Isnin, 25 Januari 2010

angau itu bukan tungau 2.

9/10/08 aku pernah post entry bertajuk ni.. maybe sebab aku takde idea nak bagi tajuk apa.. or maybe takde istilah lain yang sesuai melainkan angau. malam kemarin masa aku lepak2 depan tv, sambil2 ber sms dengan pacar, aku terasa nak petik gitar tong aku. petik punya petik tetiba dapat ilham satu melodi. terus aku gi cari pen ngan kertas buat lirik. tak sampai 10 minit siap lagu aku. aku terus record pakai handset. hmm.. boleh tahan gak lagu syok sendiri aku neh..

baru kenal senyum2 saja,
lama2 hati sangkut pula,
dapat phone number green light pun menyala,
terus adjust mintal kapel....

senyum sorang itu normal punya,
bila angau menguasai jiwa,
makan tak lalu tido pun tak lena,
bagai dunia kita punya....

sayang, sungguh ku sayang dia,
sungguh aku tak tipu punya,
lagu ini special untuk dia,
kekal sampai bila2...

lagu ni aku dah mms kat manot untuk di compose. tengah tunggu hasilnya. hmm.. jiwang betul mamat neh.. nak muntah aku..

p/s: lagu ini special untuk dia..

Jumaat, 22 Januari 2010

merajuk

ada orang yang susah nak tolong orang lau takde kepentingan untuk diri dia.

orang macam ni memang teruk.

walaupun ada kaitan ngan kita..

no need your help..

thanks...

Rabu, 20 Januari 2010

Kembali Ke Masa Lepas

 Hujan petang ni agak lebat. Aku bernekad mahu habiskan petang dengan bermain bola. Dah lama aku tak bersukan. Asyik kerja, kerja, kerja.. 
 "Angah, hujan ni.. Dengan kilatnya.." Kata emak sambil menjahit. 
 "Rilek la, angah kan lagi laju dari kilat" Bidasku selamba. 
 Aku dah biasa bergurau dengan emak dan emak dah biasa dengan perangaiku. Suka membangkang dengan hormat.
 "Amir, passing bola tu kat aku!." Jerit Atan teman sekampung. 
 Huh, penat aku usung bola ni dari tadi. Selamba je dia nak mintak. Ini peluang aku. Aku nak sempurnakan peluang ni. 
 "Amir, ntah mana-mana la hang rembat. Hang pergi kutip bola tu!" maki Atan diikuti ejekan teman-teman yang lain. 
 Apala nasib aku ni. Peluang depan mata. One by one ngan keeper pun tak lepas. Merungut-rungut batin sambil mencari bola yang tersasar ke dalam semak.
 Kilat sabung menyabung. Hujan makin lebat. 
 "Hehe.. best buat sliding tackle syok ni" bisik hati sambil tersenyum.
 "Amir! hang berangan ape lagi? cepat la!"

 Zaaassssss!!!!...

 "Ya Allah, kilat. Amir terkena Kilat!"
 "Amir.. Amir..Amirrr..."

 Suatu hari di hari yang lain.

