Selasa, 29 Disember 2009

kawan lama..aku yang baru..

8 tahun.. tamat f0rm 3 aku dah tukar sek0lah..terjerumus ke alam teknikal yang penuh kek0toran(minyak dll). pas pada tu aku dah kehilangan teman2 di sek0lah lama.. kawan2 di sek0lah baru je aku bergaul..ada gak kawan2 sek0lah lama yang menyertai aku ke sek0lah baru.. (azuhry, atan, bani, azr0l). sama2 bagun seawal 5 pagi tuk menaiki bas tambang ke sek0lah.. kat sek0lah baru ni la aku kenal apa itu r0kok, p0nteng, gengterism.. haha.. pernah aku, atan dan azr0l terlibat dalam kes membelasah se0rang budak kat pasaraya kegilaan samseng2 sek0lah sekitar ipoh, ip0h parade. jahat..ni bukan nakal tapi jahat..

sepanjang persek0lahan aku ni la aku mengenali se0rang mamat p0yo(gelap).. actually aku mang suda kenal beliau sebelum ni sebab family beliau agak ters0hor di kampungku.. membuka kedai runcit dan telah memperkenalkan permainan k0mputer di kampungku. beliau tua setahun dari aku.. beliau senior dalam geng bas tambang.. seawal f0rm 1 lagi.. sejak kami menyertai beliau dalam geng bas tambang, aku perasan beliau hanya menganggap kami ni budak baru nak naik.. baru nak keluar kampung..

abis pengajian aku kat sek0lah baru, aku menyambung lagi pengajian lam kancah teknikal yang k0tor.. p0liteknik ungku 0mar.. kat sini aku di perkenalkan pada dunia luar.. kawan2 aku semerata malaysia.. aku mula pegang duit yang banyak..(ptptn).. aku berhibur.. berbelanja tanpa henti.. tapi pada masa aku disini aku mula merapatkan diri ngan kawan2 di kampung.. menyertai kawan berpapan seluncur.. aku hanya pasukan s0rak (takut jatuh).. kat sini la aku rapat ngan TAD .. kawan2 aku yang paling rapat sampai sekarang..

hmm..sebenarnya citer yang aku nak sampaikan tuk harini baru nak mula.. semalam facebook telah menemukan aku ngan kawan lama aku. dari sekolah lama..8 tahun.. langsung tak penah selisih walaupon sekampung. masa kat sekolah dulu mang aku kurang bercakap..kurang bertegur.. sebab die perempuan dan aku pemalu. hahaha.. tapi sumer dah berubah. lama gila aku chat ngan die semalam. pasal kawan2 lama yang lain, kerja dan pasal pacar masing2.. 8 tahun punya cerita diceritakan masa berchatting. malam tu aku gi jumpa die. hmm.. die dah tua.. tak pakai baju sekolah dah..haha.. kami decide nak kumpulkan kawan2 8 tahun yang lepas.. 3 gemilang, sekolah menengah kebangsaan tanjung rambutan..


p/s: kat facebook baru ada azuhry, aku ngan die.. mana nak cari yang len2?

Sabtu, 26 Disember 2009

cerita yang banyak....

banyaknye cerita aku.. lama gila tak update.. pasal kerja, gadis, kucen..huhu.. nak mula kat mana ye...hmm..
cerita pertama pada bulan november..
aku dan rakan sekerja telah membawa diri ke site untuk melakukan kerja2 thermography.. kami ditemani seorang staf tnb yang hanya mahu dikenali sebagai jan. ni pencawang yang ke-2.. sampai2 kat pencawang ni.. jan (tnb) seperti biasa menjalankan tugasnya membuka kunci pencawang.. tiba2...jeng jeng jeng.... didapati pintu pencawang telah dipecahkan.. sebelum masuk ke pencawang tu jan dah bagitau aku.. macam ada orang je kat dalam ni.. "rilek, biar aku tengok jap".. jan pon terus masuk meninjau keadaan di dalam pencawang tu.. aku lepak kat luar jap. tetiba aku dengar jan bercakap ngan seseorang di sebalik swicthgear. "wat apa kat sini??" aku pon cam terkejut la.. ada orang ke..farid tanpa segan silu dan tanpa mengetahui situasi didalam pencawang terus menonong masuk tuk melakukan kerja ultrasound.. aku pon terus masuk.. ada seorang mamat dressing ala2 indon.. badan kecik, pendik.. berbaju singlet menampakkan lengannye yang beurat2.. dalam hati aku ni lau terpaksa bertumbuk ni jenuh gak.. nasib baik beliau begitu redha dengan kekantoian beliau.. akur ngan segala arahan.. aku dan farid terus melakukan kerja2 tanpa menghiraukan lelaki asing tersebut sementara jan terus memerhatikan lelaki asing sambil menghubungi teman2nya.. dua tiga kali lelaki asing tu cuba meminta diri tuk keluar. tetapi di tahan jan. jan begitu macho lagaknya.. "sekejap ye, kami nak tanya je..bukan nak panggil polis. lam masa beberapa minit. sebuah kereta myvi sampai.. ada la 3 4 orang. siap bawak kayu.. huhu.. dalam hati aku mampus la mamat ni kena belasah.. lam keta tu gak ada seorang pakcik(polis). bawak gari terus menggari lelaki asing tu.. seperasan aku lelaki tu tak dilukai langsung kerana keakuran beliau.. tapi tak tahu la ape nasib beliau di balai.. kerja2 terpaksa ditangguhkan sampai pukul 2 lebih..huhu..

