Selasa, 25 Mac 2008

the adam's burger

hari2 malamku kini diisi dengan berniaga. actually bukan aku punya bisnes pon.. aku juz tolong salah sorang sahabatku (incik abe) yang mempunyi cita2 besar aku kira. dah lama sebenarnya beliau war2kan nak niaga neh.. bak kata incik azim, "dah 3 tahun aku dengar".. haha.. bisnes yang dijalan pon bukan lah besar sangat sebenarnya. 'burger'. tapi Alhamdulillah, walaupun kami mula berniaga dikala musim hujan, pada peringkat permulaan ni kami bersyukur dengan jualannya. terima kasih kepada semua yang terlibat dalam perniagaan ini (pembagi pinjam barang2) terutama incik pakyeop, tauke restoran dimana kami bertapak. beliau banyak bagi tunjuk ajar tentang selok belok berniaga dan memberi ruang kepada kami menyimpan barang2. setakat ini, kebanyakkan pelangan kami ialah pelangan pakyeop sendiri. kebanyakan dari mereka berpuas hati dengan burger kami. ada yang sehingga menjilat jari. itu yang ku nampak mereka makan kat restoran tu. yang kat rumah taktau lah sampai menjilat apa. terharu rasanya bila melihat pelangan sebegitu.



kata incik abe, beliau bercadang nak bukak western food suatu hari nanti. hope impian beliau jadi kenyataan. aku hanya penyaport kawan2 dan memberi khidmat sekiranya perlu.. akhir skali, kepada kawan2 yang masih belum menikmati burger ini silalah. anda pasti menjilat jari or tisu yang tercalit mayonese.

p/s kalau lapar cari kami, kalau sedap bagitau kengkawan, kalau tak sedap bagitau kami, kalau nak pukul sebab tak sedap cari incik abe, kalau nak rekemen awek cari aku.. haha pe ku merepek neh..fly..

Isnin, 17 Mac 2008

hope

pejam celik pejam celik, hari yang dijanjikan oleh saudara jayzuan untuk merecord lagu hampir tiba. pada mulanya aku agak giveup sebab takda peneman untuk memberi idea nak mencantikkan lagu aku. sabtu lepas, incik husin sahabatku telah memberi sinar dalam lagu aku. ditambah dengan kebolehan incik azim bermain drum. walaupun tak berapa sempurna, tp aku amat berpuas hati. pandangan ku terhadap beliau berubah sama sekali. semangat ku untuk melahirkan karya2 semakin menjadi2. semangat untuk terus memperjuangkan band pemimpi 'the adams diaries' semakin berkobar2.



walauapapun, tentang merecordkan lagu tu aku akan cuba. recording yang diceritakan ini adalah untuk dimasukkan ke dalam album kompilasi akaustik. jadi tak semua ahli band terlibat. yang pasti aku akan cuba pastikan incik husin berkesempatan bersama aku ketika recording. tanpa susunan gorengan beliau, lagu aku kelihatan kosong dan tidak bermaya. sebenarnya aku masih belum confirm lagi tentang recording tersebut. aku masih lg belum memberi kata putus dekat saudara jayzuan. beliau nak dengar dulu lagu aku. belum pasti samada beliau suka atau tidak. kalau tak suka pun tak apa. aku hanya nak pengalaman recording je. tak peduli pun nak memperdengarkan kat khalayak. aku mahu bersama band. bukan keseorangan. memperdengarkan kepada khalayak melalui band.

di ketika aku menaip blog ni, aku masih menantikan rakaman video ketika aku ngan incik husin berbaskin di rumah beliau. rakaman ini direcord oleh incik azim menggunakan hp incik husin. kalau sempat akan aku uploadkan. nampak gayanya, incik husin tidak memiliki memory card. tak dapat la beliau transfer ke pc dan mengemail ke aku. kecewa..(peristiwa live ketika blog ini ditaip) dah takda perkara mahu di kabo kan. adios..

UPDATED!!

incik azim telah mengupload video yang di war2kan di atas kat youtube. try dengar dan tinggalkan comment anda

Jumaat, 14 Mac 2008

kepimpinan dipimpin

kini ku kembali ngan aktiviti2 rutin menjelang tengah malam. melepak di warong pakyeop, berbual kosong, isu2 semasa dan mengumpat sesama rakan. isu PRU menjadi topik perbualan sejak akhir2 ni. dengan pengalaman pakyeop selaku tokey warong bercerita, membuatkan aku sedar tentang kesilapan orang melayu memperjuangkan nasib orang melayu sendiri. kepimpinan kerajaan kini tergugat. kepimpinan kerajaan yang dahulunya gah berdiri, tidak gentar di uji, kini berpeluh di dahi. perpaduan yang dahulu diharapkan dan diperjuangkan kini lumpuh. masing2 hanya memperjuangkan keamanan. keamanan dalam erti kata "aku tak kaco ko, ko jgn kaco aku".. mampukah semua bangsa bersatu dalam erti kata perpaduan? mampukah?

aku sebagai generasi muda hanya mampu merenung dan menanti tiba saat untuk mengambil alih dan memimpin di suatu hari kelak. melayu sudah lupa. lupa akan sejarah silam yang pernah menghantui kita. peristiwa berdarah yang amat dikesali dan berharap tidak diulangi. kata pujangga melayu.. "sekiranya sejarah dapat memberi pengajaran kepada manusia, mengapa manusia mengulangi kesilapan yang sama sepanjang sejarah manusia? tidak tahu atau sengaja? jadi, ape yang kita dapat dengan mempelajari sejarah?" persoalan berbentuk pendapat yang pasti memiliki jawapan yang berbeda dari pelbagai pihak. jawapan yang mampu memberi jalan kepada setiap insan yang mahu menjadi pemimpin. mungkin dengan berlakunya peristiwa seperti ini, sudah tibanya masa untuk semua bangsa melayu bersatu, bersatu dalam satu parti, bersatu dalam satu hati majoriti.

aku bukan lah penganalisis politik. malah banyak lagi perkara tentang politik dan sejarah malaysia belum habis di terokai. tp inilah suara ku. pandangan ku, pandangan dari sudut mata yang masih hijau. seperti dahan pokok yang masih hijau menunggu masa menerima bebanan.

p/s dah, jangan pening2.. depa punya keja plak pikir.. layan lagu neh.. aku baru jumpa lagu neh.. 'song writer' by egil olsen. riak muka beliau seakan menanti sebuah penyepak.. haha..tp boleh tahan lagunya. dengor je lah..


Rabu, 12 Mac 2008

tokwan

8hb 3 2008 merupakan tarikh yang pasti akan diingati oleh sumer rakyat malaysia disebabkan keputusan PRU yang agak mengejutkan. bagi keluarga aku, tarikh ini akan terus dikenang diatas pemergian tokwan aku, omar bin din ke hadrat ilahi di saat sepupu aku ingin melangsungkan perkahwinan keesokan harinya. aku bersyukur kerana sempat menemani arwah semalaman di hospital sebelum beliau meninggal dan aku berada di sisi beliau disaat beliau menghembuskan nafas terakhir. kini aku kehilangan seorang lagi tokwan setelah arwah tokwan sebelah abah meninggal beberapa tahun lepas. kini tamat lah generasi tua dalam keluarga besar aku. kami sebagai generasi baru harus berjuang menjaga nama baik keluarga dan memastikan semua ahli keluarga bersatu tanpa pemimpin asal keluarga ini. akhir kata, aku berdoa agar roh arwah tokwan di cucuri rahmat.. al-fatihah..