 "Angah, bangun..bangun.. Dah pukul berapa dah ni, nanti terlepas bas." Kejut mak sambil lampu dibuka. 
 "Bas terlepas? nak pergi mana naik bas?." Aku bangun sambil mencari-cari tuala. 
 "Aduh, sakitnya kepala . Kenapa aku rasa lain macam sangat ni? Eh, siapa ubah suai kedudukan katil ni?" aku terpinga. 
 Tiba-tiba muncul seorang gadis bertubuh kecil siap berpakaian sekolah rendah. 
 "Amir cepat la, dah lewat ni, pergi mandi" kata gadis bertubuh kecil itu.
 "Hah? kakak? kakak aku? Arghhh.. Apa dah jadi ni?" Aku tak mampu nak merungkai apa yang telah terjadi.
 Aku betul-betul bingung. 
 "Amir..! cepat la..!." Jerkah kakak kecil sambil menyerahkan baju sekolah. 
 Aku terus capai baju sekolah tanpa banyak soal. Aku hanya diam. Di benakku penuh dengan persoalan.
 Mengapa? Bagaimana?
 Aku menyedari emak dari tadi memerhati tingkah laku ku. Mungkin beliau merasakan tingkah laku ku aneh pagi itu. 
 "Mak nampak muda and seksi la" kataku selamba sambil berjalan mengikuti kakak kecil keluar. 
 Emak terkejut dengan kata-kataku. Aku dan kakak kecil berjalan meninggalkan emak menuju ke tempat menunggu bas.
 "Kak, aku rasa pelik lah. Aku rasa semua yang jadi hari ni macam pernah berlaku. Hang pernah dengar dejavu?" soalku kepada kakak kecil. 
 Kakak pelik dengan soalan aku. Seakan-akan tidak mengerti langsung apa yang aku tanya. Seperti soalan yang keluar dari mulutku berbahasa asing 
 "Apa hang tanya ni? jom turun, dah sampai." Balas kakak kecil tanpa jawapan.
 Kakak kecil lagi. Mana dia tau pasal dejavu. Nak explain pun susah kat budak-budak kecik ni. Budak kecik? aku lagi kecik dari dia. Kenapa aku boleh tau? Arghhh.. Kusutnye otak aku. Aku macam dah hilang ingatan. Apa yang dah jadi malam tadi? Ok.. tenang, cuba berfikir dengan baik. Mula-mula sekali aku kena tahu aku darjah berapa.
 "Kak, hang darjah berapa?" soal aku sekali lagi dan berharap kali ini kakak akan jawap. 
 "Enam la.. Hang ni kenapa? gila?" jawap kakak kecil dengan muka menyampah. 
 Kakak kecil berlari meninggalkan aku menuju kearah rakan-rakannya. Ya.. Aku dah gila. Fikiran aku dah bercampur aduk. Terlalu banyak perkara yang sedang aku persoalkan. 
 "Hmm.. Kakak darjah enam, aku mestilah darjah empat. Haa.. Aku dah ingat. Aku kelas 4 Rajin. Apalah aku ni. Kelas pun boleh tak ingat." Bisik hatiku.
 Ingatan aku sudah beransur-ansur pulih. Watak-watak dalam kelas aku seperti sudah lama aku tak jumpa. Aku perhatikan satu-satu . Aku cuba menyembunyikan perasaan aku sekarang. Cuba belagak normal. Cara yang terbaik ialah mendiamkan diri. Hmm.. itu Hafiz, itu Ain, itu Syamaz, ini Azri, itu Syamsinar, itu...
 "Bangun..... Aaasalammualaikum cikgu.." Jerit seseorang sambil berdiri diikuti dengan yang lain-lain. Wahh... Aku rasa macam dah lama tak rasa perasaan macam ni. 
 "Sila hantar kerja sekolah semalam ya." Kata cikgu ...... 
 Arghhh.. Aku lupa sapa nama cikgu ni. Tenang... Hah? kerja sekolah? mampus aku. Jadual pun aku tak susun. Main sambar je beg tepi katil pagi tadi. Aku ada kerja sekolah ke? aku dah buat ke belum?
 "Amir, awak punya kerja sekolah mana?" soal cikgu sambil memandang ku 
 "Hmm.. Saya dah siap tapi terlupa nak bawa." Aku rasa ini alasan yang terbaik. Dan aku rasa macam familiar dengan alasan ni. 
 "Awak jangan bagi alasan. Kalau awak dah siap mesti awak boleh jawap kan?" balas cikgu dengan riak muka sangsi. 
 "Hah? apa soalannya?" 
 "Hahahahaha..." Aku di tertawakan oleh rakan sekelas. Aku rasa malu dengan perlakuan diri sendiri. 
 "Apa la awak ni.. Hmm.. Syamas, awak tolong tuliskan soalannya di papan hitam." Arah cikgu kepada Syamas. Gadis comel..

1) Bundarkan 36457 kepada ribu yang hampir

2) 26894 + 3685 + 14920 =

3) 2418 x 13 =

 Lor.. Kacang gila soalannya. 
 "Cikgu saya lupa bawa kalkulator." Jawapku jujur. 
 Cikgu memandangku dengan muka agak pelik. 
 "Kalkulator?" cikgu minta kepastian. 
 Hah? aku ada salah cakap ke? Eh, kalkulator? kenapa aku boleh terfikir nak minta kalkulator ni? Sekali lagi aku di tertawakan oleh rakan-rakan sekelas. Aku terus menuju ke papan hitam cuba menjawap soalan.

1) Bundarkan 36457 kepada ribu yang hampir

=36000

2) 26894 + 3685 + 14920 =

=45499

3) 2418 x 13 =
........


 "Hmm.. Cikgu, susah la saya nak congak tanpa kalkulator." Kataku kepada cikgu. 
 Sekali lagi raut wajah cikgu berubah. 
 "Congak? kenapa dengan awak ni? mana jalan kira awak?" kata cikgu penuh persoalan. 
 Hah? betul juga. Kenapa la aku asyik teringatkan kalkulator je ni.

