Isnin, 28 Februari 2011

Aku kan abang...



Ini cerita untuk hari ini.. Pakai paint sudah memadai. Lagi pun aku tak pandai potocop...

Ahad, 27 Februari 2011

Menjejaki Pemuzik Jalanan

Aku habiskan separuh hari minggu dengan tidur. Bangun tepat pukul satu. Tiba-tiba terlintas nak ke Pasar Seni menjejaki pemuzik jalanan. Aku ke Kepong Sentral sebab tak nak terlibat dengan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Belajar guna kemudahan awam.

Sampai di Pasar seni dalam keadaan terik matahari. Mungkin sebab itu kelibat geng pemuzik jalan aku tak jumpa. Jadi aku amik keputusan nak bersiar-siar sekitar kota raya sementara menunggu matahari condong sikit ke barat. Habis RM50 untuk dua helai t-shirt di Bukit Bintang walaupun plan awal aku hari ini adalah hari bebas berbelanja.

Macam-macam manusia aku jumpa. Dari peha putih melepak si amoi, geng Ahmad Dhani berkemeja petak, permata hitam bling-bling sampai la ke lurah minah saleh kemerahan dimamah matahari. Jam sudah hampir pukul 6 petang. Berharap para pemuzik jalanan sudah mula tuning gitar. Singgah Masjid Jamek dulu sujud kat Tuhan.

Aku betul-betul berharap misi aku tercapai. Kecewa... Jalan sekitar Pasar Seni dah dipenuhi dengan gerai-gerai yang cantik. Aku rasa tak mampu disewa oleh orang melayu yang nak jual air kelapa gula lebih. Mungkin mereka sudah disekat pihak berkuasa. Atau Pasar Seni dah tak boleh cari makan. Atau.. pupus?

Apa yang aku jumpa hari ini hanya manusia patung kaler emas kat simpang depan Maybank. Jadilah...




Rabu, 23 Februari 2011

Melalui Jayzuan dari Amir Muhammad terpalit kat aku.

Melayan sesuatu yang baru semalam. Terhibur. Macam Biasa la. Aku memang suka terpengaruh. Rasa macam nak berjinak-jinak plak. Certot nukilan Amir Muhammad yang dibaca Jayzuan ketika break time juga agak menghiburkan. Pasal polis mengeluarkan saman had laju kepada pemilik bibir merah jambu di Jalan Tun Razak. Terlihat Jay amat terketar-ketar ketika membaca. Terbayang macam mana aku nanti. Dia yang dah banyak kali berdepan orang pun macam tu. Inikan aku.

Dan secara kebetulan petang tadi aku check saman..

Fine.. Aku ada satu saman had laju. Dan bukan dekat jalan bapak aku. Fuck it...

Isnin, 21 Februari 2011

Teringin bersua

Menjawap pertanyaan teman-teman.. Siapa idola dan pengaruh bunyi aku... Susah.. Kalau aku jawap pun mesti mereka pelik kenapa karyaku langsung tak seindah dan semerdu irama beliau.


M Nasir... Aku akan senyum sepanjang perjumpaan sekiranya bersua..

Jumaat, 18 Februari 2011

Sekali lagi perhatian.

Petang semalam aku berjalan-jalan sekitar sogo. Melihat hidup manusia kota yang bermacam-macam. Tanpa segan dan silu aku berhenti di hadapan dua orang mamat berbusking. Duduk dan melayan. Tak tahu sama ada mereka betul-betul butuh wang atau sekadar menghibur. Apa-apa pun, aku terhibur dan amik kau wang kertas.

5 Mac ni aku terlibat dalam acara akustik. 'Borak tentang indie rock' nama event-nya. Ini adalah kali kedua aku akan diberi perhatian (kalau) selepas gig 'In ipoh we jamming' tempoh hari. Cuma kali ini aku bergerak secara solo. Jayzuan telefon aku menceritakan tentang ini dan mempelawa aku. Pada mulanya aku sangkakan ini tak ada apa-apa. Aku tak berani bagi kata putus dan bagitahu akan konfemkan malam. Berharap sekiranya senyap, aku akan buat-buat terlupa. Tanpa diduga sekali lagi Jayzuan telefon aku pada sebelah malamnya bertanya. Terharu dan setuju.

