Rabu, 25 November 2015

Pandai

Dalam dunia ni apa yang kita boleh tunjuk walaupun kita tak ada benda tu?


..........................
................
.........
...
.


Pandai.

Khamis, 18 Disember 2014

Cinta itu rumit

Bagitahu seseorang kenapa kita cinta dia, ibarat nak terangkan apa rasa air kosong.

Rumit.

Khamis, 2 Oktober 2014

Minyak naik

Kadir seorang pekerja profesional yang memiliki status miskin disebabkan Kuala Lumpur. Kerap menghitung sisa poket yang tinggal bila masuk 2 hari bulan. Gaji 27 hari bulan. 

Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Kadir bergegas ke stesyen minyak berhampiran rumahnya. Berita mengejut tentang kenaikkan harga minyak berkuat kuasa jam 12 malam amat menakutkan. Kadir hanya mendapat tahu tentang kenaikkan tersebut daripada brader beger semasa membeli beger untuk mengisi perut malam itu. Dia tak ada fesbuk.

Ya...apalah sangat 20 sen seliter. Lagi pun Kadir bukannya pandai kira-kira. Dari 5 tahun lepas sampai sekarang pada Kadir RM50 sudah mampu memenuhi tangki minyak keretanya. Namun atas nasihat brader beger disamping pengaruh pengguna kenderaan yang lain, Kadir turut serta berpusu ke stesyen minyak.

"Gila babi banyaknye kereta!" Jerit Kadir. Bertambah geram bila tengok owner kereta depan sempat shopping beli barang, pilih keropok , isi borang cabutan bertuah dekat kedai stesyen minyak. Terkadang bunyi hon kereta yang tak sabar. Bingit. Makin banyak kereta sampai. Beratur macam semut. Kadir give up. Dia bagi signal keretanya untuk keluar dari stesyen minyak tanpa mengisi minyak. Itu pun ada si bodoh tak nak bagi ruang untuk Kadir lalu.

Sebaik berjaya melepasi puluhan kereta di stesyen minyak, kelihatan kereta BMW bos Kadir turut beratur nak isi minyak. 

"Kesian bos minyak naik." Bisik Kadir dalam hati sambil terbayang beger dirumah yang belum sempat dijamah.




Selasa, 19 Ogos 2014

Cinta Lelaki Tua

Pada sesuatu pagi, seorang lelaki tua datang ke hospital tergesa-gesa. Dan dia mencari jururawat untuk melayannya. Tetapi semua jururawat sedang sibuk. Tiada siapa yang berada di sana yang boleh membantu. Jadi dia berjalan mundar mandir berkumat sesuatu bercakap seorang sendiri. Dan kemudian dia duduk di sebuah bangku. Sekali lagi melihat jam tangannya dan mengeluh. Seorang jururawat muda memerhatikannya. Selesai kerja, jururawat itu terus mendapatkan lelaki tua.
  
"Selamat pagi pakcik. Boleh saya bantu?"
  
"Oh... ya... saya mahu mencuci luka di kaki saya. Bolehkah awak melakukannya untuk saya?"
  
"Sudah tentu... tunggu sekejap ... sebentar lagi saya datang."
  
"Jangan lambat ya... saya ada temujanji."
  
"Yeah... sebentar."
  
Jururawat muda datang dalam satu minit dan memeriksa luka lelaki tua. Jururawat muda memulakan perbualan.
  
"Pakcik... temujanji pakcik di mana?"
  
"Dekat rumah dengan isteri saya."
  
"Pakcik... maaf bertanya... temujanji apa begitu penting dengan isteri sendiri?"
  
"Oh... ya... saya ingin bersarapan dengan dia, seperti setiap pagi. Itulah jadual harian saya semenjak saya berkahwin dengan dia."
  
"Oh... saya faham ... jika pakcik tak balik, nanti isteri pakcik risau ye... Ok... dah siap. Pakcik dah boleh balik."
  
"Bukan begitu... dia tidak pernah risau... dia menghidapi penyakit Alzheimer. Dia tak kenal sesiapa walaupun diri sendiri. Sudah tiga tahun dia tidak mengenali saya.

Jururawat muda terkejut dan bertanya...

"Jadi, buat apa pakcik nak kelam kabut? Isteri pakcik bukan kenal pakcik pun?"
  

"Oh... Dia tidak mengenali saya... tetapi saya kenal dan tahu siapa dia."