Jumaat, 14 November 2008

hapdet!!

ceq bukan tak mau menghapdet.. tapi sejak 8 menjak neh ceq dah kekeringan gusi dan idea untuk bercerita.. pagi pergi kerja, balik tido awal. jangan kata nak berpoya-poya, melepak pun jauh skali. kengkadang je pergi bercinta..huhu.. pada kengkawan sumer, aku nak ucapkan selamat untuk kerjaya masing-masing. aku masih menanti rezeki yang bakal dikurniakan pada aku. skarang aku baru betul-betul paham ngan lirik lagu detik-detik ini. haha..

selamat tinggal, tinggalkan ceritamu padaku, akan ku kenang ke akhir hayatku..
selangkah pergi, berlinangan air mataku, pergilah teman mengejar citamu..
lalala..

p/s pasni sumer pakat bawak balik bini plak. pastu buat anak ramai-ramai, kita bikin gig. haha..

Ahad, 21 September 2008

ayat-ayat cinta

lagu cinta aku.. si dia buat aku gila..


Rabu, 10 September 2008

angau itu bukan tungau

senyum sorang-sorang, banyak termenung, layan lagu indon, kesensitifan terhadap getaran telefon mudah alih adalah fenomena biasa kepada setiap insan yang baru ketemu dengan cinta yang baru. inilah penyakit yang dipanggil angau. bukan tungau, angau. pada aku situasi ini memang wajib dilalui oleh insan tersebut. haha.. ya.. berdasarkan daripada apa yang aku naep kat atas, aku memang telah dilanda angau. ulang naepan, A N G A U, bukan tungau.

aku telah dilanda angau dengan seorang gadis kiut di tempat aku berkerja. cara dia yang comel, pemalu dan kemurahan senyumannya membuatkan aku terpikat. malam merdeka yang lepas aku dengan sukses dan jayanya telah berjaya mengatakan cinta kat dia. dengan slumber dan secebis kegoyangan aku telah menggunakan ayat maut ciptaanku yang berbunyi 'sekiranya saya mengorat anda, adakah anda akan terngorat oleh saya?'. hepi giler bila dia menjawab sambil ketawa, 'terngorat.. terngorat..' haha.. tapi malam tersebut bukanlah tarikh termeterainya ikatan couple antara kami. ini adalah kerana si dia masih menanti ayat-ayat tanpa kiasan daripada aku. ayat tanpa kiasan atau lebih tepat dalam bahasa omputihnya direct to the point. selang sehari dua, aku berjaya juga. aku berjaya mengatakan yang aku suka kat dia dan berminat untuk bercouple ngan dia. uhuk2.. dengan sekali lafaznya dia jawab terima. cewah.. cam nikah plak..

kehepian adalah milik aku malam itu. sekarang aku dalam proses merapatkan lagi hubungan pengkapelan ini. aku betul-betul suka kat dia. semuanya menarik pada dia. tiada yang menolak. owh.. beliau yang aku maksudkan adalah pikacu. itu sahaja nama yang perlu anda tau dan bertanyakan pada aku bila kita bertemu.


Sabtu, 30 Ogos 2008

aku sebatang superzero

superzero memang cepat terpengaruh ngan watak-watak yang superzero lihat kat sekeliling. superzero mau jadi orang yang sempurna. yang sumer orang sanjung. bila tengok muvi, superzero akan berkhayal yang kononnya superzero adalah watak utama dalam muvi tu. superzero mau jadi penyalamat. superzero mau selamatkan sumer orang yang dalam kesusahan. superzero suka tolong orang. superzero suka tolong orang. superzero rasa puas. sape-sape yang dalam kesusahan, cepat jerit mintak tolong. jerit kuat sikit bagi superzero dengar. superzero mau tolong kamu sumer. superzero hanya pentingkan kesusahan orang lain. orang awam tak perlu tolong superzero. superzero boleh handle kesusahan diri sendiri. biar superzero susah. janji kamu sumer tak susah. tapi... superzero tak ada superpower.. superzero hanya tau menulis.. bercerita.. lau kamu tak pandai membaca dan pekak susah ar sikit.. superzero hanya tau cakap.. hanya tau tunjuk pandai.. superzero sendiri tak pandai buat ape yang superzero suruh orang buat. camner?.. isk3.. biarlah.. masih berminat guna khidmat superzero?? lu pikirlah sendiri bak kata incik nabil.

