Khamis, 30 Jun 2011

Senyum Tawar

Kertas putih kosong suci ini dilumur dicoret puisi.

Entah baik esok apa peduli.
Kelmarin jasad ini puas dicaci.

Gembira riangnya menari-nari.
Sedihnya perit mendaki-daki.

Ketawa menawan hati puteri.
Menanggung tangis bila tak dipeduli.

Senyum dan ketawa..
Sayu lalu menangis...

Puas Hati

“DIAMLAH!!!!” BANGG!!!!. Bunyi lagaan pintu dengan bingkai.

Perasaan aku ketika macam babi. Bengang dengan perangai manusia-manusia celaka yang tak pernah jemu mengejek  aku dari kecil. Mereka adalah manusia yang berbeza. Miliki perwatakan dan latar belakang yang berbeza. Mereka adalah musuh, persaing, pendengki dan juga…kawan-kawan sekeliling.

Aku seorang lelaki obesiti. Miliki perut yang gendut, boyot, selulit. Sepatutnya aku sudah biasa dan lali dengan ejekan si celaka-celaka ini. Aku sudah pun berduit dan mampu beli jasad gadis cantik untuk bermalam. Peduli apa kalau aku buruk, gemuk dan berkemaluan pendek?.

Ya. Mereka hanya bergurau. Pandai dan kerap sangat bergurau. Aku berjalan di kaki lima deretan kedai-kedai. Aku takluk jalan tersebut. Langsung tak mahu mengelak. Aku masih panas dengan peristiwa tadi. Kali ini aku nak buat manusia betul-betul marah. Biar berbaloi aku dicemuh. Biar aku menjengkelkan dimata mereka. Baru aku puas.

Isnin, 27 Jun 2011

Post yang ke dua ratus ini sangat istimewa

Pernah entry yang ke-100 dulu didedikasi kepada awek. Sekarang entry yang ke-200 aku nak dedikasi istimewa buat tunang yang tersayang. Mereka adalah orang yang sama.

Entry yang ke-300 nanti?

Khamis, 23 Jun 2011

Sofia Schramm Broke The 'Broken Project'

