Rabu, 31 Mac 2010

Muhammad Harith Zikri

sejak akhir2 ni aku aku agak sibuk. kehulu kehilir mencari duit. setiap hari pasti kuar mencari duit. tidak seindah dulu kerap membuat nota di buku muka. baru2 ni aku pulang ke kampung untuk menandatangani perjanjian jual beli. mungkin hari ni sebuah benda yang aku beli tu keluar. aku gembira..



aku pulang kali ni bersama2 abang ipar aku. beliau nak bawak balik kakak aku dari ipoh yang sudah kehabisan cuti bersalin. beliau kena kembali bertugas. anak beliau yang masih baby terpaksa ditinggalkan pada emak untuk sebulan. ini anak pertama kakak. kami sekeluarga berasa takut untuk mempercayai pengasuh2 liar yang acap kali mewarnai berita utama. suasana sedih menyelubungi perpisahan kakak dengan anak beliau. aku dengan selamba membuka tingkap kereta sambil bergurau "amir pun sedih nak tinggal dila.." (adik perempuan aku) hahaha.. suasana kembali menjadi ceria.. kami bertiga pun pulang ke kuala lumpur..

Khamis, 18 Mac 2010

rindu

bangun pagi siap2 pegi kerja. sampai opis siap2 pergi site. setel kerja kat site balik opis. cukup masa balik umah. sampai umah baring tengok tv. dah malam kuar makan malam. pas msg2 tepon awek pe sumer tido. dah berhari2 rutin life aku macam ni.. kota metropolitan tak ada erti dalam hidup aku buat masa ni.. aku tak guna langsung kehidupan metropolitan ni. weh..kolumpo neh.. macam2 boleh buat.. boleh berparty sana sini.. bak kata husin, ipoh takda apa.. kl macam2 tempat leh pergi. pada aku, statement husin akan berubah kalau pacar beliau ada kat kampung halaman.. grik pun pasti indah kalau kesayangan kita menetap kat sana..hmm..

everywhere is nothing without her...

Jumaat, 12 Mac 2010

Alhamdulillah...

kejutan biasanya sesuatu yang babi.. tapi kali ini amat indah dan memuaskan hati semua pihak. memang sepatutnya perkara ini berlaku. dan tak sepatutnya ia jadi sebuah kejutan. aku betul2 terharu.. nawaitu untuk satu permergian telah membuatkan seseorang tersedar. alhamdulillah.. syukur.. terima kasih majikan..

memang susah menjaga hati semua pihak..

Selasa, 9 Mac 2010

kekamera-meraan

ramai kawan2 aku terlibat dalam dunia kamera. dari sekecik2 din sampaila ke besar2 donat. sumer sembang pasal kamera dan gambar. aku? aku minat menangkap gambar. walaupun hanya dengan kamera telepon mudah alih kuno aku sony ericson k530i. byk gak gambar menarik aku snap tuk pencuci mata.

hmm.. kamera-an.. simbolik sebenarnya tentang tajuk post aku.. aku bercadang nak menulis lirik berkaitan kamera-an ni.. dikaitkan dengan cinta yang sedih.. melodi lagu dan lirik dah ada.. tapi lirik berbahasa omputih melemahkan aku. aku hanya ada sebaris ayat.. 'want more than one picture'. itu je.. ayat puitis aku susah di translatekan..

Jumaat, 5 Mac 2010

die itu cerite lame...

ini semua dugaanNya. patah tumbuh hilang berganti. aku bukan malaikat. aku juga bukan pendita. aku manusia biasa yang buyers. aku lebih pentingkan cincin yang aku gilap. bukan sellfish, tapi terpaksa. bukan ditelan mati bapa, tapi ibarat makan ubat yang tak sedap. tolong lupa dan tinggalkan aku.. cincin yang aku gilap ni aku nak pakai... tolong la.. aku terpaksa..