Isnin, 11 Ogos 2008

orang tengah

orang tengah merupakan satu medium yang acap kali diguna pakai oleh sesetengah pihak untuk menyampaikan sesuatu perkara dengan lebih cepat dan mudah. orang tengah tidak semestinya orang. mungkin pembaris. mungkin juga tikar getah. haha.. kegurauan. maksud aku, pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk menyampaikan sesuatu perkara. sebagai contoh, media, tulisan, muzik, dsb.

p/s : actually aku bukan nak bagitau info lapuk yang orang nak muntah bace neh. aku cuma nak bagitau yag skang ni mesin potostat sudah jadi orang tengah antara aku dan dia.. wei mesin!! bila nak sampaikan salam aku kat beliau?? kahkahkah.. kegilaan milik aku.. keringkanlah hingusku mee ratnaku (m.nasir).. ayat last neh tak perlu difahamkan. kuikuikui..

Jumaat, 8 Ogos 2008

langgar ja..

hoho.. kebelakangan neh aku, an ngan ajim18 kerap menghabiskan waktu malam ngan berjamming. walaupun ni bukan lineup biasa yang yang waktu mula-mula dulu beriya-iya ngan band pemimpi 'the adam diaries'. tp aku tetap enjoy. sebab aku still boleh berhibur ngan hasil karya otak sendiri. lagu yang kitaorang main pun lagu baru selepas TAD dah tak bapa nak aktif. aku cadang nak bagi nama band poyo terbaru aku neh 'sumBAT'. sebabnya aku pon tak bape nak pasti sangat. maybe sebab lineup group neh men blasah ja kot. sapa-sapa nak join pon kitaorang tak kisah. asalkan boleh terima lagu aku dan tak kondem kitaorang. position kitaorang pon tak menentu. kejap-kejap an drum,kejap-kejap bass, gitar. sebab tu aku rasa nama 'sumBAT' tu macam sesuai. simple. lagi 1, kalau baca macam omputih plak, 'sumBAT'='someBAT'. 'jenis kelawar'. memandangkan kitaorang neh memang aktif waktu malam ja, kira ok ar tu kan? tapi band ni pon band pemimpi gak. saje poyo-poyo.. isi masa lapang. teringin aku nak perform lagu aku kat khalayak ramai. pastu ada para-para gadis sing along.. haha.. poie makan buah berangan lagi bagus..

position sumBAT

aku = voc, guitar, tepuk tangan, korek idung
an = bass, guitar, drum, hentak kaki, goyang pinggul
ajim18 = drum, guitar, orang kamera, kentut berirama

cool? thats awesome.. hahaha

Khamis, 31 Julai 2008

karut lagi mengarut

aku hanya nak merapu. aku juz nak merepek. orang lain tak perlu percaya tentang sejauh mana kebenaran karya aku. anda hanya perlu baca dan cakap aku poyo dan seorang yang hanya tahu hidup dalam dunia fantasi. kalau tak suka sangat, jangan baca terus. kalau terbaca jugak, pegi muntah cepat-cepat. tinggalkan aku sorang-sorang. lagi banyak korang baca, lagi banyak aku nak tipu. aku tengah tipu ni weh.. aku tengah menaep benda tipu neh.. lor.. baca menda lagi? blah!! haha.. sewel.. pe yang telah anda baca sebentar tadi adalah penipuan. karya dibawah adalah kisah hidup aku. korang tahyah nak kesah. biar aku je yang percaya pe ku naep.. eh, tertipu lagi.. dah-dah.. pi layan menda lain. jangan layan aku. leave me alone.. PERCAYALAH.... hahahahahaha........................................................

Rabu, 30 Julai 2008

arghhh... pe ku buat neh...

aku kebingungan... pegi men jauh2..