Sofia Schramm menaiki tangga bangunan Broken Project satu persatu. Setiap satu anak tangga diawasi penuh cermat. Bimbang sebarang kecuaian mengundang malu dan sakit. 
 Ding Dong! Punat Loceng pintu Broken Project ditekan. 
 Senyap tanpa jawapan. 
 Ding Dong! Ding Dong!
 "Kejap! I'm coming!" Jerit Matt Ringgo sayup dari dalam.
 Flush! "Sorry, saya di toilet tadi. Sofia?" soal Ringgo.
 "Yup!" jawap Sofia.
 "Masuk la. Yang lain-lain on the way." Kata Ringgo cuba menyusun ayat-ayat manis.
 Ringgo seorang lelaki yang penuh dengan persoalan. Sering menulis benda-benda yang dia tak puas hati. Tulisan yang penuh dengan carutan dan makian. Dengan cara itu segala isi hati dapat diluah tanpa feedback yang sakit.
 Sofia melangkah masuk dengan short merah dan singlet putih sendat. Senyum tanpa putus terukir dibibir comel. Semuanya comel sebenarnya. Ya, Sofia Schramm seorang gadis comel campur cantik. Mampu menghentikan putaran waktu Sang Lebai.
 Saat mereka berdua-duaan, Ringgo dah macam lalat yang tak senang dengan lalu-lalang manusia ketika asyik dengan wangian najis.
 “Err, diorang memang macam ni. Janji melayu. Macam mana melayu nak maju dalam bisnes kalau macam ni.” Ringgo mula berlagak macho. Tambahan ayat bisnes menyerlahkan identiti Ringgo yang into bisnes.
 “Hehe. Takpe, lagi pun saya datang awal sangat. Janji kan pukul 9. Ni baru pukul 8.55.” Kata Sofia menyebelahi yang lain.
 “Fuck, gila babi cute kau senyum!” bisik Ringgo separuh dengar.
 “What?” soal Sofia.
 “Err, takde pape. Haa, tu dengar orang naik tangga.” Jawap Ringgo mematikan soalan.
 “Hey!..Ops..Err..Hai..” Kelu Harry Potter.
 “Sorry late. Nak marah, marah Anthony. Sebab dia.” Sambung Max Scherzer.
 “Yela, yang busuk semua aku.” Balas Abbey Anthony.
 Andy Field masuk dan diam di kerusi paling hujung.
 Keempat-empat mata asyik tertumpu pada Sofia. Gadis asing super hot dan urban.
 “Dah, dah.. Jangan duk tengok lama-lama sangat. Ni awek yang aku cakap nak join kita tu. Sofia Schramm.” Pintas Ringgo mematahkan tusukan mata Harry, Scherzer, Anthony dan Andy..
 “Hai~” sapa mereka serentak.
 “Hai..” Balas Sofia dengan lambaian senyum.
 “Mana yang lain-lain? James, Aiden, pe sumer?” soal Ringgo.
 “Tadi James call aku. Dia ngan Peter on the way. Yang lain-lain pun mungkin on the way gak kot.” Jawap Scherzer.   
 Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Diskusi yang dijanjikan pukul 9 makin rancak terlepas. Sudah menjadi kebiasaan ahli Broken meremehkan perjalanan masa.
 Mereka berbual kosong, mengusik dan sebagainya. Sofia dijadikan panel untuk ditemuduga. Watak baru harus diberi lebih perhatian. Itu alasan mereka untuk menggatal.
 Bunyi rancak tapak kasut mewarnai semula permukaan tangga bangunan Broken Project. Menandakan sampainya ahli-ahli Broken yang lain kecuali Samantha Kelly dan Andrew Mccarthy. Masih terikat dengan masa diluar rumah.
 Mereka duduk membulat. Bersedia dengan agenda diskusi. Sofia tenang menjadi ahli baru. Sudah lali dengan godaan lelaki-lelaki rabak selekeh. Walau godaan mata, cara menegur atau bercakap. Tak menunjuk tapi obvious.
 “Ok. First pasal content zine ni. Mesti style walaupun ia hanya sekadar zine.” James Morrison memulakan diskusi.
 Mereka seronok melihat anggukan Sofia tanda faham.
 “Siapa nak handle zine ni?” soal James.
 Mereka masih seronok melihat Sofia. Masing-masing tak dapat beri tumpuan.
 “Mula dah main-main layang-layang diorang ni..” Kata Peter Murphy agak ‘dalam’.
 Penangan Sofia mengoncang hati ahli-ahli Broken yang rata-rata sudah pun berkasih sayang.
 “...Fuck~” carut James halus.


Selasa, 21 Jun 2011

Petanda Mati tak semestinya Mati dan sebaliknya

Ada orang tanya aku.

"Hang tak ingat apa-apa langsung ke malam tu?."

Aku langsung tak ingat. Last ingatan aku masa aku lepak bazar ramadan layan Atan meniaga. Lepas tu aku balik rumah setting berbuka dengan ayam goreng Atan bagi free.

Menurut cerita orang, aku kemalangan malam tu dalam pukul 9 lebih. Aku langgar bangla melintas. Ada orang call abah aku pakai handphone aku bagitahu. Dan abah aku cakap aku pun ada call dia bagitahu aku kemalangan.

"Abah dah on the way gi hospital."

Mak, abah dan adik-adik bagitahu aku keluar rumah sebab nak pergi rumah Fiqa, makwe aku. Memang susah dan aku rasa tak pernah lagi zaman tu aku keluar jumpa Fiqa pukul 9 keatas. Fiqa makwe baik yang masa sosialnya terbatas. Ok, aku sayang dia.

Mak cakap, di hospital aku tak habis-habis tanya.

"Mana Fiqa?."
"Mana Fiqa?."
"Mana Fiqa?."

Mungkin sebab getaran otak, aku menjangkakan aku kemalangan dengan Fiqa. Aku nak tahu apa dah jadi dengan Fiqa. Peduli sama ada jari aku cukup sepuluh ke tak. Yang penting kulit Fiqa sikit pun tak calar. Mak call Fiqa. Kelakuan aku membuatkan mereka semua tertanya-tanya. Aku memaksa mereka percaya yang Fiqa juga terlibat dalam kemalangan itu. Lebih bingung bila telefon Fiqa tak berjawap. Mak call ibu Fiqa.

"Eh, bukan Fiqa keluar dengan Amir?."

