Samantha dan Aiden serentak.
 “Meow..” Anthony.




Penyu Jantan Menangis

 Penyu Jantan cemburukan Ayam Jantan. Ayam Jantan memiliki balung yang gah, bulu yang eksotik dan sentiasa dengan keris di kaki. Manakala Penyu Jantan hanya memiliki cengkerang besar buruk lagi berlumut.
 "Wah, Peewiitt...Slurpp.." Bisik hati Penyu Jantan.
 "Kanda, nasik dah siap masak ni.." Kata Kura-kura Betina sedikit jerit dari dalam.
 "Baik dinda.. Kanda nak makan la ni.." Jawap Penyu Jantan memadamkan impian.
 Penyu Jantan sudah pun beristeri. Namun masih gatal tak sedar diri.

 Sekian.

Khamis, 21 Julai 2011

Hajat dari kecil

Kalau boleh, saya mahu ke sini. Dari kecil saya dan kakak berangan nak ke sini. Sebab pengaruh iklan Fernleaf. 

Indah kalau dapat lepak dengan lembu tompok-tompok hitam.


Seronok dapat lari-lari dengan biri-biri.


Bahagia kalau dapat hirup air masin kat sini


Saya akan sampai ke sini nanti.

Rabu, 20 Julai 2011

Dreamer



Do you see me...
Do you hear me...
Did you find me...
Did you reach me...

I want you always be my side..
I want you always give your heart..

Selasa, 19 Julai 2011

Siti Rosie

 Siti bingkas  keluar dari bangunan dua tingkat kerajaan penuh caci. Berang dengan layanan segelintir pegawai-pegawai kerajaan. Mereka bias. Mentang-mentang bibir seksinya berselindung dibalik purdah, peha licin Rosie dapat layanan bagai ratu.

 Saat itu syaitan senang menjalankan tugas. Sedikit hasutan mampu menerakakan umat. Sedikit kenyitan mampu leburkan nafsu. Sedikit belaian mampu hilangkan malu. Dan beberapa kata mampu dedahkan bulu.

 Siti berubah untuk layanan bak ratu. Purdah ditinggal bagai hempedu. Bibir diconteng warna nafsu. Jasad didedah kekurangan baju.
Putih leher ke bahu menampakan tali merah halus. Lutut ke peha menyerlah menenggelamkan paras rupa. Ya, syaitan kerap berjaya  zaman kini. Tidak kurang bantuan manusia puaka guna teknologi. 

Tapi...

 Yang segala Maha pasti mendahului. Apabila peha licin Rosie dilapik kain longgar wangi duniawi. Apabila hijap singgah di ubun Rosie. Apabila malu mula mekar di hati Rosie dan segala kewajiban dijalani penuh teliti.

 Akhirnya...

 Malang bagi Siti. Ya... Rosie terus kekal dilayan bak ratu mendahului Siti. Kerna perubahan mensuci batin lebih bererti. Dari perubahan jasad membogel diri. Yakin dan pasti.. Tak perlu curigai..

 Dan sebenarnya, syaitan berjaya menghancurkan Siti. Walaupun Rosie bukan lagi teman berahi.. 

Hahahahahaha....

Jumaat, 15 Julai 2011

Kah kah kah! Amik kau!

Sebotol air cincau.
Hitam cair ketul-ketul.
Digoncang di buka penutup.
Diteguk mengalir sempurna.

Sepotong hati celaka.
Kotor busuk rupa.
Dituris halus menyeksa.
Dibuang diperduli hendaknya.

Semangkuk cuka jernih.
Suci segar memandang.
Ditatang dihidu masam.
Diteguk muntah kepalang.

Sepasang mata buta.
Bebas pandang dari hati.
Penyebab senyum tanpa henti.
Ringan meraba temu Ilahi.

Sakit

Sakit sejak kebelakangan ini membuat aku selesa dalam selimut. Makan, kerja dan kekasih terabai. Bukan sengaja. Tak mampu. Sampai ke hari ini, aku masih dengan jiwa yang sakit. Mungkin Tuhan mahu menghukum. Dosa yang banyak perlu diringankan sedikit. Kerna sayangkan aku, Dia tolong aku dengan cara begini. Memaksa.

Aduh.. Bangangnya aku.. Manusia yang tak ada kemahuan untuk sedar dan membangunkan diri. Macam manusia kerdil. Yang sememangnya tak boleh untuk membesar lagi.

Untitle

Dingin malam ini..
Macam peti ais dinginnya..
Aahhhh... Dingin...
Rasa mahu terperuk dalam ketuhar...

Sabtu, 9 Julai 2011

Bersih??

Hai yang jauh, hai yang dekat.
Bukan mahu mengangkat, tapi dah tersurat.
Bila tuntut senang, semua mahu terlibat.
Memang sempurna tiada cacat.
Tapi harus diingat, jangan sampai darurat.
Kelak binasa segala adat.
Alahai, penat...