Sabtu, 26 Julai 2008

aku dilamar?

first of all aku nak ucapkan tahniah kat incik manot yang baru-baru ni telah mengecapi dunia tanpa sepadan kat umah sewa beliau di jerantut. aku percaya pasni beliau akan lebih kerap mengupdate blog dan melayari laman-laman web lucah tanpa segan silu. hahaha..

berdasarkan tajuk yang tertera di bahagian title, ia merupakan tafsiran yang dibuat oleh aku sendiri sebagai watak utama dalam cerita ni dan beberapa pakar tak diiktiraf yang mengkaji berdasarkan pengalaman dan cakap orang dulu-dulu. baru-baru ni, 25 hb julai. petang tu macam biasa aku akan balik ke umah setelah penat bekerja. seperti kebiasaan, aku gemar dan menjadi tabiat menunggang motor sambil berkhayal dan menyanyi. dalam asyik aku menyanyi sambil sambil wat aksi muka feel abis, tiba-tiba aku tersentak. lamunan ku terhenti bak kata aris hariwatan. dengan tak semena-mena, dengan tak mungkin akan terfikir atau terlintas oleh incik otak perkara macam ni boleh terjadi, rupa-rupanya aku telah memboncengkan seekor ULAR..

mak datuk.. terkejut kengeru aku. cuba tuan-tuan dan puan-puan bayangkan, tengah bawak moto slumber je ular tu melingkar kat atas meter motor aku. dari kiri nak ke kanan. perasaan aku hanya tuhan yang tahu. tapi betapa power rangernya aku, aku still teruskan menunggang tanpa panik. pergh.. kacak sungguh aku. pela aku nak wat ngan ular neh. nak pegang geli. tetiba ular tu jatuh kat dalam raga motor. terkangkang-kangkang aku takut ular tu merayap kat peha aku plak. sampai satu tahap ular tu nak masuk kat bawah seat motor, baru aku berhenti. pastu aku ngan berani-berani takutnya rentap ekor ular tu pastu campak kat semak. eeyarkk.. geli-geliman aku weh.. katak pun aku takut, inikan ular yang makan katak. bila aku cerita kat sapa-sapa aku jadi meremang.

aku percaya dalam 1000, sorang pun payah nak dapat experient cam aku neh. jumpa kat tepi jalan biasala. ni siap bawak naik motor. aku tanya pakyop tauke restoran tempat aku selalu melepak. beliau cakap, itu petanda-petanda masa dah nak dekat. bukan mati weh. jodoh nak sampai. sebab beliau pernah kena patuk ular masa bujang dulu. pastu selang enam bulan lebih kurang beliau kawin. ayak.. tapi aku tak kena patuk.. hoho..

tamat

Rabu, 28 Mei 2008

happy birthday abah

abah.. kadang-kadang kami terasa agak terasing ngan abah. segala tingkah laku kami dan tutur kata kami agak terbatas bila bersama abah. kami tak paham kenapa perasaan kami bila berdepan ngan abah tak sama ngan perasaan kami bila berdepan ngan mak. akhirnya kami sedar. itulah pengorbanan abah. terpaksa membataskan segalanya demi memastikan kebahgiaan dan kesenangan kami semua. segala pengorbanan yang abah lakukan membuatkan kami rasa bersyukur menjadi anak abah. cara abah membesarkan kami membuatkan kami amat hormatkan abah. kami seronok sangat bila sekali sekala dapat berkumpul dan bersembang ngan abah. abahlah idola kami. abahlah tokoh bapa dan pemimpin di mata kami. akhir kata, kami harap abah sentiasa cekal menghadapi hari yang mendatang dan bahagia hidup bersama kami disisi. happy birthday abah. we all love you.

