Sabtu, 30 Ogos 2008

aku sebatang superzero

superzero memang cepat terpengaruh ngan watak-watak yang superzero lihat kat sekeliling. superzero mau jadi orang yang sempurna. yang sumer orang sanjung. bila tengok muvi, superzero akan berkhayal yang kononnya superzero adalah watak utama dalam muvi tu. superzero mau jadi penyalamat. superzero mau selamatkan sumer orang yang dalam kesusahan. superzero suka tolong orang. superzero suka tolong orang. superzero rasa puas. sape-sape yang dalam kesusahan, cepat jerit mintak tolong. jerit kuat sikit bagi superzero dengar. superzero mau tolong kamu sumer. superzero hanya pentingkan kesusahan orang lain. orang awam tak perlu tolong superzero. superzero boleh handle kesusahan diri sendiri. biar superzero susah. janji kamu sumer tak susah. tapi... superzero tak ada superpower.. superzero hanya tau menulis.. bercerita.. lau kamu tak pandai membaca dan pekak susah ar sikit.. superzero hanya tau cakap.. hanya tau tunjuk pandai.. superzero sendiri tak pandai buat ape yang superzero suruh orang buat. camner?.. isk3.. biarlah.. masih berminat guna khidmat superzero?? lu pikirlah sendiri bak kata incik nabil.

Isnin, 11 Ogos 2008

orang tengah

orang tengah merupakan satu medium yang acap kali diguna pakai oleh sesetengah pihak untuk menyampaikan sesuatu perkara dengan lebih cepat dan mudah. orang tengah tidak semestinya orang. mungkin pembaris. mungkin juga tikar getah. haha.. kegurauan. maksud aku, pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk menyampaikan sesuatu perkara. sebagai contoh, media, tulisan, muzik, dsb.

p/s : actually aku bukan nak bagitau info lapuk yang orang nak muntah bace neh. aku cuma nak bagitau yag skang ni mesin potostat sudah jadi orang tengah antara aku dan dia.. wei mesin!! bila nak sampaikan salam aku kat beliau?? kahkahkah.. kegilaan milik aku.. keringkanlah hingusku mee ratnaku (m.nasir).. ayat last neh tak perlu difahamkan. kuikuikui..

Jumaat, 8 Ogos 2008

langgar ja..

hoho.. kebelakangan neh aku, an ngan ajim18 kerap menghabiskan waktu malam ngan berjamming. walaupun ni bukan lineup biasa yang yang waktu mula-mula dulu beriya-iya ngan band pemimpi 'the adam diaries'. tp aku tetap enjoy. sebab aku still boleh berhibur ngan hasil karya otak sendiri. lagu yang kitaorang main pun lagu baru selepas TAD dah tak bapa nak aktif. aku cadang nak bagi nama band poyo terbaru aku neh 'sumBAT'. sebabnya aku pon tak bape nak pasti sangat. maybe sebab lineup group neh men blasah ja kot. sapa-sapa nak join pon kitaorang tak kisah. asalkan boleh terima lagu aku dan tak kondem kitaorang. position kitaorang pon tak menentu. kejap-kejap an drum,kejap-kejap bass, gitar. sebab tu aku rasa nama 'sumBAT' tu macam sesuai. simple. lagi 1, kalau baca macam omputih plak, 'sumBAT'='someBAT'. 'jenis kelawar'. memandangkan kitaorang neh memang aktif waktu malam ja, kira ok ar tu kan? tapi band ni pon band pemimpi gak. saje poyo-poyo.. isi masa lapang. teringin aku nak perform lagu aku kat khalayak ramai. pastu ada para-para gadis sing along.. haha.. poie makan buah berangan lagi bagus..

position sumBAT

aku = voc, guitar, tepuk tangan, korek idung
an = bass, guitar, drum, hentak kaki, goyang pinggul
ajim18 = drum, guitar, orang kamera, kentut berirama

cool? thats awesome.. hahaha