Khamis, 24 Jun 2010

naik lift capai MERCEDES

ramai orang cakap kalau nak senang kena susah dulu. kena susun batu bata step by step, level by level, kasi kukuh. atleast kalau runtuh 1 level ada lagi 1 level backup. tak la sakit sangat kalau jatuh.

bagi orang yang tak sabar macam aku, kalau boleh aku nak lepak terus kat atas. . mencampak duit sana-sini. takyah nak pikir pasal duit makanan tuk hari esok. buat apa nak susun batu bata susah-susah nak buat tangga? lift kan ada.. sampai top level nanti dapat bergambar dengan Mercedes, BMW, Ferrari dll..huh...

perlukah orang yang tak sabar macam aku menyertai downline mereka?

Khamis, 17 Jun 2010

lagu yang berjiwa

kata orang berbakat dan berpengalaman, sesebuah lagu yang bagus perlu ada jiwa, perlu melodi yang kuat dan penyampaian yang berkesan. baru la sesebuah lagu boleh terpahat dihati walaupun baru sekali dengar.

kata orang berbakat dan berpengalaman juga, walaupun sesebuah lagu itu memiliki kord semudah g, em, c, d sekali pun, sekiranya melodinya kuat sudah pasti menjadi hit.

pada aku semua itu betul sebab ia datang dari cerita seseorang yang berbakat dan berpengalaman.

pada aku juga, sesebuah lagu bercorak 'sejarah mungkin berulang' juga pasti rancak di jammingkan sekiranya ia datang dari gergasi seperti search dan wings.





Selasa, 15 Jun 2010

hari yang gembira...

puas tersenyum dalam kesakitan bila orang disekiling mengambil berat. terima kasih.. aku rasa seronok mengalami sakit kalau diberi perhatian sedemikian rupa..

aku mengharapkan perhatian begini meski pun sakit aku pasti kebah. aku berharap sangat.. aku mengidap sakit dalaman dan luaran sejak dua menjak ni. badan dan hati berganding bahu meraih simpati luar. sungguh tertekan.. depresi..

alhamdulillah... semoga orang yang mengambil berat ini sentiasa bahagia disamping aku yang mengada... thanks kasih semua...


Sabtu, 12 Jun 2010

maafi

rindu... terbuku...
menyelubungi hati kian lama tak bertemu...

resah... terpisah...
dugaan yang menimpa mengundang gelisah...

bagaimana nak ku tangis...
semua dah tertulis...
kau harus mengerti rasa, jiwa hati ini....

salahku ampuni...
dosaku maafi...
ku takut sendiri lagi tanpamu di sisi...

Khamis, 10 Jun 2010

1 vs 10

hidup tak bermasyarakat ibarat kera sumbang. kalau dikira dari segi nisbah 1:10, dah tentu la '10' tu dijalan yang benar. kenapa '1' ni tetap berasa dia yang betul dan takda cacat cela? come on la.. harap sedar. kita bukan budak sekolah nak tarik '1' masuk tandas pastu pukul. kenapa semua tak suka kat '1' neh? mesti la ada sebab. '1' sanggup tengok 1/10 ni sakit sebab nak puaskan hati sendiri.. takkan la 9/10 ni nak duk diam je.. sebab 9/10 ni tak pentingkan diri sendiri macam si '1' neh. harap ubah sikap ya.

p/s: sakit melihat 1/10 disakiti '1'

Sabtu, 5 Jun 2010

bercerita tentang hidup

Dalam merempuh hidup di kota raya metropolitan, aku haruslah tabah dan sentiasa akur dengan segala takdir atau qada’ qadar. Kadang-kadang aku takut nak berdepan dengan realiti kehidupan..takut untuk jatuh..takut untuk terhantuk. Aku harus sentiasa bersedia menerima halangan atau perangkap didepan.. merangkak dibawah kawat berduri, malah kadang-kadang terpaksa melalui situasi seakan berdepan dengan bom jangka masa. Harus tenang memikirkan wayar mana yang harus dipotong tuk mematikan bom..