Rabu, 21 Mei 2008

Step Out

disaat band pemimpi 'the adam diaries' hampir menjadi kenyataan, hampir semua ahli-ahlinya bersepah-sepah di merata semenanjung. disaat semangat berkobar-kobar berkarya dan bermain muzik, hampir semua ahli-ahlinya hilang mencari kehidupan sendiri. itulah dunia kami. permulaan yang agak lambat dan terpaksa menghadapi penghujung yang singkat. walaubagaimanapun, aku masih memegang sekelumit harapan dengan menulis beberapa lagu baru. walaupun sekarang aku bukan lagi berada di ipoh, tp kelengkapan untuk aku berkarya masih bersama ku. gitar yang ku anggap harta ku yang paling bernilai sekarang masih setia menemani ku.

step out this world

i see that wonder..
i found that miracles..
how come that could be..

then come the sunshine..
replace the moonlight..
wakeup me slowly..

*
and i feel the chance..
and i feel the way..
so i stand, to step out this world..

run and run from the pain
fly and fly to other side
try to step out this world
trying harder harder

i must keep that feeling
that energy for living
ask the wind for spirit
give me the power i bet from you!!!

Khamis, 10 April 2008

aku seorang graduan

1st of all, tahniah kat aku sebab dah graduate.hehe.. 1hb 4 2008 merupakan hari paling bermakna dalam hidup aku. aku dah diiktiraf sebagai pemilik diploma secara rasmi. aku dapat rasa kegembiraan emak ngan abah aku. mereka bangga ngan aku. paling menarik disaat aku menyarungkan jubah ngan motharboard kat abah aku untuk bergambar. pedulikan apa orang nak cakap. aku tahu abah teringin. beliau tak berpeluang dulu. halatuju pasni mau cari kerja. kerja yang setaraf ngan kelulusan aku. aku dah nekad akan serius mencari kerja lepas grad. sampai bila nak menggoreng burger je.. finally of all.. haha ayat pe neh.. babai, xde apa yang nak dinaepkan dah. pendrive rosak nak upload gambar..

UPDATED!!

ada 1 pic aku cilok kat page member..



gambar lepas hantar jubah

Selasa, 25 Mac 2008

the adam's burger

hari2 malamku kini diisi dengan berniaga. actually bukan aku punya bisnes pon.. aku juz tolong salah sorang sahabatku (incik abe) yang mempunyi cita2 besar aku kira. dah lama sebenarnya beliau war2kan nak niaga neh.. bak kata incik azim, "dah 3 tahun aku dengar".. haha.. bisnes yang dijalan pon bukan lah besar sangat sebenarnya. 'burger'. tapi Alhamdulillah, walaupun kami mula berniaga dikala musim hujan, pada peringkat permulaan ni kami bersyukur dengan jualannya. terima kasih kepada semua yang terlibat dalam perniagaan ini (pembagi pinjam barang2) terutama incik pakyeop, tauke restoran dimana kami bertapak. beliau banyak bagi tunjuk ajar tentang selok belok berniaga dan memberi ruang kepada kami menyimpan barang2. setakat ini, kebanyakkan pelangan kami ialah pelangan pakyeop sendiri. kebanyakan dari mereka berpuas hati dengan burger kami. ada yang sehingga menjilat jari. itu yang ku nampak mereka makan kat restoran tu. yang kat rumah taktau lah sampai menjilat apa. terharu rasanya bila melihat pelangan sebegitu.



kata incik abe, beliau bercadang nak bukak western food suatu hari nanti. hope impian beliau jadi kenyataan. aku hanya penyaport kawan2 dan memberi khidmat sekiranya perlu.. akhir skali, kepada kawan2 yang masih belum menikmati burger ini silalah. anda pasti menjilat jari or tisu yang tercalit mayonese.

p/s kalau lapar cari kami, kalau sedap bagitau kengkawan, kalau tak sedap bagitau kami, kalau nak pukul sebab tak sedap cari incik abe, kalau nak rekemen awek cari aku.. haha pe ku merepek neh..fly..