Khamis, 7 Julai 2011

Rombongan

     Teresak-esak macam orang gila. Meroyan pelbagai.
“Mak bukan taknak bagi hang pergi. Mak risau. Takut apa-apa jadi.”
“Apa benda Angah nak buat semua tak boleh. Kakak tu boleh je. Dapat je gi Kelantan.”
“Hang tanya Abah.”
Aku terus masuk bilik tutup pintu agak kasar. Malam itu aku betul-betul merajuk. Bengang. Tak puas hati dan menganggap apa yang terjadi ‘pilih kasih’.
“Angah keluar makan.”
Pura-pura tidur. Aku lapar tapi.. Arghhh.. Rajukan ini perlu diteruskan.
“Bang, Angah nak gi rombongan sekolah. Kolumpo.”
“Gi jela.”
“70 ringgit.”
“Hmm.. Bazir.”
“Kesian dia.”
“Kalau belajaq pandai takpa la. Ni tak nampak pegang buku langsung.”
“...”
Esok pagi Mak kejut aku subuh. Aku buat-buat tak dengar lagi.
“Angah, bangun semayang. Angah... Dah lewat dah ni...”
“Ye...”
“Abah bagi.”
“Ha?”
“Mak tanya Abah semalam. Abah cakap hang kena janji balik nanti kena belajaq betoi-betoi.”
“Hehe... Ok.”
“Dah pi semayang. Dah nak abis subuh ni.”
Perasaan aku masa tu hanya tuhan yang tahu. Pertama kali sepanjang persekolahan aku dapat join rombongan sekolah. Aku sembahyang berkiblatkan Menara Kuala Lumpur. Tak mampu untuk kusyuk. Diakhiri dengan doa syukur dan mohon ampun dosa. Menjenguk ke ruang tamu. Macam biasa. Mak dan telefon rumah.
“Kak Na, cancel dulu ye baju Eni tu. Buat yang Fiza punya dulu.”
“Awatnya?”
“Tak berkenan plak kain tu...”
Aku dapat rasa betapa babinya aku masa tu. Celaka. Aku terus keluar lepak ruang tamu.
“Ok la Kak Na. Kang Eni tepon balik.”
“Mak, tak jadi pergi.”
“La... Kenapa?”
Member-member ramai tak gi...”
“Pulak dah...”
“Mak, Angah teringin nak makan karipap. Lama mak tak buat.”
Mak senyum. Aku puas.
“Jap lagi Mak gi beli kentang.”
“Angah ikut...”
Jujur aku lega sangat. Aku hampir buat Mak berkorban lagi. Banyak kali dah.
Dan aku masih anggap Abah kedekut masa tu. Suruh belajar konon. Alasan... 






Isnin, 4 Julai 2011

Relationship

Lotter keluar dengan kawan. Kawan Lotter bawak kawan. Kenal-kenal. Sembang-sembang. Kawan Lotter punya kawan ada relation dengan jiran Lotter. Tiba-tiba awek Lotter call. Abis call bukak topik pasal awek Lotter. Kawan Lotter satu sekolah dengan awek Lotter rupanya. Then datang kawan Lotter lagi seorang. Dan dia merupakan kawan kepada kawan Lotter punya kawan. Sembang-sembang lagi. Kenal-kenal.

Dan rupa-rupanya, Lotter, kawan-kawan Lotter dan Kawan kepada kawan Lotter adalah adik-beradik.

Jumaat, 1 Julai 2011

Kotak Hati

Aku dendangkan lagu Kotak Hati. Tak tahu mengapa.

Tak Puas Hati.

Tak puas hati dengan benda yang aku tak faham. Dan aku memang takkan faham dan terus tak puas hati. Mungkin aku akan puas hati kalau aku disogok. Tapi kalau aku disogok, itu akan jadi tak adil untuk yang lain-lain. So biar jela aku terus tak puas hati. Tak perlu sogok aku. Tak perlu superbike sebagai hadiah. Tak adil untuk yang lain-lain nanti. Kalau nak bagi, bagi kat semua. Eh, jangan. Nanti aku akan terus tak puas hati. Sebab aku tak pernah faham!!

astagfirullahhalazim.. Aku syukur ya Allah..

Bersih?

Dulu asalkan mandi sudah cukup.
Biar warna air itu kekuningan.
Tak apa.
Sudah mandi.

Dulu dikirim wang pakai sampul.
Seratus, dua ratus, satu ribu.
Tak apa.
Posman 'oldskool' telus.

Dulu pakai liquid paper masa sekolah 'haram'.
Kalau salah hanya potong.
Tak apa.
Apa mahu rahsia?

Dulu hanya mahu selesa, gembira, tak peduli.
Otak udang turut-menuruti.
Tak apa.
Masih jahil serba-serbi.

Dulu melayu besar diri, cina langsi, india banyak bunyi.
Perkauman sana-sini.
Tak apa.
1 Malaysia kan baru lagi?