Akhir-akhir ni aku sering menghabiskan masa menulis, bercerita dan merapu. Hanya untuk dibaca sendiri disuatu hari nanti. Meratapi nasib yang lepas. Bukan tujuan nak memandang kebelakang, tapi sebagai panduan untuk perangkap yang akan ditempuhi. Aku masih naïf dalam dunia yang penuh pancaroba ini. Masih sering menyapu ubat di sana-sini. Alhamdulillah..setakat ni aku belum pernah lagi terlibat dalam situasi yang memaksa menggunakan ubat pelali..

Sebagai manusia biasa, aku harus ikut telunjuk manusia luar biasa. Keputusan yang luar biasa harus diminta pendapat..harus diminta nasihat. Itulah kunci menjadi manusia luar biasa. Mengutip segala pengalaman hidup dan disimpan rapi.
Aku baru selesai mengukir beberapa kata-kata yang agak berguna untuk diselami.. ini hanya untuk diri sendiri..

Puitis aku tak bermaksud memerli,
Kata aku tak bermaksud memaki,
Dengar dengan tajam dan teliti,
Sekadar hanya ingin memberi

Kata-katamu aku manusia keji,
Punyai pena seperti mahu dikagumi,
Menulis lancang memandang kiri,
Hingga terlupa kanan menyebelahi

Kelam dosa aku gagahi,
Terang pahala aku tiduri,
Mengharap seru dari Ilahi,
Membimbing aku ke jalan yang suci

Amin..

Aku mengundurkan diri…..salam..

Khamis, 3 Jun 2010

Cikgu Aspalela

Kringgg!!!. “Huh, cepatnya loceng bunyi. Tak sempat aku nak habiskan makanan”. Bisik hati kecilku. Kejap lagi kelas Cikgu Aspalela. Mampus aku. Homework yang dia bagi haritu aku tak siapkan lagi. Apa la alasan aku nak bagi kali ni. Buku tak bawak? Hmm.. alasan ni dah lapuk.. banyak kali dah aku pakai. Aduh.. tawakal je lah. Dah memang salah aku pun.

“Bangun… Aassalammmualaikummm dan selamat sejahtera Cikgu….” Teriak ketua kelas diikuti yang lain-lain. “Waalaikumussalam. Sila hantar kerja rumah yang saya bagi minggu lepas ya. Siapa yang belum siapkan atau tengah fikir nak bagi alasan sebab tak dapat nak hantar sila berdiri di depan”. Ujar Cikgu Aspalela sambil menjeling kearah pelajar-pelajarnya. Cikgu Aspalela merupakan cikgu bahasa melayu. Cara beliau berpakaian agak klasik dan amat bersesuaian dengan mata pelajaran yang beliau mengajar.

“Amir? Apa alasan awak kali ni?”. Soal Cikgu Apalela seperti biasa. Aku merupakan pelajar yang paling kerap tak dapat menyiapkan homework beliau. Kali ni aku senyap tanpa sebarang alasan. Aku sudah kekeringan modal untuk menjawap. “Saya malas. So?”. Jawap hatiku selamba sambil memandang ke arah teman sekantoiku berbangsa cina, Mok Yuk Hou. “Awak berdua tak malu ke? Harap pakai je baju pengawas. Tapi sekor-sekor perangai macam mawas”. Sindir cikgu Aspalela agak kasar. Aduh.. pedihnya.. Tebal muka aku saat itu bukan kepalang.. “Awak Mok? Apa alasan awak?” soalan Cikgu Aspalela beralih pada Mok Yuk Hou. “Saya lupa cikgu”. Jawap Mok Yuk Hou ringkas. “Amboi, bukan main senang awak jawap ye? Kali ni saya tak akan bagi muka lagi. Kalau awak berdua tak dapat submit sebelum waktu balik, saya akan bawak awak berdua jumpa pengetua”. Tegas Cikgu Aspalela.