Isnin, 17 Mac 2008

hope

pejam celik pejam celik, hari yang dijanjikan oleh saudara jayzuan untuk merecord lagu hampir tiba. pada mulanya aku agak giveup sebab takda peneman untuk memberi idea nak mencantikkan lagu aku. sabtu lepas, incik husin sahabatku telah memberi sinar dalam lagu aku. ditambah dengan kebolehan incik azim bermain drum. walaupun tak berapa sempurna, tp aku amat berpuas hati. pandangan ku terhadap beliau berubah sama sekali. semangat ku untuk melahirkan karya2 semakin menjadi2. semangat untuk terus memperjuangkan band pemimpi 'the adams diaries' semakin berkobar2.



walauapapun, tentang merecordkan lagu tu aku akan cuba. recording yang diceritakan ini adalah untuk dimasukkan ke dalam album kompilasi akaustik. jadi tak semua ahli band terlibat. yang pasti aku akan cuba pastikan incik husin berkesempatan bersama aku ketika recording. tanpa susunan gorengan beliau, lagu aku kelihatan kosong dan tidak bermaya. sebenarnya aku masih belum confirm lagi tentang recording tersebut. aku masih lg belum memberi kata putus dekat saudara jayzuan. beliau nak dengar dulu lagu aku. belum pasti samada beliau suka atau tidak. kalau tak suka pun tak apa. aku hanya nak pengalaman recording je. tak peduli pun nak memperdengarkan kat khalayak. aku mahu bersama band. bukan keseorangan. memperdengarkan kepada khalayak melalui band.

di ketika aku menaip blog ni, aku masih menantikan rakaman video ketika aku ngan incik husin berbaskin di rumah beliau. rakaman ini direcord oleh incik azim menggunakan hp incik husin. kalau sempat akan aku uploadkan. nampak gayanya, incik husin tidak memiliki memory card. tak dapat la beliau transfer ke pc dan mengemail ke aku. kecewa..(peristiwa live ketika blog ini ditaip) dah takda perkara mahu di kabo kan. adios..

UPDATED!!

incik azim telah mengupload video yang di war2kan di atas kat youtube. try dengar dan tinggalkan comment anda

Jumaat, 14 Mac 2008

kepimpinan dipimpin

kini ku kembali ngan aktiviti2 rutin menjelang tengah malam. melepak di warong pakyeop, berbual kosong, isu2 semasa dan mengumpat sesama rakan. isu PRU menjadi topik perbualan sejak akhir2 ni. dengan pengalaman pakyeop selaku tokey warong bercerita, membuatkan aku sedar tentang kesilapan orang melayu memperjuangkan nasib orang melayu sendiri. kepimpinan kerajaan kini tergugat. kepimpinan kerajaan yang dahulunya gah berdiri, tidak gentar di uji, kini berpeluh di dahi. perpaduan yang dahulu diharapkan dan diperjuangkan kini lumpuh. masing2 hanya memperjuangkan keamanan. keamanan dalam erti kata "aku tak kaco ko, ko jgn kaco aku".. mampukah semua bangsa bersatu dalam erti kata perpaduan? mampukah?

aku sebagai generasi muda hanya mampu merenung dan menanti tiba saat untuk mengambil alih dan memimpin di suatu hari kelak. melayu sudah lupa. lupa akan sejarah silam yang pernah menghantui kita. peristiwa berdarah yang amat dikesali dan berharap tidak diulangi. kata pujangga melayu.. "sekiranya sejarah dapat memberi pengajaran kepada manusia, mengapa manusia mengulangi kesilapan yang sama sepanjang sejarah manusia? tidak tahu atau sengaja? jadi, ape yang kita dapat dengan mempelajari sejarah?" persoalan berbentuk pendapat yang pasti memiliki jawapan yang berbeda dari pelbagai pihak. jawapan yang mampu memberi jalan kepada setiap insan yang mahu menjadi pemimpin. mungkin dengan berlakunya peristiwa seperti ini, sudah tibanya masa untuk semua bangsa melayu bersatu, bersatu dalam satu parti, bersatu dalam satu hati majoriti.

aku bukan lah penganalisis politik. malah banyak lagi perkara tentang politik dan sejarah malaysia belum habis di terokai. tp inilah suara ku. pandangan ku, pandangan dari sudut mata yang masih hijau. seperti dahan pokok yang masih hijau menunggu masa menerima bebanan.

p/s dah, jangan pening2.. depa punya keja plak pikir.. layan lagu neh.. aku baru jumpa lagu neh.. 'song writer' by egil olsen. riak muka beliau seakan menanti sebuah penyepak.. haha..tp boleh tahan lagunya. dengor je lah..


