Selasa, 29 Mac 2011

Berdiri aku

Berdiri aku di senja senyap
camar melayang menepis buih
melayah bakau mengurai puncak
berjulang datang ubur terkembang

Angin pulang menyejuk bumi
menepuk teluk menghempas emas
lari ke gunung memuncak sunyi
berayun-alun di atas alas

Benang raja mencelup hujung
naik marak menyerak corak
elang leka sayap tergulung
di mabuk warna berarak-arak

Dalam rupa maha sempurna
rindu sendu mengharu kalbu
ingin datang merasa sentosa
mengecap hidup bertentu tuju.

Karya: Amir Hamzah

Sabtu, 26 Mac 2011

L O S E R

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Ismadi masih tertanya-tanya apa program yang harus dibuatnya malam itu. Melayan laman sesawang bukan-bukan? atau pekena 'game online' bersama 'loser-loser' yang lain? Bosan. 'Loser' adalah kata ganti nama kedua Ismadi..juga bayang-bayang...ok, 'loser' adalah wajah cermin di depan Ismadi.. Cukup.

Ismadi mencapai kunci kereta Mercedes lama milik ayahandanya "Malam ni aku harus diberi perhatian" Ismadi tekad tuk merubah acuan hidupnya. Dia menyusur ke tengah-tengah jalan bandar metropolitan. Dia berharap sekiranya ada gadis-gadis yang kononnya milik lelaki rambut Korea dapat disapa. "kamon.. ini Mercedes ok..bukan perotun.." hati Ismadi yang cakap.

Di antara dua kedai Magnum dan Toto berdirinya satu susuk tubuh ngiur, bergetah, ghairah.. "Wah...kenyit mata? kepunyaan siapa si seksi sawo matang ni? buta ke lelaki hidung belang yang lain-lain? atau takdir ia milik aku?" hati Ismadi cakap lagi sekali. kini Ismadi yakin dan nekad bahawa dia bukan seorang 'loser'. Walaupun pada hakikatnya dia sedar yang Mercedes sebenarnya lebih segak dari dia dan Mercedes ini juga merupakan batu loncatan pada dia untuk meninggalkan dunia 'loser' ini.

Perlahan-lahan tingkap kereta diturun. "Hi..sorang je?" ayat biasa menegur/ngorat. "A'ah..you nak jadi dua orang dengan I ke?" Seperti ada sinaran memancar-mancar dari belakang tubuh Ismadi. Huruf 'L' makin memadam di dahi Ismadi. Pasti status dan 'relationship' buku muka di'update' esok. Suara lunak, merdu, ayu itu memaksa-maksa Ismadi berkata ya.

Ismadi memandu susuk itu ke taman rekreasi berhampiran. Perasaan malu masih menebal. Maklumlah ini benda baru. Satu pusingan taman rekreasi itu mereka berjalan. Salasilah keluarga, keturunan, politik habis dibualkan. Lama kelamaan hubungan mereka semakin semakin intim. Lagu 'Kalau berpacaran' dari gerai steamboat berhampiran mengiringi pertemuan itu. Ismadi semakin berani memadamkan huruf 'O', syaitan semakin menggila. Tangan semakin mendaki. Huruf 'S', 'E' semakin hilang. "Kemuncaknya pasti dibahagian bawah" mungkin ini kali terakhir hati Ismadi berucap. Perlahan-lahan tangan Ismadi menyusur ke bawah..

"Ha itu jangan!" terdengar suara garau keluar dari halkum si susuk.




L O S E R kembali tercatit di dahi Ismadi.

Jumaat, 18 Mac 2011

Siapa-siapa

Aku... Memang susah nak mentafsir diri sendiri. Mencongak kekurangan dan kelebihan. Kadang-kadang terfikir kalau aku tak ada, akan bagi kesan kepada sesiapa. Siapalah aku. Bukan golongan yang baik hati, mulia atau kaya raya. Langsung tak ada kepentingan untuk sesiapa. Hanya batang mancis bukan kotak mancis sesiapa.

Gembira... Memang aku suka bagi sesiapa seronok. Abis menyampah kat sesiapa pun tetap cuba bagi tertawa dan senyum. Lupa bila kali terakhir disuap dengan setitik gembira oleh sesiapa. Tak kisah dan tak penting sebab aku bukan siapa-siapa.

Menjaga hati sesiapa penting pada aku. Walaupun sesiapa kata kena fikir tuk diri sendiri juga, yang lain nombor dua. Walau sebam mata tak tidur tampar nyamuk tuk sesiapa aku sanggup kot? Ini bukan post masuk bakul angkat sendiri. Tak la sampai taik sesiapa pun aku nak cuci. Fikir logik la kalau nak memerli siapa-siapa...

Apa pun...

Andai kata aku tak mampu lagi berdiri, tolong...aku perlukan siapa-siapa...
Andai kata aku tak mampu lagi melihat, tolong...aku perlukan siapa-siapa...
Andai kata aku tak mampu lagi bercakap, tolong...aku perlukan siapa-siapa...

Dan...