cerita lain dibulan yang sama..
26/11 merupakan tarikh lahir pacarku.. dah 2 3 hari aku aku plan nak buat sedikit kejutan.. kebetulan plak cuti aku diapprovekan.. plan aku nak wat suprise party kat die. aku pakat ngan besfren die ngan ibu die.. seb bek ibu die sporting.. pagi mase besday die tu aku dah runner gi beli teddy..ngan beli kek.. sampai uma die ibu die dah suh sorokkan motor.. sementara tunggu die balik kerja. kami sumer siapkan kek pe sumer.. debaran mula terasa..haha.. poyo.. masa die sampai, die tak prasan lagi kehadiran aku.. bila die prasan die telah mengeluarkan 1 perkataan mengambarkan die terkejut..tutt!!! hahaha... dengan muka yang agak malu..terus masuk bilik..huhu.. sementara tu die masih tak tau kewujudan 2 besfren die bersembunyi kat dapur.. aku terus pergi ke dapur nyalakan lilin kat kek. pastu ibu die pangil die.. "along.. kamu ada wat salah ngan ibu..kamu mari sini" suprise!!!!
hepi besday to you..
hepi besday to you...
hepi besday to fiqa...
hepi besday to you...
seronok je die..ni la benda paling malu aku penah wat selaku gengster yang tersohor..hak3..

cerita lain di bulan disember..
aku seorang rakan sekerja (farid) telah berangkat ke singapore sebaik sahaja pulang dari menyambut raya haji dan besday pacarku.. tujuannye untuk menghadiri kursus thermography level 1. hampir seminggu gak aku kat sana.. hmm.. agak menarik.. bersih.. tapi singapore memang penghabis duit.. 1st sekali pasal prepaid enset.. perghh... 1 sms ke malaysia rm1.. lau call rm1.50 seminit.. banyak tu... lau aku terima call pon kredit aku kena telan gak.. huh... pasal makan lak, jenuh gak la nak cari halal food memandangkan aku hanya menggunakan public transport.. walau apa pun ni pengalaman yang agak best.. dengan instructor berbangsa canada.. english macam lam tv.. berkerut muka aku ngan farid cuba nak paham pebenda mat salih ni cakap.. aku ngan slumbernye menyelitkan perkataan melayu masa menjawap pertanyaan beliau.. tersenyum sinis farid mendengarnya.. huhu..

cerita lain di bulan disember..
10/12..besday aku.. thanks pada yang mengingati dan sempat wish kat aku.. aku dapat hadiah special dari pacarku.. thanks....('',)

p/s: takda gambar..len kali baru bubuh..

Rabu, 25 November 2009

berkobar2 menanti lebaran

masa terluang dibuang..bergaul bebas ngan anasir2 internet membabi buta.. kerja terabai.. hmm..kawan lama telefon bagi tanda tanya.. tak paham aku.. gaduh lagi ka sama pacarnya? sudah putus ka? huh..abaikan.. banyak lagi perkara penting yang perlu di 'komit' kan.

esok besday pacarku.. cuti ku esok telah di approvekan. ini bermakna malam ni or esok aku akan pulang ke bandaraya ipoh. perlukah aku organize 1 surprise besday party kat die? pakat ngan ibu dia. tunggu dia balik keje pastu kebom!!! epi besday to you!!.. haha.. masih dalam perancangan.. hadiah pon tak decide lagi.. pape pon, aku rindu sama pacarku.

minggu depan aku dah kena berangkat ke temasik. ape la nasib aku kat sana. sumer telah di prepare. passport, tiket flight, hotel. mungkin beberapa helai seluar dalam je yang masih belum di packing. yang lain sudah sempurna..

hmm...ok.. selamat menyambut hari raya aidiladha!!. mari bermain music dan berpakyeop bersama teman2 di hari raya!!

bye..

Selasa, 10 November 2009

Pemuja Rahasia

minat videoclip ni


dan ini..

Dilema yang terSetel..

aku akan dikerah majikan untuk membuat certificate di luar negara.. pada mulanya aku agak bingung.. perlukah aku pergi.. aku akan terikat selama 3 tahun sekiranya aku bersetuju.. keputusan harus dibuat hari ini.. majikan telah telah memberi aku masa 1 hari untuk berfikir.. huh.. dalam masa yang sama aku masih menunggu keputusan temuduga pegawai bomba.. itu yang membuatkan aku lebih bingung... aku betul2 bingung malam tadi.. akhirnya aku membuat keputusan untuk membiarkan diri diikat.. rezeki ada di mana2.. pagi tadi seperti biasa aku akan melayari laman web SPA. begitu dramatik dan kebetulan.. keputusan temuduga pegawai bomba gred 17.. dukacita dimaklumkan.. berita gembira atau sebaliknya? Allah swt telah membantu aku membuat keputusan dengan lebih tepat.. keputusan untuk diikat syarikat telah dikuatkan dengan kegagalan temuduga.. semoga jalan yang aku pilih diredhai..amin..

