Khamis, 26 Februari 2009

aku pendengar metal!! huargghhh!!!!

kenapa aku minat muzik ni, die minat muzik tu? kenapa? kenapa bila aku cakap muzik ni sedap, die cakap tak sedap? kenapa? kenapa marah bila aku support muzik indon? kenapa? kenapa nak paksa aku dengar muzik korang? kenapa? kalau muzik korang mampu buat aku teruja, aku support la korang. suka hati la kan? bukan sumer kengeru minum cincau, ada gak kengeru minum koka kola. tak sumer orang minat indie, ramai lagi yang minat jazz, r&b, dangdut dan nasyid. kan? jadi hormatilah jalur muzik setiap individu.. jangan la paksa i.. tak kuasa i.. hakhakhak..

p/s; pelik ngan perangai mamat sorang neh.. sibuk dok kutuk-kutuk lagu orang. konon beliau amat ganas. seorang para-para metal. post ni khas untuk beliau. sid wilson slipnot pon ley layan zapin la wei...

Isnin, 23 Februari 2009

setel...


sesuatu yang agak teruk berlaku minggu lepas.. itu je yang mampu aku bagitau sebab kalau boleh aku taknak langsung ingat perkara yang jijik tu.. sabtu lepas aku bergegas pulang ke kampung halaman untuk mengubat hati yang duka. terima kasih sayang sebab percaya kat aku. aku tak akan biarkan benda macam ni berlaku lagi..

Khamis, 19 Februari 2009

Hapdet pagi-pagi bute

aku hanya nak menghapdet. idea kontang.. ape yang nak di nyatakan ialah rutin hidup aku di hari bekerja. setiap hari bekerja, alarm telefon bimbit aku akan berbunyi lagu 'tears dont Fall.. LETS GO!!!' seawal 6.45 pagi.. mungkin sebab dah terbiasa dengan jeritan alarm tersebut, aku ngan slumber je mengignore. aku akan betul-betul bangun apabila telefon bimbit aku menjerit. PEEWIITT!! huhu.. khidmat pesanan ringkas dari tersayang.. "yangg, bg0n2..g mndy..bucuk la..he2".. khidmat pesanan ringkas tersebut memberikan aku semangat.. setiap pagi aku akan bertolak ke opis jam 8.15. aku akan sampai dalam pukul 8.35 lebih kurang. sempat untuk bersarapan pagi dan berbincang dengan rakan sekerja tentang gadis-gadis seksi di industri hiburan.. haha.. juz kidding. bidang kerja aku memaksa aku pergi bersiar-siar sekitar pencawang atau janakuasa yang terlibat dalam tender gengaman kompeni. sekiranya tiada sebarang kerja luar, aku senang menghabiskan masa dengan melayari internet,ym, dan berlakon buat kerja. macam sekarang.. riak muka seakan sedang menganalisis sesuatu yang agak rumit..
itu
lah aku..'ROSYAM NOR'.. aku lebih suka menyiapkan report di rumah. walaupun tiada bayaran lebih masa, tapi ia lebih selesa.. tiada gangguan(ym dll).. aku akan bertolak pulang ke rumah tepat jam 5.30. itu pun sekiranya tiada job di waktu malam. iaitu kerja bersiar-siar melawat tiang. sebenarnya tak perlulah difahami sangat tentang skop kerja aku. agak panjang kalau nak diterangkan. pada sebelah malam. sementara menantikan hidangan juadah makan malam yang acap kali disediakan oleh bakal abang iparku, aku banyak menghabiskan masa menonton tv. hampir semua drama terbitan tv3 aku layan. begitulah perjalanan hidup aku setiap hari sepanjang waktu bekerja. sekarang, aku amat merindui kampung halaman. aku mengira bila tarikh 6hb march. aku rindukan si comey dan keluarga.. selain itu...erk..
orang awam:oit!!!tolong tamatkan repekan yang sampah ini.. tak membina langsung!!
aku kata:diam la ko busuk!!.. yela2.. aku stop menaep..


adios!

Selasa, 17 Februari 2009

kadang-kadang (?)

kadang-kadang, kita selalu ingat yang kita dah tinggalkan daerah hitam dan menuju ke daerah putih.. tapi kita tak sedar yang kita tengah menuju ke daerah grey yang hakikatnya bukan daerah yang benar.. kadang-kadang, bila hari makin gelap, bila bunyi kian pudar, kita selalu ingat yang hari dah malam.. tapi kita tak sedar yang kita tengah tido dalam siang.. kadang-kadang kita kat atas.. kadang-kadang kita kat bawah.. dan kadang-kadang kita kat tengah-tengah.. tapi kita kena ingat yang kadang-kadang kita tak tahu yang kita ni kat atas, bawah or tengah-tengah.. kadang-kadang, mak selalu cakap tentang masa lalu, tentang asal usul, cara hidup dulu-dulu.. tapi kita kena ingat, KALAU CAKAP PASAL DULU-DULU, NENEK KITA PUN ANAK DARA MASA TU..

Jumaat, 13 Februari 2009

Palestinian! palaestinian! palestinian!

bersabarlh saudaraku..


sumber: Mohd Jayzuan

Ahad, 8 Februari 2009

Azim melawat aku

kedatangan incik azim telah menyebabkan aku terlibat dalam aktiviti bersiar-siar sekitar kolumpo. sebelum ni aktiviti hujung minggu atau pun cuti hanya dihabiskan di rumah.. tido.. sedikit sebanyak pic yang sempat di ambil


kl sentral

sambutan husin

woo..

yo!!

aku n usen

azim n klcc

-sekian-