Rabu, 12 Mac 2008

tokwan

8hb 3 2008 merupakan tarikh yang pasti akan diingati oleh sumer rakyat malaysia disebabkan keputusan PRU yang agak mengejutkan. bagi keluarga aku, tarikh ini akan terus dikenang diatas pemergian tokwan aku, omar bin din ke hadrat ilahi di saat sepupu aku ingin melangsungkan perkahwinan keesokan harinya. aku bersyukur kerana sempat menemani arwah semalaman di hospital sebelum beliau meninggal dan aku berada di sisi beliau disaat beliau menghembuskan nafas terakhir. kini aku kehilangan seorang lagi tokwan setelah arwah tokwan sebelah abah meninggal beberapa tahun lepas. kini tamat lah generasi tua dalam keluarga besar aku. kami sebagai generasi baru harus berjuang menjaga nama baik keluarga dan memastikan semua ahli keluarga bersatu tanpa pemimpin asal keluarga ini. akhir kata, aku berdoa agar roh arwah tokwan di cucuri rahmat.. al-fatihah..

Jumaat, 29 Februari 2008

ketandusan ilham

sejak akhir-akhir ni, kekreatifan otak aku makin berkurang. ilham menulis lirik tak ditemui. mungkin sebab aku berkarya melalui pengalaman hidup. aku tak pandai berimaginasi. aku hanya menulis tentang apa yang aku nampak. aku bukan m.nasir atau arwah loloq.. mereka yang telah mengabdikan diri dengan seni muzik.. mereka yang bisa memegunkan manusia dengan keindahan bunyi.. pada aku, karya yang indah lahir dari hati yang ikhlas, jujur dan penghayatan penyampai itu sendiri. apabila semua itu sebati, apa yang disampaikan akan meresap terus ke dalam hati. baru-baru ni salah seorang teman aku telah menyarankan aku menonton sebuah filem. kisah tentang seorang pemuzik jalanan berjuang mengejar cita-cita berjudul 'ONCE'. jalan cerita yang amat menarik dihiasi dengan lagu-lagu tema yang betul-betul menambat hati aku. antaranya 'falling slowly' dan 'if you want me'. lagu-lagu dalam filem tu membuatkan aku berkhayal dan terpaku. aku tinggalkan pembaca dengan salah satu lagu tema filem tersebut. hayatilah- 'if you want me'.

my tokwan is a ganster

baru2 ni, aku di kejutkan ngn berita kemasukan tokwan aku ke hospital. sblm ni mmg kami sekeluarga dah sedia maklum bahawa tokwan ku x sihat. biasa la org tua. beliau m'hidap beberapa penyakit tp tak la serius sgt. tp, oleh kerana perangai anak2 beliau, tokwan jadi tension yang melampau dan terus lumpuh separuh badan. aku ngn my family terus bergegas ke hospital kat seberang jaya melawat beliau. aku agak sedih tgk tokwan aku terlantar atas katil. beliau tak kenal org, tak boleh b'ckp dan tak mampu nak makan. doktor terpaksa masukkan tiup ikut hidung tuk masukkan makanan. masa doktor masukkan tiup tu, aku tgk tokwan aku betul2 terseksa. mengelupur tokwan aku.. aku rasa mcm nak tendang je doktor tu. tp nak buat mcm mane, dah terpaksa. klu tak, doktor terpaksa tebuk ikut leher nak msukkan tiub. wad tokwan aku di kunjungi anak2 beliau beramai2. anak2 yg masih taknak berdamai setelah ape yang t'jadi. tak lama dah umur tokwan. berilah beliau sedikit kegembiraan di saat2 akhir. hapuskan segala ego. bermuafakat lah kalian sumer. walaupun hanya lakonan, tp itu penting untuk kesihatan tokwan. thanks kat abg saudara aku yg selama ini menjadi teman kpd tokwan. beliau lah cucu kesayangan tokwan. beliau menjadi pengubat sepi tokwan. kepada anak2 tokwan yg berada di kelas atasan, igt bahawa tokwan yg wat tangga bg korg naik. skrg ni tlg lah tekan button lift bg tokwan naik dan selesa ngn korang...