Andai kata nyawa ini sudah tiada lagi disisi, siapa-siapa tolonglah...aku perlukan doa...

Selasa, 15 Mac 2011

Kisah Cinta Agung

Setiap tahun pasti akan mengambil sekurang-kurangnya satu korban. Puakanya disini..

Salman masih cekal menghadapi hari-hari mendatang. Tak ada perkataan putus asa dalam kamus hidupnya. Masih menjalankan rutin hidup seperti biasa. Melihat ragam mahkluk Allah yang lain. Bahagia, aman, bergembira. Namun pasti akan tersungkur selagi ia bernama mahkluk. Jadi apa mahu hairan?

Pagi itu sungguh nyaman. Pelangi yang membentuk selepas hujan mengingatkan kisah cinta lama yang pada anggapannya lebih agung dari kisah cinta Mickey dan Minnie.. lebih agung dari Marley dan Marijuana.. dan yang pasti lebih agung dari kisah cinta Jib dan Ros..

Suri... Mahkluk secantik nama. Cantik luar cantik dalam cantik macam mama. Tebayang saat indah ketika baru bersua. Saat indah ketika sama-sama mengelilingi bandar bersejarah Melaka. 'So sweet'.

Cinta agung biasanya pasti putus. Putus yang tak direlakan. Sama ada ajal, restu atau dengki... Suri terkorban dalam kemalangan jalan raya. Remuk kancil 'total loss'.. Salman hanya mampu menangis. Sebarang zuriat belum sempat disalur. Kejamnya dunia kata Salman menidakkan kuasa Tuhan.

Laungan takbir pagi itu sangat aneh dan merdu. Jarang-jarang dengar dikebanyakkan hari..

Orang ramai sudah bersedia dengan kelengkapan di jari. Salman ditarik, direbah. Kini Salman sedar dia bukan siapa-siapa. Dia hanya seekor lembu yang punya cinta... Cinta paling agung pada yang Maha Pencipta.

'Bismillahiraohmanirohim...' Maka putuslah halkum dan marih memisahkan nyawa.. Salman terkorban dihari mulia. Ini takdir yang Maha Esa.


Ahad, 13 Mac 2011

Kekasihku Yang Teratas

Kekasihku yang teratas...
Apa-apa ku pinta mohon kabul olehMu... Apa-apa jahatku mohon ampun pintaku... Ku berdosa jahil keatasMu... Berdosanya aku keatasMu Kekasih...

Kekasihku yang teratas...
Segala perjalananku qada qadar dariMu... Perhentian terakhirku takdir dariMu... Ku bersujud sembah keatasMu... Alirkanku kelandasan tulus kearahMu...

Kekasihku yang teratas...
SayangnyaMu Kekasih keatasku... Walau acap 'ter' (kononnya) tinggalkan amalan wajibku keatasMu... Kau tetap beri ruang seketika ku bertaubat sebelum Izrail atau Israfil menjalankan titah...

Kekasihku yang teratas...
Ku memohon lembut,tajam,tulus,mulus dari hati... Agar Kau bukakan setiap pintu hatiku taat, tetap, sentiasa keatasMu...

Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Amin...

Rabu, 9 Mac 2011

Oh Hujan Batu

Ke Kuala Lumpur masa aku kecil adalah sesuatu yang amat seronok. Pemandangan menara di antara celah-celah bukit sebelum sampai tol Duta sangat lah mengujakan. Wow.. jalan jam.. macam yang selalu aku dengar dalam radio dan televisyen. Orang yang ramai, orang putih, hitam... Pemandangan sebegini memang asing dan tak dapat dinikmati di Ipoh. Masa itu bau asap kenderaan yang berlambak juga wangi pada aku. Gadis cantik, seksi, kaya, terbaik, terhebat, putih melepak semua ada di Kuala Lumpur. Pendek kata Kuala Lumpur adalah best.


Sekarang.. aku bermastautin di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur masih seperti bayanganku masa kecil. Tapi.. jalan jam sebenarnya tak cool macam orang-orang dalam tv sebut. Asap-asap kenderaan juga sebenarnya tengit. Dan gadis-gadis cantik, seksi, kaya, terbaik, terhebat, putih melepak, sudah semakin membogel. Adunan ini pada aku mungkin sempurna sebenarnya. Cuma bukan cita rasa aku barangkali. Mungkin tempoyak terlalu sedap kot?

Apa-apa pun kalau dah mula berenang, kena la sampai ke daratan.. Ye dak?

Khamis, 3 Mac 2011

Kekunci Tarikh Yang Tak Best

21hb sampai 3hb (berharap)

Sangat la terok.
Tak sedap hati, runsing.
Rasa nak maki hamun, sepak terajang.

Dasyat sangat ke cinta sampai nak di agung-agungkan?
Kamon la...

Biar dua tahun tu pergi mati, yang 18 tahun kau kenal ni kena jaga hati.
Yang 27,25 dengan 17 tahun ni tak payah nak peduli.
Yang 50 dengan 52 tahun tu tinggal berapa tahun je lagi.
Kau nak semua mati ke?