Selasa, 26 April 2011

Rekod baru, 'jam' di Kolumpo dan babi

Rasa macam gila babi punya 'looser' bila dalam bulan ni je dah 14 'post' aku buat termasuk yang ini. Paling banyak sejak 07. Macam budak tak ada kehidupan hari-hari duk 'google' sana 'google' sini. Tak kira masa nak 'post' je kejenye. Nak kata 'stop' masa kerja pun tak gak. Apa boleh jadi bangang meroyan kot kalau kabel TM kena cilok nanti.

Malam tadi dengan hari ni aku betul-betul tidur kat bandar Kolumpo. Bukan pinggir tapi 'real' punya. Kat betul-betul kolumpo tu. Bukak tingkap boleh nampak staf petronas tengah 'ot' kat menara kembar. Tugas aku kat sini hari ni dengan esok ialah berjasa kat saudara dari kampung. Beliau ada ujian dengan gomen yang wajib lulus sebab dah 'fail' banyak kali. Ujian kali ni pun 'special' sikit. Biasanya beliau cakap tujuh jam. Tapi kali ni 14 jam aka dua hari. Betul-betol gomen kasi can.

Jadi tugas aku menghantar beliau ke tempat ujian dari hotel sepanjang dua hari ni. Pagi tadi aku pelik dengan orang-orang yang selalu memaki sebab jalan 'jam'. Selamba je aku 'drive' tak tekan brek langsung dari hotel ke tempat ujian dan ke tempat kerja aku di pinggir Kolumpo, Damansara. Jadi aku bajet pagi-pagi nak masuk Kolumpo akan 'jam'. Aku nak kuar Kolumpo, jadi tak 'jam' la. Maka bila petang plak, akan 'jam' bila nak kuar Kolumpo. Aku plak nak masuk. Senyum sebab rasa selamat masa baru turun tangga opis pukul lima setengah.


Pukul tujuh aku dalam kereta lagi tak sampai-sampai hotel. Babi la teori aku tu.

Tak berani

Jumpa blog untuk entry ini,


Laju je aku share kat facebook.

Laju je aku removed balik bila dah fikir masak-masak.

Wakaka.

Isnin, 25 April 2011

Cekelat Fisherman

Entah macam mana sambil buat kerja aku boleh teringat pasal mimpi ni. Lantas di minimize kerja sepatutnya lalu diklik new post kat blogspot. Aku baru balik rumah pagi tadi jam tujuh lepas pergi Rawang, Kolumpo, Putrajaya, Melaka dan Putrajaya balik. Destinasi tu semua bermula dari pukul dua petang semalam sampai la dua pagi. Pastu stop kat Putrajaya kejap tido dalam empat jam. Bangun pukul enam suku macam tu. Pastu gerak balik rumah kat Damansara.

Macam biasa kalau rumah bertingkat, berpagar dan berjaga biasanya tanah untuk kereta tentu sudah berpunya. Aku bajet pagi-pagi morning kerja ni tentu la kalau ada kosong tu owner tanah kereta dah bawak kereta keluar. Jadi aku amik la tanah kereta siapa-siapa entah yang agak hampir dengan rumah. Sampai rumah aku pesan kat rumahmate suh kejut pukul lapan. Kejut, lapan lima minit. Kejut, lapan 10 minit. Kejut, lapan suku. Kejut, lapan setengah. Bagus budak ni. Memang baik dan tabah kata aku dalam hati.

Ok, baru nak mula ikut tajuk asal. Pasal mimpi tu di create masa aku tidur dalam pukul tujuh 40 sampai pukul lapan setengah pagi tadi. Kereta aku kena clamp, tak boleh toleransi, rasuah yang selama ini terjalin antara aku dengan ketua security Nepal berbangsa India convert islam dah expired dan aku terpaksa bayar harga saman double sebab rate pagi memang mahal. Aku cool je masa dalam mimpi tu sebab aku dapat detect peristiwa tu mimpi. Baru je kelmarin aku renew ketua security tu cekelat fisherman dua bijik.

Ahad, 24 April 2011

Senyum poyo

Hari ni aku bangun awal. Pukul sembilan. Memang bukan macam hari minggu yang lain. Kebarangkalian yang macam gini memang sangat jarang. Terpanggil tuk poyo nak bagitahu kelmarin aku salam dengan M.Nasir, Ramli Sarip, Ella si dara dan Tam si duda. Hebat kan orang-orang yang aku salam. Malam tadi plak aku pekena teh tarik dengan PyanHabib. Sambil tunggu Pipiyapong balik main hoki (aku rasa sebab gaya PyanHabib buat isyarat tangan macam main hoki)(takkan la si gila tu main golf). Memang agak susah berbual dengan legend yang mesra rakyat ni. Lepas tu aku dapat jemputan jadi vokalis band tersohor. Dalam masa terdekat nak record lagu.

