Ahad, 21 September 2008

ayat-ayat cinta

lagu cinta aku.. si dia buat aku gila..


Rabu, 10 September 2008

angau itu bukan tungau

senyum sorang-sorang, banyak termenung, layan lagu indon, kesensitifan terhadap getaran telefon mudah alih adalah fenomena biasa kepada setiap insan yang baru ketemu dengan cinta yang baru. inilah penyakit yang dipanggil angau. bukan tungau, angau. pada aku situasi ini memang wajib dilalui oleh insan tersebut. haha.. ya.. berdasarkan daripada apa yang aku naep kat atas, aku memang telah dilanda angau. ulang naepan, A N G A U, bukan tungau.

aku telah dilanda angau dengan seorang gadis kiut di tempat aku berkerja. cara dia yang comel, pemalu dan kemurahan senyumannya membuatkan aku terpikat. malam merdeka yang lepas aku dengan sukses dan jayanya telah berjaya mengatakan cinta kat dia. dengan slumber dan secebis kegoyangan aku telah menggunakan ayat maut ciptaanku yang berbunyi 'sekiranya saya mengorat anda, adakah anda akan terngorat oleh saya?'. hepi giler bila dia menjawab sambil ketawa, 'terngorat.. terngorat..' haha.. tapi malam tersebut bukanlah tarikh termeterainya ikatan couple antara kami. ini adalah kerana si dia masih menanti ayat-ayat tanpa kiasan daripada aku. ayat tanpa kiasan atau lebih tepat dalam bahasa omputihnya direct to the point. selang sehari dua, aku berjaya juga. aku berjaya mengatakan yang aku suka kat dia dan berminat untuk bercouple ngan dia. uhuk2.. dengan sekali lafaznya dia jawab terima. cewah.. cam nikah plak..

kehepian adalah milik aku malam itu. sekarang aku dalam proses merapatkan lagi hubungan pengkapelan ini. aku betul-betul suka kat dia. semuanya menarik pada dia. tiada yang menolak. owh.. beliau yang aku maksudkan adalah pikacu. itu sahaja nama yang perlu anda tau dan bertanyakan pada aku bila kita bertemu.