Khamis, 29 Disember 2011

Rindu

Ada yang pergi saat kau pergi
Nyawaku, sayangku
Ada yang hilang saat kau hilang
Cintaku, benciku

Dan yang sebenarnya, kau separuh dari nyawaku.

Ahad, 11 Disember 2011

teruk

Sebenarnya aku dah tak boleh menulis...

last man standing

Saya akan jadi orang terakhir. Sebab saya seorang penyelamat. Sebab saya kuat. Sebab saya... tak apalah...

Sabtu, 10 Disember 2011

10th December 1986

Happy birthday to me~
Happy birthday to me~
Happy birthday to Amir~
Happy birthday to me~

Kamu dah besar.

Jumaat, 9 Disember 2011

Semalam

Khamis, 8 Disember 2011

Hopeless

Selasa, 6 Disember 2011

Entah

Hampir tiga minggu di kampung halaman.
Kali ini amat panjang.
Bukan bersenang-lenang, tapi tebang lalang.
Biasalah kalau dapat kerja di kampung halaman.
Sambil membanting keluar dating.
Sambil membajak keluar lepak.
Macam-macam berlaku...macam-macam...
Pasti rindu macam-macam yang tiga minggu.
Dan sekarang aku sudah di Kuala Lumpur.
Belum sempat ke rumah sudah ke kantor.
Tak sabar nak lima setengah, dah lama tak jenguk rumah.

Pejam celik sudah disember.
10 haribulan nak bukak hadiah.

Ahad, 4 Disember 2011

Saya sayang awak. Tak percaya tanya Tuhan. Tolong jangan pertikai.

Ahad, 20 November 2011

barah

darah
merah
parah 
marah
berserah

Jumaat, 18 November 2011

berat

tanpa sekang racun dibiar berarus,
tanpa kata bisa dibiar berhembus,
bukan apa test hati yang terurus,
belajar belok-belok sebelum jalan lurus.
ada buah manis dipilih pahit,
ada kata lembut dipilih jerit,
ada tak longkang se-nature parit?
apa-apa yang teruk indah mahu dikait?
bullshit!







Rabu, 9 November 2011

Olivia

Umur aku 13 tahun. Aku kerap mencuri. Hanya untuk hidup. Untuk makan, bukan kemewahan. Cukup sekadar mengalas kala perut minta dihias. 

 Aku punya keluarga. Aku punya bonda tapi janda. Bapaku pergi tinggalkan kami ketika aku masih belum pandai berdiri. Dengan sebab...entah sampai hari ini aku masih tak pasti. Biarlah, sudah dianggap dia mati. 

 Bondaku, ada serupa tiada. Walau ada tapi buta akan aku. Tunggu pulang bawa hidangan, mabuk pulang dengan angan-angan. Terkadang pulang dengan binatang. Malang.

 Baiklah. Namaku Olivia. Masih muda. Muda remaja. Cantik? Jawapannya ya. Pernah dicuba baju berbulu bonda berserta solekan. Aku pandai menilai cantik hodoh diri. Bukan perasan, tapi jujur. Namun t-shirt lusuh, tanpa bedak, aku kelihatan selekeh. Tak peduli pun. Sedar diri. Tengah cuba perbaiki diri. Nak buat macam mana dah hidup dengan zombi... ok bonda... syurga ditelapaknya. 

 "Olivia! Olivia!"
 "Hoi, aku kat bumbung!"
 "Aku naik!"

 Itu Zaki. Teman baik aku. Dia miliki ibubapa yang sempurna. Tapi tetap miskin. Macam aku. Aahh... Mana mungkin si kaya mahu dekati aku.

 "Jom teman aku pergi mancing."
 "Aahh bosan!"
 "Kau sambung la tulis benda bukan-bukan ni masa aku tengah mancing karang..."
 "Aduh, kau plan la aktiviti yang aku boleh join... Kau ingat aku lahap sangat ke nak tulis-tulis memanjang?"
 "Apa lagi yang sesuai kau buat? Kau perempuan kot?"
 "Hoi, lagi sekali kau atur benda-benda yang perempuan tak boleh buat aku rogol kau!"
 "Ha? Kau takda.....kan?"

 Aku terlalu rapat dengan Zaki. Kadang terlupa berbeza jantina. Kadang terlupa kata yang harus diguna. Aku diam. Terdiam dengan kata-kata sendiri. 

 "Dah, tak payah la nak buat muka macam tu. Aku lapar. Kau dah makan?"
 "Belum. Haa... Nak gi memburu ye? Haha..."

 Zaki bukan macam aku. Ya dia juga miskin macam aku, tapi ibubapa dia agak bertanggungjawap. Sudah tentu ada makanan walau tak mewah mana. Cuma berkawan dengan aku yang terdesak ni memaksa dia jadi agak liar. Pernah ditanya kenapa? Jawapan yang ringkas. 'Saja'. Aku tahu bukan 'saja'. Tapi biarlah. Asalkan dia sanggup teman aku. kalau ada dia selalunya berharga sikit santapan kami. Jadi, peduli apa dengan jawapan yang lain.

 Kami memanjat, melompat dari bumbung ke bumbung. Cekap, bergaya. Ya, kami sudah mahir dengan selok-belok langkah yang harus dijejak. Bumbung sudah jadi laluan utama kami kemana-mana sekitar pekan ini. Ibarat tikus dengan laluan longkangnya. 

 "Zaki, aku nak ayam golek tu. Haha..."
 "Peh, bukan main lagi selera kau hari ni?"
 "Aku lapar gila weh. Kau tak teringin ke?"
 "Mesti la... Fuh, licinnya peha..."

 Zaki tersenyum jahat. Rupanya seluar aku kali ni agak seksi. Dengan aksi menonggeng macam ini memang...

 "Woi! Kau macam mintak penumbuk je?"
 "Haha... Okay serius."
 "Huh!"
 "Hehe... Macam ni, aku ada idea."
 "Yeah!"
 "Kau tunggu sini. Idea kali ni kau takyah buat apa-apa."
 "Apsal plak?"
 "Kau nak tak?"
 "Mestilah!"
 "Jadi diam."

 Zaki turun menyelinap. Penuh hati-hati kali ini. Berlagak seakan penduduk biasa lalu-lalang tanpa niat jahat. Aku hanya menunggu dan memerhati. Masih tiada sebarang isyarat dari Zaki. Zaki berjalan menuju kearah penjual ayam golek. Seorang lelaki agak berusia. Ha? Kau nak beli ke apa? Zaki menyambut bungkusan ayam golek sambil menyeluk saku. Haha... Aku dah tau. Dia konon-konon tertinggal duit. Lepas tu pura-pura balik rumah nak ambil duit. Boleh tahan otak kau kali ni Zaki. 

 "Jangan lepaskan budak tu! Pencuri!"

 Alamak! Celaka mana plak tu? Keadaan jadi kecoh. Lengan Zaki dipegang. Zaki meronta melepaskan diri. 

 "Olivia sambut!"
 "Hah!"
 "Lari Olivia! Lari!"

 Aku terpinga-pinga. Semua mata kini tertumpu atas bumbung tempat aku bersembunyi. Bodoh apa Zaki ni. Kau macam mana? 

 "Lari aku cakap!!!"

 Aku terus dengan aksi tadi. Melompat menyelamatkan diri. Bersembunyi...

 Mana Zaki ni... Malam dah ni... Risau... Aku tertidur. 

 Terjaga subuh dengan ayam golek sejuk disisi. Dan Zaki masih tiada. Zaki, kenapa kau sanggup buat semua ini? Saja? Kali ini aku mahu jawapan lain... Zaki, mana kau...