Jujur cakap aku.. tak pandai memberi persembahan. Takut, gemuruh. Aku juga mempunyai kemahiran bermain gitar yang amat basic. Dan aku tidak mempunyai suara dan feel yang bagus. Aku masih belum decide lagu apa yang nak dipersembahkan. Perlukah ada lagu cover? atau mainkan lagu aku yang tak best tu?

Aku mang taknak plan apa-apa. Dan percaya pada feel yang spontan.


Sabtu, 12 Februari 2011

Aku tak menyesal

Berhenti kerja waras dan buat kerja gila?

Kerja gila sangat indah. Aku tak cukup gila nak tinggalkan kerja waras aku sekarang. Kadang-kadang aku kagum dengan orang-orang gila kenalan aku. Memang dari lahir gila ke? Suka-suka buat itu ini asal hepi.

Apsal aku tak join? Padahal kerja waras aku sekarang tak hepi langsung. Seronok bila dapat duit. Macam gampang bila buat kerja. Bukan mengeluh sebab susah. Tapi buat sesuatu kena ada jiwa. Cuba tukar pepatah 'biar papa asal bergaya' dengan 'biar miskin asal bahgia'. Tak jauh mana pun maksud. Terpulang pada pentafsir.

Hmm.. Kita hanya mampu redha bila dah terlanjur dengan sesuatu perkara. Bukan sikit-sikit terlajak perahunya. Dari sekolah dah sibuk nak pegang sepanar. Macho la konon. Sikit-sikit aku punya terlajak sampai sekarang. Bukan tak sedar tapi tak berani nak berundur. Tambah-tambah bila dah target kahwin dll apa semua.

Jangan tunjuk yang kita tak hepi. Senyum je walau pahit. Dan.. Aku selalu ingatkan diri.. Jangan asyik mengeluh dan menyesal. Kalau aku tak buat yang ini tapi buat yang itu dulu, mungkin aku tak macam sekarang. Mungkin aku tak kenal dengan orang-orang yang aku kenal sekarang. Mungkin aku dah mati eksiden. Mungkin juga Fasha Sandha yang pakai bikini tu awek aku. Dan macam-macam mungkin lagi. Ini la namanya suratan dan takdir. Dah ditakdir pun entry ni dipost hari ini.

Isnin, 7 Februari 2011

Unexpected (Status Husin)

Cerita yang aku bawak balik dari kampung kali ini sangat dasyat. Mula-mula gambar yang dimuat naik beberapa minit sebelum dialihkan. Lepas itu dikuatkan dengan cerita dari seorang teman kaki tipu yang kali ini boleh dipercayai. Dasyat dan tidak disangka-sangka.

Apa-apa pun itu dah pun ditulis. Mungkin boleh liquid.

Selamat Pengantin Baru kawan-kawan sekalian.

Hari Keramaian Hampir Tiba

Terpalit lumpur kotor daripada kerbau, tak sengaja..
Tak apa... dari dicicah dalam lumpur oleh manusia..
Mereka sengaja kotorkan aku. Celaka manusia.

Amboi... bukan main bersorak-sorai ya...
Seronok tengok aku berbaris? Aku persetankan harammu kerana selesa.
Bukan bahagia tapi terpaksa. Yang lain bukan tak bagus tapi hura-hara.

Eh, jangan kau simbah lagi kekotoran keatasku.
Pergi kau jijik!!.
Esok hari penentuan tiba, akan ku palang kerbau. Bukan kau!!.






Sabtu, 5 Februari 2011

Pantun Nasihat

Aku susah kau pun susah,
aku senang harap kau pun senang,
bila aku senang kau susah,
aku gelisah harap kau pulang.

Hari cerah memanggil gelita,
panas cuaca tak kekal lama,
senjatakan payung kemana-mana,
biar reput walau tak guna.

Tinggi kau terbang aku melambai,
jauh kau lari takut dirantai,
berkawan anjing tak kongsi tulang,
utamakan darah daging tak putus dicincang.