Jumaat, 6 November 2009

kegembiraan yang indah

pelbagai perkara boleh dijadikan sesuatu kegembiraan buat seseorang. dapat 20sen pun buat aku gembira masa kecik dulu.. begitu banyak perkara yang gembira. sesusah mana pun seseorang tu, tetap berpeluang memiliki kegembiraan. tuhan maha adil.. jangan nak sedih2.. lupakan segala kesusahan dan kesedihan.. pejam mata.. fikirkan tentang sedikit kegembiraan...

p/s: mari menonton 'persuit of happiness' (",)

Isnin, 19 Oktober 2009

kerinduan kepada kebest-an dan keenjoy-an

bila la nak dapat peristiwa best.. dah lama tak dapat.. hari2 yang berlaku selepas hari raya amat lah membosankan.. kebest-an cuti sabtu ahad pon aku tak rasa.. nak balik kampung poket takde isi.. kena la tunggu ujung bulan.. huh... lemau rasa kepala otak.. kepala paip pon dah lama tak senaman.. sumer kepala dilanda muram.. pegi keje, balik tido. rutin hidup keloser-an.. semua sebab takde duit kot.. nak pegi mengenjoy pon pikir 2 3 kali.. orang kaya je cakap duit takleh beli kebahagiaan.. sesungguhnya tak bahagia kalau takde duit!!

hmm.. 'step out'.. lagu ni dah dekat setahun aku wat. masa aku merantau ke penang tinggalkan beger abe. 1st lagu pkai gitar tong agak mahal aku..hehe.. tadi baru aku dengar versi manot kt myspace TAD. not bad.. cume maybe perlu lebih kotor dan bising..aku rasa..




Selasa, 13 Oktober 2009

penat..


dah lama rasanya tak hiburkan diri. tenangkan hati.. membaca.. menonton.. hmm..aku penat.. penat melayan dan menjaga hati sekitar.. dari dulu lagi aku sering jadi pendengar. mendengar cerita or masalah yang tak best. then bagi tangga tuk dipanjat oleh tuan punya cerita or masalah.. ape2 jela..

Jumaat, 2 Oktober 2009

selamat hari lahir azim



selamat ari jadi...
selamat ari jadi..
selamat ari jadi azim....
selamat ari jadi...

kepada saudara azim yang berkemungkinan tak jenguk blog aku. aku ucapkan selamat ari jadi. semoga panjang umur murah rezeki.. peace bro..

Isnin, 28 September 2009

seminggu yang indah

macam2 benda best jadi sepanjang minggu lepas..bergambar kenang2 kenangan bersama teman2 di kedai gambar, jamming, makan M'D bersama teman2 di malam raya, beraya di kampung, bbq, open house, tengok wayang ngan gadis, berlost world ngan gadis.. sumer yang terindah.. bahagia sungguh minggu itu.. semua itu di ipoh..



aku nak ipoh...

Khamis, 17 September 2009

selamat hari raya aidilfitri

maaf dipinta dari ujung rambut sampai ujung kaki.

Rabu, 16 September 2009

aku dan harimau selamanya..

semalam aku pulang ke rumah dengan hati yang agak girang. duit claim dah masuk lor.. plan nak gi shoping ngan kakak. berkobar2 rasanya..huhu.. tapi yang membuatkan aku nak menaip ialah kejadian petang semalam.. kejadian yang telah mengakibatkan jiwa aku kacau, lemah semangat dan kehilangan segala mood perayaan.. suspen kan? huh.. sungguh what the kepala paip!! ceritanya bermula begini..jeng3..

petang semalam...hujan rintik2 membasahi permukaan visor helmet ku.. aku terus menunggang tanpa rasa sedikit pon nak berhenti berteduh.. aku dah janji dengan kakak aku nak keluar berbuka bersama2. dalam perjalana itu, hati kecil ku berkata.

hati: mir, gi la cucuk duit siap2. kang takyah susah2 nak cari atm.
aku: betul gak. gi atm kat petronas lah..

aku pun terus memangkir motosikal. best tol petronas neh..sampai 2 atm ada.. maybank ngan cimb. maybank ramai orang plak.. cimb jela.. apela sangat rm1 nak bagi kat meps tu.. nak cucuk banyak2 terus lah.. rm600.. huhu.. satu2 punat aku tekan. sampai ke tahap menunggu duit keluar, harap maaf, tergendala.. terus keluar kad ngan resit.. menate kengeru mesin ni... takpe.. sabar separuh dari iman.. lalu aku pun terus terpaksa beratur kat atm maybank.. sampai turn aku, aku dengan bangganya nak check balance duit aku.. TIBA2... HUARGHHHH!!!!! kenapa? why?????? duit aku dah kena potong 600... gila.... apa nak buat ni.. kelam kabut aku time tu.. semua orang aku tepon.. bullshit!! banyak tu.. segala mood2 keriangan menjelang aidilfitri hilang...
kakak aku cakap bulan ni bulan malang aku.. sabar.. jangan banyak fikir.. kepala ko dah la pening lagi.. baru pas tanduk idung bangla.. ti gila plak. rilek.. sok pergi bank. wat report.. pagi tadi aku jadi pelanggan pertama maybank.. memang ada kesilapan. maybank dah bank in balik 600 aku kul 10 malam tadi..

maybank: ala en.amir...gurau sikit pun tak boleh...hehe..
aku: maybank ni nakal la...cubit kang..