*macam tergantung


korban

Untuk tengok kekasih kau bahagia dikemudian hari,
kalau kau terpaksa tikam, tikam.
Kalau terpaksa sepak, sepak.
Biar dia cakap kau jahat, kejam atau apa-apa.
Macam tu juga layanan sepatutnya untuk siapa-siapa walaupun dia bukan kekasih kau.
Lambat laun tahu lah dia alasan kau buat macam tu.
Haih, tak apalah kalau lambat laun pun dia masih anggap kau celaka.
Asalkan kau tahu apa yang kau buat.
Asalkan kau tahu yang kau betul-betul sayangkan dia.
Asalkan...hmm...memang susah buat benda tu.
Tapi kau sayangkan dia kan?
Ada cara lain?
Tak ada.
Melainkan kau nak tambah sengsara kau dan dia...
dan...juga dia .

Selasa, 8 November 2011

sembunyi

hari ini aku dilanda sakit lagi. 
nafas agak tercungap, jantung seakan mahu berhenti. 
berbaring atas katil dari tadi. 
maaf, ntah apa jadi ditelefon tidak dipeduli. 
moga esok sihat kembali. 
perlu kuat untuk orang-orang yang perlu dipeduli. 
jangan kuatir, aku ada untuk kamu selagi belum mati.

words just get in the way

Diari raya aji

Phew... Diam tak diam dah masuk raya aji ketiga. Kejap je. Dah nak kena tunggu tahun depan nak raya aji balik. Ada ke orang kira hari bila nak raya aji? Tak ada.

Tahun ni punya cerita raya aji; malam raya dalam pukul 8 lebih macam tu lepak layan Jack niaga arabic roti...apa ntah. Dapat rasa sekeping sebelum sold out. 'sold out' okay. Jadi memang terbaik. Pengalaman dia kerja kat restoran arab dulu mungkin salah satu penyebab berjayanya resipi roti tersebut. Lepas tu dalam pukul 10 balik rumah. Aku mengantuk tak ingat. Baru je landing setting nak tido Eju call ajak gi mekdi tengok bola. Memang aku nak join melepak. Bukan sebab nak tengok bola. Tapi tu la. Sekarang aku lebih pentingkan tido dari apa-apa. Aku cakap kat Eju bagi aku tido jap dalam setengah jam. Eju gelak. Lepas tu aku terjaga dalam 3 pagi. Celaka, aku terlepas sesi melepak.

Pagi-pagi raya mak kejut penuh emosi sebab kami semua liat nak bangun pagi termasuk abah. Penangan daripada sesi kejut mengejut tu membuatkan tekanan darah tinggi mak naik mendadak. Aku bingkas bangun mandi, berbaju melayu tahun ni. Mula-mula plan nak pakai sampin. Lepas tu tak jadi sebab rasa macam over. Kan raya aji je pun. On the way jalan kaki gi masjid aksi aku angkat tangan sikit-sikit, angguk kepala, senyum kat orang-orang yang aku selisih. Ada yang kenal, yang kenal biasa-biasa je, yang tak kenal pun ada. Mungkin aku lupa sebab faktor usia. Atau pun mungkin diorang dulu takde janggut sekarang dah ada. Ntah la. Layan solat sunat raya 2 rakaat pastu khutbah sikit then aku pun balik. On the way balik pun ada lagi orang on the way nak gi masjid. Ada yang tanya aku "Dah abis sembahyang ke? Aku jawap "Hang lagi loser. Mesti mak hang tak kejut tadi kan?" Cewah... aku jawap baik-baik. "Dah habis. Sekarang tengah khutbah. Gi la dengar dari tak dapat apa-apa."

Sampai rumah aku terus pekena lemang, nasik impit, rendang, kari daging, paru masak hitam dengan nescafe. Nikmat. Tengah aku layan sandar-sandar badan kat dinding Atan plak call. "Amir, aku lapar." Peh... "Mai la rumah aku makan." Atan datang dengan Azrol. Aku dah pesan kat mak jangan bawak keluar nasik impit. Kuah kacang tu sedap sangat. nanti diorang bagi abis. Aku perasan diorang makan banyak. Selesai makan layan sembang plak. Aku tunggu je bila diorang nak balik. Sebab aku dah mula rasa mengantuk. Mungkin diorang perasan hint aku bagi atau diorang sendiri tersedar yang diorang dah lama sangat kat rumah aku, diorang pun balik. Aku menarik nafas lega. Aku terus masuk bilik tido. Dalam setengah jam macam tu tiba-tiba Eju plak datang... Masa tu aku tengok mak tak ada keluar gi mana ntah. Jadi takda la orang nak serve makan kat Eju. Aku bukan taknak, tapi tempat letak gula pun aku tak tau kat mana. Lagi pun aku malas. Aku terus keluar gi kat Eju. Sebelum sempat dia ajak diri sendiri masuk rumah aku, aku terus ajak dia gi rumah Jack. "Hang gi rumah Jack dulu kang aku sampai." Eju macam terpinga-pinga dan terus gi rumah Jack tanpa kata-kata. Aku senyum puas. Kesian Eju. Aku masuk dalam baring balik sampai rasa bersalah. Terus aku pun gi rumah Jack.


*bersambung...

Selasa, 1 November 2011

aku geli.
atau takut barangkali. 
tapi aku gagahi. 
demi kamu senang hati.
aku suap sekali.
dua kali.
aku hadiahkan pula permaidani.
agar dia selesa melingkari.

Khamis, 27 Oktober 2011

Nota dari Han Rae

“Kenapa saya sanggup buat itu ini?
Kenapa saya sanggup susahkan diri?
Kenapa saya tak pernah cakap tak boleh?
Kenapa saya kelihatan bersedih?
Sebab saya masih cintakan awak walau tak boleh.
Ya, saya masih.”
– Han Rae -

Selasa, 25 Oktober 2011

ruang

Saya mahu berkongsi apa sahaja yang saya milik dengan awak. Termasuk nyawa saya. Percayalah. Saya sayang awak sangat-sangat. Saya mahu sehidup semati dengan awak.

Tapi... saya juga perlukan ruang... dimana tempat saya menghilangkan depresi... tempat saya mencaci... tempat saya mencuci daki... tempat saya buang tahi... yang awak tak perlu tahu...

Awak... saya cintakan awak...



Saya terasa sangat-sangat...

remember me?

Jumaat, 21 Oktober 2011

Burung

 "Kesian kau sakit. Aku jaga kau ye? Sampai kau betul-betul sembuh. Kau jangan takut. Aku bukan orang jahat. Aku hanya mahu kau selamat."
 "Terima kasih."

...............
..........
......
...
..
.

 "Okay. Masa untuk kau pergi. Kau dah sembuh sepenuhnya."
 "Tapi..."
 "Tapi apa? Pergi la."
 "Aku...aku cintakan kau..."
 "Ha?"
 "..."
 "Kau burung, aku ni ayam."
 "Kita kan unggas?"
 "Tetap tak sama. Tak boleh."
 "..."
 "Hehe...Jangan risau, aku ada je kat bawah ni bila-bila masa kau perlukan aku. Jaga diri okay?"
 "Okay!."
 "Yeah!"
 "Hehe."
 "Hehe."


...............
..........
......
...
..
.


 "Aku juga cintakan kau burung... tapi aku tak boleh terbang..."

Khamis, 20 Oktober 2011

Apa diatas?


Masa umur aku belasan tahun, aku rasa mamat2 or minah2 umur 25 tahun dan keatas tu orang tua. Tak boleh bawak lepak. Sembang dan cara melawak pun lain. Mentaliti lain. Fikir kerjaya, kahwin, anak, masa depan yang serius. Tak boleh main2. Tak boleh itu tak boleh ini. Serius, serius dan serius. Itu aku ingat masa umur aku belasan tahun. Sekarang aku 25 tahun. Ya, aku serius. Aku fikir pasal kerjaya, kahwin, masa depan apa semua. Dan aku masih boleh melepak dengan belasan tahun, sembang, melawak bertempat, main-main dan buat itu ini dengan selamba. Aku muda lagi okay. Sekarang aku set umur 29 baru declare tua. Kan skittles?

