Isnin, 28 September 2009

seminggu yang indah

macam2 benda best jadi sepanjang minggu lepas..bergambar kenang2 kenangan bersama teman2 di kedai gambar, jamming, makan M'D bersama teman2 di malam raya, beraya di kampung, bbq, open house, tengok wayang ngan gadis, berlost world ngan gadis.. sumer yang terindah.. bahagia sungguh minggu itu.. semua itu di ipoh..



aku nak ipoh...

Khamis, 17 September 2009

selamat hari raya aidilfitri

maaf dipinta dari ujung rambut sampai ujung kaki.

Rabu, 16 September 2009

aku dan harimau selamanya..

semalam aku pulang ke rumah dengan hati yang agak girang. duit claim dah masuk lor.. plan nak gi shoping ngan kakak. berkobar2 rasanya..huhu.. tapi yang membuatkan aku nak menaip ialah kejadian petang semalam.. kejadian yang telah mengakibatkan jiwa aku kacau, lemah semangat dan kehilangan segala mood perayaan.. suspen kan? huh.. sungguh what the kepala paip!! ceritanya bermula begini..jeng3..

petang semalam...hujan rintik2 membasahi permukaan visor helmet ku.. aku terus menunggang tanpa rasa sedikit pon nak berhenti berteduh.. aku dah janji dengan kakak aku nak keluar berbuka bersama2. dalam perjalana itu, hati kecil ku berkata.

hati: mir, gi la cucuk duit siap2. kang takyah susah2 nak cari atm.
aku: betul gak. gi atm kat petronas lah..

aku pun terus memangkir motosikal. best tol petronas neh..sampai 2 atm ada.. maybank ngan cimb. maybank ramai orang plak.. cimb jela.. apela sangat rm1 nak bagi kat meps tu.. nak cucuk banyak2 terus lah.. rm600.. huhu.. satu2 punat aku tekan. sampai ke tahap menunggu duit keluar, harap maaf, tergendala.. terus keluar kad ngan resit.. menate kengeru mesin ni... takpe.. sabar separuh dari iman.. lalu aku pun terus terpaksa beratur kat atm maybank.. sampai turn aku, aku dengan bangganya nak check balance duit aku.. TIBA2... HUARGHHHH!!!!! kenapa? why?????? duit aku dah kena potong 600... gila.... apa nak buat ni.. kelam kabut aku time tu.. semua orang aku tepon.. bullshit!! banyak tu.. segala mood2 keriangan menjelang aidilfitri hilang...
kakak aku cakap bulan ni bulan malang aku.. sabar.. jangan banyak fikir.. kepala ko dah la pening lagi.. baru pas tanduk idung bangla.. ti gila plak. rilek.. sok pergi bank. wat report.. pagi tadi aku jadi pelanggan pertama maybank.. memang ada kesilapan. maybank dah bank in balik 600 aku kul 10 malam tadi..

maybank: ala en.amir...gurau sikit pun tak boleh...hehe..
aku: maybank ni nakal la...cubit kang..

Selasa, 15 September 2009

doraemon setanding superman

doraemon merupakan anime wajib tonton pada ketika aku masih kecil. tak silap aku setiap hari ahad jam 7.30 malam.. kemana hilangnya doraemon? disini aku nak tinggalkan sedikit sebanyak nostalgia pada semua..versi ni je aku jumpa.. kita kan serumpun..

































ayoyo...miss you la doraemon...

Sabtu, 12 September 2009

saya excident ngan sapa nurse??

salam... tanggal 7hb 9 2009.. lebih kurang pukul 9 lebih. aku terlibat dalam kemalangan jalan raya.. actually banyak igatan aku tercicir waktu tu.. igatan terakhir masa aku lepak dengan atan kat bazar petang tu. menurut cerita dari sekeliling, aku dalam perjalanan ke rumah fiqa. aku telah menyodok bangla melintas.. hampeh sungguh bangla tersebut.. menurut cerita sekeliling lagi, aku yang menelefon abah aku menyatakan aku kemalangan. kelakuan aku di hospital malam tu merisaukan semua.. sekeliling memberitahu, kelakuan aku seperti separuh gila. perangai yang entah apa2.. membuat lawak spastik.. aku langsung tak sedar.. tak ingat.. apa yang aku ingat, apabila aku terjaga pagi tu. aku di hospital.. tapi aku tak tertanya2 pun kenapa aku berada kat sini.. aku terus pergi kat nurse... "nurse..saya excident ngan sapa?" nurse-"saya pun tak pasti"

huh...aku jatuh ngan sapa ni.. fiqa mana.. lama sikit abah ngan mak aku sampai menjemput ku pulang.. "mak, angah jatuh ngan sapa?? fiqa mana??" emak-"angah jatuh sorang.. langgar bangla.. dah2..jangan bayak fikir.." aku masih blur..mungkin kesan ubat.. aku banyak tanya.. semua aku tanya.. mak cakap, sebelum aku excident aku bagitau mak. aku cakap kalau mak tak ada baju raya pakai la baju melayu angah yang baru tu..hmm.. kalau la jadi apa2 kat aku.. mungkin kata2 aku tu jadi tajuk utama.. ya Allah.. ampunilah dosa aku...