Kali ini aku dan Mok Yuk Hou sudah tak ada pilihan lain. Kami kena pastikan kami dapat siapkan homework ni hari ini juga sebelum balik. Kalau tidak nahas la jawapnya. Aku langsung tak dapat tumpukan perhatian pada kelas Cikgu Aspalela waktu itu. Kepala aku sibuk memikirkan karangan apa yang aku nak karang. Otak aku dah la tengah kusut ni. Tajuk bebas.. Huh.. Lagi la pening.. Blurrr…. “Mok, macam mana?” Soalku minta pendapat. “cincai saja ma… janji siap”. Sekali lagi jawapan selamba dari Mok Yuk Hou. Sakit hati aku. Senang je dia jawap. Muka tak ada riak risau langsung. Hmm.. Nak tiru budak-budak lain punya, dah tentu semua dah hantar. Ya Allah.. Sumpah aku tak ada idea..

Suasana pagi itu agak mendung. Sesekali bau-bauan semulajadi yang tak dapat diterima hidung muncul dari kandang kuda sebelah sekolahku. Sekolah aku terletak di pinggir bandar. Agak indah berbanding sekolah-sekolah lain yang tercemar dengan macam-macam pencemaran. Sekolah aku sering kali dijadikan bahan ejekan orang luar. ‘Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Rambutan’.. Itulah nama sekolahku. Tanjung Rambutan amat terkenal di seluruh Malaysia dengan hospital pesakit mental. Bahkan dalam filem P Ramlee pun Tanjung Rambutan ada disebut. Setiap kali sekolah aku terlibat dalam aktiviti luar, pasti akan diejek. Sekolah orang gila.. kadang-kadang aku rasa malu bila orang tanya aku bersekolah dimana. Kata pengetua aku, biar orang kata kita gila, sekolah orang gila, yang penting kita dapat jadi nombor satu dalam apa-apa aspek sama ada dalam bidang akademik mahu pun kokurikulum. Itulah pesanan beliau dalam ucapannya di perhimpunan.

“Amir! awak mengelamun apa?” jerkah cikgu Aspalela. Aku terpinga-pinga lantas bangun. Aku perasan semua mata kini tertumpu kearah aku diikuti dengan gelak ketawa. Aduh.. Apalah nasib aku harini.. “Apa nak jadi la awak ni Amir. Sudah, awak baca perenggan berikutnya”. Marah Cikgu Aspalela. Baca? Baca apa pulak ni. Aku memandang kearah Mok Yuk Hou minta bantuan. Owh.. “Manusia dan haiwan bergantung secara langsung atau tidak langsung kepada tumbuhan sebagai sumber makanan. Oleh itu, tanpa fotosintesis tumbuhan, manusia dan haiwan tidak..”. “Amir.. itulah.. Masa saya mengajar fikiran awak kat tempat lain. Saya ni mengajar bahasa melayu. Bukan sains..”. Tegur Cikgu Aspalela membehentikan bacaanku. Sekali lagi aku ditertawakan. Aku memandang kearah Mok Yuk Hou dalam keadaan agak geram. Kurang ajar punya kawan. Konfiden je aku baca buku yang dia bagi kat aku tadi. “Sorry la kawan, gua tarak bawak buku. Gua cover line pakai buku teks sains”. Kata Mok Yuk Hou sambil tersenyum menahan ketawa.

“Baiklah kelas, masa dah tamat. Kita jumpa lagi esok. Amir, Mok jangan lupa perjanjian kita ya”. Cikgu Aspalela mengakhiri kelasnya dengan memberi peringatan kepada aku dan Mok Yuk Hou. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Aku terus memulakan penulisanku. Aku tidak hiraukan langsung kelas berikutnya. Sepatah-sepatah ayat aku karang di kertas kajangku. Aku betul-betul risau dengan amaran cikgu Aspalela kali ini. Aku dah banyak buat hal dalam kelas beliau.

Kringggg!!!!!. “Alhamdulillah.. Ngam-ngam bunyi loceng aku dapat siapkan”. Bisik hati kecilku. Aku bergegas ke bilik guru. “Hmm.. Sempat juga awak siapkan ya”. Ujar Cikgu Aspalela. Aku tersenyum lalu meninggalkan bilik guru. “Apalah nasib Mok. Mintak-mintak dia tak sempat buat. Baru padan dengan muka dia. Dah la kenakan aku tadi”. Bisik hatiku agak jahat. Hmm.. Hari ini merupakan hari malang aku.. Cikgu Aspalela…

Keesokan harinya di kelas Cikgu Aspalela.