Malam ni aku nak lepak dengan Amy Search plak. Eh, Sharifah Aini miskol....

Sabtu, 23 April 2011

Menyeberang ke Ilberia

Berombak badai tak digentar
Menyusur laju semangat waja
Dengan hati syahid Tariq pun memekik,
"Pertahankan jiwa kalian!!!"

Luasnya lautan Gibralta
Penuh dugaan yang menimpa
Dengan hati syahid Tariq pun memekik,
"Pertahankan jiwa kalian!!!"

Seratus ribu Visigoth harus disua
Tujuh ribu pejuang hanya bersahaja
Dengan hati syahid Tariq pun memekik,

“Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan kalian, ke manakah kalian akan lari? Demi Allah, yang kalian miliki hanyalah kejujuran dan kesabaran. Ketahuilah bahawa di pulau ini kalian lebih terlantar dari pada anak yatim yang ada di lingkungan orang-orang hina. Musuh kalian telah menyambut dengan pasukan dan senjata mereka. Kekuatan mereka sangat besar, sementara kalian tanpa perlindungan selain pedang pedang kalian, tanpa kekuatan selain dari barang-barang yang kalian rampas dari tangan musuh kalian. Seandainya pada hari-hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang berkesan, nescaya nama baik kalian akan hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh akan berganti menjadi berani kepada kalian. Oleh kerana itu Pertahankanlah jiwa kalian!!!.”


Langit cerah bumi Andalusia
Melambai menyambut kedatangan syurga
Dengan hati syahid Tariq pun memekik,
"Pertahankan jiwa kalian!!!"


Jumaat, 22 April 2011

Mencari sahabat dalam kawan-kawan

Orang cakap kawan yang bagus bukan kawan yang hanya nak teman kita sebab kita naik kuda unicorn, tapi sanggup sama-sama dengan kita usung kuda unicorn tu kalau dia patah kaki. Macam-macam jenis kawan boleh jumpa sepanjang kita merangkak sampai la berlari. Sejak hingus meleleh sampai la kunyah chewing gum mahal. Hilang kawan itu normal dalam hidup. Pemisahnya sama ada mati, lost contact atau dah taknak kawan. Dua alasan last tu takleh pakai sebenarnya sebab bila dah kenal dan berkawan, peratus untuk berpisah amat la nipis selagi belum mati.

Pepatah berkawan biar beribu itu betol. Sebab kita insan yang saling memerlukan. Bukan nisan yang tak kisah dengan nisan di sebelah. Sahabat plak adalah kawan yang terpilih. Dan pepatah berkawan biar beribu sepatutnya ditambah dengan bersahabat pun biar beribu jugak. Tapi memang susah la nak mengsahabatkan semua kawan. Susah.. Bila kita dah iktiraf seorang kawan tu jadi sahabat mesti ada something yang dah jadi pada kawan tu. Susah nak tafsir tapi hanya dia tahu sebab apa.

Sebenarnya ramai kawan aku yang hilang dan pergi. Tapi aku tak kisah sebab aku tak rasa ada apa-apa rugi atau untung selepas itu. Walaupun kenal sejak kecil, bila besar jumpa pun hanya angkat tangan atau kening. Itu perkara biasa aku rasa sebab macam aku cakap tadi. Dia bukan siapa-siapa. Tapi bila seorang sahabat mahu pergi memang langsung tak best. Walaupun masih boleh jumpa bila kembali sekali sekala. Tak best weh.. Sebab sebelum ni dia ada, senang cari. Biasanya bila jadi benda-benda macam ni aku akan rasa macam babi dan akan angkat jari tengah tanda protes. Bukan senang nak rekrut kawan-kawan nak jadi sahabat.

Tapi semua sahabat ada kehidupan masing-masing yang nak dicapai. Jadi simpan je dalam hati perangai-perangai angkat jari tengah tu semua. Sebagai seorang sahabat, perjuangan dan cita-cita sahabat perlu la disokong selagi ia tak melanggar etika seorang islam atau manusia. Kepada sahabat aku yang mahu pergi. Selamat jalan dan pulanglah dengan berjaya nanti ya..

