Jumaat, 29 Februari 2008

ketandusan ilham

sejak akhir-akhir ni, kekreatifan otak aku makin berkurang. ilham menulis lirik tak ditemui. mungkin sebab aku berkarya melalui pengalaman hidup. aku tak pandai berimaginasi. aku hanya menulis tentang apa yang aku nampak. aku bukan m.nasir atau arwah loloq.. mereka yang telah mengabdikan diri dengan seni muzik.. mereka yang bisa memegunkan manusia dengan keindahan bunyi.. pada aku, karya yang indah lahir dari hati yang ikhlas, jujur dan penghayatan penyampai itu sendiri. apabila semua itu sebati, apa yang disampaikan akan meresap terus ke dalam hati. baru-baru ni salah seorang teman aku telah menyarankan aku menonton sebuah filem. kisah tentang seorang pemuzik jalanan berjuang mengejar cita-cita berjudul 'ONCE'. jalan cerita yang amat menarik dihiasi dengan lagu-lagu tema yang betul-betul menambat hati aku. antaranya 'falling slowly' dan 'if you want me'. lagu-lagu dalam filem tu membuatkan aku berkhayal dan terpaku. aku tinggalkan pembaca dengan salah satu lagu tema filem tersebut. hayatilah- 'if you want me'.

my tokwan is a ganster

baru2 ni, aku di kejutkan ngn berita kemasukan tokwan aku ke hospital. sblm ni mmg kami sekeluarga dah sedia maklum bahawa tokwan ku x sihat. biasa la org tua. beliau m'hidap beberapa penyakit tp tak la serius sgt. tp, oleh kerana perangai anak2 beliau, tokwan jadi tension yang melampau dan terus lumpuh separuh badan. aku ngn my family terus bergegas ke hospital kat seberang jaya melawat beliau. aku agak sedih tgk tokwan aku terlantar atas katil. beliau tak kenal org, tak boleh b'ckp dan tak mampu nak makan. doktor terpaksa masukkan tiup ikut hidung tuk masukkan makanan. masa doktor masukkan tiup tu, aku tgk tokwan aku betul2 terseksa. mengelupur tokwan aku.. aku rasa mcm nak tendang je doktor tu. tp nak buat mcm mane, dah terpaksa. klu tak, doktor terpaksa tebuk ikut leher nak msukkan tiub. wad tokwan aku di kunjungi anak2 beliau beramai2. anak2 yg masih taknak berdamai setelah ape yang t'jadi. tak lama dah umur tokwan. berilah beliau sedikit kegembiraan di saat2 akhir. hapuskan segala ego. bermuafakat lah kalian sumer. walaupun hanya lakonan, tp itu penting untuk kesihatan tokwan. thanks kat abg saudara aku yg selama ini menjadi teman kpd tokwan. beliau lah cucu kesayangan tokwan. beliau menjadi pengubat sepi tokwan. kepada anak2 tokwan yg berada di kelas atasan, igt bahawa tokwan yg wat tangga bg korg naik. skrg ni tlg lah tekan button lift bg tokwan naik dan selesa ngn korang...

tokwan(yg paling kacak) abg saudara(atas 2 dr kanan)

Jumaat, 22 Februari 2008

cerita lepas 2 (I n U)

acap kali aku jumpa ngan teman2 yg dah lama x jumpa atau b'sembang, soalan yang sering dikemukakan kat aku "hang buat ape skang?".. mungkin tu lah soalan lazim atau soalan kekeringan idea yg bisa ditujukan kat sumer orang. kadang2 aku jadi mual, menyampah dan malas nak jawab. sebab kalau soalan tu ditujukan kat aku, jawapan yg aku kena bagi akan menghasil soalan berangkai kepada penyoal. aku ulang balik soalan tu kat aku..

penyoal: "hang buat ape skang??"
aku: "aku lepak umah je skang.. tgh mencari kerja.."

bermulalah soalan berangkai yang dah letih aku jawap..

penyoal: "sebelum ni wat ape? takkan melepak je kot?"
aku: "sebelum ni aku blajar kat poli. dah setahun abis. pastu aku sambung blaja kat U. tp aku blaja 1 sem je pastu aku quit.."
penyoal: "eh, apsal quit? rugi je.."
aku: "kos yang aku dapat kat U ni tak sama ngan dip aku.. tu aku x kisah sgt, tp aku tak minat dan tak boleh bawak.. aku dah try 1 sem tp pointer barai.. drpd aku buang masa dan duit, baik aku quit. keje dulu klu ada rezeki aku sambung blaja balik."

tu lah jawapan yang sering aku pakai. sikit pun tak ubah. pada mereka2 yang masih b'minat dan t'lintas nak tanya aku soalan ni lagi.. tlg lah merujuk kepada teman2 b'sebelahan. mungkin aku perlu adakan sidang akhbar supaya soalan ni tak diajukan lagi.. ceewah.. macam aku seorang yang pemes lagi tersohor je.. actually aku paham.. ape lagi nak tanya klu dah lama tak jumpa. klu tak tegor cakap sombong plak.. aku tetap akan jawap dengan hati yang t'buka dan tanpa ikhlas. tamat citer lepas 2.

