Rabu, 29 Disember 2010

Kegusaran

Aku suka diberi harapan walaupun ianya sekadar harapan palsu daripada langsung tak ada berita-berita gembira. Sedikit semangat penting untuk terus hidup. Semua orang ada masalah. Mahu buang air juga suatu masalah. Yang membezakan cuma kecil atau besar hajatnya.

Kegusaran yang aku hadapi kini agak berat. Ini soal masa depan. Lebih penting dari SPM barangkali. Kegusaran ini akan melahirkan sesuatu yang indah apabila diselesaikan. Ibarat lega selepas berak.

Ok. Mari sambung main poker...



...bukan. Mari buat kerja.

Isnin, 27 Disember 2010

Sang Seni Bunyi

Sang Jemari memetik gitar,
Sang Mulut mengalun suara,
Sang Pinggul menari gemalai,
Sang Hati menepuk tangan.

Ahad, 26 Disember 2010

Muzik

Orang tanya aku apa inspirasi aku dalam muzik?

Tiada. Siapa-siapa sahaja.

Orang tanya aku kalau aku bermain muzik dengan teman-teman biasanya main lagu apa?

Tak kisah. Belasah.

Aku suka lagu yang berperasaan sahaja.


Khamis, 23 Disember 2010

Selamat ulang tahun Tahun

Mungkin masih terlalu awal...

Sudah lama tidak bercerita kisah yang lepas. Malas mungkin. Atau cerita kebelakangan lepas tidak seronok. Aku sakit. Mungkin sakit dimamah usia walaupun bulu tak selebat mana.

Semangat Hang Tuah tak mampu menceriakan hari aku minggu ini. Tak ada satu pun nostalgia yang berkesan. Tahniah pada sesiapa yang meraikan minggu ini. Pada pemenang judi juga. Tahniah.

Hmm.. Mahu menulis sesuatu yang sedap dibaca. Gagal sebab aku sendiri akan berhenti membaca setelah selesai rangkap pertama. Tulisan yang bosan.

Entah mengapa, aku merindukan M Nasir sejak dua menjak ni. Bukan gay ya. M Nasir tak jambu. M Nasir suka buat aku angau. Lagu tak jiwang dia buat aku rindu pada Kekasih. Petunjuk mungkin mampu buat aku insaf dan sedar. Terangkan dan bukakan hatiku Ya Allah.


Susah hati bila tahun menyambut ulang tahun. Semakin hampir... Ya Allah...sebelahi lah aku...



Jumaat, 17 Disember 2010

Selamat Pengantin Baru

Dia, dia dan mereka sibuk berkahwin sana sini. Macam la seronok sangat. Ribu-ribu belanja untuk sekali kahwin. Belum kira dua, tiga, empat yang mendatang lagi. Macam mana la dorang nak melepak malam-malam lepas ni. Haishh....






Tahniah Ahmad Husaini dan Mohd Jamadil Akhir.


(Cemburu)


Rabu, 8 Disember 2010

Sangat teruja pada tarikh 7 Disember 2010 (terima kasih Osman Tikus)

Aku terbaca post ni di laman sosial Si Osman Tikus

Pyanhabib Rahman ‎...tujuh kampung tradisi bakal dipupuslupuskan untuk pembangunan, maka satu perhimpunan pelukis-penulis-budayawan 1 muharam akan diadakan. untuk itu anda dialu-alukan menulis sebuah puisi (atau apa-apa tulisan) atau melukis karikatur berdasarkan `kampung tradisi yang bakal dipupuslupuskan...' dan emelkan saya: pyanhabib@gmail.com sebelum 20hb. dan akan dibukukan. sedikit info, lihat: http://pyanhabib.blogspot.com/

18 November at 08:06
Lalu aku terpanggil untuk menulis ini lalu diemailkanhttp://fazelamir.blogspot.com/2010/11/aku-mahu-dituakan-di-kampung.html
Senyap tanpa balasan. Aku fikir tulisanku hanya sampah yang tidak perlu dihiraukan mereka-mereka ini. Dan beberapa hari kemudian aku terlihat ini di http://www.facebook.com/mohdjayzuan
Aku berminat nak pergi dalam kemalasan hari cuti. Sampai di tempat kejadian, seorang kenalan kampung Mohd Jayzuan sedang membaca sesuatu di pentas. Beliau menyapa aku menggunakan mic. Ya...menggunakan mic...lalu namaku terus berbunyi di speaker. Aku malu lantas menyembunyikan malu dengan pergi kearah gerai-gerai jualan. Hiraukan bacaannya seketika. Aku terlihat sebuah buku berjudul 'Antologi Puisi 56 Penyair'. Sumpah aku tak terfikir langsung tentang perkara ini pada mulanya.
Aku selak sehelai-sehelai. OMG!
OMG!! lagi sekali
Aku terus beli tanpa fikir panjang. Betul ke tulisan aku tu? Perasaan poyo aku ketika itu seakan-akan diri ini sebaris dengan lelaki janggut panjang ini
Mahu saja aku mengorat gadis-gadis di situ sambil melampirkan kad pengenalan tuk menguatkan lagi bahawa aku pemilik nama Amir Fazel. Ya...sebenarnya bukan ada apa-apa pun. Tapi ini merupakan sesuatu penghargaan yang besar buat aku. Gila hang...tulisan aku tu...ada dalam buku tu...fuh!!!... Lagi satu tarikh yang perlu diigati dalam hidup aku. 7 Disember 2010. Ini gambar-gambar seterusnya.
Betul kata orang, satu gambar seribu cerita.
Dan ini.
Terima kasih Osman Tikus




Khamis, 2 Disember 2010

Senyum......!

Saya masih boleh beradap dan bersabar. Jangan lebih-lebih ya... Saya juga seorang manusia yang boleh hilang sabar. Kamu cuba mengorat dan ajak mak jiran kamu bercinta dulu. Kalau dia leh terima kamu, baru kamu cuba mengorat kekasih orang plak...huh... Sabar...

Rabu, 1 Disember 2010

Bulan Dua Belasan

Sudah akhir bulan. Maknanya betul-betul lagi 2 tahun, Insyallah. Kerja tanpa henti, berjimat cermat dan menjaga tata susila adalah kunci. Dah kena kedekut macam mak tak bagi ratah milo masa kecik-kecik dulu (nak guna sebagai status FACEBOOK).

Ok. Basic bulan ni dah boleh habiskan tuk bayar hutang motokar dan lain-lain bil.

Khamis, 25 November 2010

Kata-Kata

Setiap kata terkunci sudah
Tangan terikat dilangit
Kaki terpacak dibumi
Jasad tak setanding mimpi

Ahad, 21 November 2010

Hari Ini Berlaku Sejarah Kecil

Sudah boleh mula. Bukan mula sebenarnya. Sepatutnya sudah separuh jalan. Tapi tak salah kalau aku nak bagitahu aku baru nak mula walaupun sudah separuh jalan (tidak sebenarnya). Hari ini 21 November 2010 merupakan tarikh aku menghantar tanda kepada pasanganku. Aku cop dia. Jangan potong jalan aku.