Rabu, 20 April 2011

Sembang pasal buku

Isnin lepas aku ngan Atan berjaya guna duit dengan beli buku-buku terpakai kat 'Novel Hut'. Pada aku sangat berbaloi. Mungkin rezeki aku bila berjaya beli buku rare 'Pujangga Melayu' harga asal RM100++ dengan harga RM8. Walaupun dah khatam tapi aku tetap mahu beli..haha.. Kepuasan yang melampau. Sekarang aku tengah baca novel ringan bertajuk Kota Barra.

Kota Barra karya Mahizan Husain

Abid bercita-cita mahu menjadi seorang novelis. Dia berhasrat menulis sebuah novel bercorak sains fiksyen, tapi secara tiba-tiba mendapati dirinya terperangkap dalam satu pengembaraan penuh fantasi di sebuah kota sakti bernama Kota Barra.

Bersama seorang panglima bernama Yaddi dan Puteri Zalia, pewaris takhta Kota Barra, mereka bertarung dengan Guntala dan Alka—dua ahli sihir yang telah menawan Kota Barra. Mereka juga harus menyelamatkan pemerintah Kota Barra, Raja Fayat, yang dipenjarakan oleh Guntala.

Hanya dengan pedang sakti bernama Pedang Asakir saja mereka dapat menghapuskan kuasa jahat Guntala. Syaratnya, pedang yang tersimpan di Gunung Lanar yang penuh bahaya itu hanya boleh diambil oleh seseorang yang berasal dari dunia asing, iaitu Abid.

Mampukah Abid berdepan dengan berbagai rintangan untuk mendapatkan Pedang Asakir termasuk bertarung dengan raksasa penjaga Gunung Lanar? Bolehkah Abid melawan ujian apabila dia sendiri jatuh cinta kepada Puteri Zalia?


Memang agak ringan novel ni. Tapi apa yang membuatkan aku tertarik dengan buku ni sebab pengarang bukan bagi kita hanyut dan leka dengan kosong dan sampah, tapi dia bubuh ilmu-ilmu mengikut fakta. Contohnya doa-doa, tentang planet-planet, mengenai air zam zam, teknologi-teknologi. Aku rasa pengarangnya banyak baca fakta-fakta dan berkongsi dengan menyalurkan dalam novel ni. Baru suku aku baca dah dapat banyak fakta yang pengarang selitkan dalam plot-plot jalan ceritanya.

Aku memang agak memilih dalam membaca sesuatu novel atau bahan cerita. Aku agak anti dengan novel bertajuk cinta-cinta dan mengada-ngada. Bukan aku tak jiwang. Tapi rasa menyampah dan buang masa. Mungkin ini efek dari novel 'Pujangga Melayu'. Siapa-siapa yang rasa nak beralih minat dari membaca novel-novel cinta ke bacaan lain boleh la cuba 'Pujangga Melayu' ni. Nescaya minat akan bertukar. Nak kata aku ni suka terpengaruh pun tak gak sebab Atan pun cakap lepas khatam 'Pujangga Melayu' dia tak jumpa lagi novel-novel lain yang boleh lawan novel ni. Berat tapi sarat dengan ilmu. Susun cantik dalam jalan cerita yang macam kisah benar. Dulu aku penah post sipnosis tentang 'Pujangga Melayu' http://fazelamir.blogspot.com/2008/02/sebuah-novel-yang-amat-menarik-pada-aku.html


Agak terkilan bila terjumpa kitab suci Al-Quran terjual di kedai buku terpakai tu. Siapala yang sanggup jual Quran selepas dimiliki. Pada aku ni bukan salah tokey kedai walaupun dia seorang india.


Khamis, 14 April 2011

Luahan malam keliwon

Seperti biasa, kehidupan biasa yang tipikal. Kelainan memang sukar dicipta buat masa ini. 26/06/11 ni aku dah nak bertunang. Kemungkinan besar kalau tak ada aral melintang, tengah tahun depan atau membawak hingga ke hujung tahun depan aku dah nak jadi suami Fiqa. Rasa lain je perasaan ni. Baru je tahun-tahun lepas aku jatuh basikal roda 3.. Masa memang rasa laju kalau tak tengok jam saat pusing. Tik tok tik tok...