Selasa, 15 September 2009

doraemon setanding superman

doraemon merupakan anime wajib tonton pada ketika aku masih kecil. tak silap aku setiap hari ahad jam 7.30 malam.. kemana hilangnya doraemon? disini aku nak tinggalkan sedikit sebanyak nostalgia pada semua..versi ni je aku jumpa.. kita kan serumpun..

































ayoyo...miss you la doraemon...

Sabtu, 12 September 2009

saya excident ngan sapa nurse??

salam... tanggal 7hb 9 2009.. lebih kurang pukul 9 lebih. aku terlibat dalam kemalangan jalan raya.. actually banyak igatan aku tercicir waktu tu.. igatan terakhir masa aku lepak dengan atan kat bazar petang tu. menurut cerita dari sekeliling, aku dalam perjalanan ke rumah fiqa. aku telah menyodok bangla melintas.. hampeh sungguh bangla tersebut.. menurut cerita sekeliling lagi, aku yang menelefon abah aku menyatakan aku kemalangan. kelakuan aku di hospital malam tu merisaukan semua.. sekeliling memberitahu, kelakuan aku seperti separuh gila. perangai yang entah apa2.. membuat lawak spastik.. aku langsung tak sedar.. tak ingat.. apa yang aku ingat, apabila aku terjaga pagi tu. aku di hospital.. tapi aku tak tertanya2 pun kenapa aku berada kat sini.. aku terus pergi kat nurse... "nurse..saya excident ngan sapa?" nurse-"saya pun tak pasti"

huh...aku jatuh ngan sapa ni.. fiqa mana.. lama sikit abah ngan mak aku sampai menjemput ku pulang.. "mak, angah jatuh ngan sapa?? fiqa mana??" emak-"angah jatuh sorang.. langgar bangla.. dah2..jangan bayak fikir.." aku masih blur..mungkin kesan ubat.. aku banyak tanya.. semua aku tanya.. mak cakap, sebelum aku excident aku bagitau mak. aku cakap kalau mak tak ada baju raya pakai la baju melayu angah yang baru tu..hmm.. kalau la jadi apa2 kat aku.. mungkin kata2 aku tu jadi tajuk utama.. ya Allah.. ampunilah dosa aku...

Sabtu, 29 Ogos 2009

memo-rare

Tarikh: 31 ogos 2008
Lokasi: Teluk Batik

Aku: Sekiranya saya mengorat awak, adakah awak akan terngorat oleh saya?
Dia: Terngorat..terngorat...hehe..
Aku: Haha..

Rabu, 26 Ogos 2009

let bygone be bygone..

termenung di hadapan komputer riba. memikirkan benda apa yang perlu di search. untuk dinikmati dikala kebosanan melampau. lagu erra fazira yang terindah hanya sementara membuai aku. best lagu ni.. semalam aku tak dapat bersama dengan husin dan jack untuk berbuka bersama2.. hujan, malas memandu dan berkemungkinan menikmati jam adalah punca. damn!!..

10.35am.. lambat lagi 7.15pm.. huh.. perlukah aku ke kedai mamak menikmati hidangan plastik hitam? haha.. come on.. lu dah besar.. terkenang aku zaman siswa siswi.. kenangan bersama arwah ungku omar.. sape nak runner gi pekan lama ni? dua orang syaitan dan sebuah skuter(senang nak bubuh plastik itam bawah seat)volunteer. ramai2 berkumpul di rumah sewa. mengunyah segala hasil dari plastik hitam sambil diperhati adik2 junior.. tak malu pon.. fuh...asap rokok.. petang masuk kelas sekor2 mulot bau longkang.. haha.. jahat ke nakal? zaman lampau..

kadang2 aku terfikir zaman lampau yang jahat@nakal agak indah.. zaman yang aku lalui sekarang? juga indah.. tapi macam biasalah.. bertuah la kita nak ikut kata pepatah 'dont turning back..' seburuk mana pun zaman lampau tetap dipuja.. sekarang fikiran aku melayang2..aku hanya ikut apa yang esok nak bagi kat aku..takdir atau suratan..konpius..

kalau ikutkan hati, nak je aku tulis jalan hidup sendiri.. pastu submit kat sapa2 yang berkenaan. tunggu je yang berkenaan tu approve. senang kan? gila.. mana boleh.. aku hanya boleh rancang. kadang2 je aku boleh dapat pembayang. itupun kalau owner bayang2 tu besar macam azim. haha.. instinct aku memang kuat. cuma tak boleh di suarakan..

dah lama aku tak sokseksoksek panjang2.. duk fikir jalan kat depan je. ada simpang.. kiri ke kanan?lepak dulu lah.. penat dah jalan.. indahnye dunia..


hmm.. aku sendiri pon dah tak berapa faham apa yang aku naip.. terlalu teka teki pon susah gak.. sebab takut lama2 nanti aku sendiri dah lupa jawapan.