Aku harus, mesti dan...harus mesti bekerja keras. Sehari seringgit tak cukup. Sehari dua ringgit pun tetap tak cukup. Aku pemilik kemaluan lelaki...ops...suka menambah-nambah. Aku lelaki. Aku yang bertanggungjawab memastikan semuanya berjalan lancar.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu perkara sehingga yang mustahil pun boleh terjadi. Aku percaya pada benda ini. Lagi sekali aku tekankan. Aku pemilik...hmm...aku lelaki.

Dan...

Lebih baik aku berusaha menyalakan lilin daripada menyumpah akan kegelapan.

Sabtu, 20 November 2010

Respect Dari Sampah

A : "Apsal kau serabut sangat? Rambut kau panjang, bermisai, berjanggut.. Huh...selekeh..."

M: "Hmm...peduli apa gua..."

A : "Tengoklah pakaian kau...tak terurus. Busuk. Tak malu ke?"

M: "Selagi gua tak kacau lu, selagi gua tak usik telor lu, lu jangan banyak bunyi la..."

A : "Kau kacau aku. Sakit mata aku tengok kau. Muka-muka macam kau ni memalukan bangsa."

M: "Lu jangan tengok gua. Gua tak perlukan perhatian lu. Gua masih boleh makan nasi tanpa orang-orang macam lu. Bukan macam lu...kena mengampu sana sini.

A : "Aku mengampu sana sini pun, aku tak dipandang sampah macam kau orang. Orang respect aku. Aku dilayan semua orang. Ramai orang nak jadi macam aku."

M: "Dia orang respect lu sebab dia orang pun suka mengampu. Mungkin juga dunia memang macam ini. Gua pun tak heran kalau lu nak terus diampu atau mengampu. Tapi satu je gua nak cakap. Sampah-sampah macam gua tak respect lu pun.”

A : "Hahaha... Aku tak perlukan respect dari sampah-sampah macam kau. Orang-orang macam kau kalau polis jumpa terus tangkap buat urine test. Jadi perlu ke sokongan orang-orang macam kau ni? Hahaha... Buang masa aku layan kau. Ptuihhh!!!"

M: "Hmm... Gua bangga dengan lu orang brader...

Insan Sebegini Selalu Diidolakan

Aku pendengar muzik M.Nasir.
Aku pembaca tulisan Pyanhabib.
Aku kenal mereka.
Aku nyanyikan lagu dan sajak mereka.

Tapi setelah berusia 24 tahun,
baru aku berkesempatan menghayati cerita 'Kembara Seniman Jalanan'.

Aku bersyukur pada Tuhan,
kerna tidak memberi kesempatan untuk aku,
menghayati cerita ini dengan lebih awal.

Kerna aku seorang yang cepat terpengaruh
dan suka meniru.

Dan mungkin aku adalah Bujang@Jebat dan Osman Tikus yang kedua,
selepas M.Nasir dan Pyanhabib dalam cerita 'Kembara Seniman Jalanan'
sekiranya aku lebih awal menghayatinya.

Lihatlah..aku sudah pun terpengaruh..

Hmm..(mencarut dalam hati).

Khamis, 18 November 2010

Aku mahu dituakan di kampung.

Apa itu kampung?
Tempat orang-orang tua?
Pejabat petani? penoreh? nelayan? penternak?
Atau sekadar nama tempat didalam peta?

Kampung itu permulaan.
Tempat datuk nenekku dizaman muda.
Habitat asal kepada nasi, chewing gum, sardin cup mahu pun chicken chop.
Dimana adat mula diwariskan.

Kini semua mahu dimajukan.
Bandarkan segala kampung yang ada.
Batukan segala papan yang tersedia.
Suiskan segala pelita yang menyala.

Tolonglah...
Aku mahu dituakan di kampung..



Sabtu, 13 November 2010

Tuah Dan Jebat

Melaka yang terkenal dengan keperkasaan dan ketaatan laksamananya kini dilanda huru hara akibat Jebat yang derhaka. Puas dipujuk rayu tapi Jebat tetap dengan pendiriannya. “Gua mahu keadilan!” jerit Jebat lantang. “Kematian Tuah perlu dibela,” bisik syaitan halus ke telinga Sang Penderhaka . Taming Sari dalam gengaman Jebat dan istana sudah pun Jebat tiduri. “Dia bukan siapa-siapa. Gua yang berkuasa sekarang!” pekik Jebat pada dayang-dayang istana sambil menunjuk karikatur Sultan di dinding.

Sultan dan pembesar-pembesar negeri kini berkumpul di teratak Datuk Bendahara. Memandangkan telefon dan radio pada masa itu masih diharamkan penggunaannya oleh askar Jepun, jalur lebarlah satu-satunya medium komunikasi dengan dunia luar. Menggunakan ‘ID’ Jejaka Sepi, baginda pun ‘Buzz’ kenalan-kenalan baginda di ‘Yahoo Messenger’. Malangnya satu pun tidak menyahut memandangkan hari itu adalah malam minggu. Melihat kegusaran di wajah Sultan, Datuk Bendahara dengan rasa berat hati terpaksa memberitahu satu rahsia yang pada hemat beliau pasti akan menimbulkan kemurkaan Sultan.

“Tuanku, aku sebenarnya ada benda nak beri tahu. Tapi aku takut Tuanku marah.” ujar Datuk Bendahara sambil ber’webcam’ dengan pacarnya Senah. “Hmm.. kalau apa yang hang nak beri tahu ni berkaitan dengan Senah, tak perlu. Aku percaya jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Aku dah lama tahu hubungan hang dengan Senah” luah Sultan isi hatinya. Senah merupakan cinta pandang pertamanya. Semuanya bermula di ‘facebook’ dimana pada ketika itu Sultan baru berjinak-jinak dengan alam maya. Hampir setiap 15 minit status ‘facebook’nya di ‘update’.

Datuk Bendahara tertunduk malu apabila rahsia hubungannya dengan Senah rupa-rupanya sudah diketahui Sultan. “Tapi Tuanku, perkara sebenar yang aku nak beri tahu adalah berkaitan dengan Tuah…” ujar Datuk Bendahara gusar. “Come on Datuk… kenapa mesti semua orang yang pernah melukakan hati aku hang nak sebut? Mula-mula Senah, sekarang Tuah pula?” keluh Sultan kecewa. Masih terbayang lagi syarat-syarat peminangan Puteri Gunung Ledang yang dikirim melalui email dua tiga bulan yang lepas. Semuanya berpunca dari Tuah yang terlebih dahulu menawan hati Puteri Gunung Ledang. “Hmm… walau bagaimanapun, kalaulah Tuah Masih hidup, sanggup tak dia tolong aku membinasakan Jebat penderhaka itu? Sanggupkah dia?” Sultan sudah tidak mampu lagi menahan segala kekesalan dan sebak di hati. Pada Sultan, baginda adalah ketua negeri. Baginda berhak keatas gadis-gadis comel nusantara. Baginda kini benar-benar kesal dengan tidakan baginda menzalimi Tuah.