Jumaat, 14 Oktober 2011

Cinta Sang Perwira


 Ini kisah cinta Han Rae dan Ji Hyun. Kisah cinta yang tragis. Kisah cinta yang berbelah bahagi. Kisah cinta yang penuh duka. Kisah cinta yang penuh sengsara.

 Mereka bermula cinta bersaksikan pantai. Mengakhiri cinta dengan tangisan berderai. Berpunca dari Han Rae. Memulakan permainan tarik tali. Memiliki kekuatan untuk menang. Namun terpaksa melepaskan tali dan melihat kekasihnya Ji Hyun tersungkur. Dia terpaksa. Tanpa rela. Demi menjaga nama keluarga. Demi menjaga kedaulatan negara.

 Han Rae seorang pahlawan negara. Dia pemimpin barisan hadapan di medan perang. Dia perisai untuk pasukannya. Nyawanya terdedah bila-bila masa. Han Rae bimbang dengan meneruskan cintanya, makin terseksa batin Ji Hyun kala dia tumbang diperbatasan. Ya, Ji Hyun merana. Dia miliki luka sejak lahir. Masih basah dengan darah. Masih likat dengan kepedihan. Ditambah lagi hirisan dari Han Rae, memang peritnya ya amat.

 Han Rae Sedar semua itu. Dia juga terseksa. Dia juga merana. Dia cintakan Ji Hyun...dan juga negaranya. Namun itulah pengorbanan cintanya. Hanya dia tahu setiap inci perihal negaranya. Hanya dia harapan negaranya. Hanya dia sandaran negaranya. Ditinggalkan Ji Hyun sebilah pisau terukir namanya. Sebagai pengganti, pelindung, pengubat dikala dia tiada. Ji Hyun janggal dengan pemberian itu. Ditatap, direnung bila dan bagaimana cara penggunaanya. Dia daif dengan ilmu senjata. Dia hanya mahukan Han Rae sebagai perisai seperti mana negara mahukan Han Rae. Tangisan Ji Hyun mengalir terus tanpa henti. Dicapai pisau pemberian Han Rae, lalu dirobek hatinya sendiri berkali-kali. Jeritan Ji Hyun bergema dalam gelita. Membangunkan tidur kenalan serata.

 Han Rae terus melangkah pergi. Tanpa menoleh walau seinci. Mendongak, mendada bagai singa. Dia harus kuat untuk itu. Ini demi negara dan masa depan Ji Hyun yang tercinta. Dan...air matanya juga bercucuran...membasahi setiap langkahnya ke perbatasan...cinta yang sukar dimengerti...yang mana sayang yang mana kasih...yang mana kurang yang mana lebih...

 Ditinggal persoalan dimata dunia...sama ada Ji Hyun atau Negara yang lebih dicintai...

Rabu, 12 Oktober 2011

terasa

walau pedih, seksa, merana,
berpadalah kira aku tahu kau masih ada.
lega kira kau bahagia,
berdebar kira kau terseksa.
moga semua kembali seperti sediakala.
maaf terasa, pulihlah cinta.

Selasa, 11 Oktober 2011

Jeritan Batinku

...

Isnin, 10 Oktober 2011

Hati-hati

Ini cerita tentang Manikam . 

Yang beraroma barangkali. 
Sengaja atau tidak, tidak pasti. 
Namun amat mudah berubah hati. 
Jaga, Jauhari pemerhati.
Tak apa, hanya memerhati.
Teruskan dengan kata hati.
Teruskan membakar diri.
Panas sedikit apa peduli.
Bagi habis semua hati-hati.
Baru puas hati.
Namun harus hati-hati.
Bila semua mahu dikongsi,
yang utama nanti binasa diri.
Atau yang utama hanya ilusi?
Sekadar bekas kaburkan pelangi?
Wow, siapa kau Manikam misteri?
Sejauh mana Jauhari kenali ?


Ahad, 9 Oktober 2011

Ulasan suka-suka Novel 'Nurul Asyikin' karya Aloy Paradoks.


Aku dah milik novel Nurul Asyikin karya Aloy Paradoks. Aku tertarik dengan  bab 8; Permata Pemotong Permata. Sebab? Sebab...ok aku taip sikit part-part yang aku suka.

 "Saya rasa saya dah jatuh cinta dekat awak."
 "Awak rasa?"
 "Tak! Bukan rasa, tapi betul."
 "Macam mana awak boleh jatuh cinta dekat saya?"
 "Awak..?"
 "Cakaplah, saya nak tahu."
 "Sebab awak cantik. Saya jatuh cinta dengan orang yang cantik saja."
 "Itu saja?"
 "Tapi tak bermakna saya tak serius."
 
 Kalau nak jatuh cinta tak payah ada alasan yang kuat. Untuk soalannya tadi, aku tak ada jawapan. Kalau dah jatuh cinta, cintalah namanya. Kadang-kadang kita sendiri pun tak sedar bila dia datang. Cukup kalau hanya tersilap langkah sekit. Aku tak pasti pula dibahagian mana yang aku tersilap langkah. Jadi aku buat kesimpulan bahawa aku sebenarnya telah tersandung saja. Tersangkut di benir-benir kasih sayang. Aduh, boleh tahan jugak jiwang aku ni.


Amacam? menarik? ni part lagi satu yang aku suka kat bab 8. 

 Tiba-tiba dia mesej mintak putus, ha? Hei, jangan main gila boleh tak? Ingat aku ni apa?
 "Awak nak ke kalau saya bagi cinta simpati pada awak?"
 "Cinta simpati? Kenapa awak kata dah pasti sebelum ini?"
 "Saya silap, keliru dengan perasaan sendiri."
 Perhhh! Jawapan yang mudah saja bunyinya keluar dari mulutnya. Ayat cinta simpati itu adalah ayat paling neraka sekali.
.....................................
......................
............
......
...
 Aku pernah kata padanya ;
 "Tak apalah, sekurang-kurangnya awak dah buat saya rasa bahagia walaupun sekejap. Terima kasih."
 
Aku memilih tuk berkongsi bab 8 ni sebenarnya sebab aku baru khatam sampai bab 8 je. Haha. Jap lagi aku sambung baca. Apa-apa pun. Novel ni lain dari lain. Bukan mengangkat lelaki, perempuan, lelaki macam perempuan atau perempuan macam lelaki, tapi ada mesej yang nak diangkatkan melalui gender-gender tu. Siapa-siapa pasti akan terpalit serba sedikit secara langsung, tak langsung, sedar atau tidak. Jujur tulisannya. Tulisan dari mata seorang 'lelaki' yang bernama Aloy.

Jadi belilah. 
Cuba, try, test, tengok, apa jadi. 





Sabtu, 8 Oktober 2011

langit


dibalik tirai itu
ku renung langit mendung warna kelabu
suram dan kusam
risau 
harap perasaan ini hanya milik aku
langit kelabu kusam ini tak wajar dikongsi

dan aku percaya langit milik semua
namun tonanya pasti berbeda dimana-mana
lalu ku berkemas mencari langit yang ceria
ya, kampung halaman
disana kelabunya bercahaya
dan disana aku bahagia

Jumaat, 7 Oktober 2011




Khamis, 6 Oktober 2011

Kau Terindah



 Kehidupan Ramli agak sempurna. Tak pernah tempuh rintangan berliku, onak duri atau apa-apa bahasa metafora yang sama dengan. Jadi melalui kehidupannya yang serba indah itu dia percaya yang dia mampu memberi kasih sayang. Dia mampu memberi cinta. Kerna pada anggapannya cintanya sangat telus dan jujur. Seperti mana dunia berlaku adil dengannya, dia juga mampu berlaku adil kepada semua. Sempurna.

