Selasa, 29 Disember 2009

kawan lama..aku yang baru..

8 tahun.. tamat f0rm 3 aku dah tukar sek0lah..terjerumus ke alam teknikal yang penuh kek0toran(minyak dll). pas pada tu aku dah kehilangan teman2 di sek0lah lama.. kawan2 di sek0lah baru je aku bergaul..ada gak kawan2 sek0lah lama yang menyertai aku ke sek0lah baru.. (azuhry, atan, bani, azr0l). sama2 bagun seawal 5 pagi tuk menaiki bas tambang ke sek0lah.. kat sek0lah baru ni la aku kenal apa itu r0kok, p0nteng, gengterism.. haha.. pernah aku, atan dan azr0l terlibat dalam kes membelasah se0rang budak kat pasaraya kegilaan samseng2 sek0lah sekitar ipoh, ip0h parade. jahat..ni bukan nakal tapi jahat..

sepanjang persek0lahan aku ni la aku mengenali se0rang mamat p0yo(gelap).. actually aku mang suda kenal beliau sebelum ni sebab family beliau agak ters0hor di kampungku.. membuka kedai runcit dan telah memperkenalkan permainan k0mputer di kampungku. beliau tua setahun dari aku.. beliau senior dalam geng bas tambang.. seawal f0rm 1 lagi.. sejak kami menyertai beliau dalam geng bas tambang, aku perasan beliau hanya menganggap kami ni budak baru nak naik.. baru nak keluar kampung..

abis pengajian aku kat sek0lah baru, aku menyambung lagi pengajian lam kancah teknikal yang k0tor.. p0liteknik ungku 0mar.. kat sini aku di perkenalkan pada dunia luar.. kawan2 aku semerata malaysia.. aku mula pegang duit yang banyak..(ptptn).. aku berhibur.. berbelanja tanpa henti.. tapi pada masa aku disini aku mula merapatkan diri ngan kawan2 di kampung.. menyertai kawan berpapan seluncur.. aku hanya pasukan s0rak (takut jatuh).. kat sini la aku rapat ngan TAD .. kawan2 aku yang paling rapat sampai sekarang..

hmm..sebenarnya citer yang aku nak sampaikan tuk harini baru nak mula.. semalam facebook telah menemukan aku ngan kawan lama aku. dari sekolah lama..8 tahun.. langsung tak penah selisih walaupon sekampung. masa kat sekolah dulu mang aku kurang bercakap..kurang bertegur.. sebab die perempuan dan aku pemalu. hahaha.. tapi sumer dah berubah. lama gila aku chat ngan die semalam. pasal kawan2 lama yang lain, kerja dan pasal pacar masing2.. 8 tahun punya cerita diceritakan masa berchatting. malam tu aku gi jumpa die. hmm.. die dah tua.. tak pakai baju sekolah dah..haha.. kami decide nak kumpulkan kawan2 8 tahun yang lepas.. 3 gemilang, sekolah menengah kebangsaan tanjung rambutan..


p/s: kat facebook baru ada azuhry, aku ngan die.. mana nak cari yang len2?

Sabtu, 26 Disember 2009

cerita yang banyak....