“Tuanku, sebenarnya Tuah masih hidup. Aku telah menyorokkan Tuah dekat rumah Combi di Pulau Pinang. Maafkan aku Tuanku. Aku tak sampai hati nak menurut titah Tuanku pada waktu itu. Tuanku terlalu mengikut perasaan. Habis semua mahu dibunuh… benci!” ujar Datuk Bendahara panjang lebar sambil berpaling muka kearah dinding. “Hang jangan nak main-main Datuk… aku tengah serabut ni.” soal Sultan ragu-ragu. “Sungguh… aku tidak bohong Tuanku. Kalau Tuanku tidak percaya, cuba Tuanku search ‘Google’.” tegas Datuk Bendahara dengan kenyataan beliau. Bagaikan ada satu cahaya yang berkilauan terpancar di ruang tamu kediaman Datuk Bendahara ketika itu. Sinar-sinar harapan mula membentuk. Sudah terbayang bantal busuk yang tidak sempat dibawa lari disaat Jebat menakluki istana.

Tuah pun dibawa menghadap Sultan pada keesokan harinya. Lagu ‘Suatu Masa’ dendangan M. Nasir mengiringi pertemuan Tuah dan Sultan pada hari itu. Segala perkara sepanjang ketiadaan Tuah diceritakan dalam pertemuan itu. Kisah Jebat menjadi tajuk utama. Tuah tidak sedikit pun terkejut dengan perkara itu. “Kalau Tuanku nak tahu, pernah suatu ketika dahulu ketika ceq dan Jebat masih kecil, Jebat pernah bertanya pada cikgunya. Mengapa perlu belajar sejarah sekiranya manusia masih melakukan kesalahan yang sama sepanjang sejarah manusia? Tidak tahu atau sengaja? Jadi dimanakah keadilan? Selain itu….” Tuah terpaksa memberhentikan ceritanya apabila terperasan raut wajah Sultan kelihatan bosan dan membetul-betulkan wayar earphone yang tersimpul untuk dipakai.

“Baiklah Tuah, usahlah kita membuang masa lagi. Amir pun sudah tidak tahu apa lagi yang mahu ditulis. Makin merapu je jalan ceritanya aku tengok. Dengan ini aku perintahkan hang pergi bunuh Jebat si penderhaka itu!” Titah Sultan sambil melihat jam di dinding yang menunjukkan waktu sudah hampir pukul 3 pagi. Maka mati la Jebat di tangan Tuah. Mereka semua yang terlibat pun tidur selepas itu kerana sudah mengantuk sangat-sangat… ZZzzzzz……

Isnin, 8 November 2010

Alam

Aku sangat berterima kasih
Kepada pokok-pokok
Dan daun-daunnya
Yang membantu aku terus bernafas
Untuk satu-satunya pokok yang tinggal dihutan itu
Yang membantu memastikan hari esokku.

Ahad, 7 November 2010

All My Love Left On A Sunday

Sunday will always be my sad, depressing and moody..
I gotta go, get out from here, and..I had to go..
This thing will always happen, it will be, and.. Hmm.. must be..



Ok. Good to meet you Monday.. We will be good fren ya..

Khamis, 4 November 2010

Sampah Akustik

h

Surat gembira dari Bukit Mertajam

Today, I'm so happy, so f-cking happy.

Sebelum ini aku selalu bersedih, tetapi hari ini merubah segalanya. Kegembiraan hadir tanpa diduga mencantas segala sepi dihati.

I'm so happy, so f-cking happy.

Seakan segala suka gembira yang banyak (sangat-sangat) menyelinap masuk direct ke celahan tengkorak hakisan sedih. Mungkin, tengkorak dan jiwa ini sudah sekian lama menanti hadiran suka sang gembira.

I'm so happy, so f-cking happy.

Langkah yang betul apabila aku menaip nota lawanan sedih ini sambil kotak tv menyiarkan anime-anime gilaan lapisan generasi baru. Kuasa-kuasa hebat, lawak-lawak bodoh yang mengembirakan.

F-ck. I'm so happy, so f-cking happy.

Terlalu gembira sampai tak mampu menulis benda-benda baru selain menyuci nota-nota sedih. Yes, I'm very happy, cheerful and fresh. Sorry Jay and all you people because of this happiness note. I just want to delight the sad hearts.

Now, we should bring cheer the way we choose.

Bukit Mertajam.

4 July 1957.



P/S: Ini adalah karya asal 'sedih' Mohd Jayzuan


Surat Sedih dari London

by Md Jyzn on Friday, 22 October 2010 at 19:36

Today, I'm so sad, so f-cking sad.

Aku memang selalu bersedih, tetapi hari ini lebih menjadi-jadi pula. Seperti hari ini adalah hari yang paling sedih pernah aku lalui dalam kehidupan menyedihkan aku ini.

I'm so sad, so f-cking sad.

Seperti tengkorak dalam kepala ini mahu pecah, seperti jiwa dalam badan ini meronta-ronta mahu keluar. Mungkin, tengkorak dan jiwa ini pun sudah tak mampu tinggal dalam diri seorang mamat yang sangat menyedihkan ini.

I'm so sad, so f-cking sad.

Langkah yang salah apabila aku menaip nota tak berguna ini sambil di stereo berkumandang lagu-lagu Tom Waits daripada album 'The Heart of Saturday Night'. Lagu-lagu indah yang menyedihkan.

F-ck. I'm so sad, so f-cking sad.

Terlalu sedih sampai tak mampu buat apa-apa selain menulis perkara bukan-bukan di sini. Yes, I'm that sad, pathetic and lame. Sorry if you people having troubles with my sh-tty behaviors and f-cked up feelings. Enough of wasting my time writing this sh-t.

Now, I should continue being sad.

London.

27 October 1977.

Rabu, 3 November 2010

Sampah

Tetap biasa…

Langkah satu tiada guna

Dia endah tak endah, membuatku tambah kata sampah


Memahami rasa marah…

Demam panas pun tak kebah

Asyik dengan cara bawah, membuatku tinggi suara


He say he know her better than me

Don’t know that he was annoying

Makes me feel like garbage and screw me up and I like to say it..


F-ck you!!!

Leave her damn you!

F-ck you!!!

Don’t wanna say this to you

F-ck you!!!

Understand this, don’t deny me, don’t force me f-cker

F-ck you!!!

Rabu, 27 Oktober 2010

Gitar buat aku seronok

Kalau tak silap aku, dah dekat 8 tahun aku tahu macam mana nak guna gitar. Tapi sampai sekarang aku masih guna cara 8 tahun yang dulu. Tak ada sebarang penambahbaikan. Masih guna kord2 mudah atau asas. Dan aku bahagia dengan kord2 asas aku. Goreng? Ya.. Aku suka dengar bunyi goreng mengoreng. Tapi aku malas dan tak perlu ajar aku. Itu kerja kamu tukang masak.. Frets2 hujung gitar aku masih cantik. Hanya guna ketika nak poyo2 atau bergambar.

Kesimpulannya aku hanya tahu guna gitar tapi bukan pakar. Kenapa aku perlu note kan pasal aku bukan pakar gitar dan sibuk bercerita pasal gitar?

Sebab melalui gitar, aku rapat dengan orang2 yang aku sayang.. Aku tak pasti sama ada mereka sayang aku sebab gitar ke tak. Atau mungkin mereka tak pernah sayang aku pun. Gitar banyak bagi aku idea. Gitar banyak bagi aku ketenangan. Gitar juga bagi aku gadis2 kiut (usung beg gitar kat bus stop gadis2 kiut pewit aku). Aku harap, suatu masa nanti gitar dapat ingatkan orang2 yang aku sayang supaya ingat kat aku.

