Isnin, 13 April 2009

bapak buat semua ni tuk ang nak...

haha.. akhirnye siap gak reban kucing aku.. agak kerja keras aku dibuatnya.. dari lepas balik keje kelmarin, sampai ahad malam baru siap.. terlepas anugerah BPP.. actually aku memang dah lama terpikir nak wat kat diorang. sebab kesian kat diorang 3 ekor dok dalam sangkar hamster yang amat sempit.. pastu kebetulan lak aku terjumpa kayu kayan terbuang berhampiran umah member aku, aku pun kutip and terus balik bertukang.. sepatutnya projek reban kucing ni leh siap sehari je.. tapi memandangkan keganasan aku mencabut paku, hammer leh lak patah.. terpaksa sambung keesokan harinya. itu pun aku start sambung projek malam sebab siang ada sedikit temujanji. pada anak-anak kucen sekalian, kenanglah jasa aku bila sudah dewasa. jangan hantar aku kat umah orang tua-tua..adios..

aktiviti sebelum memulakan projek

tadaa... reban kucenku..

siap... cuma perlu renovet lagi sikit..

berikut merupakan gambar-gambar kucen aku dan kediaman baru mereka.



credit: jiran (gergaji)
member (hammer)

Isnin, 6 April 2009

Langit tercakar







view dari umah usen

Jumaat, 3 April 2009

emak n abah

entah kenapa..
malam tadi lepas aku menyusukan kucen-kucen aku, tetiba je aku terkenangkan parent aku. maybe lahir naluri seorang ibu semenjak ada tanggungjawab ngan anak kucen.. hahaha.. poyo.. tadi aku terlintas nak search kat youtube pasal ibu ayah.. aku jumpa video clip ni.. sebak gak.. hehe.. ni homesick namanya... nak balik lah esok...





ya Allah ya tuhanku.. rahmati dan berkatilah emak dan abahku.. amin ya rabbal alamin..

Khamis, 2 April 2009

kelmarin, semalam & hari ini

lama aku tak menaep sesuatu disini. bersawang dah pun. asyik jenguk blog orang lain jer.. arini aku nak berkongsi cerita dua tiga ari lepas dengan semua.

1st, pasal kelmarin. aku dikagumkan dengan bangunan-bangunan sekitar kuala lumpur. sempat aku snap beberapa gambar. gambar-gambar ini diambil ketika aku berjalan sekitar kl. (sambil kerja tangkap gambar)









hebatkan? then, aku nak bagitau pasal semalam. semalam, selepas balik kerja, dalam agak kebasahan sebab hujan aku terus pergi umah kakak aku. tujuannya sebab aku nak culik kucen yang aku rasa dah lama aku tunggu dia besar tapi tak besar-besar. banyak hari dah aku gi melawat dia.



ada 4 ekor sebenarnya. lokasi peti surat umah kakak aku. aku culik 2 ekor je sebab kakak cakap kesian kat mak dia. nanti mak dia gila meroyan..hehe.. mak dia takde masa tu. lau ada aku agak tak berani sebab mak dia garang. bila aku dekat je mak dia buat bunyi macam ular.. macam la aku taktau dia tu kucen. aku letak 2 ekor anak kucen tu lam sangkar hamster. malam tu jugak aku strugle pergi pet centre nak beli susu kucen. mahal kot... rm23.. tambah botol susu sumer skali rm29. balik umah aku terus bancuh. tapi malangnya mereka tak berminat.. maybe tak sedap, tak 0ri, or tak biasa.. banyak kali aku cuba.. sampai pagi tadi. taknak gak.. maybe kucen tu nak mak dia gak.. aku pun rasa agak sedih & kesian.. aku tekad nak bagi balik kat mak dia sampai dia cukup besar. sebelum pegi kerja pagi tadi, aku bawak anak kucen gi umah kakak aku. suprise!! alamak.. dah kosong... sumer dah takda.. cam mana ni.. jenuh aku selongkar peti surat tu. cari lagi 2 ekor kucen ngan mak dia. last-last aku dengar bunyi anak kucen merengek.. rupanya ada kat depan umah jiran.. dengan basah.. kesian giler.. mak dia pon ada kat situ. mak dia nak bawak anak dia yang lagi 2 ekor tu gi tempat lain. camner lagi 2 ekor yang ada kat aku ni? pikir punya pikir, aku amik trus sumer.. skali mak dia bawak gi umah aku.. hehe.. jaga anak ko kat umah aku. bila dah besar sikit baru aku jaga lak.

setel bab kucen, baru nak gerak gi keja, tayar motor pecah lagi.. baru je aku tukar tubeless minggu lepas.. cilaka... apa malang nasib aku.. nasib baik tauke tu cakap tak payah bayar sebab aku baru je tukar tubeless ngan dia mingu lepas. pastu ondaway nak gi kerja nyaris langgar anjing lak... apasal sumer tak kena arini.. tu la.. dosa.. pisahkan anak kucen ngan ibu dia... sori kucen... aku tak pisahkan korang dah.. aku jaga sumer skali. balik karang aku nak beli makanan kucen kat mak dia.. tak sabar nak balik...