Bila tengok gambar-gambar lama abah aku kadang-kadang aku terpikir apa perasaan dia masa baru gatal-gatal nak kawen dulu. Macam mana dia kumpul duit. Macam mana kehidupan masa baru lepas kawen..(bukan proses macam mana nak buat kakak aku. yang itu aku dah khatam). Abah bukan orang yang ada sijil sana sini. Dia polis jawatan rendah. Dia boleh hidup pelan-pelan kayuh dengan mak aku yang hanya bersuri di rumah. Ya.. abah aku polis.. Tolong jangan ingat aku menyusu botol dengan duit rasuah. Aku tahu sedikit sebanyak harta abah aku banyak mana.

Sekarang giliran aku plak. Aku nak buat satu lagi cabang keluarga selepas keluarga kakak aku. Pecah, pecah, dan pecah macam sistem piramid MLM. Kepada bakal ibu ayah mertua, bakal adik-adik ipar, bakal mak babak sedara mertua dan semua bakal-bakal jadi keluarga aku kelak, saya dah nak gam kan keluarga anda dengan keluarga saya kasi buang perkataan 'bakal' tu. Diharap kamu semua selesa ya..


Dan...
Kepada bakal tunang, bakal isteri, bakal permaisuri, bakal secretary, Nur Afiqah Binti Ahmad Tarmizi, aku mahu ambil alih tugas menanggung dosa kamu dari ayah kamu..

Rabu, 13 April 2011

Siput berbaju besi menyendiri versi awek

Lagi lembut dan sedap. Terima kasih kenalan seberang laut.

Sabtu, 9 April 2011

Zahrul dan videonya

Warna menjanjikan kebahagian pada keluarganya. Kuasa bukan apa-apa. Itu pasti. Segala makan, pakai, tidur pasti akan disediakan. Katanya lagi, biar pun musuhnya ramai, yang penting kita jujur, telus, sabar dan ingat Tuhan sentiasa ada memerhati. Warna berharap keluarganya tetap terus menyokong dan sentiasa berada dibelakangnya walau dalam keadaan apa sekalipun.

Zahrul: Daddy, Zah ada video baik punya ni.. Pasti musuh-musuh daddy surrender kalau daddy jadikan video ni sebagai senjata.
Warna: Ha? apa yang Zah mengarut ni?
Zahrul: Ni ha, hantu Datin Seri Limah balik rumah. 'Macam' kot..
Warna: Zah... Daddy anti taktik-taktik video ni..

Jumaat, 8 April 2011

Siput Berbaju Besi Menyendiri

Bukan aku mati,
aku menyendiri.

Bukan aku lari,
aku asah besi.

Bukan aku malu,
aku tak berbaju.

Bukan aku takut,
aku seorang siput.

Selasa, 5 April 2011

Kebas, senak, kemut dan lega..

Kebas..

Warna menghiraukan keperitan yang dilalui Lufias. Warna asyik mengayuh dengan rancaknya. Peluh jantan menitik-nitik membasahi baju pagodanya. "yeah! yeah! yeah!!"

Senak..

Lufias pasrah. Rela kerna dia pasti balasan yang dia bakal perolehi. Ini semua demi masa depan yang lebih cerah kelak. Pedulikan azab sekarang..mahupun akhirat.. Alang-alang katanya..

Kemut..

Warna memaksa Lufias terus bertahan. Sikit lagi katanya. Disaat ini tiada apa lagi yang terbayang di fikiran Lufias. Sakit.. Tapi kepuasan selepas ini amat dinanti. Disaat dia dapat menikmati kesenangan bersama Warna.

Lega..

Akhirnya bolos.. Warna mengintai takut-takut ada mata-mata yang memaku. Biasalah kalau dah buat salah. Mereka saling tersenyum. Jelas terpancar kepuasan di wajah masing-masing..


Warna: Aku amik lebih ya.. Penat aku kayuh tadi.. Lagi pun ko tak buat apa-apa pun..
Lufias: Eh, bontot aku tak sakit plak duk atas palang beskal 'mountain' ko neh? 50 50 baru adil.
Warna: Yela-yela.. Tapi lau kantoi sama-sama tanggung ye..
Lufias: (Senyum jahat)




Sabtu, 2 April 2011

Ayah, emak dan Dot Dot Dot


Ayah dan emak merupakan satu pasangan yang bahagia. Walau sudah 40 tahun mereka berkasih, mereka masih mengucapkan kata-kata cinta. Dan mereka masih berpimpin tangan kemana-mana.

Tapi apabila sampai satu waktu, mereka redha melepaskan semua. Ketika mereka saling curang. Curangan yang direstui antara satu sama lain..

“Sahaja aku sembahyang……….Allahuakbar~”