Detik2 ini
Fantasi dirimu
Kite suke die
Telus
Step out
Got to see Ilahi
Memori
Untuk dier
Maafi


Mungkin masa itu juga aku dah tak perlu diigati lagi..tapi hanya perlu doa...

Selasa, 26 Oktober 2010

Short Post For 'jiwang'


Tidak ada sesiapa pernah mencintai seseorang mengikut apa yang semua orang ingin dicintai...dan pada aku cinta sejati adalah hantu. Semua bercakap pasal cinta sejati tapi tak semua orang nampak...

Sabtu, 16 Oktober 2010

Sabtu dan ahad yang sepi

Sabtu ahad minggu ni adalah hari bersendirian. Tv, jalur lebar, maxis dan gitar jadi peneman. Cuba jadi tersohor dengan merecord sesuatu ciptaan seniman. dengarkanlah...

Selasa, 12 Oktober 2010

Aku pemberani

Jadilah seorang yang kuat. Berani dan yakin dengan jalan yang aku pilih. Aku tak boleh termakan dengan isu-isu yang tidak benar. Hari-hari yang aku lalui sekarang adalah kearah ijab dan kabul. Berharap dan pasti dengan impian. Mimpi dan angan-angan aku tak akan kemana kalau asik dengan bantal. Aku dah taknak menulis lirik-lirik sedih. Jadi target aku kenalah tepat. Berfikir kearah pekerjaan yang membawa kejayaan yang membawa kepada impian.

Dan ini adalah motivasi diri. Amin.

Khamis, 7 Oktober 2010

Malam keliwon 7hb 10 2010

Dikala bulan mengambang di hujung bumi malam keliwon. "Aauwwwwwww...." (ni bunyi serigala). "Bangun Brahim bangun" kejut Ismadi berulang kali. Brahim masih mengignored dan berharap kejutan kali kedua. "Pangg!!" kejutan kali kedua yang dinanti Brahim kunjung tiba. Satu tamparan kuat hinggap tepat ke belakang tengkuk Brahim tanpa di duga. Brahim bingkas duduk sambil menunggu taklimat yang bakal menyusur tiba. "Malam ni aku tengok cuaca baik je." ujar Ismadi sambil meninjau kearah tingkap. "So?" soal Brahim. "Aku rasa elok la kita pergi bermain futsal memandangkan kita dah lama tak bersukan." jelas Ismadi isi hatinya...





Maka gelanggang futsal pun dibooking pada pukul 11 malam di sport planet Sg Buloh.. Sekian~


Isnin, 4 Oktober 2010

aku like kerja

Aku dah kembali ke kota raya Kolumpo. Mula kan kerja dengan hati yang girang. Membasmi segala kemalasan di hati. Mari click button like pada KERJA!!!

Khamis, 30 September 2010

Takdak apa aihh...

Ke Johor dari Kl ibarat pergi beli gula kat kedai depan. Mampu pergi, balik dan pergi semula sebab tak cukup duit. Jumaat pergi atas urusan kerja, ahad balik Kl. Isnin pergi balik atas urusan ngada2.

Seronok je rasa dapat baling mortar board kat udara. Aku amik dari kepala sepupu aku. Aku belajar tak tinggi.. Tapi kadang2 menumpang kegembiraan orang lain itu amatlah seronok. Dan inilah kali pertama aku hadiahkan manusia bunga. Awek aku yang manusia tu pun tak pernah dapat bunga.

Apa2 pun. Tahniah pada semua yang gembira. Cheers...

Ahad, 19 September 2010

Eh, dah abis raya?

Selesai sudah syawal pertama, kedua dan ketiga. Aidilfitri di sambut dengan serba sederhana. Tiada lagi konvoi beramai-ramai kerumah tok2 sedara.. Tiada lagi tidur beramai2 di ruang tamu rumah arwah tokwan di kedah dan penang. Tiada lagi bunga api dan mercun bawang. Tiada lagi kad raya dan angpau misteri. Zaman itu sudah berlalu. Generasi baru bawah aku lepas ini mungkin dah tak dapat merasa suasana indah malam raya dan pagi raya di kampung. Masa dah berlalu. Lepas ni aku kena biasakan yang Ipoh merupakan kampung aku. Bukan lagi Kuala Muda dan Permatang Pauh. Itu cerita lama... Mari besar kan keluarga yang kecil ni plak.. Mari tambah kan generasi baru, mari kawen dan buat anak...

Ahad, 22 Ogos 2010

Nota-nota gila

Baru balik dari melepak dengan kenalan yang dah biasa dan tak berapa biasa walaupun dah biasa jumpa. Diorang adalah orang-orang yang kita tak boleh agak apa matlamat atau harapan diorang untuk hari esok. Diorang adalah jenis yang tak sampai 5 min terfikir nak pergi Johor terus ke medan gopeng beli tiket bas. Aku rasa. Aku agak. Orang-orang macam ni aku rasa mampu pergi jumpa perdana menteri sambil berkata "kirim salam kat isteri Dato ya.." (sambil senyum gatal). Aku sudah pun membeli "Nota-nota gila" dari salah seorang orang-orang itu dan aku dah pun mengatamkannya sejurus sampai rumah. Ok. Aku kagum. Nak makan nasi goreng. Mak dah panggil sahur.

Jumaat, 20 Ogos 2010

......

Bulan Ramadhan memberi banyak impak kepada semua. Dari kalangan pemuasa, pengerja terawih, mahupun pencinta dosa. Berlipat kali ganda pahalanya di bulan yang mulia ini. Sayup kedengaran seruan azan memanggil pengdosa menghapus dosa. Sudah tepu gamaknya.. Subhanallah... Aku bersaksi dan berikrar bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi dan berikrar bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah yang terakhir..

Jumaat, 13 Ogos 2010

Ramadhan datang lagi.

Berbuka dengan keluarga tersayang merupakan sesuatu yang paling indah dalam hidup. Sebenarnya berbuka ngan sape-sape pun indah gak. Sebab yang indah itu sebenarnya 'berbuka'. Selamat berRamadhan kepada semua.

Jumaat, 30 Julai 2010

Aku Sebatang Pensil

Aku sebatang pensil. Aku adalah permulaan untuk segala macam perkara yang dikagumi. Tapi ramai yang tidak ambil peduli bagaimana kewujudan aku. Bagaimana terhasilnya aku. Orang lebih tertarik dengan bagaimana terhasilnya bangunan besar. Orang lebih tertarik dengan bagaimana terhasilnya kenderaan. Mereka lebih tertarik benda-benda lain yang pada awalnya bermula dari aku, Sang Pensil.

Ramai yang tak perasan untuk menghasilkan aku memerlukan teknologi yang hebat. Dari proses pembalakkan di hutan untuk menghasilkan badanku, hinggalah penghasilan mata grafitku. Dalam proses pembalakkan, bukan sembarangan jentera yang digunakan. Begitu juga ketika proses pembentukan badanku. Proses pemotongan kayu-kayu untuk menyedapkan jari jemari memegangku. Semua itu memerlukan sesuatu teknologi yang hebat bukan? Bagaimana pula dengan proses pencarian grafit murni untuk mataku? Bukan calang-calang cangkul dapat menemuiku. Ia juga memerlukan kepakaran ilmu kimia untuk menilaiku. Cuba kira kos-kos untuk menghasilkanku. Dari upah pekerja-pekerja di hutan, jentera-jentera hebat, kos-kos pencarian grafit.. Huh.. Secara tidak langsung untuk penghasilan sebatang aku telah membuka peluang pekerjaan yang banyak. Hebat bukan?