Selasa, 25 Ogos 2009

kucing ku kucen

salam ramadhan. aku nak memperkenalkan pada semua kucen aku. ingat tak entry aku yang lepas?bapak buat semua ni untuk ang nak


kanan sekali..


menyusu..


dah boleh jalan2


zaman remaja..

hehe.. aku rasa aku dah berjaya membesarkan kucen ni.. dia akan sambut aku balik kerja hari2.. aku tak tau la pe perasaan kalau dia takda..

p/s: arini aku telah menerima jemputan berbuka puasa bersama jack dan husin. lapar sungguh rasanya..

Khamis, 6 Ogos 2009

gua malas!!!

haiya...ari2 gua malas.. itu pon malas, ini pon malas.. suma gua malas.. gua tak mau bikin kerja.. apa gua mau jadi?? ari2 masuk pejabat kasi on sembilan.. ingat pejabat ingat on sembilan.. sampai bila mau on sembilan.. laporan kerja minggu depan suda mau submit.. apa boleh buat?? itu penyakit malas mana ada ubat.. pegi doktor pon dia kasi surat sakit juga ma.. lagi jadi malas.. huh!! gua baca sulat kabar lagi best.. haiya.. sana sakit, sini sakit.. sana mati sini mati.. apa suda jadi sama 'negaraku' ini?? apa pasal dia olang mati? aisey.. ini babi punya pasal lagi.. suma babi punya pasal.. gua pijak tahi ayam pon gua mesti marah babi.. pegi mati sama itu babi.. hmm.. next page.. waa... ini gua minat..politik.. cilaka itu orang.. mau mati ka lu?? itu bir haram ma.. apa pasal lu cakap itu bir bukan minuman keras?? lu mau gua ketuk lu punya kapla sama itu botol bir ka?? gua bukan orang keris tapi gua islam ma.. lu jangan main2 ma.. suka2 ati cabar hukum islam. lu ingat lu duduk roket sana dalam kita olang takut ka? cilaka..damn!! uik!! suda jam 1 meh? mari2. makan nasi.

p/s: hahahaha.. sewel post..

Khamis, 30 Julai 2009

untukmu

hari ni aku menjalani kehidupan seperti biasa.. dah balik kl. banyak kenangan kat sabak bernam. awek baju pink.. haha.. biar aku je tau.. esok nak balik ipoh. tak sabar lak. rasa rindu sangat. aku takde mood lagi nak buat report. balik dari bercuti minggu depan baru nak pulun. arini keje aku lepak opis layan video klip lama2. kenangan zaman awal 90an.. kru, feminin,4u2c,nico.. best giler.. ce hangpa layan lagu neh..


wonder girl zaman itu.. kalau lah zaman ni dah ada youtube...

Selasa, 21 Julai 2009

hujan rahmat di pagi hari..

huh.. pagi ni ujan lebat gler.. aku bagun lambat..8.30 baru terjaga.. setel mandi, tetiba dengar bunyi angin yang kuat.. alamak.. hujan ni.. tak leh la nak wat scanning.. nak kena tunggu ujan benti lak.. apa aku nak buat pagi2 buta neh.. bukak tenet tak tau nak search apa.. hmm..

aku: tu la jep..ko sama je ngan abah aku.. cuci keta je pastu mesti ujan.. kang dah tentu nak kena wat scanning kat H pole area bendang.. padan muka ko.. berlumpur la keta ko..
jep: huh.. 5 hari keje tak ujan langsung.. time aku cuci keta ujan lak.. sambung tido lagi best..
aku: eh, bag0n mandi.. tak kira.. aku dah mandi ko kena mandi gak.. gi cepat!!!

p/s: tetiba je awek aku msg gi tau dah sampai.. aku tak tanye pon..huhu..

Sabtu, 18 Julai 2009

kehidupan sekarang..

salam.. banyak giler citer nak dikongsi.. pasal persahabatan, keluarga, kasih sayang, dan macam2 lagi.. tapi setiap kali ada masa terluang, aku terasa agak kekok nak menaep.. aku dah tak macam dulu.. hmm.. lokasi aku sekarang ialah sebuah hotel di sungai besar sabak bernam.. sebuah pekan yang penduduknya hidup dalam keadaan yg agak sederhana.. hanya rumah kedai, kampung, kelapa sawit, sawah dan laut.. tenang... amat tenang untuk menginap sekadar 2 3 hari... tapi aku terpaksa berdepan lebih dari 10 hari.... kerja... ya..kerja..bukan bercuti. aku harus akur dengan semua ini.. aku disirami dengan tekanan kerja yang agak hebat sebelum datang kesini. report yang banyak perlu disiap kan dalam masa beberapa hari.. hari2 aku di pressure seorang apek di banting..