Rabu, 20 Februari 2008

tolong kerjakan aku

sejak 2 menjak ni aku terasa amat muram dan x b'maya. terasa agak bosan dan bermcm2 lagi perasaan yg x best. ini mungkin sbb faktor penganguran kerja, pemilihan kerja dan penunguan kerja. melihat teman2 seipta n teman2 se kg halaman dgn kerjaya mereka aku jd jeles. bila peluang aku plak akan datang. sepatutnya mgu ni surat untuk temuduga jawatan inspektor polis sampai. teman se kg halaman ku(dirahsiakan atas p'mintaan beliau) telah dipanggil temuduga hari jumaat ni. aku hanya putih mata. mungkin kah posman m'khianati aku? klu betul, mati kemalangan lah hendaknya posman t'sebut. hari2 aku menanti posman dtg membawa harapan. kata teman ku b'sabarlah. mungkin esok, mungkin lusa, mungkin tulat.. arghh.. pada aku, mungkin tak dapat.. takde rezeki aku kot. aku sedikit kecewa sebab aku betul2 kerja keras masa nak apply aritu. aku dah susah kan ramai org masa tu. masa aku apply tu aku masih brada di U. mak ngn kakak aku terpaksa pos kan segala dokumen yg diperlukan. sepupu aku sendiri yg hantar terus pemohonan aku kat bukit aman sebab dah x sempat nak harapkan posman.. xpelah, bak kata teman ku. mungkin esok,lusa or tulat.. pada mereka2 yg baca blog aku, klu ada lobang2 kerja, jgn segan2 jemput aku masuk ke lobang tersebut. tp gaji mesti 2500 keatas. haha..

Isnin, 18 Februari 2008

sebuah novel yang amat menarik pada aku

Pujangga Melayu
Pengarang: Mohd. Affandi Hassan
Penerbit:Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd
Tahun Terbit: 1997
Muka Surat: 714

Novel ini berkisar dalam kehidupan keluarga Melayu yang bernama Awang yang berusaha untuk menjadi pengarang besar. Awang adalah seorang doktor perubatan, tetapi lebih memberi tumpuan kepada bidang pengarang daripada bidang perubatan. Akhirnya Awang meletak jawatan sebagai doktor perubatan untuk memberi tumpuan kepada bidang pengarang. Awang adalah seorang Profesor dalam bidang yang dicita-citakan.
Peribadi Awang terhasil dengan didikan Islam yang jelas dari datuknya, Tok Ayah. Pengaruh Tok Ayah sungguh besar ke atas diri Awang. Didikan Tok Ayah memberi kesan yang mendalam kepada Awang dan seluruh keluarga Awang. Tok Ayah menjadi sumber rujukan kepada seluruh keluarganya. Tindakan watak-watak adalah dibayangi dan dipayungi oleh Tok Ayah. Seluruh keluarga Tok Ayah, sentiasa ingatkan pesanan Tok Ayah sebelum membuat sesuatu keputusan.
Profesor Dr. Awang Yusof, adalah seorang pensyarah universiti. Sedang berusaha menubuhkan Universiti Islam Darul Naim di Kelantan. Terlalu banyak cubaan dan dugaan yang dihadapi oleh Profesor Dr. Awang dalam usahanya untuk merealisasikan Universiti Islam Darul Naim, di Kelantan.
Marilah kita doakan penuhuhan Universiti Islam Darul Naim menjadi kenyataan di Kelantan.
Novel ini adalah merupakan sebuah 'novel besar' dekad ini. Novel ini perlu dibaca dan diteliti oleh seluruh rakyat Malaysia. Ahli politik, ahli akademik, peminat sastera, penuntut, ahli koprat dan seluruh warga Malaysia dan umat Melayu umumnya. Persoalan yang dikemukan adalah persoalan yang mencabar pemikiran dan perlu diambil tindakan

Jumaat, 15 Februari 2008

missing

byk citer yg aku x smpat nak naep sejak november tahun lps. kisah U n I yg dah berkesudahan.. ending yg x bape nak sempurna.. lps pada kisah U, kisah ngn cik siti.. sampai skang episod ngn cik siti ni lum abis lg. cik siti yg menyimpulkan benang dlm otak aku.., kisah aku sebagai juruwang di pasaraya.. juge dah b'akhir walaupun lum smpat aku naep tuk di kongsi. agak menarik gak kisah aku sbg juruwang neh.. nnt aku kongsi ngn kalian bile senang. huargh.... byk giler citer yg mewarnai jalan aku sejak november lps.. rugi klu sumer citer tu aku x simpan kat sini.. takut kering pastu jd kayu api n jd abu.. aku try susun ayat tuk di kongsi kelak. sekian, papai

Rabu, 13 Februari 2008

aku n gitar

sejak akhir2 ni aku agak teruja n b'iya2 dlm penulisan lirik n wat lgu. aku jd kn lirik dlm lgu aku cam diari. sumer kisah cinta, kengkawan, gadis yg aku ss aku jdkan inspirasi dlm karya aku. ada la dlm 4 5 lgu. aku rase melalui cara ni aku susah nak lupe kenangan baik n x brape nak baik dlm hidup aku. lg 1 aku bru je beli gitar tong yg agak mahal pada aku sebab actually aku ni bknnye org senang. aku tul2 puas ati yg teramat setelah lme berjuang ngan gitar kapok. semangat tuk wat lgu n b'karya semakin menjadi2 selepas jodoh pertemuan ngan incik mohd jayzuan. sempat aku beli album bru beliau, love-fi. byk bnda aku dapat slps jmpe beliau. insyAllah mayb 1 ari nnt aku akn perdgrkan karya aku. hope sumer ni bkn hot2 chicken shit. . aku akn usaha kn. doa. .