Ahad, 29 Mei 2011

Plot mimpi hari ini

-Aku mahu pulang ke Kuala Lumpur setelah bercuti selama dua hari di kampung menaiki motorsikal.

-Berhenti sebentar di kawasan rehat dan rawat.

-Terperasan dilangit kelihatan cahaya terang seakan komet berwarna kuning keemasan berlaku dalam dua tiga kali.

-Semua di situ kelihatan pelik menyaksikan suasana penuh ajaib.

-Tiba-tiba muncul cahaya seakan tiga ekor burung garuda dalam masa beberapa saat.

-Satu cahaya yang berat kelihatan makin hampir dan akhirnya jatuh meletupkan sebahagian besar kawasan sekitarku.

-Subhanallah.

-Aku bergegas patah balik ke kampung.

-Mak dan lain-lain pelik.

-Berlaku lagi sekali kejadian aneh tadi dihadapan mereka pula.

-Hura-hura meletup sana sini.

-.......(selang beberapa hari mungkin)

-Hanya ada aku dan abah.

-Abah menelefon emak bertanya khabar dan menasihat.

-Aku menyambung perbualan dengan emak.

-Emak dan lain-lain telah menaiki kapal menyelamatkan diri ke Indonesia.

-Aku menangis sampai terjaga dari mimpi.

Sabtu, 28 Mei 2011

Post selingan

Rakus, berkobar, ghairah dan bersemangat. Pantang ada masa terluang mahu pun terpaksa mencuri-curi. Berazam dan mahu habiskan sekurang-kurang 60,000 patah bila dicantum baru puas hati. Arghh...tak mau tulis benda lain. Jimat dakwat!

Isnin, 23 Mei 2011

Projek Rabak

Aku pernah cakap dekat diri sendiri, bila dah tua dan dah bersedia untuk 'in relationship' dengan dunia kahwin-kahwin, jangan buat benda yang tak dapat duit. Memang sejak akhir-akhir ni aku bermata duitan. Sampai terasa nak meneroka peti besi Maybank kalau berkesempatan. Aku nak duit yang banyak untuk romen dan buat anak cara halal. Aku nak bahgiakan bakal keluarga baru. Tapi aku masih sayang nak lepas benda-benda bazir yang aku sangat suka.

Aku suka tulis-tulis. Aku suka seni-seni pelik. Aku suka buat benda yang bagi orang nampak wow!. Aku memang 'into' benda-benda macam ni. Bila aku join satu komuniti ni, aku rasa aku dapat alirkan benda-benda yang aku suka tadi secara sambil-sambil. Dan aku percaya juga komuniti ni mampu buat aku jadi bukan aku satu hari nanti. Terima kasih Projek Rabak.

Ye apa yang mereka buat itu pelik. Tapi tarian Moonwalk Michael Jackson pun sebenarnya pelik gak..

Selasa, 17 Mei 2011

Alam Maya

Ismadi merupakan seorang lelaki berjerawat batu yang tidak pernah mengemaskini parasnya ke arah Justin Bieber. Masih dengan rambut biasa-biasa, berkaca mata besar dan berbaju kotak-kotak 'tuck in'. Ismadi mungkin seorang yang pemalu atau mungkin seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Ismadi sering menghabiskan masanya bermain permainan komputer dan kadang kala menjadi hero di yahoo chat room.

Di alam maya Ismadi merupakan lelaki idaman, macho, samseng dan serba tahu. Ismadi memikat wanita alam maya dengan pengetahuannya yang luas tentang macam-macam perkara. Bercerita tentang ini Ismadi tahu, tentang itu pun Ismadi tahu. Sebenarnya Ismadi bukanlah seorang yang genius serba tahu pandai gila babi, cuma wanita yang dipikat itu sebenarnya bodoh tak terperi. Ismadi hanya 'google' tuk mendapatkan info tentang benda yang dibualkan. Dunia tanpa sempadan membuatkan Ismadi kelihatan seperti dewa.

Begitulah kehidupan Ismadi seterusnya. Pada pendapat Ismadi, selagi kulitnya tidak bersentuh dengan wanita-wanita alam mayanya, itu bukan sesuatu yang dosa. Mungkin Ismadi lupa untuk 'google' sepenuhnya tentang halal haram dosa pahala dalam islam. Azan maghrib berkumandang dari kaca televisyen di ruang tamu.

"awk... sy nk solat jp ni..nnt sy buzz awk ye..."

Lalu Ismadi pun menyambung permainan komputernya di 'stage' ke tiga.




Sabtu, 7 Mei 2011

Kasih Empunya Anak

Yang tak pernah jemu
Yang tak pernah jelek
Ikhlas tak berbalas
Kasih tak terbatas

Kepada ku
Kepada mu
Kepada ku
Kepada semua

.........

Benarnya kata-kata
Syurga di telapaknya
Akuilah telunjuknya
Kerna cintanya percuma

Kepada ku
Kepada mu
Kepada ku
Kepada semua

.........

Dia yang di cari
Dia yang meratapi
Dia yang menemani
Kala diri rasa sunyi

.........

Khamis, 5 Mei 2011

Blues Dusun Durian..


Usia bukan penghalang Tupai melompat lincah dari dahan ke dahan. Belagak je rasa dihati. Pepatah akhirnya jatuh ketanah berkebarangkalian 1:1000. Cuaca pagi itu sangat nyaman. Tupai berhenti berlagak-lagak dan mematikan lompatan di dahan sebatang pohon durian. Tupai memerhatikan buah-buah durian gred A yang hampir gugur habis ditebuknya. "Hahaha.. barai sudah semuanya.." ketawa Tupai memecah keheningan pagi dusun Pak Basman.

Pak Basman adalah seorang jawa asli. Bekas pemuzik iringan artis sesuai dengan nama jawanya yang bermaksud 'biar jadi pemain musik'. Walaupun sudah bersara, dia masih dengan hobi meniup harmonica sambil menunggu buah durian gugur. Muzik blues memang kegemaran Pak Basman. Feel meniup diikuti bunyi bass durian jatuh sekali sekala memang syahdu. Tupai juga meminati aliran muzik yang sama seperti Pak Basman. Blues memang sesuai dengan kaki pengkhayal tua seperti mereka yang sudah tidak diminati wanita/betina panas.

Memang pohon durian berhampiran pondok Pak Basman menjadi pilihan Tupai acap kali jam 8 pagi. "Memang sepatutnya hidangan muzik diberikan percuma untuk semua. Banyak lagi cara lain untuk cari duit." ngomel Tupai sendirian mengenangkan tiket 'Konsert Untukmu Loloq' yang mencecah ratusan ringgit. "Dengar di radio berulang kali lagi bagus.." tambah Tupai lagi. Tupai begitu asyik memetik jari, memejam mata sambil lenggok kepala mengikuti bunyian serak-serak basah harmonica yang merdu.

"Haram jadahh!!!" pekik Pak Basman mengejutkan lamunan asyik Tupai. Sudah menjadi kebiasaan hiburan pasti tamat setiap kali buah durian barai gugur ke bumi dusun Pak Basman. Tupai menyambung kembali lompatan belagaknya dengan riang. Memang Tupai dan Pak Basman saling bermusuhan. Namun di pentas blues mereka bersatu jiwa.

.............end


Selasa, 3 Mei 2011

Jumper

Berada di Selangor, Kolumpo, Nogori, Melaka, Johor dan Perak dalam masa dua hari membuktikan betapa sayang dan kasihnya aku pada orang-orang disekeling aku.

Dan untuk hari yang ketiga, aku penat.