En. Amir,

Minta segerakan lapuran .

tq

ni email apek tersebut.. kecerewetan beliau amat terserlah.. kerja baru siap dah nak report.. macam2 lagi cerita pasal beliau.. beliau adalah nightmare aku... setelah bertungkus lumus bersengkang mata aku berjaya menyiapkan report beliau dalam masa 3 hari.. tapi aku masih berhutang 1 lagi report dengan beliau yang perlu disegerakan.. dalam masa yang sama aku dikerah ke sg besar plak.. teruk betol...

aku: "come on la kak yanie.. apek ni dah la nak report cepat.. camne saya nak g sg besar.. nak buat report lagi.. kalau boleh ulang alik dari kl takpe gak.. nak kena tido sana lak tu.."
kak yanie: "hmm.. nak buat camne ye.. kesian awak.. takde orang la mir.. camni, report awak suruh zul setelkan. awak pergi je sana.."

huh...lega aku.. takyah aku pening2 pasal apek tu dah.. sampai je sg besar.. aku di pressure lak dengan si zul..

zul: "aku xtau la nak analisis.. aku dah masukkan data.. aku risau la tak dapat siapkan report ni.."
aku: "lor.. tanye la jamad.. jap aku kol die.."
jamad: "aku tolong setakat yang mampu.."

pergh...sebelum suh aku datang sini cakap leh setel kan.. apa ni... mane ley setakat mampu.. kena bagi mampu la.. harghhhh!!! pressure.. pergi mampus la... lantak korang.. lau apek tu kacau aku, aku suh die kacau korang.. aku taknak amik tau.. aku takkan buat report tu..

huh.... bertenang2.. dah la.. malas naep pasal kerja dah.. malam ni aku dengar ada pertunjukkan kuda kepang kat homestay hj dorani.. aku nak gi tengok.. huhu.. mesti best.. pada yang tersayang.. aku tak tau la nape aku asik tingat kat ko.. lau aku adamodal ti terus aku ajak ko kawen.. huhu.. kawan2 sumer, maaf sebab aku tak k0ntek angpa.. entah la.. depresi la.. jom layan i'm yours live kat korea.. salam..

Rabu, 3 Jun 2009

aku budak kampung

"welcome to kuala lumpur" itu la ucapan aku pada atan. masa tu kami atas motor. belum sampai tol jalan duta lagi. masa tu aku berpikir sejenak.. betul ke ape yang aku buat ni? boleh hidup ke aku kat sini? mak abah? teman? awek? huh... sampai bila aku nak duduk lam kepompong? memang selesa berada dalam kepompong.. tapi aku perlu keluar.. tengok dunia luar.. pulang bila nk bertelur je.. huhu.. pejam celik pejam celik, dah hampir setengah tahun aku di kota ini. aku still boleh hidup. terima kasih pada teman-teman semua.. aku terpaksa bergantung kat tali korang.. nasib baik diorang sudi menahan.. masih ada dua tiga tali yang aku belum lepas.. maaf kawan.. aku perlukan kan bantuan.. aku cuba panjat sendiri tanpa bantuan korang.. sampai puncak nanti aku bikin rumah. korang boleh datang bila-bila masa..

terima kasih kawan-kawan..

Jumaat, 29 Mei 2009

kemaskini

erm... macam mana aku nak mula... hmm... kakak aku dah kawen.. dulu masa kecik naik basikal ngan aku gi ngaji..hehe.. sekarang dia dah kawen. cepat tol mase berlalu.. kenduri kat umah aku memang happening. macam-macam abah aturkan. siap ada karaoke masa malam potong kek.. memang best.. lagi 1 yang agak best.. awek aku datang bawak family. tak sangka aku..hehe.. tamat citer kawen..aku dah tak pandai nak menaep..sebab tu aku tak updated...cerita aku banyak dengan kawan-kawan.. sekarang kawan-kawan dah jauh..cerita pun kurang lah...end..

p/s; semalam kan...aku men lagu i'm yours kat fiqa..aku record pastu sent kat dia.. malu giler...hahaha..

Jumaat, 8 Mei 2009

banyak cerita + tensen = takde mood

banyak cerita mau cerita...tapi aku takde mood nak cerita..kenapa? sebab aku tensen...hahaha.. nantilah aku cerita.. aku bikin cerpen terus..

p/s;tensen..keje semalam kena redone...damn!! kepala bu... punya laptop!!!

Isnin, 13 April 2009

bapak buat semua ni tuk ang nak...

haha.. akhirnye siap gak reban kucing aku.. agak kerja keras aku dibuatnya.. dari lepas balik keje kelmarin, sampai ahad malam baru siap.. terlepas anugerah BPP.. actually aku memang dah lama terpikir nak wat kat diorang. sebab kesian kat diorang 3 ekor dok dalam sangkar hamster yang amat sempit.. pastu kebetulan lak aku terjumpa kayu kayan terbuang berhampiran umah member aku, aku pun kutip and terus balik bertukang.. sepatutnya projek reban kucing ni leh siap sehari je.. tapi memandangkan keganasan aku mencabut paku, hammer leh lak patah.. terpaksa sambung keesokan harinya. itu pun aku start sambung projek malam sebab siang ada sedikit temujanji. pada anak-anak kucen sekalian, kenanglah jasa aku bila sudah dewasa. jangan hantar aku kat umah orang tua-tua..adios..

aktiviti sebelum memulakan projek

tadaa... reban kucenku..

siap... cuma perlu renovet lagi sikit..

berikut merupakan gambar-gambar kucen aku dan kediaman baru mereka.



credit: jiran (gergaji)
member (hammer)

Isnin, 6 April 2009

Langit tercakar







view dari umah usen

Jumaat, 3 April 2009

emak n abah

entah kenapa..
malam tadi lepas aku menyusukan kucen-kucen aku, tetiba je aku terkenangkan parent aku. maybe lahir naluri seorang ibu semenjak ada tanggungjawab ngan anak kucen.. hahaha.. poyo.. tadi aku terlintas nak search kat youtube pasal ibu ayah.. aku jumpa video clip ni.. sebak gak.. hehe.. ni homesick namanya... nak balik lah esok...





ya Allah ya tuhanku.. rahmati dan berkatilah emak dan abahku.. amin ya rabbal alamin..