Pensil.. Seorang Perdana menteri pada awalnya menulis A B C dengan sebatang aku. Begitu juga dengan profesor-profesor tersohor. KLCC, Putrajaya mahupun Dancing House di Tokyo, semuanya bermula dari aku, sebatang pensil.

Namun, aku hanya sebatang pensil. Beli baru kiranya hilang. Tiada kesedihan untuk kehilanganku. Tiada ulang tahun memperingatiku. Itulah aku... Sebatang Pensil..

Ahad, 25 Julai 2010

Selangkah ke alam seni

Sepetang bersama sekumpulan penulis, orang seni dan peminat-peminat seni tulisan barangkali. Agak seronok. Ini kali pertama aku terlibat dalam aktiviti-aktiviti macam ini. Juga ada petikan gitar, nyanyian, bacaan dan sedikit sedutan teater. Dan... Aku terhibur petang itu. Terima kasih.

Jumaat, 23 Julai 2010

Aku dirajuk

Hari itu,
Aku tertidur lagi.
Aku gagal menamatkan perbualan SMS si dia dengan baik.
Dan aku bangun lambat keesokkan hari.

Hari itu,
Aku tertidur lagi.
“hmm tidur la tu..daa” SMS si dia.
Dan aku bangun lambat lagi keesokkan hari.

Hari itu,
Aku sempat bagitahu aku mengantuk.
“abang dah n…..” SMS ku terakhir sebelum tidur.
Dan masih bangun lambat keesokkan hari.

Semalam,
Aku tak tertidur dah.. Aku main PS2.
aku tak perasan ada 3 missed call lalu aku menerima sekeping SMS marah.
“asyik-asyik tidur awal.. Asyik-asyik tidur awal.. Masa cuti tidur awal, masa kerja pun tidur awal.. Tak ada kerja pun tidur awal.. Awal, awal, awal, awal, awal.. Pape je.. Semua awal.. Hmm. Daa..” SMS si dia.
Dan esoknya aku bangun awal tanpa dikejut si dia lagi.

Hari ini,
Aku tak tidur awal. Menanti si dia membalas SMS ku. Hmm.. Si dia tiada..
Dan esoknya aku bangun awal menanti si dia mengejutku. Hmm.. Si dia tiada.

Aku dirajuk…

Khamis, 22 Julai 2010

minta disebelahi

bahagia rasanya disebelahi dan disirami. menjadi bunga yang mekar dan mewarnai persekitaran. dapat menyegarkan mata-mata yang memandang.



tapi lewat semalam sampai sekarang aku tak disirami lagi. aku layu... dan semakin suram... mungkin aku akan mati... siramilah aku... tolong....


Selasa, 20 Julai 2010

Looser

Perjalanan hidup adalah sesuatu yang membezakan seseorang dengan seseorang. Cara dibesarkan, kenalan dan sumber-sumber lain disekeliling. Seseorang yang pandai semulajadi tak semestinya jadi bijak di kemudian hari. Semuanya berkait rapat dengan perjalanan hidup. Dengan apa yang kita tempuh dalam plot-plot atau jalan cerita hidup seseorang itu.

Aku hanya orang biasa. Melalui jalan hidup yang biasa-biasa sahaja. Langsung tak ‘cool’. Tak ada satu pun yang menarik untuk diceritakan sambil kembang hidung. Rasa nak tiru cerita orang lain lalu di edit tuk dijadikan cerita sendiri. Baru boleh bersembang panjang kat kedai kopi. Baru ramai kawan datang nak salam. Baru ada kenalan datang nak jadi protege. “macam mana nak jadi cool macam awak?” Senang saja. Hanya perlu pandai bercakap dan meniru.

p/s: saya selalu bercuti di luar negara..

Isnin, 19 Julai 2010

28 hari jurnal rock n roll seorang 'gila'

selesai membaca 28 hari jurnal rock n rock tulisan mohd jayzuan. kisah hidup selama 28 hari serata semenanjung. kisah ketidakpuasan hati, pendapat, kenangan, sejarah dan makanan. penulisan yang gila dan menarik. penulisan yang sampah dan menarik. penulisan yang bosan dan menarik. gila+sampah+bosan = menarik kuasa tiga. tahniah.. teringin menyertai 'gila'dan melepak dengan mohd jayzuan. tapi mampukah aku menyertai 'gila' sebab aku di pejabat? pejabat? mesti mohd jayzuan tak stress dengan pejabat dah kan? dah biasa dengar kan?

28 hari jurnal rock n roll di pejabat aku

Jumaat, 9 Julai 2010

tahniah, awak mengandung.

makan..makan..

tentang piala dunia yang sudah pasti milik negara orang. bermacam-macam profile pic dah bertukar. sarung jersey argentina, pastu tukar jadi german last sekali pakai topeng sotong. haha.. (maaf pada yang terasa). yang pasti aku dari mula suka menorres getah.

mengunyah...

arini aku masuk keje lambat. sebab tak mampu nak bangun pagi. penat plus tidur lambat.. hari-hari yang lepas berlalu dengan indah. seminggu dua ni tak ada benda sedih atau gampang belaku. semua hepi-hepi belaka. 2 minggu lepas gi jb. berkerja dan bermakan-makan. 4 hari aku kat jb sampai perot dah macam mengandung sebulan 2 minggu. minggu lepas plak balik kampung. ramai gak orang aku jumpa. keluarga, awek dan kawan-kawan.

makan..makan..

macam biasa bila aku sampai kl balik aku akan sms mak ngan awek aku bagitahu aku dah sampai. mak reply sms aku macam biasa dengan ayat yang unik. "ok, have a nic", "ok, take cake'', ''ok, take car". hahaha. (luf u mak. meh nak cium skit).

kenyang..

aku mengandung sebab kehepian.

Khamis, 24 Jun 2010

naik lift capai MERCEDES

ramai orang cakap kalau nak senang kena susah dulu. kena susun batu bata step by step, level by level, kasi kukuh. atleast kalau runtuh 1 level ada lagi 1 level backup. tak la sakit sangat kalau jatuh.

bagi orang yang tak sabar macam aku, kalau boleh aku nak lepak terus kat atas. . mencampak duit sana-sini. takyah nak pikir pasal duit makanan tuk hari esok. buat apa nak susun batu bata susah-susah nak buat tangga? lift kan ada.. sampai top level nanti dapat bergambar dengan Mercedes, BMW, Ferrari dll..huh...

perlukah orang yang tak sabar macam aku menyertai downline mereka?