 Pagi itu Ramli seperti biasa bersesak-sesak dengan orang ramai. Ya, waktu-waktu begini adalah waktu puncak. Dimana penghuni bandar metropolitan berasak-asak ke tempat kerja, ke pasar, pasar raya, ke...mana-mana saja lah. Ramli berhimpit didalam kereta api bawah tanah. Sudah hampir 3 tahun Ramli memilih pengangkutan awam sebagai pengangkutan rasmi ke tempat kerja. Padanya lebih mudah. Biar sesak dengan tubuh manusia daripada terpaksa memaki, mencarut, marah-marah, hon...celaka...memikirkan tentang itu pun sudah rasa mahu mencarut.

 Mp3 milik Ramli penuh dengan lagu-lagu indah dan cinta. Kali ini giliran lagu James Blunt. Disaat Ramli asyik dengan melodi dan bait-bait lirik cinta, di stesyen berikutnya tiba-tiba masa dunia seakan terhenti. Ramli kaku. Apabila muncul seorang bidadari...gadis sebenarnya...bukan...bidadari...cantik...sungguh cantik. Pandangan mata Ramli tak lekang memerhatikan setiap inci paras bidadari itu dari awal kemunculannya. Bidadari itu diekori seorang lelaki tampan yang pada anggapan Ramli, teman lelakinya. Bidadari itu seakan sedar ada sepasang mata memanah lembut dirinya. Lalu satu senyuman penuh indah dilemparkan sebagai perisai. Ramli tunduk. 5 saat, 4, 3, 2, 1. Ramli perlahan-lahan mengatur perjalanan matanya kembali. Senyuman masih terukir dibibir bidadari itu. Bersama pasangannya. Berbual dan ketawa kecil. Ramli mahukan bidadari itu. Ramli dapat rasakan cinta.

 Pintu kereta api terbuka. Orang ramai berpusu-pusu keluar. Stesyen berikut merupakan destinasinya. Dia harus mengambil segala kesempatan yang ada. Ramli menatap paras sang bidadari penuh rakus. Fikiran Ramli melayang-layang. Ramli dapat rasakan bidadari ini tak mungkin muncul  lagi dalam hidupnya. Jadi dia mahu menikmati saat ini sehingga akhir.

"Kau cantik, kau terindah. Aku hanya dapat memerhatikan kau dalam tempat yang penuh sesak ini. Tapi aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Kerna aku tahu yang aku tak mungkin dapat bersama kau."

 STESYEN BERIKUTNYA>>>>

 Ramli berjalan keluar. Dia senyum melepasi sang bidadari. Bidadari membalas senyuman. Kali ini Ramli sedar. Kehidupannya masih belum sempurna. Mampu memberi cinta tidak cukup. Dia juga harus menerima cinta. Kenangan itu berakhir. Ramli melangkah dengan misi yang baru. Mencari cinta untuk dapatkan cinta.

Rabu, 5 Oktober 2011

Otak Tepu

Isnin, 3 Oktober 2011

Sabar

jari digenggam bentuk penumbok
gigi diketap, lepas, ketap
kening dikerut ukiran m
jantung berdegup lebat

Haishhhhh...

tarik nafas dalam-dalam
jerit lepas segala
ketawa, jerit, ketawa
kasi lepas! kasi lepas!

haishhhh...

pejam mata
tenang, lupakan segala
tarik nafas lepas tarik lepas
senyum
semuanya akan baik-baik sahaja

haishhh...
tak jadi, celaka dunia!!!
kejam dunia!!! celaka!!!
kau kepit aku! kau tindas aku!
kau! kau! kau!
arghhh!!! darah dagingku pun sama!!!
kejam!!!

haishhh...

sudahlah, sudah
jangan begitu, 
kita orang baik
mereka orang jahat
kita orang jahat
mereka orang baik
sama saja kita dan mereka
cantik adunan itu
seimbang dan teratur
pasti, kerna itu kerja tuhan

ini permainan dunia
setan ada dimana-mana
jangan lupa tuhan perhati segala
sujud, doa dan minta

hmm... sabar ya...

Rabu, 28 September 2011

WhoamI?

Don't know anything at all 
& who am I to say you love me 
I don't know anything at all 
& who am I to say you need me

Selasa, 27 September 2011

Rahsia

 Aku mengintai sejenak ke jendela rumah pangsaku. Kelihatan lelaki tua berlari seakan berjalan meniti usia tuanya, seorang kanak-kanak lelaki senyap bersila di padang permainan, lelaki muda segak bertali leher pulang dari kerja pejabat barangkali dan gadis-gadis kilang beruniform biru tua senyum berbual. Semua nampak normal. Nampak biasa. Tiada apa yang pelik. Masih seperti semalam yang aku lihat.
 Walau apa pun, mereka-mereka yang aku lihat berkongsi satu benda. Masing-masing ada rahsia yang mereka simpan. Masing-masing ada perkara yang tak mahu diceritakan. Harus diakui realiti dunia penuh dengan rahsia dan misteri. Tak mungkin dapat dirungkai habis walau sedalam mana lubang digali.
 Hmm... baiklah... pakcik tua tadi sebenarnya ketua samseng yang sudah hidup senang dengan downline yang aktif, kanak-kanak lelaki itu sedang asyik makan semut seorang diri, lelaki muda segak tadi miliki skandal dengan bosnya seorang encik, dan gadis-gadis kilang itu sebenarnya pelacur di malam hari.
 Sudah tentu aku bergurau bukan? Mana aku tahu apa rahsia yang mereka semua simpan. Mana mungkin aku boleh menuduh itu ini, bersangka buruk, meneka tanpa alasan atau sebab. Aku tak kenal mereka. Ya, walaupun aku kenal mereka, mana mungkin rahsia yang berat-berat aku boleh tahu. Ungkapan ‘tiada rahsia antara kita’... cit podah...
 Ada satu pengajaran yang amat sukar untuk difahami. Walaubagaimana teruk kau berusaha, kau tak akan dapat tahu sepenuhnya tentang seseorang yang kau rapat atau sayangi. Walau kau menjalani hidup bersama, walau kau mengembara ke hujung dunia bersama, malah walau kau terpaksa berdepan mati bersama-sama sekalipun, tetap akan ada rahsia antara kau dan dia.
 Ketika aku menulis ini, aku teringat seorang kenalanku. Sesorang yang pada aku penuh misteri. Matanya menyimpan seribu rahsia. Gayanya terukir sejuta maksud... ya... aku lebih-lebih. Kerna pada aku dia penuh dengan sesuatu yang tak dapat dirungkai. Setiap kali dia bercerita mesti ada benda baru yang tak dapat diagak. Aku mahu memahaminya. Bukan kerna aku mahukan dia, aku hanya mahu... aahh.. sudahlah... apa-apa pun, aku tahu dia ada satu rahsia yang dia cuba sembunyikan... rahsia yang cukup kuat untuk memusnahkan segalanya...
 Berdebar bukan? Jangan risau. Semuanyanya masih rahsia. Sehingga noktah terakhir ini pun ia tetap kekal rahsia.


Isnin, 26 September 2011

Andy anak polis


 Jam menunjukkan pukul tiga setengah pagi. Malam itu saja sudah 18 batang sigar dijamah Andy. Berita jam lapan tadi betul-betul membuatkan jantung Andy bergetar lain macam. Padahal dia sudah lali dengan kes-kes jenayah tipikal bodoh penjahat Malaya. Senang hati polis Malaya berkelulusan stp seperti abahnya. Kes langsung tak iras csi. Apa ada hal.

 “Mana abah ni...dah lewat ni...” Bisik hati kecil Andy.

 Kali ini sigar yang ke-19 dibakar. Setiap hembusan dihayati penuh peduli. Masih risau macam tadi. Siaran tv mula menayangkan sitkom Senario klasik. Lawak yang lawak pun Andy susah mahu ketawa. Inikan lawak yang dah tak lawak. Ditambah dengan mood risaunya, macam celaka jadinya.

