Khamis, 29 April 2010

cantiknya itam kat kain putih tu..

indah tak dunia kalau apa yang kita nak leh dapat lam sekelip mata? indah tak dunia kalau kita leh delete sapa2 yang kita tak suka? indah tak dunia kalau tak payah langsung memandu kat jalan yang penuh lubang2 macam kat port klang? indah tak dunia kalau tak payah langsung makan kat kedai2 makan kapitalis?

hmm.. dunia ni kena ada kaler itam sikit.. tak best gak lau tak payah langsung sapu minyak gamat kat mana2. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula chewing gum..

indah tak dunia kalau tak dikenakan cas tersembunyi? huh... aku merepek..

Jumaat, 23 April 2010

Maaf kekasih

aku dah hilang pertimbangan semalam. "mang cam gampang la.." ni ayat lam sms yang aku bagi kat pacar semalam. bukan ditujukan pada dia, tapi tuk menunjukkan tahap kerunsingan aku yang melampau. petang semalam memang hari yang gampang. penat2 sampai opis nak transfer data2 keje, tetiba aku prasan yang data untuk ari kemarinnya takde lam simpanan aku.. perghh.... dah bermacam software recovery aku guna. akhirnya aku hanya dapat selamatkan 1/4 dari data yang hilang sebelum aku give up. arini aku terpaksa pegi balik ke tapak aritu nak amik balik data. best betul lau sekali sekala dapat gurauan macam ni. terhibur je rasa.. 22 april merupakan tarikh yang perlu aku raikan setiap tahun..

Jumaat, 16 April 2010

realiti di pagi jumaat

berbaju melayu hitam dan berseluar jeans lusuh adalah tema aku pada hari ini. banyak lagi yang belum disetelkan.. report yang banyak..tapi macam biasa google chrome yang aku klik dulu. kang lepas masuk duit aku nak gi tukar minyak pelincir mesin menuai aku. hmm.. nak balik kampung ke nak kerja lebih masa esok? masih dalam delima..

malam semalam para2 staf telah membuat satu keramaian untuk menghargai jasa baik para2 bos. diakhir majlis, bos melahirkan rasa terharu yang tak terhingga. beliau terharu dengan penghargaan yang tak seberapa dari kami. bos, dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. kami betul2 terasa dengan tindakan bos menaikkan gaji kami.. kami betol2 terasa dan kami menghargainya..

hmm.. hidup ini adalah warna warni yang terlakar pada kanvas. walaupun tak cantik tapi ia tetap mempunyai sejuta maksud dan pada aku nikmat itu kadang2 tak di sedari, hanya apabila ia hilang barulah manusia benar2 terasa. end..

Selasa, 13 April 2010

musim menuai sudah tiba

gembira dan bahagia tika menuai padi kiranya ianya ditanam sendiri. kepuasan tu lebih feel dari hasil. mak penah cakap, baju yang kotor boleh dicuci, hati yang suci sukar di cari.. (iklan sabun yang takde kaitan) hahaha.. aku tengah membuat kira2. bukan nak berkira sangat. tapi ini adalah hasil dari benih yang aku semai dalam masa sebulan. hmm.. boleh tahan.. aku kene cepat packing beras2 aku neh.. cepat siap, cepat sikit aku kuar menyemai benih. aku dah ada mesin menuai skang. lagi banyak la hasil aku dapat pasni... aku dah puas sewa mesin orang. dapat gak beli mesin sendiri..


Selasa, 6 April 2010

senyum

aku ingat lagi setahun lebih yang lepas aku menjinak2kan diri datang ke kolumpo. datang interview kat tempat usin keje. masa tu manot teman aku. pastu bila dah dapat keje aku balik ipoh amik motor. datang ngan atan bawak motor. masa tu aku terkapai2. seminggu lebih aku menumpang umah kawan2.. sesat.. aku sampai penah behenti tepi jalan. pikir mana aku nak pergi.. aku dah rasa aku buat keputusan yang salah datang kolumpo.. last2 abang ipar aku yang duk kat rawang offer aku duk uma dia. masa tu status dia bakal abang ipar aku. jarak nak gi keje hampir 1 jam. nak tak nak aku terpaksa. 2 minggu je aku keje kat tempat usin. pastu bos tempat aku praktikal masa belajar kat poli dulu offer aku keja. aku mang dah decide nak blah dari tempat usin. sebab keje tu tak kena ngan jiwa aku.. setahun lebih aku kat compeny ni.. aku dah mula rasa selesa dan tak menyesal ngan tindakan aku meninggalkan ipoh setahun yang lepas. dah menjadi kebiasaan kita memulakan sesuatu ngan sesuatu yang susah.. tak ada insan senang yang tak ada masa lampau dan tak ada insan susah yang tak ada masa depan..

alhamdulillah

Khamis, 1 April 2010

if you love someone, set her free

aku kadang2 terfikir mengapa lelaki suka mengongkong teman wanita mereka. terlalu sayang? cemburu? adakah cemburu itu tanda sayang? jawapannya ya.. secara jujur dulu aku memang seorang yang suka cemburu. aku nak tau kemana pacar aku pergi. aku kurang senang dengan lelaki2 yang cuba mendekati pacar aku. adakah tindakan aku betul?? come on.. setiap manusia mempunyai kehidupan masing2.. kepada lelaki2 semua termasuk aku, mari kita percaya dengan ungkapan ini... 'if you love someone, set her free'.

ungkapan ini hanya sesuai untuk teman wanita. bukan untuk isteri...