banyaknye cerita aku.. lama gila tak update.. pasal kerja, gadis, kucen..huhu.. nak mula kat mana ye...hmm..
cerita pertama pada bulan november..
aku dan rakan sekerja telah membawa diri ke site untuk melakukan kerja2 thermography.. kami ditemani seorang staf tnb yang hanya mahu dikenali sebagai jan. ni pencawang yang ke-2.. sampai2 kat pencawang ni.. jan (tnb) seperti biasa menjalankan tugasnya membuka kunci pencawang.. tiba2...jeng jeng jeng.... didapati pintu pencawang telah dipecahkan.. sebelum masuk ke pencawang tu jan dah bagitau aku.. macam ada orang je kat dalam ni.. "rilek, biar aku tengok jap".. jan pon terus masuk meninjau keadaan di dalam pencawang tu.. aku lepak kat luar jap. tetiba aku dengar jan bercakap ngan seseorang di sebalik swicthgear. "wat apa kat sini??" aku pon cam terkejut la.. ada orang ke..farid tanpa segan silu dan tanpa mengetahui situasi didalam pencawang terus menonong masuk tuk melakukan kerja ultrasound.. aku pon terus masuk.. ada seorang mamat dressing ala2 indon.. badan kecik, pendik.. berbaju singlet menampakkan lengannye yang beurat2.. dalam hati aku ni lau terpaksa bertumbuk ni jenuh gak.. nasib baik beliau begitu redha dengan kekantoian beliau.. akur ngan segala arahan.. aku dan farid terus melakukan kerja2 tanpa menghiraukan lelaki asing tersebut sementara jan terus memerhatikan lelaki asing sambil menghubungi teman2nya.. dua tiga kali lelaki asing tu cuba meminta diri tuk keluar. tetapi di tahan jan. jan begitu macho lagaknya.. "sekejap ye, kami nak tanya je..bukan nak panggil polis. lam masa beberapa minit. sebuah kereta myvi sampai.. ada la 3 4 orang. siap bawak kayu.. huhu.. dalam hati aku mampus la mamat ni kena belasah.. lam keta tu gak ada seorang pakcik(polis). bawak gari terus menggari lelaki asing tu.. seperasan aku lelaki tu tak dilukai langsung kerana keakuran beliau.. tapi tak tahu la ape nasib beliau di balai.. kerja2 terpaksa ditangguhkan sampai pukul 2 lebih..huhu..

cerita lain dibulan yang sama..
26/11 merupakan tarikh lahir pacarku.. dah 2 3 hari aku aku plan nak buat sedikit kejutan.. kebetulan plak cuti aku diapprovekan.. plan aku nak wat suprise party kat die. aku pakat ngan besfren die ngan ibu die.. seb bek ibu die sporting.. pagi mase besday die tu aku dah runner gi beli teddy..ngan beli kek.. sampai uma die ibu die dah suh sorokkan motor.. sementara tunggu die balik kerja. kami sumer siapkan kek pe sumer.. debaran mula terasa..haha.. poyo.. masa die sampai, die tak prasan lagi kehadiran aku.. bila die prasan die telah mengeluarkan 1 perkataan mengambarkan die terkejut..tutt!!! hahaha... dengan muka yang agak malu..terus masuk bilik..huhu.. sementara tu die masih tak tau kewujudan 2 besfren die bersembunyi kat dapur.. aku terus pergi ke dapur nyalakan lilin kat kek. pastu ibu die pangil die.. "along.. kamu ada wat salah ngan ibu..kamu mari sini" suprise!!!!
hepi besday to you..
hepi besday to you...
hepi besday to fiqa...
hepi besday to you...
seronok je die..ni la benda paling malu aku penah wat selaku gengster yang tersohor..hak3..

cerita lain di bulan disember..
aku seorang rakan sekerja (farid) telah berangkat ke singapore sebaik sahaja pulang dari menyambut raya haji dan besday pacarku.. tujuannye untuk menghadiri kursus thermography level 1. hampir seminggu gak aku kat sana.. hmm.. agak menarik.. bersih.. tapi singapore memang penghabis duit.. 1st sekali pasal prepaid enset.. perghh... 1 sms ke malaysia rm1.. lau call rm1.50 seminit.. banyak tu... lau aku terima call pon kredit aku kena telan gak.. huh... pasal makan lak, jenuh gak la nak cari halal food memandangkan aku hanya menggunakan public transport.. walau apa pun ni pengalaman yang agak best.. dengan instructor berbangsa canada.. english macam lam tv.. berkerut muka aku ngan farid cuba nak paham pebenda mat salih ni cakap.. aku ngan slumbernye menyelitkan perkataan melayu masa menjawap pertanyaan beliau.. tersenyum sinis farid mendengarnya.. huhu..

cerita lain di bulan disember..
10/12..besday aku.. thanks pada yang mengingati dan sempat wish kat aku.. aku dapat hadiah special dari pacarku.. thanks....('',)

p/s: takda gambar..len kali baru bubuh..