 “Dah pukul empat lebih kot...apa teruk sangat abah kerja ni.” Andy makin risau.

 KRINGG!!!

 “Hello Abah.” Jawap Andy lega menerima panggilan abah.
 “Abah dah nak dekat sampai rumah! Cepat bukak pagar!” Arah abah tegas.
 “Bukak pagar?” Soal Andy sedikit pelik. Sebelum ni pandai je masuk rumah sendiri.
 “Bukak cepat!!!” Tengking abah.
 “Okay! Okay!.” Andy patuh.

 Andy bingkas keluar rumah. Menanti abah pulang diluar rumah. Sayup kedengaran bunyi hon kereta. Makin lama makin kuat. Abah terus meluncur masuk ke ruang parkir tergesa-gesa.

 “Siapa ni abah?” Soal Andy.
 Seorang lelaki bergari keluar dari pintu belah penumpang.
 “Balai dah tutup. Terpaksa tumpangkan penyamun ni kat rumah kita malam ni.” Jawap abah selamba.



Biar apa pun perspektif liar terhadap polis, saya tetap bangga berketurunan polis. 

Airport dan Padang Bola

Aku terlepas nak bye-bye orang kat airport sebab join member main bola kat padang sebelah airport. Macam mana boleh ada padang bola sebelah airport. Tercungap-cungap aku lari pergi airport nak kejar orang tu. But aku still terlepas. Tak apa. Ini mimpi. Lepas ni aku kena tunggu orang tu berlepas naik flight dulu. Then baru pergi join member main bola kat padang bola sebelah airport.

Ahad, 25 September 2011

Hakcum!!!

klmelakaklipohklDEMAMklkedahkl

Sabtu, 24 September 2011

Pohon

Ya Allah ya tuhanku. Berikanlah aku, keluargaku, kekasihku, sahabat serta seluruh kenalanku  kekuatan dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Amin.

Jumaat, 23 September 2011

Imissyou

cinta dua ribut

semakin kuat kau meniup,
semakin hebat kau menghembus,
dan semakin deras kau menghempas,
dia akan tetap kekal berpusar pada paksinya.
kerna harus sedar cinta tak semestinya mengaku cinta.
pertembungan ribut kau dan dia, bisa menenggelamkan dunia.

Rabu, 21 September 2011

Itu je?

 "Kiki, awak okay?"
 "Tak... Saya masih tak okay Lala..."
 "Bila awak nak okay ni?"
 "Bila... Saya dah tak ada kat dunia ni lagi kot..."
 "Jangan la macam tu..."
 "Kenapa?"
 ".........."
 "Saya dapat rasa yang saya dah tak lama..."
 "Owh..."
 "Owh je?"
 "Abis tu?"
 ".........."

Sakit

 Pagi di Kuala Lumpur. Andy melangkah keluar rumah dalam mood suram. Ya, rutin yang sama seperti hari-hari bekerja sebelumnya. Dia sugul melihat semalam yang dilaluinya. Mempersoalkan mengapa mesti ada perasaan yang babi dalam hidup. Walau dia sedar pasang dan surut itu perkara normal. Lumrah dunia.
 Andy berkeras mahukan hidup yang sempurna. Dia mahukan cinta yang sempurna. Dia mahukan persahabatan yang sempurna. Juga poket yang sempurna. Dia cuba kearah itu. Dia struggle ke arah itu. Dari berlari, berjalan, merangkak dan sekarang mengesot. Penat, letih, sengsara. Penuh luka kering, basah, kering dan basah semula. Namun, semuanya sudah tertulis. Harus bersedia bila dan waktu pelangi menjelma, bila dan waktu guruh berdentum. Dan serangan Taufan sangat hebat kesannya. 




Bermimpi dengan hati yang patah

Selasa, 20 September 2011

Tuah dan Jebat kembali beraksi (short yang gagal)

 Tuah mengamati bait-bait lirik lagu penuh teliti. Melodi lagu dipetik Jebat mendayu-dayu. Tenang memahami dan menjiwai.
 “Kali ini kita duet Tuah. Kita kasi aummm dunia sekali lagi! Hahaha.” Kata Jebat sambil ketawa buat-buat.
 “Tak lepas Jebat... tak lepas...” Kata Tuah.
 “Apa yang tak lepas?” Soal Jebat.
 “Kau tahu lah kondisi aku sekarang macam mana. Bukan macam dulu. 20 harkat pun selamba.” Terang Tuah dengan nada hampa.
 “Come on Tuah... Kau bagitahu aku apa yang kau nak tuk bagi lepas? Kit kat?” Soal Jebat membantu.
 “Hmm...” Keluh Tuah tanpa jawapan.
 Penglibatan Tuah dalam dunia kegelapan betul-betul memberi impak dalam kerjaya seninya. Sayang... Kalau dulu lagu Kekasih Datang Dan Pergi berjaya membawanya ke persada dunia, kini sisi gelapnya kerap terpampar dalam akhbar.
 “Jebat, aku dah gagal dalam hidup. Aku gagal dalam segalanya. Aku tak mampu lagi meneruskan perjuangan seni ini... aku malu...” Luah Tuah menitiskan air mata jantan.
 “Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Peminat masih sayangkan kau. Kau ada soul. Kau satu dalam sejuta. Kau kena ingat tu.” Kata Jebat memberi semangat.
 “Hmm... Lihat kau, Teja, Lanang, Mamat, berdato’ Tun bagai... aku?” Kata Tuah bersoal.
 Kali ini Tuah teresak-esak. Kesalnya ditambah dengan cemburu kepada rakan-rakan seperjuangannya yang lain. Dia antara yang terawal dalam dunia seni ini. Skil lakonan kayunya juga membuatkan Azahra tampak terer berlakon. Walhal, hanya bajet bagus dalam Akademi Fantaria.
 “Gelaran itu semua tak penting Tuah... kau tengok Dato’ Kilau? Siapa tu? Apa gelek maut dia menyumbang pada gelaran itu? Itu semua tak penting. Yang penting effort kau. Kau dah sedar dan masih belum terlambat.” Kata Jebat lagi memberi semangat. Kali ini diselit perli membunuh.
 “Tapi Jebat aku tak mampu. Sudah sekian lama aku bergelumang dengan ini. Ia dah jadi darah daging aku...” Lagi kata dari Tuah mempertahankan yang salah.
 “Sedangkan aku yang kau anggap saudara sanggup kau korbankan dalam hikayat sebenar Tuah... adakah aku lebih hina dari najis itu?” Soal Jebat kesal dengan kenyataan Tuah.
 “Maafkan aku... maafkan aku...” Tuah mula membuka minda.
 “Tak perlu meminta maaf padaku Tuah. Memang sifatku membela sahabat. Biar pemimpin negara sekalipun sanggup aku persoalkan.” Jebat terkenang pernah dia dikecam hebat akibat menyiapakan pemimpin nombor satu negara satu ketika dulu.
 “Hmm... baiklah... aku akan tinggalkan benda terlarang ini Jebat! Aku akan!” Laung Tuah penuh bersemangat. Senyuman kembali terukir dibibir Tuah.
 Mereka berpelukan seketika. Memang gandingan mereka berdua mampu menggoncangkan dunia mainstream tanah air. Dua nama besar yang tak hanyut ditengelami ombak ganas indie...
 “Yang halus yang tulus... Yang mulus yang kudus... Yang halus yang tulus... ya haaa... Yang mulus yang kudus!!!...”


Jumaat, 16 September 2011

Amik mood menulis

 Othman melangkah keluar rumah dalam mood teruja. Ya, kekasih yang dirinduinya menunjukkan reaksi positif. Seakan saling merindui. Ini sesuatu yang indah buat pencinta-pecinta.
 “Peah, awak free kan esok?” soal Othman on call.
 “Yup, saya free. Rindu awak.” Jawap Peah.

