Kalau tak silap aku 'The Adam Diaries' (TAD) kawan-kawan aku buat masa tahun 2007 (salah minta betulkan). Dan kalau tak silap aku lagi Azim yang bubuh nama TAD ni sebab dia banyak kali ulang bagi tahu yang dia yang bubuh nama (salah minta betulkan lagi). Aku tak ada masa diorang nak buat band ni. Aku kat Perlis masa tu. Semuanya mula apabila diorang, Azim mungkin (betulkan kalau salah) menonton satu anime berjudul 'Beck'
http://www.youtube.com/watch?v=dK5AhA94pdM
Line up asal pada mulanya Azim, Manot, An dan Husin (sila betulkan lagi sekali sebab ni mungkin betul-betul punya salah). Bila aku balik kampung bersembang kat kedai kopi, diorang bercerita dan memilih siapa yang mahu jadi vokalis. Aku dengan selamba meng'offer'kan diri tuk jadi vokalis sebab perasan suara sedap.
Lepas 'jamming' dua tiga kali, terus senyap... Tinggal harapan...
Sampailah wujud lagu 'Detik-detik ini' yang susah dibawa 'jamming' oleh kami yang tak beberapa pandai bermain instrumen. Lepas pada tu wujud pulak lagu 'Fantasi dirimu', 'Bersama', 'Monday night', 'Step Out', dan beberapa lagi lagu yang hilang sebab dah lupa.
Kemudiannya pada aku dan kami TAD bukanlah sebuah band angan-angan lagi. TAD adalah gelaran geng melepak kedai kopi yang terdiri daripada aku, Husin, Jack, Azim, Manot, An, Eju, Atan, Abu, Aus, Abe dll. Sekarang kami hanya berkumpul beramai-ramai masa musim cuti-cuti perayaan memandangkan semua sudah menganggap Ipoh adalah kampung. Masih 'Jamming' sekali sekala.
Dan 23hb ni aku, Jack, Eju dan Jep (kenalan Kuala Lumpur) akan menggunakan nama TAD tuk keramaian ini
Ini adalah beberapa link post aku yang lepas-lepas yang berkaitan dengan TAD