tokwan(yg paling kacak) abg saudara(atas 2 dr kanan)

Jumaat, 22 Februari 2008

cerita lepas 2 (I n U)

acap kali aku jumpa ngan teman2 yg dah lama x jumpa atau b'sembang, soalan yang sering dikemukakan kat aku "hang buat ape skang?".. mungkin tu lah soalan lazim atau soalan kekeringan idea yg bisa ditujukan kat sumer orang. kadang2 aku jadi mual, menyampah dan malas nak jawab. sebab kalau soalan tu ditujukan kat aku, jawapan yg aku kena bagi akan menghasil soalan berangkai kepada penyoal. aku ulang balik soalan tu kat aku..

penyoal: "hang buat ape skang??"
aku: "aku lepak umah je skang.. tgh mencari kerja.."

bermulalah soalan berangkai yang dah letih aku jawap..

penyoal: "sebelum ni wat ape? takkan melepak je kot?"
aku: "sebelum ni aku blajar kat poli. dah setahun abis. pastu aku sambung blaja kat U. tp aku blaja 1 sem je pastu aku quit.."
penyoal: "eh, apsal quit? rugi je.."
aku: "kos yang aku dapat kat U ni tak sama ngan dip aku.. tu aku x kisah sgt, tp aku tak minat dan tak boleh bawak.. aku dah try 1 sem tp pointer barai.. drpd aku buang masa dan duit, baik aku quit. keje dulu klu ada rezeki aku sambung blaja balik."

tu lah jawapan yang sering aku pakai. sikit pun tak ubah. pada mereka2 yang masih b'minat dan t'lintas nak tanya aku soalan ni lagi.. tlg lah merujuk kepada teman2 b'sebelahan. mungkin aku perlu adakan sidang akhbar supaya soalan ni tak diajukan lagi.. ceewah.. macam aku seorang yang pemes lagi tersohor je.. actually aku paham.. ape lagi nak tanya klu dah lama tak jumpa. klu tak tegor cakap sombong plak.. aku tetap akan jawap dengan hati yang t'buka dan tanpa ikhlas. tamat citer lepas 2.

Rabu, 20 Februari 2008

tolong kerjakan aku

sejak 2 menjak ni aku terasa amat muram dan x b'maya. terasa agak bosan dan bermcm2 lagi perasaan yg x best. ini mungkin sbb faktor penganguran kerja, pemilihan kerja dan penunguan kerja. melihat teman2 seipta n teman2 se kg halaman dgn kerjaya mereka aku jd jeles. bila peluang aku plak akan datang. sepatutnya mgu ni surat untuk temuduga jawatan inspektor polis sampai. teman se kg halaman ku(dirahsiakan atas p'mintaan beliau) telah dipanggil temuduga hari jumaat ni. aku hanya putih mata. mungkin kah posman m'khianati aku? klu betul, mati kemalangan lah hendaknya posman t'sebut. hari2 aku menanti posman dtg membawa harapan. kata teman ku b'sabarlah. mungkin esok, mungkin lusa, mungkin tulat.. arghh.. pada aku, mungkin tak dapat.. takde rezeki aku kot. aku sedikit kecewa sebab aku betul2 kerja keras masa nak apply aritu. aku dah susah kan ramai org masa tu. masa aku apply tu aku masih brada di U. mak ngn kakak aku terpaksa pos kan segala dokumen yg diperlukan. sepupu aku sendiri yg hantar terus pemohonan aku kat bukit aman sebab dah x sempat nak harapkan posman.. xpelah, bak kata teman ku. mungkin esok,lusa or tulat.. pada mereka2 yg baca blog aku, klu ada lobang2 kerja, jgn segan2 jemput aku masuk ke lobang tersebut. tp gaji mesti 2500 keatas. haha..