Hsgdhagsfhsgfhdgfashgfhjgfakhgfahfgdfhdgshfgasfhgasfhgkfhdsgfshfkgashfgdshfdgfdhgfadshfgdfhdgfdhfgasfhgahfghfaglfadhuewgfdfgdhsfbgdshfgdhfgsdhfgdshfgadshfgashfgasdhfsahfgsdfhgdasfhgsfahgsdfhfgdashgfsadhfgdhbdhcdbhdgfdhcbdhcbdchcbdshcbdhcbdhcbdhcd……………

 “Awak tipu saya? berhenti belakon. Saya tak paksa...”

Okay sambung nanti. Takde idea plak.

Smile

Okay..

Khamis, 15 September 2011

Belajar

bumi, terbentang tanpa sempadan.
menjalar langkah tanpa noktah.
mana mungkin berakhir langkah,
selagi roh mendiami jasad.

disitu kita lihat, betapa penting langkah diatur,
agar sempurna perjalanan hidup,
agar teratur segala kehendak.

haih... sukarnya mahu mengagak...
sukarnya menjejak tanah...
sukarnya berjalan lurus...
tersadung mohon ampun, terlangkah mohon maaf...
kerna aku manusia biasa,
kekal belajar, bertaktih sampai senja.

bila mana aku riak berlari,
tegur agar aku sedar diri.
siapa-siapa... tegur sahaja biarpun kau hanya pucuk muda.

Selasa, 13 September 2011

I don't mind spending everyday
Out on your corner in the pouring rain
Look for the girl with the broken smile
Ask her if she wants to stay awhile
And she will be loved
She will be loved

Isnin, 12 September 2011

ifyouwantme

are you really here or am I dreaming
I can't tell dreams from truth
for it's been so long since I have seen you
I can hardly remember your face anymore
when I get really lonely and distance cause only silence
I think of you smiling with pride in your eyes a lover that sigh

Ahad, 11 September 2011

Warna aku kau sama

kau cantik merah jambu
aku malap warna kelabu
kau putih urat kehijauan
aku gelap urat coklat
kau hijau nampak muda
aku kekuningan kedut segala
kau biru tenang damai
aku jingga suram kusam

kau terluka darah merah
aku terluka darah...merah

Sabtu, 10 September 2011

Ribut-Ribut

Ketawa dan ketawa.
Sempurna tawanya.
Cukup sempurna.

Lemau dan tidur.
Selamat malam.
Jumpa esok ya?
Tenang hadapi lusa ya?
Oh ya, juga harap tenang hadapi masa depan ya?
Jangan kuatir, Tuhan ada.

p/s: Tak perlu faham.

Jumaat, 9 September 2011

Manusia


berjalan selentik itik,
berlari sederas kuda,
melompat seanggun katak,
merangkak segaya harimau,
mengesot selembut siput,
menjalar selincah ular.
binatang. sempurna. tiada cacat-cela.
bukan mahu dibinatangkan,
tapi kagum dengan ciptaan.
syukur punya akal,
sedar diri bukan tuhan.

Khamis, 8 September 2011

berhentilah menangis

jangan menangis bertenanglah
peganglah tanganku dan digenggam erat
ku melindungi dari apa yang datang
berhentilah menangis

tubuh kecil bertenaga
dalam dakapanku kau tenang dan lena
pertalian kita tak akan terputus
berhentilah menangis

Rabu, 7 September 2011

Imaginasi Merah


 Disebalik tirai jendela terlihat satu tubuh serba merah. Rambutnya, bibirnya, bahkan pakaiannya. Kaku, membatu agak lama. Hanya merah yang tergambar dalam persoalan mata.

  Apa yang difikirkannya?
  Merah.
  Apa yang dibuatnya?
  Merah.
  Apa…?
  Merah.
  Kenapa…?
  Merah.

 Tubuh itu memerahkan persekitaran. Memaksa sesiapa terpandang tercalit warna merah.

  Marah?
  Berani?
  Garang?
  Cinta?
  Nafsu?

  Ahhh.. Penuh tafsiran merah dibuatnya. Memang niat menggoda atau tarikan merah semulajadi? Ya, memang menjadi. Terpancut darah merah keluar dari rongga sang pemerhati. Kala ciuman terbangnya singgah dipipi. Babi. Aku tewas lagi.

Selasa, 6 September 2011

Afiqah Tarmizi

Hidup ini penuh kejutan. Itu datang, ini datang. Bila fikir-fikir balik, apa yang berlaku hadir dari apa yang kita susun. Even sebenarnya Tuhan yang atur untuk kita. Jangan terlalu leka dengan benda lain. Kena hirau bayang kita yang sentiasa setia disisi setiap masa. Sayang.. Kita pasti bersama. Kerna aku pasti engkau yang utama. Ya.. Engkau Nur Afiqah Tarmizi.

Thousand



relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
tapi benarkah hidup aku akan selama ini
biar berputar utara selatan ku tak putus harapan
sedia setia


relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
ku masih setia


adakah engkau yakin… ini cinta
adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya
Yea.. I do what I want. Everything that possible. And... I miss that word.

Sabtu, 3 September 2011

Amukan Berirama

disaat taufan mengamuk di selatan, 
beliung chaos berpusar di utara. 
disaat taufan merenjis tangisan, 
beliung menhambur kata-kata dosa.
berharap bersatu beliung dan taufan,
agar terlerai simpulan suka dan duka.
maka terhapus sendu didada,
yang tegar bermain dijiwa.
beliung dan taufan,
punya cinta yang
berirama.
.......
....

Marah!!!

Sejak akhir-akhir ni aku kerap marah-marah!!!. Tak puas hati dan apa sahaja yang ntah apa-apa!!!. Ya, aku marah tanpa sebab pun ada!!!. Jaga!!!. Aku bukan betul-betul senyum!!!. Aku tengah marah!!!. 
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Isnin, 29 Ogos 2011

Hati yang aku bagi adalah cinta. Bukan sekadar belon merah. Jaga. Jangan biar ia pecah terlalu awal. Kerna cinta itu suci dan terlalu abstrak untuk dirungkai.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Jumper

Sekiranya kekasih saya minta saya berada di kutub, saya akan akan mulakan langkah saya sekarang. Kerna saya ikhlas dengan cinta saya. Tak mustahil bagi saya untuk berada di mana-mana inci dunia ini. Ya.. Saya maksudkan ini.

Rabu, 24 Ogos 2011

Sembunyi

.Selamanya.awak cintakan akan tetap saya, ini selepas terjadi yang pun apa Walau. berkata untuk lain sebab beberapa dan malu Cuma. bersua kita kali pertama sejak timbul ini Perasaan. hati dari Ini. Betul. awak cintakan Saya

Selasa, 23 Ogos 2011

Rindu



Guna medium ni tuk bagitahu betapa rindunya aku pada kekasih.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Feel

Bila kau nak kan sesuatu, kau kena berusaha dapatkan. Cuba.. Mana tahu kan.. Kau tahu apa kau buat.. Dunia boleh jadi apa saja.. Kalau perlu berlaku kejam, teruskan. Asal hati kau puas.. Asal hati kau menang..

Jumaat, 19 Ogos 2011

Sakit

Rindu kekasih

Rabu, 17 Ogos 2011

Sleep

Playlist

Senyum

Aku okay.
Serius okay.
Tengok aku senyum.
Nanti aku hantar belon merah tu..
Promise.
Kau jangan sedih.