Khamis, 2 April 2009

kelmarin, semalam & hari ini

lama aku tak menaep sesuatu disini. bersawang dah pun. asyik jenguk blog orang lain jer.. arini aku nak berkongsi cerita dua tiga ari lepas dengan semua.

1st, pasal kelmarin. aku dikagumkan dengan bangunan-bangunan sekitar kuala lumpur. sempat aku snap beberapa gambar. gambar-gambar ini diambil ketika aku berjalan sekitar kl. (sambil kerja tangkap gambar)









hebatkan? then, aku nak bagitau pasal semalam. semalam, selepas balik kerja, dalam agak kebasahan sebab hujan aku terus pergi umah kakak aku. tujuannya sebab aku nak culik kucen yang aku rasa dah lama aku tunggu dia besar tapi tak besar-besar. banyak hari dah aku gi melawat dia.



ada 4 ekor sebenarnya. lokasi peti surat umah kakak aku. aku culik 2 ekor je sebab kakak cakap kesian kat mak dia. nanti mak dia gila meroyan..hehe.. mak dia takde masa tu. lau ada aku agak tak berani sebab mak dia garang. bila aku dekat je mak dia buat bunyi macam ular.. macam la aku taktau dia tu kucen. aku letak 2 ekor anak kucen tu lam sangkar hamster. malam tu jugak aku strugle pergi pet centre nak beli susu kucen. mahal kot... rm23.. tambah botol susu sumer skali rm29. balik umah aku terus bancuh. tapi malangnya mereka tak berminat.. maybe tak sedap, tak 0ri, or tak biasa.. banyak kali aku cuba.. sampai pagi tadi. taknak gak.. maybe kucen tu nak mak dia gak.. aku pun rasa agak sedih & kesian.. aku tekad nak bagi balik kat mak dia sampai dia cukup besar. sebelum pegi kerja pagi tadi, aku bawak anak kucen gi umah kakak aku. suprise!! alamak.. dah kosong... sumer dah takda.. cam mana ni.. jenuh aku selongkar peti surat tu. cari lagi 2 ekor kucen ngan mak dia. last-last aku dengar bunyi anak kucen merengek.. rupanya ada kat depan umah jiran.. dengan basah.. kesian giler.. mak dia pon ada kat situ. mak dia nak bawak anak dia yang lagi 2 ekor tu gi tempat lain. camner lagi 2 ekor yang ada kat aku ni? pikir punya pikir, aku amik trus sumer.. skali mak dia bawak gi umah aku.. hehe.. jaga anak ko kat umah aku. bila dah besar sikit baru aku jaga lak.

setel bab kucen, baru nak gerak gi keja, tayar motor pecah lagi.. baru je aku tukar tubeless minggu lepas.. cilaka... apa malang nasib aku.. nasib baik tauke tu cakap tak payah bayar sebab aku baru je tukar tubeless ngan dia mingu lepas. pastu ondaway nak gi kerja nyaris langgar anjing lak... apasal sumer tak kena arini.. tu la.. dosa.. pisahkan anak kucen ngan ibu dia... sori kucen... aku tak pisahkan korang dah.. aku jaga sumer skali. balik karang aku nak beli makanan kucen kat mak dia.. tak sabar nak balik...

Jumaat, 6 Mac 2009

pulang ke asalmu

malam ni aku berkesempatan tuk pulang ke kampung halaman. kali ini aku menunggang kancil. kancil kepunyaan kakak. pada mulanya niat aku menunggang kancil pulang ke kampung semata-mata nak membawa si gadis c0mel dan adiknya pergi ke l0st w0rld. tapi telah di cancel kerana gadis c0mel terpaksa pulang ke kampung..huhu.. tak dapat den nak kuar bercinta. kepulangan aku kali ini ditemani oleh teman-teman sekampung. incik husin(pengutip hutang) dari kl, incik atan(pelajar) dari sepang dan incik iju(askar) dari kuantan.. hah? kuantan? ya.. beliau menaiki bas dari kuantan ke kl. mungkin journey ke kampung kali ni agak meriah. ramai anggota lepakan aku pulang. aku betol-betol sangap nak bermain muzik..

p/s: gadis c0mel badm0od.. pulang lah wahai bulan.. jangan ganggu gadis c0mel..whatever..