Ok. Sekarang cerita aku jadi lagi tak seronok. Dah ramai orang panik. Ibu Fiqa di luar. Mereka tak tahu status Fiqa. Sebenarnya Fiqa tengah sedap tunggu aku kat rumah sambil makan. Handphone dalam keaadaan silent mood. Dah banyak kali aku marah-marah manja sebab ke-silent-an enset dia.

Lewat malam masa di hospital, Fiqa datang dengan family melawat aku. Sumpah aku langsung tak ingat. Ini orang yang cerita. Gambar aku di handphone milik Fiqa sebagai bukti. Terbaring sengeh muka pelik.

Esok pagi aku sedar aku terbaring atas katil hospital. Masa ni aku dah ingat sikit-sikit. Nurse-nurse tengah sembang pasal sabun 3 kali bayar. Bosan. Aku tanya sorang nurse yang datang check botol air apa ntah yang nak masuk dalam badan aku tu.

"Saya excident dengan siapa?."
"Saya pun tak tahu."

Mak sampai bawak selipar baru. Selipar dengan helmet aku dah kena curi. Mungkin. Abah tengah tunggu turn ambil ubat dekat farmasi.

"Mak, Fiqa mana?."
"Fiqa kat rumah dia la. Dah. Jangan nak merepek."

Aku masih separuh sedar. Kesan ubat atau bengong barangkali. Mak cakap, sebelum aku keluar rumah semalam aku buat lawak yang tak cool langsung.

"Kalau mak tak ada baju raya, mak pakai la baju melayu baru Angah tu."

Memang itu lawak petanda untuk sesuatu kematian.

Isnin, 20 Jun 2011

Tulisan 'Aku Katak' yang gagal

Aku Katak. Aku suka menyanyi. Sekor-sekor, kadang-kadang dengan kawan, jiran, siapa-siapa entah.  Ada la bau-bau bacang kot sebab aku pun tak kenal siapa mak bapak aku.  Yelah, binatang. Lagi-lagi aku jenis bangsa reptilia yang lahir dari telur yang banyak. Gila. Entah-entah betina yang aku romen tadi kakak aku. Siapa tahu?

Ok. Pasal menyanyi tadi. Suara aku sedap. Hujan pun turun kalau aku nyanyi. Ehem. Hujan. Selalunya bila aku nyanyi, aku memang nak nyanyi sekor-sekor. Tapi mungkin ini masalah reptilia bangsa aku, jenis cemburu dan ingat kalau aku boleh nyanyi kenapa diaekor tak boleh. Sebenarnya persaingan sihat macam ni tak salah. Tapi tu la. Cuba bangun dari ikut cara binatang. Cari identiti lain. Banyak lagi. Berlakon ke? Mana tahu boleh terlibat dalam video klip Hujan.

Mungkin aku seekor Katak special yang tak macam katak tipikal yang lain. Genius dan memiliki pandangan yang jauh kedepan. Aku merupakan satu-satunya katak yang terlibat dalam protes peribahasa ‘seperti katak di bawah tempurung’. Ada juga la katak-katak lain join aku buat protes lompatan. Tapi diaekor sebenarnya tak faham pun apa maksud peribahasa tu. Just seronok lompat berekor-rekor……………………………………………………………………………………………………….

Fuckoff. Aku Katak tak best. Langsung tak best. Mencarut dan tamat. Taknak rewrite atau edit. Katak babi. Jijik, geli-geliman. Tamat. Mencarut lagi sikit. Tamat. Arghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!! Sampai bila-bila la katak lagi hina dari babi. Betul-betul tamat. Huh!

Jumaat, 17 Jun 2011

Bahagia

Jiwa setiap insan
harus ada perasaan
jangan dilawan
hidup mati Tuhan

Punya kuasa hukum Dia
kita kita saja
itulah tanda
jangan lebih tanya

Alam ini berpenghuni
Pari-pari bukan disini
Kejar depan mata tumpu jangan hirau sana
Pasti semua rasa bahgia

Kata-kata saja
nasihat diri juga
sememangnya manusia
manusia juga

19 Patah Setakat 9.50 Pagi

Mimpi.Curang.Bengang.Bangun.Mandi.Kelam.Memandu.HotFm.Sudirman.Bapa.Sedih.SMS.Bergelinangan.Lewat.Lapar.Opis.Laptop.Blogspot.Tulis.