“Amir, sila kedepan”. Arah Cikgu Aspalela setibanya beliau ke kelasku. Entah apa la pulak nasib aku harini. “Tahniah ya. Hari ini saya nak memberi pujian kepada Amir kerana telah berjaya menyiapkan karangannya semalam. Saya amat tertarik dengan tajuk karangan dia. ‘Cikgu Aspalela’. Pada mulanya saya agak pelik. Kenapa nama saya dijadikan tajuk. Rupa-rupanya dia telah mengkarangkan peristiwa yang berlaku semalam sebagai karangan dia. Dan apa yang saya perasan, nama saya yang paling banyak dalam penulisan dia. Saya minta Mok Yuk Hou yang gagal menyiapkan kerja sekolah yang saya bagi semalam bacakan karangan Amir didepan sebagai hukuman”.

Kringgg!!!. “Huh, cepatnya loceng bunyi. Tak sempat aku nak habiskan makanan”. Bisik hati kecilku. Kejap lagi kelas Cikgu Aspalela. Mampus aku. Homework yang dia bagi haritu aku tak siapkan lagi. Apa la alasan aku nak bagi kali ni. Buku tak bawak? Hmm.. alasan ni dah lapuk.. banyak kali dah aku pakai. Aduh.. tawakal je lah. Dah memang salah aku pun.

“Bangun… Aassalammmualaikummm dan selamat sejahtera Cikgu….” Teriak ketua kelas diikiuti yang lain-lain. “Waalaikumussalam. Sila hantar kerja rumah yang saya bagi minggu lepas ya. Siapa yang belum siapkan atau tengah fikir nak bagi alasan sebab tak dapat nak hantar sila berdiri di depan”. Ujar Cikgu Aspalela sambil menjeling kearah pelajar-pelajarnya. Cikgu Aspalela merupakan cikgu bahasa melayu. Cara beliau berpakaian agak klasik dan amat bersesuaian dengan mata pelajaran yang beliau mengajar.

“Amir? Apa alasan awak kali ni?”. Soal Cikgu Apalela seperti seperti biasa. Aku merupakan pelajar yang paling kerap tak dapat menyiapkan homework beliau. Kali ni aku senyap tanpa sebarang alasan. Aku sudah kekeringan modal untuk menjawap. “Saya malas. So?”. Jawap hatiku selamba sambil memandang ke arah teman sekantoiku berbangsa cina, Mok Yuk Hou. “Awak berdua tak malu ke? Harap pakai je baju pengawas. Tapi sekor-sekor perangai macam mawas”. Sindir cikgu Aspalela agak kasar. Aduh.. pedihnya.. Tebal muka aku saat itu bukan kepalang.. “Awak Mok? Apa alasan awak?” soalan Cikgu Aspalela beralih pada Mok Yuk Hou. “Saya lupa cikgu”. Jawap Mok Yuk Hou ringkas. “Amboi, bukan main senang awak jawap ye? Kali ni saya tak akan bagi muka lagi. Kalau awak berdua tak dapat submit sebelum waktu balik, saya akan bawak awak berdua jumpa pengetua”. Tegas Cikgu Aspalela.

Kali ini aku dan Mok Yuk Hou sudah tak ada pilihan lain. Kami kena pastikan kami dapat siapkan homework ni hari ini juga sebelum balik. Kalau tidak nahas la jawapnya. Aku langsung tak dapat tumpukan perhatian pada kelas Cikgu Aspalela waktu itu. Kepala aku sibuk memikirkan karangan apa yang aku nak karang. Otak aku dah la tengah kusut ni. Tajuk bebas.. Huh.. Lagi la pening.. Blurrr…. “Mok, macam mana?” Soalku minta pendapat. “cincai saja ma… janji siap”. Sekali lagi jawapan selamba dari Mok Yuk Hou. Sakit hati aku. Senang je dia jawap. Muka tak ada riak risau langsung. Hmm.. Nak tiru budak-budak lain punya, dah tentu semua dah hantar. Ya Allah.. Sumpah aku tak ada idea..

