Jumaat, 28 Mei 2010

post yang keseratus ni untuk yang teristimewa

diam tak diam, bising tak bising, ni merupakan post aku yang ke seratus... dah 3 tahun aku melibatkan diri lam penaipan kat blogspot ni. bermacam2 taipan.. cerita suka, duka, cinta, keluarga dan kawan2. tujuannya aku menaip tuk refresh otak sendiri. bila aku baca balik post aku setahun dua yang lepas aku tersenyum.. macam2 dah jadi kat diri aku..macam2 dah aku pernah lalui..

hmm.. sehari dua ni jiwa aku ada sedikit terganggu.. bila tak dapat memuaskan hati seseorang.. tak dapat membuat seseorang tidak meragui aku. tak dapat membuat seseorang mempercayai aku 99 percent setulus hati.. sudah lumrah manusia. kata orang cemburu tanda sayang.. sesungguhnya aku amat sayangkan seseorang itu. sehingga sanggup berdiri kat berenda banggunan setinggi 99 tingkat walaupun dalam ketinggian 3 tingkat pun aku leh rasa nak mati..

harini aku dapat menenangkan segala yang terganggu. aku rasa diam merupakan ubat yang agak mujarap untuk sakit yang melibatkan perasaan. kebetulan azim teman dari ipoh datang menjenguk aku. aku ditemani husin ngan selamba membawa azim bersiaran. bukan siaran kolumpo yang aku dan husin perkenalkan kat azim, tapi dengan selamba kamikaze kami menerjah ke genting. bertolak pukul 9 malam, turun pukul 12. maaf seseorang.. aku tak bagitau.. sebab doktor perasaan cakap, ubat diam yang aku gunakan tadi akan kurang efeknya kalau dibagitahu.. alhamdulillah.. aku rasa sms yang aku terima dari seseorang tu tadi telah membuatkan sakit aku kebah.. ('',). aku faham... seseorang itu sangat sayangkan aku.. aku pun sayang kan dia..

aku rasa post aku yang keseratus ni telah menjejaskan emej rock aku. aku menaip terus dari hati. aku terlalu jiwang.. aku meloyakan orang yang membaca. aku bukan rock..bukan juga bukan pop.. tapi balada.. hmm.. kepada seseorang yang bernama nur afiqah, aku sayang kamu... post yang keseratus ni aku tujukan khas tuk kamu...pedulikan orang nak cakap apa. aku nak bagi orang tahu yang aku sayang kamu.


Selasa, 25 Mei 2010

cerita dari hati yang gosok gigi

semua dah kene gosok gigi sebelum menulis sekarang. putih suci je tulisannya.. lebih terhibur ngan cerita tipu.. hang hensem la samy velli.. hang tak botak la rais yasim.. best kan penipuan ni? cerita2 lama aku pun aku dah kasi fabreze. bagi wangi. buang yang tak tipu. tinggal yang tipu je. takut aku.. kang silap2 leh kena tangkap. kena saman. orang2 besar macam 'berita tv3' pun menipu ngan mengampu tuk hidup. inikan orang kecik macam aku. semua dah concern ngan dunia ni sekarang. bagus.. keep it up !!!

Isnin, 24 Mei 2010

security..oh security,,,

bulan 6 hampir tiba. aku masih belum mewarnai claim untuk bulan ni. sibuk menyiapkan report kat opis. sepatutnya hari ni aku dapat setelkan. tapi ink cartridge lak leh abis.. terpaksa la sambung petang esok. esok lau jadi aku kena ikut encik fared gi site. balik tu baru leh sambung print report aku..

ini baru isi untuk tajuk diatas. hmm.. balik keje tadi sekeping nota dari pakguard melunturkan mood aku. aku ada masa lagi sebulan untuk merasai parking visitor. pasni kena parking kat luar. satu rumah hanya dapat 1 parking lot dan pihak management hanya provide 2 access card untuk 1 rumah. rumah aku ada 4 orang berkereta. seniority menguasai segalanya.. memang macam haram.. nak kena parking jauh2 pastu merangkak naik umah tingkat 5.. kenapa la kena ada semua ni.. sape la yang mintak semua ni..

security... oh security... warga asing menjaga keselamatan aku disini.. aku rasa sungguh selamat..

Jumaat, 21 Mei 2010

berdamailah..

tertarik dengan keganasan di negara jiran. ini bukan hiburan untuk dihiburi. ramai yang maut dan cedera. keganasan yang disebabkan revolusi. sesebuah revolusi kemungkinan besar akan menyebabkan keganasan. seperti biasa, pemerintah tidak akan melepaskan kekayaan dan kekuasaannya dengan damai.. di 'mana2' pun sama..
jangan sampai keganasan ini berlaku di 'mana2'...

Jumaat, 14 Mei 2010

terima kasih jumaat

saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada saudara محمد اشراف حاليم kerana sudi membinding report saya. saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Azmi A Rahman kerana beliau juga turut terlibat dalam menyiapkan beberapa summary. kepada saudara Fared Alfred, terima kasih kerana sudi membuat softcopy untuk saya. disamping itu, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari Za Altera kerana mengira claim2 staf dengan jayanya. kepada bos, terima kasih kerana mewarnai maybank2u saya hari ini..

saya ingin pulang ke tanah air pada petang ini. doakan keselamatan saya pergi dan balik. akhir kata, terima kasih kepada semua..

Khamis, 6 Mei 2010

perlukan sabun...

rasa penat dan malas kian meruncing. sibuk kira duit untuk hari esok. cukup ke menabung sekupang dua sehari nak bagi capai 30k dalam masa 3 atau 4 tahun? insyallah.. hmm.. hati gundah gulana memikirkan laporan2 yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat. aku perlukan kerja lebih masa atau inisiatif 'tidak berkira' untuk menyiapkan laporan dirumah. aku perlukan permandangan, air masin atau terjun untuk membasuh otak.. aku juga perlukan kekasih atau teman untuk bercerita..

hmm.. mintak2 ahad dapat bawak aku pegi kemana2..