Selamat Tinggal Musim Panas

 "Jin Hyun, walaupun kenangan ini benar-benar untuk semusim, tapi aku tetap nak bagi tahu satu benda ni. Aku tetap 'kurang daripada tiga' kat kau. Sampai bila-bila."
 Jin Hyun senyum. Dia tahu benda ini tak akan kemana. Dia cuma menanti kata putus. Kata putus yang tak mungkin dilafaskan Han Rae. Han Rae terlanjur dengan cinta terlarangnya. Permainan yang disangkakan menang sebenarnya adalah kekalahan. 
 Han Rae kini dalam dilema. Dia tak mahu melihat gadis yang dicintainya semakin terseksa. Dia sedar cinta ini perlu dihentikan. Dia tidak minta untuk ini. Ini soal perasaan. Perasaan cinta yang tak boleh ditolak. Namun dia akur..

 Cinta tidak semestinya mesti mengaku cinta. Tanpa kata-kata pun cinta adalah cinta. Cinta adalah pengorbanan. Pengorbanan untuk kebahagiaan orang lain. Dengan mengorbankan kebahagiaan diri sendiri.

 "Hope kau happy lepas ni. Apa-apa pun, apa aku rasa untuk kau real, jujur and ain't no bullshit. The kiss that we share, that was love, ain't no lust. So thanks. Thanks for making me happy even just for awhile. Thanks for making me feel like I have something to hold on even for a f-cking while. Thanks for bringing me to Ikea and eat pulut with me. Thanks for all and nothing at all. And thanks for making me cry."
 Han Rae tersentak dengan kata-kata Jin Hyun. Dia benar-benar melukakan Jin Hyun. 
 Han Rae pergi membawa diri. Dan berharap kepulangannya suatu hari nanti akan disambut dengan salam perkenalan baru. Seakan yang pernah berlaku sebelum ini sekadar mimpi. Mimpi yang macam mati.
 "Jin Hyun, aku janji kau adalah kekasih aku untuk kelahiran yang akan datang."

Isnin, 15 Ogos 2011

Sembang dengan hati

"Rocky, awak tak boleh macam ni."
"Saya tak minta semua ni jadi."
"Tapi awak boleh cuba elak kan?"
"Ya, tapi macam mana?"
"Cuba jauhkan diri dari semua ni?"
"Ya saya terfikir satu cara."
"Apa?"
"Mati."

Khamis, 11 Ogos 2011

Lampu Lip Lap


Masa di Ipoh dulu, rumah aku antara yang terawal terlibat dalam scene lampu lil lap menjelang Ramadhan. Berebut nak jadi tukang on switch lepas berbuka.

Hari ni aku berbuka di rumah kakak aku. Juga ada lampu lip lap. Dalam tak sedar, air mata aku bergelinang. Masa begitu pantas berlalu. Dunia begitu ligat berputar. 

Dan aku akan pastikan, scene lampu lip lap ni akan kekal hingga ke anak cucu.

Selasa, 9 Ogos 2011

Angin

Satu angin dari lautan, satu angin dari daratan.
Bertiup dari arah bertentangan.
Satu pusaran angin, satu puting beliung.
Bolehkah jadi kenyataan?


Isnin, 8 Ogos 2011

Kenangan Semusim

Han Rae dan Ji Hyun asyik dengan aksi 500 Days of Summer di Ikea. Sibuk dengan aksi pasangan suami isteri, berangan dengan katil baby idaman. Mereka leka. Lupa dengan realiti dunia luar.
"Ah, dah nak masuk waktu makan. Cepat!"
Di meja makan, Ji Hyun galak ketawakan Han Rae apabila makanan yang dipesan didalam menu rupa-rupanya hidangan pulut kuning.
"Hahaha.."
"Jom! dah lewat."
"Jom!"
"Bang, tak bayar lagi?"
"Hah?"
"Hahaha.."
Masa mencemburui dunia. Didalam rungut mencaci masa, kenderaan yang diparkir entah kemana. Penat mencari berbaur indah.
"Hahaha.."
Ji Hyun harus pulang. Ini bukan halamannya. Kenangan bersama Han Rae hanya sementara. Mungkinkah ada lagi?. Mereka senyap diruang terminal menunggu lapangan terbang.
"Han Rae, kenapa kau mahu rahsiakan perjumpaan ini?"
"Entah, aku pun tak tahu. Kau?"
"Entah, aku pun tak tahu."
Mereka senyum antara satu sama lain. Masing-masing saling meneka fikiran.
"Terima kasih untuk hari ini Han Rae. Kenyang dan gembira. Haha.."
"Ok."
"Ok je?"
Han Rae membalas pertanyaan dengan senyuman. Dan yang tersirat biarlah tersirat.
"Bye Ji Hyun.."
Pandangan kapal terbang berlalu semakin samar dan hilang bersama kenangan seketika yang indah. Kenangan yang tak mampu dikongsi, diluah mahu pun dicoret. Ia hanya untuk semusim.

Ahad, 7 Ogos 2011

Hati

Kalau tuhan turunkan ku ilmu menyembuh,
akan aku sembuhkan segala termasuk hati.
Kerna hati luka mampu kacaukan dunia.
Kerna hati berpenyakit  bisa rosakan jiwa.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Senyap

Baiklah. Tak mahu peduli. Terasa. Bye.

Dilema Rozaime

"Abangg nak kawen.."
"Sabar.."
"Abangg nak kawen.."
"Ye.. Sabar.."
"Abangggg nak kawenn.."
"Yelah. Jom."
Rozaime memang sayangkan Senah. Senah anak ketua kampung yang rupawan. Sedikit gedik tak mengapa. Menjadi pujaan pemuda-pemuda kampung. Tuah pada Rozaime. Berjaya menambat hati Senah. Dengan cara helah penuh musibah.
Rozaime sebenarnya bukanlah saudagar di bandar. Rozaime sekadar tukang potostat, penjual beger, pengawal keselamatan dan pemuzik jalanan. Jika digabung pekerjaan sambilan kurang tidur itu, makan, sewa rumah, kereta memang takda hal.
"Huh, berdebar plak. Sempat atau tidak."

Tet!!!Tet!!!
"Abang, ayah dah jodohkan Senah dengan Remy anak Pak Borhan. Abang lambat. Ayah nak yang terbaik tuk Senah. Senah pun nak yang terbaik."
Balas.
"Tapi abang saudagar.."
Tet!!!Tet!!!
"Remy waris tanah berhektar dan Proton Inspira."
Balas.
"Ok.."

Rozaime akur kini. Sedar paras tinggi bukan selari. Penipuan kata harus dibukti. Bukan dengan bicara janji.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Dunia

Dunia tak pernah jemu membagi adil.
Setiap apa yang tersurat pasti bermaksud.
Ya, kau miliki keluarga poranda,
kau pula daif,
kau pula bodoh dan tersisih,
dan kau kau kau?
Juga dirundung ketidakadilan dunia?


Dalam luas pena melangkah,
adakala tersadung mencari kata.
Dalam petah mulut bicara,
adakala kelu mencari makna.

Haha..fikirkan sikit tentang yang adil.
Yang mana kau seronok hilang akal kelmarin.
Yang mana kau idam bakal genggam kelak.
Yang mana kau Yes Ahh Yes Ahh tadi.

Rilek, kita gaul bagi sebati.
Rilek kita layan dunia ini.
Rilek kita mintak petunjuk Ilahi.
Agar tersurat pendam tersirat yang menjadi.

Khamis, 4 Ogos 2011

Koneksi Liar #1

Zine ni mengisahkan seorang mamat yang mempersoalkan tentang benda-benda tak best yang berlaku pada hidup dia. Kenapa? mengapa? Haa.. Itu diari hidup dia. Jadi dalam dia merempuh benda-benda tak best tu, dia dapat merungkai benda-benda yang best. Dimana sebenarnya dunia ni balance. Tuhan maha adil. Aku ada dengan dia masa dia start tulis zine ni, sampai la dia cilok pen aku sebab pen dia abis dakwat. Apa-apa pun, aku rasa mamat yang nama Amir Fazel teman dia dalam cerita ni baik. Mesti dia hensem.

