Rabu, 25 November 2009

berkobar2 menanti lebaran

masa terluang dibuang..bergaul bebas ngan anasir2 internet membabi buta.. kerja terabai.. hmm..kawan lama telefon bagi tanda tanya.. tak paham aku.. gaduh lagi ka sama pacarnya? sudah putus ka? huh..abaikan.. banyak lagi perkara penting yang perlu di 'komit' kan.

esok besday pacarku.. cuti ku esok telah di approvekan. ini bermakna malam ni or esok aku akan pulang ke bandaraya ipoh. perlukah aku organize 1 surprise besday party kat die? pakat ngan ibu dia. tunggu dia balik keje pastu kebom!!! epi besday to you!!.. haha.. masih dalam perancangan.. hadiah pon tak decide lagi.. pape pon, aku rindu sama pacarku.

minggu depan aku dah kena berangkat ke temasik. ape la nasib aku kat sana. sumer telah di prepare. passport, tiket flight, hotel. mungkin beberapa helai seluar dalam je yang masih belum di packing. yang lain sudah sempurna..

hmm...ok.. selamat menyambut hari raya aidiladha!!. mari bermain music dan berpakyeop bersama teman2 di hari raya!!

bye..

Selasa, 10 November 2009

Pemuja Rahasia

minat videoclip ni


dan ini..

Dilema yang terSetel..

aku akan dikerah majikan untuk membuat certificate di luar negara.. pada mulanya aku agak bingung.. perlukah aku pergi.. aku akan terikat selama 3 tahun sekiranya aku bersetuju.. keputusan harus dibuat hari ini.. majikan telah telah memberi aku masa 1 hari untuk berfikir.. huh.. dalam masa yang sama aku masih menunggu keputusan temuduga pegawai bomba.. itu yang membuatkan aku lebih bingung... aku betul2 bingung malam tadi.. akhirnya aku membuat keputusan untuk membiarkan diri diikat.. rezeki ada di mana2.. pagi tadi seperti biasa aku akan melayari laman web SPA. begitu dramatik dan kebetulan.. keputusan temuduga pegawai bomba gred 17.. dukacita dimaklumkan.. berita gembira atau sebaliknya? Allah swt telah membantu aku membuat keputusan dengan lebih tepat.. keputusan untuk diikat syarikat telah dikuatkan dengan kegagalan temuduga.. semoga jalan yang aku pilih diredhai..amin..

Jumaat, 6 November 2009

kegembiraan yang indah

pelbagai perkara boleh dijadikan sesuatu kegembiraan buat seseorang. dapat 20sen pun buat aku gembira masa kecik dulu.. begitu banyak perkara yang gembira. sesusah mana pun seseorang tu, tetap berpeluang memiliki kegembiraan. tuhan maha adil.. jangan nak sedih2.. lupakan segala kesusahan dan kesedihan.. pejam mata.. fikirkan tentang sedikit kegembiraan...

p/s: mari menonton 'persuit of happiness' (",)