2418
x 13
7254
2418
= 31434

"Hmm.. Boleh tahan awak ni. Sejak bila awak pandai sifir ni?" kata cikgu memerli. 
 "Soalan macam ni, budak sekolah rendah pun boleh jawap." Balasku penuh bangga sambil menuju ke tempat duduk. Cikgu terpinga-pinga.
 Petang itu aku banyak menghabiskan masa di dalam bilik. Memikirkan perkara-perkara dejavu yang berlaku. Hmm.. Emak dengan abah nampak muda. Kakak yang masih bermain tali getah. Achik dan Dila adik-adik aku.. Kenapa aku rasa lain sangat? Apa sebenarnya yang berlaku? 
 "Angah.. Sini kejap." Jerit emak dari ruang tamu. 
 "Apa?" jawap aku acuh tak acuh. 
 "Bila mak panggil jawap ya, bukan apa." Balas emak lagi. 
 "Ya mak.. ada apa?" jawap aku sambil menuju kearah emak.
 Emak menyuruh aku duduk di sebelahnya. Aku akur dan tunggu reaksi beliau seterusnya. 
 "Mak tengok Angah lain macam je. Angah ada masalah?" soal emak. 
 Emak tahu aku macam mana. Setiap perubahan aku diperhatikan. 
 "Hmm.. Entahla.. Angah rasa lain.. macam.. huh.. entah la.." Jawap aku cuba menyelindung perasaan sebenar. 
 "Kalau ada apa-apa masalah, cerita la kat mak." Soal mak lagi minta kepastian. 
 Aku termenung seketika. 
 "Hmm.. Mak, Angah rasa Angah lain. Tak sepatutnya suasana sekarang ni jadi macam ni. Angah rasa lain sangat. macam perkara yang jadi sekarang macam pernah berlaku" Aku rasa macam nak menangis ketika itu menahan sebak. Segala perkara yang aku anggap dejavu aku luahkan pada emak. 
 "Tengok abah tu, sepatutnya dia dah pakai kereta Waja, bukan Toyota merah buruk tu." Kata aku penuh perasaan. 
 "Ha? Waja?? kereta apa tu?" mak tertanya-tertanya. 
 "Achik ngan Dila, sepatunya diorang dah besar. Kakak tu, dia dah mengandung pun mak. Tunggu masa je nak beranak. Apa semua ni mak? Angah tak paham. Fikiran Angah dah bercampur aduk." Aku menangis menceritakan segala apa yang aku rasa.
Hujan lebat mula turun. 
 "Sudah, Angah tak sihat ni. Abang.. tengok anak ni bang.. melalut-lalut ni." Jerit mak memanggil abah.
 "Angah tak tipu mak.. Angah macam boleh tengok masa depan." Aku bangun menuju ke bilik mencari pen dan kertas. 
 "Ni tanda tangan angah. Mampu ke budak darjah empat ada tanda tangan macam ni? Dr Mahathir pun dah bersara mak. Dato Seri Najib yang memerintah. Percayalah cakap angah mak.." Aku teresak-esak cuba meyakinkan emak. 
 "Apa yang Angah ingat petang semalam Angah main bola. Lepas tu..." Tiba-tiba penjelasanku terhenti. Ya.. Aku main bola petang semalam. Aku dah ingat. Aku terus lari keluar rumah meninggalkan emak. 
 "Amir.. Hujan tu nak.. Abang.. Tengok Amir tu.." Jerit emak. Aku mempedulikan panggilan emak.
 Zaaaassssss!!!!!!!
 Hmmm.. Aku kat mana ni? 
 "Angah kat hospital. Angah kena kilat petang semalam masa main bola. Itula.. Mak tak bagi keluar Angah nak gak keluar. Hujan-hujan main bola." Leter mak. 
 "Mak Angah mimpi Angah balik ke masa lepas. Angah...." Kata-kataku terhenti apabila emak mengeluarkan sesuatu dari beg tangan beliau. Sehelai kertas usang yang tertulis tanda tangan aku. 
 "Mak..." Aku terus memeluk emak sambil menangis..












Selasa, 19 Januari 2010

cerita untuk di cerita

kenapa? mana pergi semua cerita? apa dah berlaku kat hangpa? takkan takde cerita yang boleh di cerita? cerita yang tak sempat di cerita ketika bersua? aku nak dengar cerita.. aku nak tau cerita hangpa.. weyh.. cerita la...

cerita kisah cinta kita..
harus di perkata..
bersama catitkan segala..
dengarkan bersama..

suka duka kita..
harungi bersama..
melangkah kita..
menuju ke angkasa..

bersama mereka..
kita bena sejarah kita..
menuju sinar sana..
buktikan bersama..
ada nya kita..

Isnin, 11 Januari 2010

jangan curi bahagia aku

acap kali di serang penyakit2 kecil seperti demam, selsema, ngade2.. huh.. lemau pale otak.. arini ari isnin. lagi 5 ari nak sabtu ahad. lagi 3 4 ari nak masuk claim. duit membahagiakan.. setuju? aku selalu memikirkan tentang masa lepas yang indah. saat duit bukanlah sesuatu yang penting dalam istilah 'kebahagiaan'. rm1 sudah cukup membuatkan aku bahagia bersama teman2.. hmm.. orang cakap jangan la pikir pasal benda lepas.. "you're not living in the past, so get over it" (kata seseorang). tapi kalau lah cakap itu semudah kentut, semua orang pasti tengah bahagia sekarang..

hmmm.. tinggal lagi beberapa hari kakak aku nak bersalin. secara tak langsung aku akan memegang title pakngah. kakak aku nak bersalin? hehe.. aku teringat peristiwa masa kakak ngan abang ipar aku gi klinik dulu. doktor tu gi tau kat abang ipar aku. tahniah, isteri awak mengandung. kah kak kah.. diorang bantai gelak.. macam dalam drama melayu lak..hehe.. erm.. kakak aku yang selalu backing aku dalam apa2 hal..dia sangat rapat dengan aku..


dan sampai sekarang aku bahagia dengan kakak..

goodbye

goodbye my lady..
goodbye my buddy..
goodbye my family..
g0t to see Ilahi...

sendiri ku nanti..
seruan hakiki..
langkah yang kan mati..
terhenti disini..