Khamis, 17 Jun 2010

lagu yang berjiwa

kata orang berbakat dan berpengalaman, sesebuah lagu yang bagus perlu ada jiwa, perlu melodi yang kuat dan penyampaian yang berkesan. baru la sesebuah lagu boleh terpahat dihati walaupun baru sekali dengar.

kata orang berbakat dan berpengalaman juga, walaupun sesebuah lagu itu memiliki kord semudah g, em, c, d sekali pun, sekiranya melodinya kuat sudah pasti menjadi hit.

pada aku semua itu betul sebab ia datang dari cerita seseorang yang berbakat dan berpengalaman.

pada aku juga, sesebuah lagu bercorak 'sejarah mungkin berulang' juga pasti rancak di jammingkan sekiranya ia datang dari gergasi seperti search dan wings.





Selasa, 15 Jun 2010

hari yang gembira...

puas tersenyum dalam kesakitan bila orang disekiling mengambil berat. terima kasih.. aku rasa seronok mengalami sakit kalau diberi perhatian sedemikian rupa..

aku mengharapkan perhatian begini meski pun sakit aku pasti kebah. aku berharap sangat.. aku mengidap sakit dalaman dan luaran sejak dua menjak ni. badan dan hati berganding bahu meraih simpati luar. sungguh tertekan.. depresi..

alhamdulillah... semoga orang yang mengambil berat ini sentiasa bahagia disamping aku yang mengada... thanks kasih semua...


Sabtu, 12 Jun 2010

maafi

rindu... terbuku...
menyelubungi hati kian lama tak bertemu...

resah... terpisah...
dugaan yang menimpa mengundang gelisah...

bagaimana nak ku tangis...
semua dah tertulis...
kau harus mengerti rasa, jiwa hati ini....

salahku ampuni...
dosaku maafi...
ku takut sendiri lagi tanpamu di sisi...

Khamis, 10 Jun 2010

1 vs 10

hidup tak bermasyarakat ibarat kera sumbang. kalau dikira dari segi nisbah 1:10, dah tentu la '10' tu dijalan yang benar. kenapa '1' ni tetap berasa dia yang betul dan takda cacat cela? come on la.. harap sedar. kita bukan budak sekolah nak tarik '1' masuk tandas pastu pukul. kenapa semua tak suka kat '1' neh? mesti la ada sebab. '1' sanggup tengok 1/10 ni sakit sebab nak puaskan hati sendiri.. takkan la 9/10 ni nak duk diam je.. sebab 9/10 ni tak pentingkan diri sendiri macam si '1' neh. harap ubah sikap ya.

p/s: sakit melihat 1/10 disakiti '1'

Sabtu, 5 Jun 2010

bercerita tentang hidup

Dalam merempuh hidup di kota raya metropolitan, aku haruslah tabah dan sentiasa akur dengan segala takdir atau qada’ qadar. Kadang-kadang aku takut nak berdepan dengan realiti kehidupan..takut untuk jatuh..takut untuk terhantuk. Aku harus sentiasa bersedia menerima halangan atau perangkap didepan.. merangkak dibawah kawat berduri, malah kadang-kadang terpaksa melalui situasi seakan berdepan dengan bom jangka masa. Harus tenang memikirkan wayar mana yang harus dipotong tuk mematikan bom..

Akhir-akhir ni aku sering menghabiskan masa menulis, bercerita dan merapu. Hanya untuk dibaca sendiri disuatu hari nanti. Meratapi nasib yang lepas. Bukan tujuan nak memandang kebelakang, tapi sebagai panduan untuk perangkap yang akan ditempuhi. Aku masih naïf dalam dunia yang penuh pancaroba ini. Masih sering menyapu ubat di sana-sini. Alhamdulillah..setakat ni aku belum pernah lagi terlibat dalam situasi yang memaksa menggunakan ubat pelali..

Sebagai manusia biasa, aku harus ikut telunjuk manusia luar biasa. Keputusan yang luar biasa harus diminta pendapat..harus diminta nasihat. Itulah kunci menjadi manusia luar biasa. Mengutip segala pengalaman hidup dan disimpan rapi.
Aku baru selesai mengukir beberapa kata-kata yang agak berguna untuk diselami.. ini hanya untuk diri sendiri..

Puitis aku tak bermaksud memerli,
Kata aku tak bermaksud memaki,
Dengar dengan tajam dan teliti,
Sekadar hanya ingin memberi

Kata-katamu aku manusia keji,
Punyai pena seperti mahu dikagumi,
Menulis lancang memandang kiri,
Hingga terlupa kanan menyebelahi

Kelam dosa aku gagahi,
Terang pahala aku tiduri,
Mengharap seru dari Ilahi,
Membimbing aku ke jalan yang suci

Amin..

Aku mengundurkan diri…..salam..

Khamis, 3 Jun 2010

Cikgu Aspalela

Kringgg!!!. “Huh, cepatnya loceng bunyi. Tak sempat aku nak habiskan makanan”. Bisik hati kecilku. Kejap lagi kelas Cikgu Aspalela. Mampus aku. Homework yang dia bagi haritu aku tak siapkan lagi. Apa la alasan aku nak bagi kali ni. Buku tak bawak? Hmm.. alasan ni dah lapuk.. banyak kali dah aku pakai. Aduh.. tawakal je lah. Dah memang salah aku pun.

“Bangun… Aassalammmualaikummm dan selamat sejahtera Cikgu….” Teriak ketua kelas diikuti yang lain-lain. “Waalaikumussalam. Sila hantar kerja rumah yang saya bagi minggu lepas ya. Siapa yang belum siapkan atau tengah fikir nak bagi alasan sebab tak dapat nak hantar sila berdiri di depan”. Ujar Cikgu Aspalela sambil menjeling kearah pelajar-pelajarnya. Cikgu Aspalela merupakan cikgu bahasa melayu. Cara beliau berpakaian agak klasik dan amat bersesuaian dengan mata pelajaran yang beliau mengajar.

“Amir? Apa alasan awak kali ni?”. Soal Cikgu Apalela seperti biasa. Aku merupakan pelajar yang paling kerap tak dapat menyiapkan homework beliau. Kali ni aku senyap tanpa sebarang alasan. Aku sudah kekeringan modal untuk menjawap. “Saya malas. So?”. Jawap hatiku selamba sambil memandang ke arah teman sekantoiku berbangsa cina, Mok Yuk Hou. “Awak berdua tak malu ke? Harap pakai je baju pengawas. Tapi sekor-sekor perangai macam mawas”. Sindir cikgu Aspalela agak kasar. Aduh.. pedihnya.. Tebal muka aku saat itu bukan kepalang.. “Awak Mok? Apa alasan awak?” soalan Cikgu Aspalela beralih pada Mok Yuk Hou. “Saya lupa cikgu”. Jawap Mok Yuk Hou ringkas. “Amboi, bukan main senang awak jawap ye? Kali ni saya tak akan bagi muka lagi. Kalau awak berdua tak dapat submit sebelum waktu balik, saya akan bawak awak berdua jumpa pengetua”. Tegas Cikgu Aspalela.