Khamis, 16 Jun 2011

Aku versus Maybank

Dengan darah manis gua pergi Maybank nak tukar RM2000 dengan wang kertas RM50 baru. Gua tunggu pegawai bank bergayut jap. Nampak muka macam datang bulan walaupun dia lelaki. Gua paham tekanan kerja orang-orang bank yang suka buat senyum plastik. Gua susun ayat paling sedap, cantik dan menjaga tekanan orang.

Gua: "Encik, boleh tak saya nak tukar dua ribu dengan wang kertas lima puluh ringgit baru?"

Pegawai bank moody: "Takda. Musim perayaan je ada duit baru."

Gua: "Oh, tapi ini untuk hanta....."

Pegawai bank moody: "Encik kena paham.. Disini tak ada duit baru. Hanya musim perayaan sahaja ada duit baru. Bila Encik dah tau nak guna duit baru untuk hantaran, Encik sepatutnya tukar masa musim perayaan. Disini memang tak ada. Encik pergi tanya bank lain."

Gua terus tumbuk cermin kaca pemisah sampai pecah. Alarm terus berbunyi. Orang-orang awam semua meniarap atas lantas. Security aim shotgun kat gua. Lantas gua cakap sopan-sopan kat pegawai bank tu.

"Terima kasih"

SAKA!!!

Sayang.. Dulu kau ku cinta. Dulu kau ku tunggu. Dulu kau buat tak tahu atau sengaja? Celaka.. Sekarang kau kecundang. Sekarang kau terhuyung-hayang. Sekarang kau datang sini buat apa? Sayang.. Dulu aku kau bercerita. Dulu aku kau mendungu. Dulu aku beriya-iya untuk apa? Celaka.. Sekarang aku bersayang. Sekarang aku melayang. Sekarang kau........celaka ya?

Selasa, 14 Jun 2011

Yakin dan berjaya

Nora bukanlah seorang wanita yang sangat cantik. Miliki rupa yang biasa-biasa seperti wanita kebanyakkan yang lain. Namun aset bernilai di dadanya meyakinkan dia untuk menghadiri satu sesi ujibakat pencarian model produk kosmetik. Berharap dialog 'dulu saya benci tengok wajah saya'  dapat menambat hati juri yang terlibat.

Eye shadow, maskara, bedak, gincu, dll penuh di wajahnya mengkaburkan jerawat dan panau. Untuk menambahkuatkan lagi permarkahan juri, baju kecik yang amat disarung bagi menjelaskan kedudukan aset. Warna merah untuk godaan berahi.

Berdebar menunggu giliran. "Ramai yang datang tapi dressing macam kampung.." bisik hati menyedapkan hati.

"Norasbestos binti Siling"
"Saya.." Nora berlari-lari anak menambah attitude comel dalam diri.
"Dulu saya benci tengok wajah saya. Sejak menggunakan produk ini, saya bertambah yakin." petah Nora penuh konfiden.

"Hmm.. Saya prefer awak untuk wajah 'sebelum'. Next."

..............................

Isnin, 13 Jun 2011

Bawah! Atas~ Bawah! Atas~

Sangat anjing!
Melalak sana melalak sini!
Bising tak puas hati!

Sangat arnab~
Melompat sana melompat sini~
Gembira hati senang~

Sangat anjing semula!
Melalak gigit gigit!
Dunia kejam!

Ok sangat arnab balik~
makan lobak muka kiut~
Tuhan maha adil~

Khamis, 2 Jun 2011

Body Planning

Jam sudah menunjukkan pukul 6.20 petang dan aku masih berada di ofis. Aku dengan rela membiarkan tubuh menyiapkan kerja-kerja yang merupakan antara penentu corak perjalanan aku untuk hari esok. Ini adalah perancangan tubuh aku untuk hari esok.

Damansara - Alor Gajah - Damansara - Ipoh - Parit Buntar.

Semua ini dijadualkan bermula pukul 10 pagi esok dan berakhir pukul 12 malam. Berkemungkinan akan perlaku pertambahan lokasi antara Alor Gajah dan Damansara. Dan yang pasti jarak masa antara Ipoh dan Parit Buntar agak lama disebabkan kekasih. =)