Isnin, 1 Mac 2010

percutian terkejut

hahahaha.. ada apa kat jerantut?? bukan macam kolumpo.. kolumpo ada KLCC, ada twin tower. bukan macam ipoh.. kat ipoh ada mak abah, ada fiqa, kawan2. bistu pekejadahnye aku pergi ke jerantut? hmm.. sebabnya kat jerantut ada manot. aku perlukan khidmat manot. plan last minit. tetiba rasa nak pegi. mengignorekan rasa nak balik ipoh sangat2. mengabaikan rasa duit perlu dijimatkan. aku dah try meracun teman2 yang lain. tapi plan terkejut ni tak dapat sambutan. aku mang suka benda2 terkejut ni. opocot..terkejut aku.. kalau aku cakap nak pergi, mesti aku pergi. walaupun aku tau ketidakplanningan ini selalunya ketidakselesaan. alhamdulillah.. aku di layan dengan baik oleh incik manot. sampai jerantut dalam pukul 3 petang. manot dah menanti kedatangan aku. turun2 bas tak sempat jejak tanah terus masuk lam kereta beliau. manot siap ubah jadual kerja untuk melayan aku.

tujuan utama aku ke jerantut nak menggunakan khidmat manot mengompose lagu.. lagu yang sangat jiwang pada mulanya.. seakan2 please, please, please... kamu jangan nakal.. bertukar ala2 metal. yeahh!!!! malam 1st dah mula merecord.. susunan muzik dll.. keesokan harinya manot dah plan nak bawak aku berjalan2 kat taman negara. bukan berjalan2.. berjalan10.. lebih 15km aku ngan manot berjalan kaki dalam hutan.. tapi aku suka.. 1 pengalaman yang best. jarak 15km tu adalah untuk menuju ke canopy walk. atau lebih dikenali sebagai titi gantung. titi gantung? tinggi sangat tak manot? titi tu bergoyang2 ka? hahaha.. aku seorang peng'gayat'. tapi aku sudah nekad.. jauh kot dah jalan.. takkan taknak naik. setelah berpuluh minit, kami pon sampai ke destinasi tersebut. tapi kami dilanda kekecewaan.. terlalu ramai orang beratur nak naik. brader tiket tu cakap, register sekarang lagi 3 jam baru boleh naik. huhuhu... come on brader.. 3 jam tu leh pegi umrah balik hari.. lau ada tempat nak minum2, berwifi ke takpe la gak.. kami ambik keputusan tuk batalkan hasrat.. terpaksa pulang ke pangkal jalan.. sambil buat aksi2 kera sepanjang perjalanan.. penat..

manot cuba mengubati hati yang lara dengan membawa aku ke sebuah gua yang dikenali sebagai gua gelangi. sepanjang perjalanan ke situ aku tido. sampai la kat simpang ke pintu gua baru aku tersedar. aisey.. wtf!!! apa pasal ini gua tutup? sekali lagi kekecewaan berlaku. hmm... balik jela manot.. kita gi mandi air terojun. maka kami pon pergi menerojun kan diri. aku mandi kejap je.. lebih selesa menikmati keindahan alam.. keindahan couple berpelukkan mesra di dalam air. bersentuh2 kulit.. pulang dari mandi manda, seperti yang dijanjikan manot.. murtabak terhebat didunia menanti kami di pasar malam. murtabak yang di gembar-gemburkan manot selama ini. untuk mengurangkan rasa teruja aku, manot pon mengeluarkan statement berikut.. "lau bulan puasa punya murtabak lagi best.." hoho.. aku bukan seorang pemakan yang tegar.. tak kesah langsung pasal murtabak pun..

malam tu kami menghabiskan masa menyiapkan lagu.. aku betul2 nak bawak balik lagu tu. taknak kedatangan aku jadi sia2. mission aku berjaya... terima kasih saudara manot. kepada kawan2. marilah kita menikmati keindahan taman negara.

antara gambar2 yang sempat di snap.