Isnin, 18 Februari 2008

sebuah novel yang amat menarik pada aku

Pujangga Melayu
Pengarang: Mohd. Affandi Hassan
Penerbit:Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd
Tahun Terbit: 1997
Muka Surat: 714

Novel ini berkisar dalam kehidupan keluarga Melayu yang bernama Awang yang berusaha untuk menjadi pengarang besar. Awang adalah seorang doktor perubatan, tetapi lebih memberi tumpuan kepada bidang pengarang daripada bidang perubatan. Akhirnya Awang meletak jawatan sebagai doktor perubatan untuk memberi tumpuan kepada bidang pengarang. Awang adalah seorang Profesor dalam bidang yang dicita-citakan.
Peribadi Awang terhasil dengan didikan Islam yang jelas dari datuknya, Tok Ayah. Pengaruh Tok Ayah sungguh besar ke atas diri Awang. Didikan Tok Ayah memberi kesan yang mendalam kepada Awang dan seluruh keluarga Awang. Tok Ayah menjadi sumber rujukan kepada seluruh keluarganya. Tindakan watak-watak adalah dibayangi dan dipayungi oleh Tok Ayah. Seluruh keluarga Tok Ayah, sentiasa ingatkan pesanan Tok Ayah sebelum membuat sesuatu keputusan.
Profesor Dr. Awang Yusof, adalah seorang pensyarah universiti. Sedang berusaha menubuhkan Universiti Islam Darul Naim di Kelantan. Terlalu banyak cubaan dan dugaan yang dihadapi oleh Profesor Dr. Awang dalam usahanya untuk merealisasikan Universiti Islam Darul Naim, di Kelantan.
Marilah kita doakan penuhuhan Universiti Islam Darul Naim menjadi kenyataan di Kelantan.
Novel ini adalah merupakan sebuah 'novel besar' dekad ini. Novel ini perlu dibaca dan diteliti oleh seluruh rakyat Malaysia. Ahli politik, ahli akademik, peminat sastera, penuntut, ahli koprat dan seluruh warga Malaysia dan umat Melayu umumnya. Persoalan yang dikemukan adalah persoalan yang mencabar pemikiran dan perlu diambil tindakan

Jumaat, 15 Februari 2008

missing

byk citer yg aku x smpat nak naep sejak november tahun lps. kisah U n I yg dah berkesudahan.. ending yg x bape nak sempurna.. lps pada kisah U, kisah ngn cik siti.. sampai skang episod ngn cik siti ni lum abis lg. cik siti yg menyimpulkan benang dlm otak aku.., kisah aku sebagai juruwang di pasaraya.. juge dah b'akhir walaupun lum smpat aku naep tuk di kongsi. agak menarik gak kisah aku sbg juruwang neh.. nnt aku kongsi ngn kalian bile senang. huargh.... byk giler citer yg mewarnai jalan aku sejak november lps.. rugi klu sumer citer tu aku x simpan kat sini.. takut kering pastu jd kayu api n jd abu.. aku try susun ayat tuk di kongsi kelak. sekian, papai

Rabu, 13 Februari 2008

aku n gitar

sejak akhir2 ni aku agak teruja n b'iya2 dlm penulisan lirik n wat lgu. aku jd kn lirik dlm lgu aku cam diari. sumer kisah cinta, kengkawan, gadis yg aku ss aku jdkan inspirasi dlm karya aku. ada la dlm 4 5 lgu. aku rase melalui cara ni aku susah nak lupe kenangan baik n x brape nak baik dlm hidup aku. lg 1 aku bru je beli gitar tong yg agak mahal pada aku sebab actually aku ni bknnye org senang. aku tul2 puas ati yg teramat setelah lme berjuang ngan gitar kapok. semangat tuk wat lgu n b'karya semakin menjadi2 selepas jodoh pertemuan ngan incik mohd jayzuan. sempat aku beli album bru beliau, love-fi. byk bnda aku dapat slps jmpe beliau. insyAllah mayb 1 ari nnt aku akn perdgrkan karya aku. hope sumer ni bkn hot2 chicken shit. . aku akn usaha kn. doa. .