Akhir kata,
Seyn will fucking around like usual. To all idiot bastards, silly assholes, bloody cocksuckers, pig wannabe, bad lovers, fucking stabbers, which you might call me too as one of them but what the hell i care right now, FUCK OFF AND DIE!
Ni Seyn punya ayat. Aku tak pandai mencarut. Bagitahu aku kalau nak beli.

Selasa, 2 Ogos 2011

Taubuat

Semalam,
dosa semalam, taik semalam, muntah semalam, benda-benda jijik semalam,
Aku belum cuci..

Hari ini,
Aku berak lagi, berdosa lagi, kencing! kencing! tambah dosa!

Esok,
Aku mati.

Rabu, 27 Julai 2011

Harap

Sering terfikir apa reaksi orang disekeliling aku andai kata aku sudah tiada. Andai kata bersedih, berapa lamakah kesedihan itu. Ada maknakah aku dalam hidup kalian.. Perasankah kalian tentang kewujudan aku. Aku tak kisah.. Walaubagaimanapun, selagi aku masih ada nyawa, aku akan buat yang terbaik agar kalian senang dengan aku. Maaf sekiranya aku telah menyinggung perasaan kalian. Aku tak bermaksud. Ya, aku tak bermaksud.. Andai kata dengan kehadiran aku membuatkan kalian rasa tak senang, bagitahu... Aku akan pergi dari kalian.. Andai kata aku tak dapat bersama-sama dengan kalian lagi esok, harap dapat dikirimkan aku doa.. Dan mintak tolong tengokkan orang-orang disekeling aku.. Kerna aku sayang kalian..

Selasa, 26 Julai 2011

Writing

I will keep on writing
Even though my writing quite rubbish,
even though no one will read,
and even though someone would defecate on my writings.


Because, thats was my writing.
Writing for my self. Not for you or someone else.
Got it?
Done.


By the way, You can read it if you want. 
Or take it as your own writing as well. 
Nevermind.
Done2.


Cewah.. Terer gila aku google translete. Translete 'gua tak kisah' jadi 'i do not mind'. Hahaha. 

Isnin, 25 Julai 2011

'Broken Project' Next Project

 Tik tok tik tok
 Tik tok tik tok
 Tik tok tik tok
 “So apa plan kita lepas ni?” soal James menghentikan ketukan Tik tok mainan Ringgo.
 “...” Ringgo jebir bibir tanda tak tahu.
 Tik tok tik tok
 Tik tok tik tok
 Tik tok tik tok
 “Scherzer? Any idea?” soal James beralih pada Scherzer.
 “Hmm.. Tak tahu chor.. Busking?” jawap Scherzer.
 “Hmm..”
 Tik tok tik tok
 Tik tok tik tok
 Tik tok tik tok
 “Dah lama tak ada apa-apa event. Memang kita dalam progress untuk macam-macam. Magazine, T-shirt, buku kompilasi, novel, short filem dan lain-lain. Tapi dalam masa yang sama kita kena buat something yang bagi orang tahu kita aktif. Benda-benda ni kena bersulam dengan benda-benda berat magazine pe semua tu.” Terang james panjang lebar.
 “Meow..” Anthony sibuk melayan kucing ketika diskusi.
 Samantha dan Aiden dengar penuh kusyuk.
 Ding Dong!.
 “Masuk.” Panggil Ringgo menjawap salam loceng pintu.
 “Boleh kami join ‘Broken Project’?” soal beberapa anak muda masing-masing dengan pen, kertas, gitar, kamera, water colour, dan wajah fotogenik.
 “Wtf? Mestilah boleh!” jawap James, Ringgo, Scherzer, Samantha dan Aiden serentak.
 “Meow..” Anthony.




Penyu Jantan Menangis

 Penyu Jantan cemburukan Ayam Jantan. Ayam Jantan memiliki balung yang gah, bulu yang eksotik dan sentiasa dengan keris di kaki. Manakala Penyu Jantan hanya memiliki cengkerang besar buruk lagi berlumut.
 "Wah, Peewiitt...Slurpp.." Bisik hati Penyu Jantan.
 "Kanda, nasik dah siap masak ni.." Kata Kura-kura Betina sedikit jerit dari dalam.
 "Baik dinda.. Kanda nak makan la ni.." Jawap Penyu Jantan memadamkan impian.
 Penyu Jantan sudah pun beristeri. Namun masih gatal tak sedar diri.

 Sekian.

Khamis, 21 Julai 2011

Hajat dari kecil

Kalau boleh, saya mahu ke sini. Dari kecil saya dan kakak berangan nak ke sini. Sebab pengaruh iklan Fernleaf. 

Indah kalau dapat lepak dengan lembu tompok-tompok hitam.


Seronok dapat lari-lari dengan biri-biri.


Bahagia kalau dapat hirup air masin kat sini


Saya akan sampai ke sini nanti.

Rabu, 20 Julai 2011

Dreamer



Do you see me...
Do you hear me...
Did you find me...
Did you reach me...

I want you always be my side..
I want you always give your heart..

Selasa, 19 Julai 2011

Siti Rosie

 Siti bingkas  keluar dari bangunan dua tingkat kerajaan penuh caci. Berang dengan layanan segelintir pegawai-pegawai kerajaan. Mereka bias. Mentang-mentang bibir seksinya berselindung dibalik purdah, peha licin Rosie dapat layanan bagai ratu.

 Saat itu syaitan senang menjalankan tugas. Sedikit hasutan mampu menerakakan umat. Sedikit kenyitan mampu leburkan nafsu. Sedikit belaian mampu hilangkan malu. Dan beberapa kata mampu dedahkan bulu.

 Siti berubah untuk layanan bak ratu. Purdah ditinggal bagai hempedu. Bibir diconteng warna nafsu. Jasad didedah kekurangan baju.
Putih leher ke bahu menampakan tali merah halus. Lutut ke peha menyerlah menenggelamkan paras rupa. Ya, syaitan kerap berjaya  zaman kini. Tidak kurang bantuan manusia puaka guna teknologi. 

Tapi...

 Yang segala Maha pasti mendahului. Apabila peha licin Rosie dilapik kain longgar wangi duniawi. Apabila hijap singgah di ubun Rosie. Apabila malu mula mekar di hati Rosie dan segala kewajiban dijalani penuh teliti.

 Akhirnya...

 Malang bagi Siti. Ya... Rosie terus kekal dilayan bak ratu mendahului Siti. Kerna perubahan mensuci batin lebih bererti. Dari perubahan jasad membogel diri. Yakin dan pasti.. Tak perlu curigai..

 Dan sebenarnya, syaitan berjaya menghancurkan Siti. Walaupun Rosie bukan lagi teman berahi.. 

Hahahahahaha....

Jumaat, 15 Julai 2011

Kah kah kah! Amik kau!

Sebotol air cincau.
Hitam cair ketul-ketul.
Digoncang di buka penutup.
Diteguk mengalir sempurna.

Sepotong hati celaka.
Kotor busuk rupa.
Dituris halus menyeksa.
Dibuang diperduli hendaknya.

Semangkuk cuka jernih.
Suci segar memandang.
Ditatang dihidu masam.
Diteguk muntah kepalang.

Sepasang mata buta.
Bebas pandang dari hati.
Penyebab senyum tanpa henti.
Ringan meraba temu Ilahi.

Sakit

Sakit sejak kebelakangan ini membuat aku selesa dalam selimut. Makan, kerja dan kekasih terabai. Bukan sengaja. Tak mampu. Sampai ke hari ini, aku masih dengan jiwa yang sakit. Mungkin Tuhan mahu menghukum. Dosa yang banyak perlu diringankan sedikit. Kerna sayangkan aku, Dia tolong aku dengan cara begini. Memaksa.

Aduh.. Bangangnya aku.. Manusia yang tak ada kemahuan untuk sedar dan membangunkan diri. Macam manusia kerdil. Yang sememangnya tak boleh untuk membesar lagi.