Khamis, 26 Februari 2009

aku pendengar metal!! huargghhh!!!!

kenapa aku minat muzik ni, die minat muzik tu? kenapa? kenapa bila aku cakap muzik ni sedap, die cakap tak sedap? kenapa? kenapa marah bila aku support muzik indon? kenapa? kenapa nak paksa aku dengar muzik korang? kenapa? kalau muzik korang mampu buat aku teruja, aku support la korang. suka hati la kan? bukan sumer kengeru minum cincau, ada gak kengeru minum koka kola. tak sumer orang minat indie, ramai lagi yang minat jazz, r&b, dangdut dan nasyid. kan? jadi hormatilah jalur muzik setiap individu.. jangan la paksa i.. tak kuasa i.. hakhakhak..

p/s; pelik ngan perangai mamat sorang neh.. sibuk dok kutuk-kutuk lagu orang. konon beliau amat ganas. seorang para-para metal. post ni khas untuk beliau. sid wilson slipnot pon ley layan zapin la wei...

Isnin, 23 Februari 2009

setel...


sesuatu yang agak teruk berlaku minggu lepas.. itu je yang mampu aku bagitau sebab kalau boleh aku taknak langsung ingat perkara yang jijik tu.. sabtu lepas aku bergegas pulang ke kampung halaman untuk mengubat hati yang duka. terima kasih sayang sebab percaya kat aku. aku tak akan biarkan benda macam ni berlaku lagi..

Khamis, 19 Februari 2009

Hapdet pagi-pagi bute

aku hanya nak menghapdet. idea kontang.. ape yang nak di nyatakan ialah rutin hidup aku di hari bekerja. setiap hari bekerja, alarm telefon bimbit aku akan berbunyi lagu 'tears dont Fall.. LETS GO!!!' seawal 6.45 pagi.. mungkin sebab dah terbiasa dengan jeritan alarm tersebut, aku ngan slumber je mengignore. aku akan betul-betul bangun apabila telefon bimbit aku menjerit. PEEWIITT!! huhu.. khidmat pesanan ringkas dari tersayang.. "yangg, bg0n2..g mndy..bucuk la..he2".. khidmat pesanan ringkas tersebut memberikan aku semangat.. setiap pagi aku akan bertolak ke opis jam 8.15. aku akan sampai dalam pukul 8.35 lebih kurang. sempat untuk bersarapan pagi dan berbincang dengan rakan sekerja tentang gadis-gadis seksi di industri hiburan.. haha.. juz kidding. bidang kerja aku memaksa aku pergi bersiar-siar sekitar pencawang atau janakuasa yang terlibat dalam tender gengaman kompeni. sekiranya tiada sebarang kerja luar, aku senang menghabiskan masa dengan melayari internet,ym, dan berlakon buat kerja. macam sekarang.. riak muka seakan sedang menganalisis sesuatu yang agak rumit..
itu
lah aku..'ROSYAM NOR'.. aku lebih suka menyiapkan report di rumah. walaupun tiada bayaran lebih masa, tapi ia lebih selesa.. tiada gangguan(ym dll).. aku akan bertolak pulang ke rumah tepat jam 5.30. itu pun sekiranya tiada job di waktu malam. iaitu kerja bersiar-siar melawat tiang. sebenarnya tak perlulah difahami sangat tentang skop kerja aku. agak panjang kalau nak diterangkan. pada sebelah malam. sementara menantikan hidangan juadah makan malam yang acap kali disediakan oleh bakal abang iparku, aku banyak menghabiskan masa menonton tv. hampir semua drama terbitan tv3 aku layan. begitulah perjalanan hidup aku setiap hari sepanjang waktu bekerja. sekarang, aku amat merindui kampung halaman. aku mengira bila tarikh 6hb march. aku rindukan si comey dan keluarga.. selain itu...erk..
orang awam:oit!!!tolong tamatkan repekan yang sampah ini.. tak membina langsung!!
aku kata:diam la ko busuk!!.. yela2.. aku stop menaep..


adios!

Selasa, 17 Februari 2009

kadang-kadang (?)

kadang-kadang, kita selalu ingat yang kita dah tinggalkan daerah hitam dan menuju ke daerah putih.. tapi kita tak sedar yang kita tengah menuju ke daerah grey yang hakikatnya bukan daerah yang benar.. kadang-kadang, bila hari makin gelap, bila bunyi kian pudar, kita selalu ingat yang hari dah malam.. tapi kita tak sedar yang kita tengah tido dalam siang.. kadang-kadang kita kat atas.. kadang-kadang kita kat bawah.. dan kadang-kadang kita kat tengah-tengah.. tapi kita kena ingat yang kadang-kadang kita tak tahu yang kita ni kat atas, bawah or tengah-tengah.. kadang-kadang, mak selalu cakap tentang masa lalu, tentang asal usul, cara hidup dulu-dulu.. tapi kita kena ingat, KALAU CAKAP PASAL DULU-DULU, NENEK KITA PUN ANAK DARA MASA TU..

Jumaat, 13 Februari 2009

Palestinian! palaestinian! palestinian!

bersabarlh saudaraku..


sumber: Mohd Jayzuan

Ahad, 8 Februari 2009

Azim melawat aku

kedatangan incik azim telah menyebabkan aku terlibat dalam aktiviti bersiar-siar sekitar kolumpo. sebelum ni aktiviti hujung minggu atau pun cuti hanya dihabiskan di rumah.. tido.. sedikit sebanyak pic yang sempat di ambil


kl sentral

sambutan husin

woo..

yo!!

aku n usen

azim n klcc

-sekian-