Kali ini aku dan Mok Yuk Hou sudah tak ada pilihan lain. Kami kena pastikan kami dapat siapkan homework ni hari ini juga sebelum balik. Kalau tidak nahas la jawapnya. Aku langsung tak dapat tumpukan perhatian pada kelas Cikgu Aspalela waktu itu. Kepala aku sibuk memikirkan karangan apa yang aku nak karang. Otak aku dah la tengah kusut ni. Tajuk bebas.. Huh.. Lagi la pening.. Blurrr…. “Mok, macam mana?” Soalku minta pendapat. “cincai saja ma… janji siap”. Sekali lagi jawapan selamba dari Mok Yuk Hou. Sakit hati aku. Senang je dia jawap. Muka tak ada riak risau langsung. Hmm.. Nak tiru budak-budak lain punya, dah tentu semua dah hantar. Ya Allah.. Sumpah aku tak ada idea..

Suasana pagi itu agak mendung. Sesekali bau-bauan semulajadi yang tak dapat diterima hidung muncul dari kandang kuda sebelah sekolahku. Sekolah aku terletak di pinggir bandar. Agak indah berbanding sekolah-sekolah lain yang tercemar dengan macam-macam pencemaran. Sekolah aku sering kali dijadikan bahan ejekan orang luar. ‘Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Rambutan’.. Itulah nama sekolahku. Tanjung Rambutan amat terkenal di seluruh Malaysia dengan hospital pesakit mental. Bahkan dalam filem P Ramlee pun Tanjung Rambutan ada disebut. Setiap kali sekolah aku terlibat dalam aktiviti luar, pasti akan diejek. Sekolah orang gila.. kadang-kadang aku rasa malu bila orang tanya aku bersekolah dimana. Kata pengetua aku, biar orang kata kita gila, sekolah orang gila, yang penting kita dapat jadi nombor satu dalam apa-apa aspek sama ada dalam bidang akademik mahu pun kokurikulum. Itulah pesanan beliau dalam ucapannya di perhimpunan.

“Amir! awak mengelamun apa?” jerkah cikgu Aspalela. Aku terpinga-pinga lantas bangun. Aku perasan semua mata kini tertumpu kearah aku diikuti dengan gelak ketawa. Aduh.. Apalah nasib aku harini.. “Apa nak jadi la awak ni Amir. Sudah, awak baca perenggan berikutnya”. Marah Cikgu Aspalela. Baca? Baca apa pulak ni. Aku memandang kearah Mok Yuk Hou minta bantuan. Owh.. “Manusia dan haiwan bergantung secara langsung atau tidak langsung kepada tumbuhan sebagai sumber makanan. Oleh itu, tanpa fotosintesis tumbuhan, manusia dan haiwan tidak..”. “Amir.. itulah.. Masa saya mengajar fikiran awak kat tempat lain. Saya ni mengajar bahasa melayu. Bukan sains..”. Tegur Cikgu Aspalela membehentikan bacaanku. Sekali lagi aku ditertawakan. Aku memandang kearah Mok Yuk Hou dalam keadaan agak geram. Kurang ajar punya kawan. Konfiden je aku baca buku yang dia bagi kat aku tadi. “Sorry la kawan, gua tarak bawak buku. Gua cover line pakai buku teks sains”. Kata Mok Yuk Hou sambil tersenyum menahan ketawa.

“Baiklah kelas, masa dah tamat. Kita jumpa lagi esok. Amir, Mok jangan lupa perjanjian kita ya”. Cikgu Aspalela mengakhiri kelasnya dengan memberi peringatan kepada aku dan Mok Yuk Hou. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Aku terus memulakan penulisanku. Aku tidak hiraukan langsung kelas berikutnya. Sepatah-sepatah ayat aku karang di kertas kajangku. Aku betul-betul risau dengan amaran cikgu Aspalela kali ini. Aku dah banyak buat hal dalam kelas beliau.

Kringggg!!!!!. “Alhamdulillah.. Ngam-ngam bunyi loceng aku dapat siapkan”. Bisik hati kecilku. Aku bergegas ke bilik guru. “Hmm.. Sempat juga awak siapkan ya”. Ujar Cikgu Aspalela. Aku tersenyum lalu meninggalkan bilik guru. “Apalah nasib Mok. Mintak-mintak dia tak sempat buat. Baru padan dengan muka dia. Dah la kenakan aku tadi”. Bisik hatiku agak jahat. Hmm.. Hari ini merupakan hari malang aku.. Cikgu Aspalela…

Keesokan harinya di kelas Cikgu Aspalela.

“Amir, sila kedepan”. Arah Cikgu Aspalela setibanya beliau ke kelasku. Entah apa la pulak nasib aku harini. “Tahniah ya. Hari ini saya nak memberi pujian kepada Amir kerana telah berjaya menyiapkan karangannya semalam. Saya amat tertarik dengan tajuk karangan dia. ‘Cikgu Aspalela’. Pada mulanya saya agak pelik. Kenapa nama saya dijadikan tajuk. Rupa-rupanya dia telah mengkarangkan peristiwa yang berlaku semalam sebagai karangan dia. Dan apa yang saya perasan, nama saya yang paling banyak dalam penulisan dia. Saya minta Mok Yuk Hou yang gagal menyiapkan kerja sekolah yang saya bagi semalam bacakan karangan Amir didepan sebagai hukuman”.

Kringgg!!!. “Huh, cepatnya loceng bunyi. Tak sempat aku nak habiskan makanan”. Bisik hati kecilku. Kejap lagi kelas Cikgu Aspalela. Mampus aku. Homework yang dia bagi haritu aku tak siapkan lagi. Apa la alasan aku nak bagi kali ni. Buku tak bawak? Hmm.. alasan ni dah lapuk.. banyak kali dah aku pakai. Aduh.. tawakal je lah. Dah memang salah aku pun.

“Bangun… Aassalammmualaikummm dan selamat sejahtera Cikgu….” Teriak ketua kelas diikiuti yang lain-lain. “Waalaikumussalam. Sila hantar kerja rumah yang saya bagi minggu lepas ya. Siapa yang belum siapkan atau tengah fikir nak bagi alasan sebab tak dapat nak hantar sila berdiri di depan”. Ujar Cikgu Aspalela sambil menjeling kearah pelajar-pelajarnya. Cikgu Aspalela merupakan cikgu bahasa melayu. Cara beliau berpakaian agak klasik dan amat bersesuaian dengan mata pelajaran yang beliau mengajar.

“Amir? Apa alasan awak kali ni?”. Soal Cikgu Apalela seperti seperti biasa. Aku merupakan pelajar yang paling kerap tak dapat menyiapkan homework beliau. Kali ni aku senyap tanpa sebarang alasan. Aku sudah kekeringan modal untuk menjawap. “Saya malas. So?”. Jawap hatiku selamba sambil memandang ke arah teman sekantoiku berbangsa cina, Mok Yuk Hou. “Awak berdua tak malu ke? Harap pakai je baju pengawas. Tapi sekor-sekor perangai macam mawas”. Sindir cikgu Aspalela agak kasar. Aduh.. pedihnya.. Tebal muka aku saat itu bukan kepalang.. “Awak Mok? Apa alasan awak?” soalan Cikgu Aspalela beralih pada Mok Yuk Hou. “Saya lupa cikgu”. Jawap Mok Yuk Hou ringkas. “Amboi, bukan main senang awak jawap ye? Kali ni saya tak akan bagi muka lagi. Kalau awak berdua tak dapat submit sebelum waktu balik, saya akan bawak awak berdua jumpa pengetua”. Tegas Cikgu Aspalela.