Suasana pagi itu agak mendung. Sesekali bau-bauan semulajadi yang tak dapat diterima hidung muncul dari kandang kuda sebelah sekolahku. Sekolah aku terletak di pinggir bandar. Agak indah berbanding sekolah-sekolah lain yang tercemar dengan macam-macam pencemaran. Sekolah aku sering kali dijadikan bahan ejekan orang luar. ‘Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Rambutan’.. Itulah nama sekolahku. Tanjung Rambutan amat terkenal di seluruh Malaysia dengan hospital pesakit mental. Bahkan dalam filem P Ramlee pun Tanjung Rambutan ada disebut. Setiap kali sekolah aku terlibat dalam aktiviti luar, pasti akan diejek. Sekolah orang gila.. kadang-kadang aku rasa malu bila orang tanya aku bersekolah dimana. Kata pengetua aku, biar orang kata kita gila, sekolah orang gila, yang penting kita dapat jadi nombor satu dalam apa-apa aspek sama ada dalam bidang akademik mahu pun kokurikulum. Itulah pesanan beliau dalam ucapannya di perhimpunan.

“Amir! awak mengelamun apa?” jerkah cikgu Aspalela. Aku terpinga-pinga lantas bangun. Aku perasan semua mata kini tertumpu kearah aku diikuti dengan gelak ketawa. Aduh.. Apalah nasib aku harini.. “Apa nak jadi la awak ni Amir. Sudah, awak baca perenggan berikutnya”. Marah Cikgu Aspalela. Baca? Baca apa pulak ni. Aku memandang kearah Mok Yuk Hou minta bantuan. Owh.. “Manusia dan haiwan bergantung secara langsung atau tidak langsung kepada tumbuhan sebagai sumber makanan. Oleh itu, tanpa fotosintesis tumbuhan, manusia dan haiwan tidak..”. “Amir.. itulah.. Masa saya mengajar fikiran awak kat tempat lain. Saya ni mengajar bahasa melayu. Bukan sains..”. Tegur Cikgu Aspalela membehentikan bacaanku. Sekali lagi aku ditertawakan. Aku memandang kearah Mok Yuk Hou dalam keadaan agak geram. Kurang ajar punya kawan. Konfiden je aku baca buku yang dia bagi kat aku tadi. “Sorry la kawan, gua tarak bawak buku. Gua cover line pakai buku teks sains”. Kata Mok Yuk Hou sambil tersenyum menahan ketawa.

“Baiklah kelas, masa dah tamat. Kita jumpa lagi esok. Amir, Mok jangan lupa perjanjian kita ya”. Cikgu Aspalela mengakhiri kelasnya dengan memberi peringatan kepada aku dan Mok Yuk Hou. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Aku terus memulakan penulisanku. Aku tidak hiraukan langsung kelas berikutnya. Sepatah-sepatah ayat aku karang di kertas kajangku. Aku betul-betul risau dengan amaran cikgu Aspalela kali ini. Aku dah banyak buat hal dalam kelas beliau.

Kringggg!!!!!. “Alhamdulillah.. Ngam-ngam bunyi loceng aku dapat siapkan”. Bisik hati kecilku. Aku bergegas ke bilik guru. “Hmm.. Sempat juga awak siapkan ya”. Ujar Cikgu Aspalela. Aku tersenyum lalu meninggalkan bilik guru. “Apalah nasib Mok. Mintak-mintak dia tak sempat buat. Baru padan dengan muka dia. Dah la kenakan aku tadi”. Bisik hatiku agak jahat. Hmm.. Hari ini merupakan hari malang aku.. Cikgu Aspalela…

p/s: Hahaha.. cerita pendek syok sendiri… Cikgu Aspalela merupakan cikgu bahasa melayu masa aku tingkatan tiga. Aku selalu tak dengar cakap dia. Tak buat kerja sekolah.. Tapi last-last aku dapat A gak lam PMR. Post yang ke seratus satu ni aku bikin cerpen untuk didedikasikan kat Cikgu Aspalela.