Kali ini aku dan Mok Yuk Hou sudah tak ada pilihan lain. Kami kena pastikan kami dapat siapkan homework ni hari ini juga sebelum balik. Kalau tidak nahas la jawapnya. Aku langsung tak dapat tumpukan perhatian pada kelas Cikgu Aspalela waktu itu. Kepala aku sibuk memikirkan karangan apa yang aku nak karang. Otak aku dah la tengah kusut ni. Tajuk bebas.. Huh.. Lagi la pening.. Blurrr…. “Mok, macam mana?” Soalku minta pendapat. “cincai saja ma… janji siap”. Sekali lagi jawapan selamba dari Mok Yuk Hou. Sakit hati aku. Senang je dia jawap. Muka tak ada riak risau langsung. Hmm.. Nak tiru budak-budak lain punya, dah tentu semua dah hantar. Ya Allah.. Sumpah aku tak ada idea..

Suasana pagi itu agak mendung. Sesekali bau-bauan semulajadi yang tak dapat diterima hidung muncul dari kandang kuda sebelah sekolahku. Sekolah aku terletak di pinggir bandar. Agak indah berbanding sekolah-sekolah lain yang tercemar dengan macam-macam pencemaran. Sekolah aku sering kali dijadikan bahan ejekan orang luar. ‘Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Rambutan’.. Itulah nama sekolahku. Tanjung Rambutan amat terkenal di seluruh Malaysia dengan hospital pesakit mental. Bahkan dalam filem P Ramlee pun Tanjung Rambutan ada disebut. Setiap kali sekolah aku terlibat dalam aktiviti luar, pasti akan diejek. Sekolah orang gila.. kadang-kadang aku rasa malu bila orang tanya aku bersekolah dimana. Kata pengetua aku, biar orang kata kita gila, sekolah orang gila, yang penting kita dapat jadi nombor satu dalam apa-apa aspek sama ada dalam bidang akademik mahu pun kokurikulum. Itulah pesanan beliau dalam ucapannya di perhimpunan.

“Amir! awak mengelamun apa?” jerkah cikgu Aspalela. Aku terpinga-pinga lantas bangun. Aku perasan semua mata kini tertumpu kearah aku diikuti dengan gelak ketawa. Aduh.. Apalah nasib aku harini.. “Apa nak jadi la awak ni Amir. Sudah, awak baca perenggan berikutnya”. Marah Cikgu Aspalela. Baca? Baca apa pulak ni. Aku memandang kearah Mok Yuk Hou minta bantuan. Owh.. “Manusia dan haiwan bergantung secara langsung atau tidak langsung kepada tumbuhan sebagai sumber makanan. Oleh itu, tanpa fotosintesis tumbuhan, manusia dan haiwan tidak..”. “Amir.. itulah.. Masa saya mengajar fikiran awak kat tempat lain. Saya ni mengajar bahasa melayu. Bukan sains..”. Tegur Cikgu Aspalela membehentikan bacaanku. Sekali lagi aku ditertawakan. Aku memandang kearah Mok Yuk Hou dalam keadaan agak geram. Kurang ajar punya kawan. Konfiden je aku baca buku yang dia bagi kat aku tadi. “Sorry la kawan, gua tarak bawak buku. Gua cover line pakai buku teks sains”. Kata Mok Yuk Hou sambil tersenyum menahan ketawa.

“Baiklah kelas, masa dah tamat. Kita jumpa lagi esok. Amir, Mok jangan lupa perjanjian kita ya”. Cikgu Aspalela mengakhiri kelasnya dengan memberi peringatan kepada aku dan Mok Yuk Hou. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Aku terus memulakan penulisanku. Aku tidak hiraukan langsung kelas berikutnya. Sepatah-sepatah ayat aku karang di kertas kajangku. Aku betul-betul risau dengan amaran cikgu Aspalela kali ini. Aku dah banyak buat hal dalam kelas beliau.

Kringggg!!!!!. “Alhamdulillah.. Ngam-ngam bunyi loceng aku dapat siapkan”. Bisik hati kecilku. Aku bergegas ke bilik guru. “Hmm.. Sempat juga awak siapkan ya”. Ujar Cikgu Aspalela. Aku tersenyum lalu meninggalkan bilik guru. “Apalah nasib Mok. Mintak-mintak dia tak sempat buat. Baru padan dengan muka dia. Dah la kenakan aku tadi”. Bisik hatiku agak jahat. Hmm.. Hari ini merupakan hari malang aku.. Cikgu Aspalela…

p/s: Hahaha.. cerita pendek syok sendiri… Cikgu Aspalela merupakan cikgu bahasa melayu masa aku tingkatan tiga. Aku selalu tak dengar cakap dia. Tak buat kerja sekolah.. Tapi last-last aku dapat A gak lam PMR. Post yang ke seratus satu ni aku bikin cerpen untuk didedikasikan kat Cikgu Aspalela.

Jumaat, 28 Mei 2010

post yang keseratus ni untuk yang teristimewa

diam tak diam, bising tak bising, ni merupakan post aku yang ke seratus... dah 3 tahun aku melibatkan diri lam penaipan kat blogspot ni. bermacam2 taipan.. cerita suka, duka, cinta, keluarga dan kawan2. tujuannya aku menaip tuk refresh otak sendiri. bila aku baca balik post aku setahun dua yang lepas aku tersenyum.. macam2 dah jadi kat diri aku..macam2 dah aku pernah lalui..

hmm.. sehari dua ni jiwa aku ada sedikit terganggu.. bila tak dapat memuaskan hati seseorang.. tak dapat membuat seseorang tidak meragui aku. tak dapat membuat seseorang mempercayai aku 99 percent setulus hati.. sudah lumrah manusia. kata orang cemburu tanda sayang.. sesungguhnya aku amat sayangkan seseorang itu. sehingga sanggup berdiri kat berenda banggunan setinggi 99 tingkat walaupun dalam ketinggian 3 tingkat pun aku leh rasa nak mati..

harini aku dapat menenangkan segala yang terganggu. aku rasa diam merupakan ubat yang agak mujarap untuk sakit yang melibatkan perasaan. kebetulan azim teman dari ipoh datang menjenguk aku. aku ditemani husin ngan selamba membawa azim bersiaran. bukan siaran kolumpo yang aku dan husin perkenalkan kat azim, tapi dengan selamba kamikaze kami menerjah ke genting. bertolak pukul 9 malam, turun pukul 12. maaf seseorang.. aku tak bagitau.. sebab doktor perasaan cakap, ubat diam yang aku gunakan tadi akan kurang efeknya kalau dibagitahu.. alhamdulillah.. aku rasa sms yang aku terima dari seseorang tu tadi telah membuatkan sakit aku kebah.. ('',). aku faham... seseorang itu sangat sayangkan aku.. aku pun sayang kan dia..

aku rasa post aku yang keseratus ni telah menjejaskan emej rock aku. aku menaip terus dari hati. aku terlalu jiwang.. aku meloyakan orang yang membaca. aku bukan rock..bukan juga bukan pop.. tapi balada.. hmm.. kepada seseorang yang bernama nur afiqah, aku sayang kamu... post yang keseratus ni aku tujukan khas tuk kamu...pedulikan orang nak cakap apa. aku nak bagi orang tahu yang aku sayang kamu.